@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Jika semua lelaki mahukan prempuan keturunan Ahlul Bayt. dan sentiasa berdoa agr dijodohkan dgn syarifah. bagaimana pula dgn kami wanita biasa ni? yg bukan keturunan ahlul bayt.

itu doa sahaja sahabat . bila kita mahukan sesuatu , mesti yg terbaik kan ?
macam tu lah . Allah akan pasangkan dgn yg terbaik utk kita , so tak yah lah risau .

Related users

Apa tu maksud kahwin gantung? Dan bulih ka dlm islam kahwin gantung?

Nikah Khitbah atau Kahwin Gantung ni panjang huraian dia
dia adalah perkahwinan yang sah dan nafkah tidak dibebani oleh suami tetapi nafkah ditanggung oleh wali .
dibenarkan dalam Islam :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: NMMS anis syimah

boleh ke bagi salam kat kubur non muslim ?

haram hukumnya
kerana mereka matu dalam kekufuran dan ahli neraka
jadi tidak boleh mendoakan mereka kesejahteraan
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: anis syimah

ape batas aurat d antara anak saudara(perempuan) dan ayah saudara, dan batas aurat diantara saudara mara(cousin)

mencari_ketenangan’s Profile Photoanis
anak sedara dengan ayah sedara mahram
Liked by: anis syimah

Ok ke kalau ana slalu trtdur pkl 9pagi then trjaga balik kul12 tghri. Sbb lps subuh tahan tdur tp last2 kalah juga. Takpeke?

tak mengapa .
cuma waktu pagi elok dimanfaatkan dengan aktiviti sprti menghafaz Al-Quran atau menuntut ilmu :)
Liked by: anis

Ana sdg qada' solat2 ana dari dulu smpai last ana tinggal solat, bnyak la jugak. Ada tips untuk kekal kuat dan yakin dlm penggantian trsbut ?

Allahu rabbi .
untungnya enta/enti
doakan ana juga
kata guru kami , Al-Fadhil Ustaz Syauqi hfz.
qada' solat ini sekurangnya sehari sekali mesti buat :)
insha Allah .
buat slow-slow
ana buat checklist , nak bagi yakin sikit
insha Allah :)
Liked by: anis syimah

akhi . dosa x kalau kita stalk fb ajnabi? tapi kita xde niat lain . just nk tengok status yg dia update .

tak dosa lah .
jangan lebih-lebih ye
Liked by: syimah

'tak jlnkn hudud tak bermakna tak jlnkn hukum Allah swt' ape maksud statementvdi atas?

Semua orang kena clear , hukum Allah BUKAN hudud sahaja , harap maklum
Ta'zir , Qisas itu semua hukum Allah .
maka , jika mereka mengatakan "jika tidak jalankan hudud , bukan maknanya tak jalankan hukum Allah"
jadi perlu ingat ini , hudud itu adalah sebahagian satu daripada hukum Allah
dan untuk menuju ke arah 'sedia' untuk jalankan hudud ,
maka perlu hudud itu diperkenalkan konsep sebenarnya , biar masyarakat faham dan tahu bahawa hukum yang paling sempurna ialah hukum Allah BUKAN hukum manusia .
"Wahai orang-orang yang beriman , masuklah di dalam (Islam) dengan kesempurnaan yang sesempurnanya" (Al-Baqarah)
Mengapa wahai orang beriman , bukan wahai manusia ?
kerana siapa lebih faham Islam melainkan orang Islam .
wallahua'lam

Mcm mne mlysia yg tk amal hudud ni? Dosa ?

"Barangsiapa yang melakukan suatu sunnah yang buruk dan ianya diikuti orang lain maka dia akan mendapat bahagian daripada amalan (buruknya) itu"
adakah tidak melaksanakan hukum Allah itu suatu sunnah yang baik ?
Liked by: Mohamad Afif

ana sekolah smk je.. ._. mane ade orang pakai purdah.. pakai tudung labuh pon org dah ckp 'ustazah'. betulke nak pakai purdah ni kena ilmunya tinggi? bile dgr org ckp mcmtu ana rasa serba salah nak pakai purdah.

