@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Secara saintifiknya kenapa lelaki perlu berpuasa kalau tak mampu nak kahwin ?

Wallahua'lam. Soalan ni better tanya saintis. Sebab itu bidang mereka. Yang saya pelajari daripada para masyaikh bahawa puasa itu sendiri bermaksud امساك iaitu menahan.
Maka dengan puasa, ianya melatih nafsu untuk bertahan dan menahan diri. Secara umumnya dapat kita dapat fikirkan, antara hikmah puasa adalah bahawa dengan puasa ianya dapat melemahkan nafsu dan menahan diri.
Untuk lebih saintifik, kena tanya para saintis Islam. Wallahua'lam.
Liked by: ñůŘűŁ☆

antara usul fiqh dan hadits , apa kelebihan ambil bidang tersbut? saya nak amik bidang agama tp tgh fikir nak terarah kepada apa.

Usul fiqh satu ilm yang mustaqil (berdiri sendiri), hadis juga satu ilm yang mustaqil (berdiri sendiri). Yang pasti dua-dua saling melengkapi.
Ahli Usul punya peranan dalam mengeluarkan faedah dan hukum daripada nas (Al-Quran dan hadis) adapun hadis secara umumnya adalah kajian terhadap hadis daripada sudut sandarannya (Sanad) dan teksnya (matan).
Dua-dua penting dan perlukan fokus kalau betul nak mendalami. Dua-dua pun saling berkait. Hadis tanpa usul fiqh, tak boleh berinteraksi dengan kehendak nas. Usul fiqh tanpa ilmu hadis boleh tidak menjamin kesahihan hadis yang ingin diistibat (keluarkan hukum).
Wallahua'lam. Fikir dan pilih elok-elok.
Liked by: ñůŘűŁ☆ Fxezxh

Maksud saya siapa contoh2nya?

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Muhammad Awwamah ini kalau dalam bidang hadis lah. Maaf ana banyak fokus ke hadis sebab tu bidang yang ana nak fokus.

Related users

Assalaamu'alayk. Tahqiq tu apa maksudnya? Yg saya tahu tahqiq dalam ilmu qiraat tu, tapi selalu terdengar org kata, dlm kitab ni ade tahqiq blabla.. ape tu ye?

Wa'alaikumussalam. Tahqiq ni adalah istilah kitab.
Kalau kamu tengok kitab-kitab Arab, biasanya dia akan ada nama musonnif atau penulis contoh Sahih Bukhari, penulisnya adalah Imam al-Bukhari.
Dan biasanya bawah nama penulis ada nama kedua, nama kedua itu adalah pentahqiq. Biasanya diorang akan gunakan ibarat : تحقيق atau محقق.
Pentahqiq ini adalah orang yang berkhidmat untuk kitab. Antara kerja mereka adalah mereka akan keluarkan rujukan pada dalil-dalil dalam kitab, takhrij dan komentar pada hadis-hadis yang disebutkan pengarang dalam buku. Juga muhaqqiq (pentahqiq) akan keluarkan dan huraikan segala ibarat pengarang yang meragukan, dan pentahqiq akan membandingkan makhtutat (manuskrip-manuskrip asal) agar tepat dengan kehendak penulis.
Kerja tahqiq ni kerja yang berat dan sangat perlu dihargai. Begitu juga kita katakan, penting bila beli kitab Arab untuk tengok dan cerewet sikit dalam memilih muhaqqiq. Dan biasanya muhaqqiq yang betul-betul detail dalam tahqiqnya boleh menjadikan karyanya mahal.
Itu sebab kita tengok kitab Arab, tak semua sama harga dan sama tebal, walau pengarangnya sama.

View more

Salam akhi, maaf nak tanya. Adakah perlu mandi wajib sekiranya keluar darah? Tapi keluarnya bukan pada waktu haid. Kadang keluar kadang henti. Tak tentu. Kadang jadi was-was patut mandi ke tidak. Dan agak rimas, selalu asyik kena mandi. Mohon sangat akhi boleh jawab.

Wa'alaikumussalam kalau macam tu tak payah mandi. Sebab luar waktu haid. Sebab ia adalah istihadhah. Cuma perlu wudhuk setiap kali nak solat. Wallahua'lam
Liked by: ñůŘűŁ☆

Skrg ada injection yg boleh buat org jadi tinggi. Injection ni tak bahaya and takde effects dkt kesihatan pun. Saya ada kwn laki tp dia takut nak buat sbb mengubah ciptaan Allah. Dia malu dia pendek & ada org ejek dia sikit2 and sometimes dia rasa down. Salah ke if dia buat injection tu? Hukumnya?

