@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

cane nk bg usrah tu best.. x hambar.. dn pengisian yg mantap.. ?

besar betul skop jawapan untuk soalan ni. hmm hmm.
usrah nak bagi best? naqib dulu kena best.
apa definisi naqib yg best? naqib yg pandai react dan tarik hati madu'
maksudnya, bila anak usrah tgh semangat, dia tahu nak buat apa pengisian dgn semangat anak usrah tu.
bila anak usrah tgh mengantuk, dia tahu apa pengisian nak buat utk buat diorang 'lupa' mengantuk tu.
dan lain-lain. based on naqib lah. mcm mana dia act untuk counter situasi anak usrah waktu pengisian dia.
dan pada ana lah, nak mantapkan lagi usrah, kena mahir ilmu mantiq.
sebab bila ada mantiq ni, dia macam ada satu refreshment dalam usrah tu.
dan naqib gak boleh respon based on reaksi yg anak buah dia bagi, melalui mantiq.
nak belajar mana mantiq?
haha, kena amik stam/stpm lah.
*bukan sekadar promote tapi mmg perlu!
pengisian yg mantap. ni iku kefahaman naqib lah.
kalau ana, ana suka pengisian yg ana nak bawak pada usrah tu ana nampak flow dia.
relation antara satu point dengan satu point yg lain.
dan itu yg ana akan suruh ahli usrah buat;
relatekan point-point ana, bagi contoh, pendapat, idea, kritikan dll.
kesimpulan dia, naqib lah kena mantap dulu.
wallahua'lam.

View more

owh okey. tak cakap pun org yg ambk form 6 ni result tak gempak. tanye je. aku pun bakal amek form 6. senior sekolah aku pun ramai amek form 6 even dorang straight As'.

tak kata gitu pun, saja nak letak taukid sikit (penegasan). bagus lah gitu. teruskan niat tu. form 6 lagi untung dari matrix.
Liked by: Adawiyah. Atiqah jo

MAK? ape tu? hm means smbg form 6 la? result yg low or result yg gempak?

Majlis Anugerah Kecemerlangan. orang yg ambik form 6 bukannya orang yg tak berjaya SPM. please ubah mind set tu. sebab ada je org yg straight A amik form 6, 10A pun ada. jadi result high ke low ke bukan kira pun

Related users

Gst tu mereka kata memudahkan. Ada juga mereka kata membebankan Ana tak faham :'( Cukai sepatutnya kena wujud atau tak?

kalau ikut cara ambil cukai dalam bentuk GST tu, maka cara ambil cukai tu salah. sebabnya logik dia gini, kerajaan Islam ambil duit dari orang Islam melalui zakat. melalui zakat (yg dimaksudkan zakat harta) maka, kerajaan Islam dapat gunakan duit tu utk urusan pentadbiran.
Adapun utk orang bukan Islam, kita ada jizyah. jizyah diambil dari mana-mana bukan Islam yg duduk dibawah kekuasaan Islam atau meletakkan diri bernaung dibawah kerajaan Islam.
maka dua sumber inilah yg digunakan utk urusan negara oleh kerajaan. dan dua sumber ni adalah yg halal digunakan kerajaan.
adapun negara kita, Malaysia. kita tak amalkan sepenuhnya sistem Islam dan kita cuma ada zakat yg dibayar oleh org Islam.
bukan nak racist, cuma nak kita faham, mana yg bebannya pada orang Islam. sudahlah wajib bayar zakat, ditambah pulak dengan wajib bayar gst (walaupun belum smua benda ada gst, tapi boleh jamin ke yg ada gst je naik harga?). maka jadi satu beban pada umat Islam terutamanya.
Kita tak nafikan, mungkin GST ada benefit dia dari segi memudahkan urusan cukai, barang dll cumanya mungkin kerajaan boleh kaji lagi pelaksanaan GST tu. dan dalam satu masalah lain, kerajaan kena fikir utk dahulukan sistem Islam dari sistem rekaan barat.
mungkin GST boleh dilaksanakan pada golongan kaya sahaja dan tidak pada orang miskin. mungkin. tu pendapat ana lah. wallahua'lam