Pertama sekali , tahniah :)
daripada ribuan orang , enti dipilih Allah untuk jadi ghuraba'
biar asing di mata orang , tetapi tidak di mata Allah .
Toib ,
ilmu tinggi itu dituntut sahaja
tak mesti ilmu tinggi baru nak tudung labuh/purdah/niqab
yang perlu tinggi itu akhlak dan adab kamu
andai berniqab tetapi gayanya lelaki , tetap tidak manis di mata orang
bahkan mungkin boleh jadi fitnah pada agama lagi , kan ?
antara akhlak dan ilmu , semestinya akhlak itu lebih utama .
kenal pakar nahu , Si Bawaih ?
kalau kamu kenal dia , dia hakikatnya merupakan seorang yg sangat lambat dalam belajar .
tetapi , Bawaih ini punya satu sikap yang orang lain takde .
iaitu walaupun dia jauh lebih lambat dari sahabat-sahabt dia yang lain ,
dia tak pernah tinggal kelas gurunya , bahkan selalu berkhidmat pada gurunya .
Suatu hari , gurunya perlu memilih sayyid (penghulu) baru utk ganti tempat dia kerana dia tidak ada atas urusan lain
maka berebut sahabat-sahabat Bawaih menginginkan jawatan sayyid ini untuk mengajar sahabat lain
lalu guru Bawaih telah bercadang melantik Si Bawaih sebagai sayyid menggantinya .
sahabat-sahabtnya bingung dan merasa tidak puas hati .
Tiba masanya Bawaih perlu mengajar
maka dia membawa kitab dan duduk di hadapan
sahabat-sahabatnya sudah mula ketawa kerana tahu Bawaih bukannya seorang yg pandai berkata-kata apatah lagi dengan lembabnya .
Bawaih pun membuka kitab dan dengan izin Allah ,
dikurniakan 'futuh' kepadanya
ibarat paip getah yang selama ini tersumbat ,
air didalamnya meletup dan mengalir laju
Bawaih mengajar dgn sangat baik bahkan lebih baik dari gurunya !
Sepulangnya guru Bawaih ,
beliau terkejut dan berasa cemburu dgn futuh yang dikurniakan Allah pada si Bawaih dalam bidang nahu
lalu gurunya berdoa agar dikurniakan Allah suatu kepakaran dalam bahasa arab yang bawaih tidak pakar dalamnya
dimakbulkan doanya , Guru Bawaih dianugrahkan kelebihan mahir menyusun rangkap syair arab .
Jadi , kesimpulannya ?
alim mana pun kita , jika tiada adab tiadalah gunanya
biar kita kurang pada ilmu tapi tinggi pada adab , nescaya orang akan suka dgn kita :)
insha Allah

View more

Saya buat dosa . Tapi tak rasa bersalah. Saya rasa hina. Macamana nak mintak hati yang baru

Kita sama lah :'(
Bukan kah awak ask saya , kata awak rasa hina .
itu lah bukti awak rasa bersalah sahabat .
maknanya dalam diri awak masih punyai rasa tidak bahagia dengan dosa .
alhamdulillah , awak patut bersyukur .
sebab berapa ramai manusia yang bahagia dengan dosa yang dia lakukan
sehingga dosa-dosa itu menjadi sebati dalam diri dia
hingga tiada lagi 'rasa berdosa' apabila melakukan dosa
bila sampai saat itu , bermakna Allah dah tarik kenikmatan meninggalkan maksiat dari dia .
maka tinggallah diri dia yang sentiasa rasa tak berdosa
Allahu rabbi :')
Allah bagi kamu rasa untuk bertaubat lagi
jadi mengapa berlengah lagi ?
sementara Allah ketuk hati kita ,
inilah masanya , istighfar akan mengampunkan dosa kecil kamu
dan taubat akan menghancurkan dosa besar kamu
dengan izin Allah :)

Ada limit bilangan solat ke untuk satu wudu ' ?

Takde . Selagi tak batal boleh sahaja .
Melainkan wudhuk orang sakit , tu lain cerita .
Sama-sama dampingi ulama
Wallahua'lam
Liked by: anis

Next

Language: English