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi saya tanya guru fiqh saya, al-Fadhil Syeikh Sayyid Syaltut al-Hasani al-Azhari berkenaan soalan ni. Tentang suntikan yang boleh membuat orang tinggi, tetapi tidak memberikan mudhorat pada yang mengambil suntikan tu daripada ahlinya (doktor).
Saya bertanya adakah ia termasuk mengubah ciptaan Allah, maka Syeikh jawab ia tidak mengubah ciptaan Allah. Ambil lah suntikan tu sampai jadi tinggi melangit ; Syeikh bergurau pada kami.
Insha Allah. Itu jawapan beliau. Wallahua'lam.

Cane kaifiyat solat jenazah?

Boleh rujuk dalam kitab fiqh. Mudah dan tidak perlu rukuk dan sujud. Sekadar 4 kali takbir dan salam.

https://www.youtube.com/watch?v=__LrutaS41w pendapat kau?

Dari zahir video, zalim orang yang buat macam tu. Walaupun sekiranya anak tu, adalah anak luar nikah, tetapi bukanlah salah si anak sehingga dibuang macam tu. Salah pada ibu dan ayah yang terlanjur tidak patut dibeban oleh anak yang menjadi mangsa keadaan.
Mudahan Allah kembalikan kesedaran pada kedua ibu dan ayah bayi tu, dan Allah kembalikan mereka kejalan yang benar dan Allah jaga dan besarkan bayi itu menjadi anak yang sabar dan Soleh.
Amin.

Apa taraf hadis yg ada dlm sahihain? Adakah terdapat hadis dhaif? Dan apa taraf hadis paling rendah dlm sahihain ?

Hadis dalam kedua sahih Bukhari dan Muslim (Sahihain) adalah bertaraf sahih dan diterima oleh ummah secara ittifaq akan kesahihannya. Bahkan kitab Sahih Imam Bukhari adalah kitab yang diiktibar kitab paling sahih selepas Al-Quran.
Dan perbahasan taraf hadis dalam Sahihain adalah memang ada hadis dalam Sahihain yang bertaraf mursal, tetapi kesemua hadis yang mursal ini mempunyai syawahid dan mutabi yang mengangkat hadis-hadis ini kepada sahih dan wajib beramal dengannya.
Adapun perbahasan panjang lagi tentang i'tirad Imam Darqutni dan lain-lain tu, bukan di ask.fm ni mahal (tempat) nak bincang.
Wallahua'lam.
Liked by: Zahrah

Kalau contoh kedai tu ada serve arak tapi makanan dia halal.. so boleh makan tak kt kedai tu ?

Kalau yakin tak bercampur dengan arak dalam makanan, atau kuali tidak ada kesan campuran arak dan lain-lain, takda masalah.
Cuma persoalannya, cukup yakinkah kita?
Liked by: eisyahzain

Kalau ade perempuan asyik tanya pasal agama kt kita (lelaki) apa patut kita buat ?

Kalau sungguh memang untuk maslahat dia untuk tahu. Maka wajib kita jawab kalau kita sungguh tahu.
Tapi kalau sengaja nak menggedik dan menggatal. Tak perlu jawab.
Wallahua'lam.
Liked by: White❄

Rokok haram ke??..berikan rujukan kitab2 fiqh.

Perkara ni dah difatwakan haram oleh banyak ulama. Dan haram itu kerana kemudaratan yang dibawa pada rokok. Nanti jika saya temukan kitabnya saya akan sebutkan semula. Wallahua'lam.
Guru kami, Syeikh Sayyid Syaltut al-Azhari asy-Sayfie juga ketika ditanyakan soalan berkenaan rokok mengatakan bahawa merokok itu haram hukumnya. Dan yang mengatakan tidak haram itu adalah mereka yang juga terlibat dalam merokok dan seumpamanya. Saya cuma menaqalkan kalam Syeikh. Wallahua'lam

So, anta dgr lagu x? X lgsung?

Dengar juga. Sikit-sikit. Sadah syafi'iyyah mengharamkan lagu, tetapi para guru kami di al-Azhar menfatwakan lagu harus selagi mana tidak melalaikan dan tidak membawa kepada perkara-perkara haram yang lain.
Kamu soalkan tentang lagu dalam mazhab Syafi'e, maka saya jawab pendapat majoriti mazhab Syafi'e. Adapun ada qaul ulama lain daripada mazhab lain yang mengharuskan mendengar muzik, dan qaul itu difatwakan para ulama kontemporari.
Makanya, kalau kamu tak faham dari apa yang saya tuliskan ini, cukup sahaja kamu dan saya pegang bahawa muzik itu harus selagi mana ia mematuhi syarat-syaratnya. Dan perbahasannya kita serahkan pada para ulama mujtahidin. Wallahua'lam.
* Saya berasa jawapan ni dan persoalan tentang muzik ini saya akan padamkan kerana sepertinya silap saya dalam memahami dan membalas jawapan pada soalan sehingga boleh membawa kekeliruan. Maaf.

