@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Salah tak kalau kita tak hormat pemimpin kita sebab pemimpin tu zalim dll? *if you know what i mean

Dalam Islam , kita ada prinsip yang dipanggil 'wala' ' dan 'bara' ' .
Wala' adalah ketaatan kepada pemimpin dan arahan pemimpin selagi mana tidak melanggar syariat Allah .
apabila pemimpin melanggar syariat Allah , maka Bara' adalah satu keperluan mendatang .
Bara' ialah menegur kezaliman yg dilakukan pemimpin dan berlepas dari kezaliman tersebut .
jadi kalau pemimpin lakukan kemungkaran , kena bara' dgn syarat kezaliman tu diyakini dibuat pemimpin sendiri .
ana pun tak mahir sgt bab ni .
boleh tanya orang alim psal benda ni lebih memdalam .
Allahua'lam

Related users

'X sepandai kamu' ?? apa x paham? Saya tya sbb sya pon x brapa pandai huhuu

tapi kamu masih belajar arab sdg saya dah tak brlajar lama . antara orang yg tidak belajar dgn yg blajar , yg blajar lebih alim ttg ssatu ilmu kerana dia berpeluang bertanya pada gurunya
Liked by: echoes

Alhamdulillah. Syukran. Boleh anta huraikan tauhid jalan kedua. tauhid rububiyyah, uluhiyyah and asma' wassifat.

afwan . ana rasa semua orang tahu 3 ni . beljar kat sekolah . benda yg sama . yang ramai tak tahu yg sifat 20 sedangkan yg sifat 20 ni yg wajib . Allah Allah , sistem pendidikan kita .
Liked by: Haura'

demi Allah akhi,ana dah jauhkan diri,tapi tetap dia..ana cuba cari wali dia tapi ana tktau dari cara mana..dia ada ask.fm. ana penah cuba ask dia tapi dia abaikan soalan tu..

contact la cara lain akh . kalau betul nak masuk line la .
Liked by: n

Yeah how eh nak elakkan diri dari tertarik dengan kristian dengan persekitaran saya yang mostly bukan muslim.and saya cepat terpengaruh and iman aaya tak kuat srsly.is there anything that i can do?

kena ada kawan-kawan muslim dan slalu begaul dgn dorang . kena dampingi asatizah dan tanya apa2 yg kawan-kawan non-muslim kata yg mengelirukan . rjuk mereka . selain tu , mengaji tauhid , sifat 20 . insha Allah diberkati Allah dan akan tahu dan yakin betul2 Islam tu agama yg sebenar .

Tauhid ada berapa? And huraikan setiap satu.

Tauhid dari wazan وحد-يوحد-توحيد .
Tauhid ini satu cabang ilmu yang membahaskan ketetapan pegangan , kepercayaan kpd Tuhan dan kepada Rasul-rasulNya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dgn segala dalil-dalil supaya i'tiqad yang yakin , kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaab bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan itu (Risalah At-Tauhid - Ustaz Abdul Ghani Yahya dan Umar Yusuf)
Jadi itu maksud sebenar ilmu ni .
sekarang ni approach pada ilmu ini ada dua jalan , dan jalan yang pertama adalah yang disepakati jumhur ulama Ahlus-Sunnah Wal Jamaah manakala yang kedua juga merupakan jalan bertauhid juga , tetapi tidak diijmakkan ulama sebagai diterima tetapi masih boleh dipakai .
Jalan Pertama : Tauhid Sifat 20 atau sifat 13 (disebut sbhagian ulama)
Jalan Kedua : Tauhid Tiga atau Tiga Serangkai
Jalan Pertama ini membahaskan 20 sifat Allah iaitu 'wujud (وجود)' sehingga kepada 'kaunuhu taala mutakalliman (كونه تعالى متكلما)' dan pendapat ulama lain meletakkan yg terakhir 'kalam (كلام)' .
Jalan kedua ini membahaskan tauhid pada maksud Rububiyyah , Uluhiyyah dan Asma' Was Sifat .
Adapun yang wajib dipelajari adalah Tauhid Sifat 20 kerana ia lebih terjamin kukuhnya aqidah seseorang kerana ia juga disepakati jumhur ulama ASWJ .
nak bahas satu-satu sifat memang bukan ini ruangnya . tapi ketahuilah hukum belajar sifat 20 ini wajib dan fardhu ain .
Kalau bleh baca jawi lama , bleh tgok gambar bawah ni berkenaan hukum mempelajari tauhid . nombor 8 .
tanya pada ulama yang mursyid dan alim
sama-sama dampingi ulama
wallaha'lam

View more

Akhi. Ana ikhwan. Sungguh. ana minat dengan sorang ukhti.Allah. Ana tau ni salah tapi demi Allah ana dah cuba buang rasa ni jauh2..ana istikharah..ana tetap teringatkan dia..

Allah Allah . besar ujian ni . minat orang tu biasalah akhi . ana pun ada je datang perasaan minat tu . kalau ana lah , ana buat benda lain . buat-buat tak layan je minat tu . saja syaitan main-mainkan . nanti dah buat benda lain hilanglah . tu kalau ana lah .

apakah hukum perempuan antar voice kat ajnabi kat ws?

elakkan . lelaki ni lain dgn perempuan . lelaki ni syahwat dia luar biasa sikit . tak semua tapi ada yg begitu . boleh jadi ada yg dengar suara dah boleh syahwat .
nak elakkan benda ni , jangan hantar voice message . taip je dah okay dah .

sy suke kat orang ni, ape saya nak buat ni... tapi macamane kalau sy bertepok sebelah tangan? mcmana kalo time sy nk ajak nikah die cakap die ade orang lain dah? macamana?

kenapa kamu nak takut bertepuk sebelah tangan kalau pemilik tangan itu boleh sahaja dengan izinNya membenarkan tepukan tu berbunyi walau sebelah tangan . itu tak mustahil buat Allah .
cuma kamu perlu lebih yakin . nak ikhtiar , kamu boleh usaha ubah diri jadi baik sebab kalau dia yg terbaik buat kamu , macam mana pun takkan lari juga dia dgn kamu .
perlu usaha ubah diri jadi lebih baik hari demi hari dan kuatkan pengharapan dan doa pada Allah .
yakin Allah yang pegang segala keputusan bukan kita .
wallahua'lam

Next

Language: English