@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa hukum kalau kita upload gambar kawan kita yang non-muslim , kita kan dedahkan aib nya , so boleh ke tidak ye ? syukran~

haram upload gambar dia mendedahkan aurat , walaupun dia belum Islam atau dia tak masuk Islam hingga nafas terakhir dia , macam mana pun , siapa boleh jamin gambarnya tidak menimbulkan syahwat ? tiada yg tergoda dgnnya? jadi utk mengelakkan mudharat yg lebih besar , haram upload gambar dia .

Asif, ana lupa nak cakap. Ana amik jwpn enta tuk soalan pasal i'tikad jabariah tu, tapi dah amik dua dua, after enta dah betulkan dah. Takpe ke?

asal org faham , yg betul yg kedua tu ..

Related users

ape hukum i'tiqad jabariah?

hukumnya ulama berselisih pendapat , ada yg mengatakan ia kafir kerana dia menafikan yg manusia ada kudrat dan kuasa untuk berbuat sesuatu tetapi mengatakan semuanya daripada Allah . sedangkan hakikatnya manusia mempunyai ikhtiar dlm sesuatu perkara walaupun perbuatan manusia tidak meninggalkan bekas dan kesan tapi Allah yg menjadikan bekas dan kesan pada perbuatan manusia , tetapi manusia diberi ruang untuk berikhtiar .
wallahua'lam .

Dulu sy sgt jahil dan pnh main game beruncur lucah. Tp alhamdulillah sekarang sy dah berubah dan sy rasa sggt malu pada diri sbb pnh buat perkara tu. Sy ada dpt stu borg dri kkm dn ada bnyk soalan dlm tu. antaranya, pernah membaca/menonton video lucah. Adakah sy perlu jujur atau tak? Saya malu :(

kalau enta rasa ia aib pada enta utk bgtau , maka jgn bagitau yg betul . Islam sgt menjaga umatnya dari melakukan perkara yg mendatngkan aib atau mudharat seperti fitnah pada penganutnya . andai ia mndatangkan aib , maka tak dianjurkan utk berterus terang .

"jakallahu khairan" dan "syukran", ade beza ke dua perkataan nie?

dari segi maksud ada . syukran maksudnya terima kasih manakala jazakallahu kheir kathiran maksudnya semoga Allah membalas jasamu dgn kebaikan yang baik

ana tgh cari konfemkan untuk rabu nii.nk kumpul kt mana ?transport?

sebab ana terfikir yg alang2 dah ramai shabat kita yg ke KI Maulid 14 hb ni , maka apa kata kita terus je bkmpung smpai 15 then gerak sma2 ke KLIA . kami pun kalau sempat tidur KI sekali la malam 15 . okay tak ?

Syukran lah Ismail . Penjelasan kau tu buat aku cerah skit. Alhamdulillah.barakaAllahu fik

afwan . yang buat kau cerah tu bukan penjelasan aku , tapi Allah . alhamdulillah . praise him a lot

Aku tengok twitter2 yg ltk nama sbg pncinta Rasulullah n ad la bberapa lagi page yg mcm tu, diorang ni mcm benci gila kat salafi ni. Gaya mcm salafi ni sesat sesesatsesatnya. Pndg kau? Xnak tegur ke diorang?

mereka ada pendapat mereka .
aku juga ada pendapat aku . bila aku berdakwah aku guna uslub paling umum ,
tapi bila aku bersama kawan2 yg memahami , aku beruslubkan lain .
terpulang pada mereka , sebab tak salah mereka nak bertegas pada salafi .
mungkin kamu nampak salafi di malaysia tidak ekstrim ,
tapi kita berhusnuzzhon yg mereka berhadapan dgn salafi extrim yg sentiasa membidaahkan itu dan ini , mengkafirkan habaib dan masyaikh , menuduh mereka ahlul bidaah dll .
maka , ini pesanan Dr. Wahbah Az-Zuhaili , salafi perlu mengkaji methode dakwah mereka .
tak boleh suka2 tuduh org kafir dan masuk neraka , bidaah dan sesat .
jika ulama boleh terus belapang dada dan husnudzhon dgn salafi . mengapa mereka tidak boleh begitu .
Habib Umar Bin Hafiedz sendiri dan para habaib kebanyakkannya , mereka tidak pernah mengatakan wahabi dan salafi ini sesat . bahkan mereka sentiasa menunjukkan akhlak yang baik pada golongan ini . apabila ditanya kenapa , habib menjawab , adat (kebiasaan) org yg sesat adalah akhlaknya buruk . jadi , kiranya kita org yg sesat , masakan kita boleh berakhlak mulia terhadap mereka . maka tunggulah sehingga mereka menyedari dan berfikir siapa yg sesat sebenarnya .
wallahua'lam

View more

Tp knapa ustaz Zulkifli ismail ckp kita tak boleh brpgang dgn salafi ? Beliau pegang pndpt lain la ye ?