View more

nak minta sikit taujihad untuk bakal stayer.

hehe.. taujihad? nak stay tak yah taujihad lah rasanya.. macam rukun baiah, nombor satu faham dulu lepastu baru ikhlas.
jadi faham dulu, kenapa kamu nak stay. stay ni bukan soal cita-cita je. dia bermain dengan soal pengorbanan jugak. selagi result SPM belum keluar, kamu tak boleh sembang lagi kamu nak stay.
Serius kamu kena pilih antara cita-cita dan berkorban. saat kawan-kawan lain jadi mahasiswa, cuti sabtu ahad, bela janggut jambang, lagi-lagi yg fly pulak, hantar gambar main salji, hantar gambar mengaji dgn para ulama, yg di malaysia pulak gather satu batch (kadang kamu tak dijemput pun!) dan lain-lain lagi, ni semua cabaran.
Kalau stay sebab nak orang pandang tinggi. nak jadi orang hebat kat kisas. silap lah kamu. baik betulkan niat tu. stayer kat kisas ni bukan jawatan mulia pun. hatta jadi stayer ni kamu akan sedia untuk dipersalahkan. sedia mental dengan tarbiyyah cikgu-cikgu dan sedialah untuk rasa cabaran utk bawak adik-adik dan kawan-kawan form 6 yg macam-macam ragam ni.
Cakap awal-awal lah, jadi stayer ni mmg unique. dan unique tu ana tak mampu nak describe melainkan kamu rasa sendiri. cabaran dia, kemanisan dia. tu semua yg buat dia sgt unique. bahkan mungkin ia unique ketujuh (walaupun tak mungkin) selepas usrah.
tajdid niat elok-elok. ana tak mau halang niat nak stay. tapi biar faham kenapa kena stay dan nak stay. then baru boleh datang ikhlas dalam diri dan perjuangan.
wallahua'lam

View more

knp badar min ske tgur mat sdgkn min2 yg lain msih bt kmungkaran blablabla . dy xnk tarbiyah min2 tu dulu ke?

ana yakin yg tanya ni muda lagi dari ana, kan?
adik-adik, tarbiyyah ni satu proses dik. proses ni perlu pada satu tempoh dik. tak kira lah, kamu muslimin atau kamu muslimat, bila sebut pasal tarbiyyah, masing-masing perlu masa dan ruang masing-masing nak lalui 'process' ni.
dan dalam process tarbiyyah, demi untuk melahirkan output yg baik.. maka perlu dicorak oleh tukang process tu dengan betul. kalau salah tukang process, maka akan kuranglah dari yg diharapkan pada output tu.
dan tukang process ini yg kita panggil murabbi. murabbi ini yg menggerakkan tarbiyyah.
balik pada soalan kamu, ana nampak macam kamu buat satu assumption yg terlalu general dgn mengatakan seolah, kami (selaku abang-abang) tak tegur muslimin tapi tegur muslimat je.
kamu pernah tanya muslimin diorang pernah kena tegur ke tak dengan kami? bahkan tanya lah diorang, ana rasa kami menegur dengan banyak cara lebih dari kami tegur orang lain.
dan ia masih lagi process. teguran itu bentuk process yg sedang dijalankan. maka semua pun sedang diprocess. hatta ana, kami. semua masih diproses dgn tarbiyyah.
muslimin tegur bila nmpk perlu ditegur ke muslimat. muslimat pun ada je tegur muslimin. ini biah (suasana) dia. jadi bukan jaga tepi kain orang lain, tapi ini lah suasana tarbiyyah tu. saling tegur menegur utk jadi lebih baik.
sekali lagi, tarbiyyah ni satu process. hasilnya tak mesti datang terus.
wallahua'lam. harap menjawab.
ana kurang gemar jawab bertulis ni. jawab dengan mulut lagi efektif sikit.

