@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kalau pakai inai je? tak buat corak?

sama lah. yg saya sebut tu hukum yg para ulama sepakati. sebab inai ni apa tujuan kamu pakai melainkan untuk tunjuk pada orang yg kamu pakai kan? kalau saja-saja, kamu takkan pakai punya.
tu sebab sepatutnya wanita ini kena hindar diri dia dari jadi tontonan ajnabi, bukan minta diri ditonton ajnabi. tu sebab tak boleh.
tapi sebab dia dah melekat dgn adat orang melayu kita. kahwin pakai inai, anak dara pun pakai inai. nak pakai inai boleh, tapi tunggu lah waktu dah kahwin.
kalau dah kahwin, suami bagi, silakan pakai. tapi kalau belum kahwin lagi nak pakai jugak yg bercorak segala tu, pakai lah sarung tangan lepastu. atau buat lah corak tu ditempat yg ajnabi tak leh nampak kalau kamu keluar rumah.
faham?

Related users

Yg waktu haram solat, tegak matahari amli tergelincir (zohor) .. tu ana tk phm? Bukanke waktu zohor example pkl 1. Asar pkl 4. Frm 1-4 kte leh solat kn? Ada ke waktu haram solat time ni?

eh. waktu haram solat adalah waktu mata hari amli tu, yakni masa matahari tegak atas kepala. waktu ni, bayang-bayang kamu kalau kamu ukur, cuma jarak dlm 2cm je daripada kaki kamu dari setiap sudut. waktu ni yg haram solat melainkan pada hari jumaat.
dia terus haram smpai matahari tergelincir, iaitu kalau kamu kira pada bayang kamu akan dapati bayang kamu tak sama, yg sebelah lebih 1cm di belah timur dan yang sebelah barat akan kurang 1cm. maka tahulah kamu dah masuk waktu zohor.
dan lepas zohor tu, silakanlah nak solat apa pun sebab dah bukan waktu haram. wallahua'lam

ada kawan saya ni dia jaga ikhtilat. dia memang jarang cakap dengan lelaki. kalau nak cakap pun dia suruh orang cakap kan. selalunya bab pelajaran lah. bila lelaki tanya dia sendiri dia angguk geleng je. tasydid sangat tak?

bagi saya ok je. lain orang lain nafsunya. kadang kamu tgok org tu syadid dlm menjaga ikhtilat. dia bukan menjaga ikhtilat semata, tapi dia jugak tengah menjaga hati dia.
masing-masing tahu kemampuan diri masing-masing. mungkin dia jenis yg cepat bernafsu bila bercakap dgn peremapuan apa semua. jadi dia pilih jalan selamat utk diri dia, jgn ckap dgn perempuan.
ada lelaki yg dia takde masalah nafsu dll bila ckp dgn perempuan, jadi cara dia muamalat dgn premuan mungkin berbeza sikit.
so, jangan cepat sgt sangka buruk dan pandang rendah pada orang. sebaliknya hendaklah kita raikan cara masing-masing dan berlapang dadalah.
wallahua'lam

perna tak dengar pasal solat isyrak?? solat ni mak saya suka buat lepas solat subuh.. kira2 dlm kol 7 mcm tulah...

yup. solat ni lah yg dibuat lepas waktu haram lepas subuh tu. dia dibuat lepas 16 minit drpd waktu syuruk iaitu waktu matahari terbit.

Bang,nk tnya ni.Nak bagi hadiah apa eh utk ust kitaorg? Ustaz kesayangan kitaorg nk berhenti mengajar dahh. Kitaorg baru tahu tadi. Hari sabtu ni last dia mengajar. Ni ustaz tuisyen. Tuisyen hari jumaat and sabtu. Ustaz tu sporting sangat bang. Sedih bila dengar dia nak berhenti. Tolong bang?

hmm. kalau ana lah, ana bagi benda yg tak mudah rosak dan tak mudah dilupakan dan tak sentiasa akan buat dia ingat kita. dan benda tu ana rasa adalah frame dengan gambar kita dan ustaz bersama.
Mesti susah dia nak lupa.
Insha Allah

Tau tak nasyid yang best best? Zikir selawat ke?