View more

sewaktu solat bersenderian, perlu tutup aurat ke? sebab kan hamba dengan Allah tiada aurat

Menutup aurat adalah syarat sah solat. Syarat maksudnya adalah, takdanya dia maka tak sahnya solat.
Tidak kiralah samada berseorangan atau berjemaah, aurat akan wajib ditutup sebelum dan semasa kita menunaikan solat.
Hamba tiada aurat dengan tuhannya, tetapi hamba punya malu dengan tuhannya.
Tuhan melihat segalanya, zahir mahupun batinnya.
Aurat dan bukan auratnya, bahkan setiap satu urat yang mengalir darah dan yang tidak semuanya diketahui Allah.
Tidakkah hamba merasa tuhan bukan sahaja mengetahui auratnya yang zahir, bahkan tuhan mengetahui auratnya yang batin (noda dan dosa) tetapi cukup sukar untuk dia (hamba) menutup aurat zahirnya sedang aurat batinnya sudah Allah tutupkan dari pandangan manusia...

Apa dalil lagu tu haram??

Mungkin saya tulis sebelum ini umum, tapi lagu sungguh memang haram di sisi ulama sadah Syafieyyah. Mereka tulis dalam kitab-kitab mereka dengan dalil daripada hadis-hadis yang sahih.
Tetapi itu tidak bermakna tiada qaul daripada ulama yang lainnya. Dan ada pendapat dari mazhab lain yang membenarkan bahkan mengharuskan. Maka tiada masalah untuk siapa yang berpegang pada qaul syafi'iyyah untuk tidak mendengar muzik.
Yang penting adalah kita tidak bertelagah kerana Islam itu jauh lebih luas dari mazhab syafie sahaja. Wallahua'lam

Tafsir ibn kathir, al baghawi dan al-maisir mana lagi best?

Tafsir Ibn Kathir tu umdah rujukan untuk Tafsir. Sebab dia adalah tafsir yang menggunakan nas dengan nas, (tafsir bil Mathur) kena ada satu naskhah untuk rujukan.
Al-Maisir dan Al-Baghawi, Ana tak tahu. Wallahua'lam

Kitab ape yg best utk beginner(yg tak tebal sgt n bahasa arabnya mudah difahami)

Maksudnya, kitab dalam bidang apa ya?
Kalau bacaan umum, saya cadangkan baca kitab-kitab cerita-cerita ulama/nabi begitu. Antara yang dicadangkan untuk sirah nabi adalah kitab Sirah Nabawiyyah: Durus wa Ibar. Atau kitab Nurul Uyun. Dua kitab yang baik untuk permulaan dalam membaca sirah nabi.
Atau kalau untuk tarajim atau cerita menarik para ulama, yang bahasanya pada saya juga Insha Allah mudah, boleh cari kitab Qimatuz Zaman inda ulama, tulisan Syeikhul Masyaikhina Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah رحمه الله ,
atau tulisan beliau juga, kitab Sofahat min Sobril Ulama.
Juga boleh dicari kitab Tobaqat Syafieyyah Kubra/Wusto/Sughro samada tulisan Imam Abdul Wahhab Syaarani (murah dan pendek sikit)
kalau nak yang panjang, beli Tobaqat Syafieyyah kubra imam as-Subki. Insha Allah kitab-kitab ni seronok baca untuk yang baru nak biasa-biasa baca kitab Arab.
Nak baca kitab Arab kena ada kamus kat sebelah (kalau saya pakai Kamus Maani معجم المعاني ada dalam playstore tu) dan untuk awal-awal, kisahkan untuk faham cerita atau perbahasan yang disebutkan instead of kerap bukak tutup kamus cari maksud. Belajar agak maksud perkataan. Dan pensel untuk gariskan perkataan mana tak tahu dan catat kalau dah tahu. Itu penting. Dan yakin. Takpe salah nahu sorf dulu, lama-lama imorove Insha Allah.
Wallahua'lam

View more

Assalamu'alaikum Akak nak tanya wanita yg mencat rambutnya itu bolh tak?

imeh_com’s Profile Photoنور حليمه
wa'alaikumussalam. apa maksud warnakan rambut ya? macam mana yang dimaksudkan warna rambut tu? kalau dari sudut hukum pakai pewarna rambut, boleh jadi haram dan boleh jadi harus, bergantung pada keperluan nak guna, kalau dari sudut sah atau tidak pewarna rambut dalam wudhu, tu bergantung pada jenis pewarna rambut tu lah, kalis air atau tidak dan sebagainya. harap di perincikan sikit soalannya. wallahua'lam
Liked by: ñůŘűŁ☆

Next

Language: English