kau kena faham satu beza .
beza seorang daie dan seorang murabbi .
daie ni kerja dia berdakwah .
dan org yg menerima dakwah dia dipanggil madu'
jadi , daie sampaikan pada madu' dan dakwah dai'e tak smestinya madu' terima .
boleh jadi madu' terima , boleh jadi madu' tolak .
depends on keberkesanan aplikasi teknik dakwah dai'e tersebut .
maka murabbi ,
murabbi ni kerja dia mentarbiyyah ,
dalam masa sama selalunya murabbi ni juga seorang da'ie
dan orang yg menerima tarbiyyah itu dipanggil mutarabbi .
jadi , murabbi tarbiyyahnya tidak boleh tidak mesti diterima oleh mutarabbi .
kerana tiada pilihan untuk mutarabbi memilih utk menolaknya .
jadi , jangan samakan dai'e dan murabbi .
seorang murabbi boleh jadi dia dai'e
tapi seorang dai'e tak semestinya murabbi .
murabbi itu sifatnya lebih rapat dengan mutarabbinya .
jadi ustaz zul adalah murabbi kpd pelajar daurahnya .
maka apabila murabbi bersama mutarabbinya ,
murabbinya mahukan anak didik tarbiahnya menjadi sepertinya .
bukan kerana tidak menjadi sepertinya salah ,
tapi menjadi sepertinya lebih benar dan betul .
ustaz zul pada rakyat umum adalah dai'e ,
maka dai'e sifatnya dan penerangannya mesti bersesuaian dgn madu'nya .
itulah sebabnya banyak dai'e mengambil pendekatan yang longgar dalam dakwah ,
kerana prinsip dakwah utk org umum ,
maka ia perlu kepada yg paling mudah dan senang utk diamalkan masyarakat umum .
tapi murabbi , sifatnya tegas . kerana dia mendidik org .
jadi itulah yg menjadikan mungkin penerangan seorang murabbi berbeza dgn seorang dai'e .
murabbi mengambil pendekatan yg paling dia yakin utk mutarabbinya .
maka dai'e dan murabbi itu berbeza jalannya .

View more

Apakah cara2 nk dapatkan kemanisan iman ye ?

suatu hadis yang cukup menerangkan kita macammana nak dapat kemanisan dalam beriman :
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
(HR. Muslim)
dari google

View more

boleh terangkan serba sedikit tentang maulidurrasul. esok saya kena bagi tazkirah tentang maulidurrasul. sampai sekarang tak dapat lagi point nak cite apa. syukran sesangat :")

wah , bagus ~
nak terang sesuatu , tengok aspeknya .
first maksud , apa dia 'maulid' dan kenapa perlunya ada maulid ?
maulid adalah sambutan mengenang kelahiran Nabi Ulul Azmi yang tesangat mulia , Sayyiduna Habibuna Rasulullah S.A.W.
Maulid kat Malaysia ni , dululah agak pelik kerana disambut setahun sekali je .
ana teringat satu kisah , suatu hari ada sahabat yang bertanya , kenapa nabi berpuasa pada hari Isnin , sedangkan cukuplah sekadar puasa sunat pada hari khamis dan puasa-puasa sunat lain .
lalu apa jawab nabi , mafhumnya lebih kurang , "untuk mengenang hari lahirku iaitu pada hari Isnin , maka aku berpuasa"
Masha Allah , nabi sendiri menghargai hari kelahirannya iaitu pada hari isnin ,
walhal bukannya setiap hari isnin hari lahir nabi , tapi nabi cuba nak ajar ummatnya bahawa ,
kena selalu menghargai hari kelahiran baginda dan paling penting , nabi nak ajar kita bersyukur .
bersyukur dan terus bersyukur kerana Allah sangat cinta akan hambaNya yang bersyukur .
jadi , sewajarnya maulid bukan pada 12 Rabiul Awal setiap tahun je , tapi mesti selalu dilakukan ,
kena selalu dikenang akan jasa dan pengorbanan Nabi S.A.W.
Alhamdulillah , walaupun Malaysia sambut maulid secara kebangsaannya sekali sahaja setahun , tapi syukur pada Allah kerana masih lagi ada masa dan ruang untuk menyambut hari kelahiran Nabi di mana semua rakyat diberi peluang untuk menyambutnya .
jadi , setengah orang tak setuju adanya maulid .
tak mengapa , masing-masing ada pendapat masing-masing ,
cuma sekadar satu persoalan , andai tiada sambutan maulid di Malaysia umpamanya ,
nauzubillahi min zaalik ,
cuba bayangkan wujud satu keluarga , yang memang takpernah ada masa nak ingat nabi ,
kerana sibuknya mengejar dunia , jadi tidak sempat dia berselawat ,
walaupun sekali dalam satu tahun itu ,
sekurang-kurangnya dengan maulid yang diadakan ,
dapat jugak sedarkan dan jadikan dia berselawat pada nabi walau sekali dalam setahun ,
lagipun , tak rugi kita hidupkan satu amalan yang manfaatnya sangat banyak .
sollualannabiy

View more

Next

Language: English