View more

ade org kate saya hipokrit . hipokrit tu same mcm munafik ke ? mohon penerangan . syukran .

"اية المنافقون ثلاث؛ اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذاءت من الخان"
Tanda orang munafiq itu ada tiga: Apabila ia berkata ia berdusta, apabila ia berjanji ia mungkiri, apabila diberi amanah ia khianati.
Soalnya adakah ada disebut tanda orang munafiq tu hipokrit? hmmm
Liked by: Ms ayay mir Writer--

ape mksod kenal Allah, dgn ilmu?

takde ilmu, macam mana nak kenal Allah. paling kurang nak kenal perkataan Allah pun perlu tahu bahasa (Melayu dan Arab). kalau tahu bahasa arab maka akan tahu Allah tu lafaz jalalah, yg tak berubah walau dimana duduknya dalam ayat. tu baru dari perkataan, belum dari zat, sifat, asmak dan afaal Dia. Wallahua'lam. pergilah mengaji dan kenalilah Allah yang Maha sempurna
Liked by: Hamba Allah Ms ayay mir

Ape beza salafi dan wahabi? mereka aswj atau x?

ada lah sikit sebanyak bezanya. wahabi adalah aliran keras dari mazhab salafi.
ala kulli hal, mereka bukan kafir. cuma mereka takwil dengan takwilan yg fasiq dan masih Islam.
wallahua'lam

adakah qasidah bid'ah?

majlis qasidah itu bidaah. qasidah=madaih memuji nabi dalam syair-syair itu bukan bidaah sebab sahabat juga sudah buat hal memuji nabi dalam syair. hatta seorang sahabat ada mimbar khas utk bersyair puji nabi.
ala kulli hal, boleh sahaja nak berqasidah.
wallahua'lam
Liked by: mir Aufaaaaaaa

so apa yg bdk kisas prlu bwt klau org luar anggp mcm malaikat??

perbaiki dan perbaharui diri. kurangkan menafikan statement itu dan melenting bila orang keluarkan statement mcm tu..
tak nafi bukan maksudnya kita setuju kita ni malaikat. tu mustahil aradi. mana mungkin kita manusia boleh jadi malaikat. tapi tak nafi ni bawa maksud diam.
diam bila org kata mcm tu. dan muhasabah diri. mmg betul kita bukan malaikat. tapi dari harapan org ramai dan taraf malaikat tu, agaknya kita di mana?
jadikan statement tu hazar pada diri kita. buat kita selalu waspada. tak mudah utk
buat perkara yg biasa org lain buat tanpa berfikir baik buruk dia. manfaat ke mudharat lagi banyak dll.
bila kita banyak diam dan berfikir serta muhasabah, maka sikit sebanyak kita menuju ke arah sifatnya malaikat. maksud malaikat sini adalah qias untuk satu jawatan atau gelaran yg mulia. maka yg lebih mulia dari malaikat adalah para anbiya, dan yg termulia dikalangan anviya adalah Rasulullah.
maka Rasulullah itu diamnya lebih banyak dari cakapnya. jadi bila kita banyak diam dari bercakap. bukankah lita dah selangkah kearah jadi malaikat, bahkan jadi yg lebih mulia dari malaikat iaitu Rasulullah S.A.W.
hemat saya semata. wallahua'lam

View more

adakah statement anda berkaitan sbp tadi tu, maksudnya, sbp lain semua hancur tarbiyahnya? begitu? maaf jika sy salah faham

bukan begitu maksudnya. maaf kalau timbulkan kemusykilan. kerana kisas itu kolej ISLAM sultan alam shah. maka pada namanya terkandung Islam itu. bukan nak kata tarbiyyah kami mantap ke apa. tapi galasan nama Islam pada nama sekolah kami itu yg dipanggil harapan. dalam 60+ SBP, takde satu pun yg ada nama Islam melainkan kisas. jadi tanggungjawab pada nama itu shj sudah berat. apatah lagi yg lain-lain.

Next

Language: English