@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Assalamu'alaikum

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
Insha Allah pada 9/7 bersamaan esok hari iaitu sabtu, raya keempat..Saya dan sahabat-sahabat seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan berangkat ke Mesir dan akan meneruskan pembelajaran saya dalam peringkat Degree di sana. Saya akan memgambil jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Penerbangan kami insha Allah pada jam 2.00 pagi, dengan Ittihad Airways
Oleh itu saya ingin memohon maaf, atas segala salah silap dan kekhilafan saya pada sesiapa yang mengenali saya sama ada sengaja ataupun tidak sengaja.
Mohon halalkan segala makan dan minum, dan jika sekiranya saya mempunyai hutang dengan sesiapa (hutang wang dan yang sama waktu dengannya), saya mohon dihalalkan dan sekiranya tidak boleh untuk dihalalkan maka boleh tuntut dengan saya. insha Allah.
Kepada guru-guru dan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk saya hubungi, saya minta maaf sekali lagi dan meminta dihalalkan ilmu dan segala apa yang dikongsikan.
Saya juga memohon kepada semua agar berdoa kepada Allah mudah-mudahan urusan saya dipermudahkan ke Mesir dan yang paling penting mudahan saya diberkati oleh Allah dalam pelajaran dan dalam hidup saya. Mudahan saya direzekikan Allah menuntut ilmu dengan para ulama dan masyaikh di sana.
Terima kasih atas doa semua 😢
أنا أحب الصالحين ولو لست منهم 🇪🇬
#Mesir
#Illalliqa_malizia

View more

pesanan lagi buat gen62 :')

maaf lupa nak attach:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1136571913071395&id=100001557912734
jemput baca. ada niat nak menulis tapi tak berkesempatan lagi. mudahan ada rezeki nanti.
video ini lebih pada muslimin tapi klau muslimat, ketahuilah yang kalau muslimin pun macam tu, yang muslimat pasti dan pasti berganda lagi baik.

Tadi lepas solat Isya', dekat surau ada buat solat sunat tasbih berjemaah. Kau tahu tak kenapa diorang buat solat sunat tasbih ? Apa fadhilat solat ni?

Wallahua'lam. Solat sunat tasbih boleh buat bila-bila je untuk pengetahuan kamu. imma sorang diri atau nak buat berjemaah. Mungkin mereka solat tasbih sebab gembira dengan kedatangan syawal. dan mungkin jugak kerana mereka bersedih untuk hari terakhir ramadhan... kan..
wallahua'lam
Liked by: Sabell una.

Faidza ajalluhum maksud dia apa?

AwatifMb’s Profile PhotoAwarghhhtip
maka apabila pengakhiran mereka. mungkin iktibas (ambilan daripada) Al-Quran,
فإذا جاء أجلهم...
"Maka apabila telah tiba pengakhiran mereka (ajal mereka)..."

kirim salam kat die, tahun depan aku datang sana pulak bi iznillah

insha Allah. kawan satu majmuah masa di kursus bahasa dulu.. amin.

Kalau tengok video lucah tu hanya keluar air mazi kan? Atau keluar air mani?

kena tahu air mani adalah air yang keluar pada puncak syahwat.

So study mana so far ?

إن شاء الله سأوصل دراستي إلى مصر في يوم الاربع في شهر شوال. بإذن الله
Liked by: a.

Next

Language: English