Qasidah best. tak tipu. tengok kat likes saya, rasa pernah tulis. bawah-bawah sket kot.

akh, saya risau life after spm saya lepas ni gi sambung belajar saya mudah terpengaruh dgn member , otoke, macammana ni

pesan guru-guru, murabbi dan senior saya... ikatlah diri dengan jemaah kaum muslimin. ikat diri dgn perjuangan Islam. insha Allah kamu takkan ada masa nak buat hal sia-sia nanti.
Liked by: Husnul Atirah =)

mcm mana nak khusyuk dalam solat? saya faham lah jugak makna dalam solat tapi selalu terlalai. solat berjemaah? susah nak kluar rumah and semua org dlm rumah slalu busy. (no sarcastic answers pls)

tergelak baca yg dalam bracket tu.
maaf menyinggung sesapa.
Khusyuk ni dia abstrak tau. khusyuk kamu dengan khusyuk orang lain, feel dia lain-lain.
Ada orang khusyuk dia, dia rasa tenang. ada yg rasa seronok dan tak penat ibadah. ada orang yg dia rasa takut sangat bila dia beribadah mcm neraka bawah kaki dia. dan macam-macam lagi lah masing-masing punya khusyuk.
Cuma cara khusyuk mungkin sama bagi sesetengah orang. Kata guru kami, Ustaz Syauqi hfz., nak khusyuk ni punyai dua cara yg ulama ajar. ini kait dengan fe'el kita dlm solat.
1. solat slow
2. solat laju sikit
yg nombor satu ni yg banyak masjid-masjid dan surau di Malaysia ni amalkan. baca perlahan, hayati makna, berlagu sayu. dan ada setengah orang tak boleh 'go' terutama org muda. mengantuk kata mereka. cara ni boleh je jadi khusyuk. tapi bergantunglah. kalau ana, ana prefer yang ni.
nombor dua pulak yg banyak negara arab amalkan. laju ni bukan makna pantas kilat tu, tak. dia baca dengan tertib, cuma dilajukan sedikit. banyak sambung ayat dengan ayat dll. cara ni bagus untuk orang yg cepat bosan dan khusyuk dia tak last lama.
Dan ingat satu pesan, Sayyidul Habib Umar Ben Hafidz hfz. diceritakan guru kami. Habib Umar ketika ditanya ttg macam mana nak khusyuk, maka beliau bacakan satu hadis drpd Sayyiduna Rasuullah berbunyi begini:
لا صلاة لمن لا وضوءله
iaitu "Tidak sah solat seseorang jika tidak berwudhuk"
Habib Umar pesan, hadis ini dapat kita faham bahawa solat dan wudhuk tu saling berkaitan dan maka termasuk yg berkait itu adalah khusyuk. maka nak khusyuk, semak wudhuk. daripada wudhuk lagi kena dah betul dan sempurna, dari rukun, sunat smpai adabnya. insha Allah sama-sama kita beramal dengannya.
Tentang jemaah pulak, kena ikhtiar sungguh-sungguhlah. wallahua'lam

View more

saya tak faham waktu haram solat. even bukan saya yang tanya tadi, tapi boleh tak kalau awak jelaskan dengan lebih detail lagi?

macam tadi saya cakap tulah. tiga waktu yg tak leh buat amalan yg macam solat bentuknya kecuali dengan satu sebab je boleh, iaitu di masjid nabi. yg ni boleh buat walaupun dalam waktu haram.
waktu haram solat ni tulah dia
Liked by: syimah Nurul Jannah

Ada org kata kat aku biah solehah tu sebenarnya nama makcik yang jaga kisas, dia kencing aku ke?

dia takkan nak kencing pada manusia. tak senonoh gitu. dia bergurau lah tu. er. dia bukan nama makcik yg jaga kisas, tapi dia nama penunggu yg menghantui Kisas. seram kan.

pastukan akh, apa kesan kita buat solat istikharah, i mean macammana kita dpt keputusan tu. terus dpt. ke or mimpi ke

itu bergantung. kadang dia datang dlm bentuk mimpi, kadang petanda, kadang isyarat ataupun hati kamu yakin atau rasa tenang dengan pilihan tu.

Next

Language: English