@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

apa hukum kalau seorang muslimin like gambar seorang muslimat ? walaupun aurat dah tutup sempurna .

bergantung pada niat si muslimin tu lah. perempuan tu takde apa masalah pun selagi dia tutup aurat dgn sempurna dan tak buat gaya yg merbahaya, takde masalah.
yg muslimin tu kena hati-hati sikit. apa tujuan antum like gambau tu. kalau like dgn syahwat, tu berdosa. wallahua'lam

Related users

Assalamualaikum. Kn perempuan n lelaki kena tundukan pandangan. Masa nk tundukn pdngn tu ' org lainpikir kita jeling dia' . Kn berdosa sakitkn hti org

Wa'alaikumussalam.
gini. kena faham molek-molek apa dia perintah tunduk pandangan tu.
" قل للموءمنين يغضو من ابصرهم... "
Boleh rujuk surah An-Nur ayat 30 dan 31.
Cuba tengok ayat tu elok-elok.
Allah guna min (من) iaitu maksudnya sebahagian drpd pandangan.
dan kena faham maksud min tu sebahagian daripada pandangan bukan maknanya tak pandang terus. jadi aplikasi dia tak tengok lagi banyak dari tengok. tu maksud ayat ni.
banyak org salah faham dgn ayat ni, terus tunduk pandang tak angkat-angkat smpai jadi fitnah pada Islam. jadi kena faham molek.
jadi aplikasi dia bergantung pada kita. kalau rasa diri tak kuat, kurangkan sungguh drpd lihat ajnabi. kalau kuat sikit tengoklah tapi jangan tentang mata.
faham?

sertu & samak , cara sama , cuma digunakan istilah utk perkara yg brbeza . bkn cmtuh ? sertu utk anjing , samak utk kulit binatang cmtuh . kan?

istilah tu maksud ana maksud dari segi istilah lah. maksud dua-dua tu sama je sebab kaifiat dia sama. yg beza cuma bila istilah tu ditakrif dalam bahasa melayu ni. jadi dua tu beza. kalau dalam bahasa arab, samak tu lah samak dan dia jugaklah tuwas. wallahua'lam

"kamu adalah diri kamu tetapi, kamu boleh jadi orang lain"

oh. dah pernah syarah lah dulu. senang simpulnya, setiap orang tu kena jadi diri dia sendiri. tapi jangan takut untuk jadi macam orang lain yg kamu rasa lebih hebat dari kamu sebab kamu boleh jadi macam diorang kalau kamu usaha nak ubah diri kamu.
jadi jangan berhenti berubah. jangan berhenti cuba untuk berubah dari takde ilmu jadi yg berilmu. jangan berhenti untuk jadikan Rasulullah sebagai tauladan dan cuba nak contohi segala akhlak baginda.
maaf falsafah skit.
tapi gitu lah.

Katakan lah seseorang itu bangun pagi untuk qiam, adakah ada solat sunat tertentu yang kita patut lakukan atau solat saja tanpa turutan?

disunatkan mulakan dgn solat tahajjud. dan akhirkan dgn solat witir. yg lain tu terpulang. takde susunan spesifik.

Ada org kata seseorang tu muncul dlm mimpi kita sbb kita selalu teringatkan dia. Apa pula naksudnya kalau cth:saya x pernah fikirkan pasal laki ni dan pernah jumpa beberapa kali tapi tiba2 satu malam tu saya mimpi dia jadi org istimewa saya?

apa maksud jadi org istimewa tu? org istimewa ihtilam ke? atau org istimewa lain

Baca yasin dengan al kahfi tu afdhol diamalkan pada hari apa?

baca yaasin takde waktu spesifik. tapi yg diamalkan di Malaysia yaasin ni malam jumaat. ma'ruf sebagai adat di Malaysia yg diajar para ulama dulu.
baca Kahfi ni sunnah dibaca hari jumaat.
Liked by: 22 ana

jadi boleh ke sy elakkan was was dgn yakin bahawa tanah mustakmal boleh digunakan dlm proses samak?

dah ada qaul ulama tadi. ulama nakluar pendapat bukan suka-suka je. semua ada dalil dan perlu kuasai banyak cabang ilmu sebelum boleh berijtihad keluarkan hukum. jadi yakin lah dgn mereka (para ulama) kerana mereka mahfuz.
Liked by: Brader Jim

Tapi qaul tu lemah. Akhi ada cara nak buang rasa was was dan hindarkan diri dari gangguan syaitan?

was was nak hilangkan kena yakin. jangan layan was was tu
Liked by: ana Brader Jim

apa maksud ustaz syauqi yg "tanah tu kalau guna balik pun tak cukup"? Sbb dlm bancuhan pertama tu sy letak banyak tanah. Jadi rasa membazir kalau sy buangkan tanah byk tu utk buat bancuhan lain

tu ana tak pasti. cumanya kalau rasa dah jumpa qaul yg kata boleh jadi khalas lah. takde masalah.
Liked by: Brader Jim

Kira berdosa lah sebenarnya?

ada pendapat ulama yg kata hukum tengok aurat dlm TV macam hukum bayang. tengok bayang ajnabi kan tak berdosa. jadi tak berdosa selagi tak bersyahwat.
tapi ia khilaf kalangan ulama, ada yg kata tak boleh ada yg kata boleh. yg terbaik tu kluar dari khilaf, iaitu jalan selamat tak payah tgok. adapun nak tgok takde masalah selagi tak bersyahwat.

Maksud saya, apa hukum perempuan tengok game bola, perlawanan bola sepak antara satu pasukan dan pasukan lain? (lelaki lah yang main bola tu)

hukum syarak dia boleh je. tapi kalau kamu org yg menjaga, maka keluarlah dari khilaf tgok aurat tu dgn letak pada diri tak payah tgok.
Liked by: mir

xpe ke kita join street dakwah klau ilmu agama sikit je????

انما الاعمال بالنية
"Setiap amal tu bergantung pada niat"
Jadi kalau niat kamu nak pengalaman dakwah, dapat lah pengalaman tu.
Kalau niat nak dapat ilmu berdakwah, maka insha Allah dapatlah ilmu dakwah tu.
tapi kalau niat semua, dapatlah semua insha Allah. bergantung pada نوى ataupun si peniat tu lah.

waktu cuti ni nak buat apa eh ? nak2 bdk lepas spm. asyik melagho je dengan internet dan gadget. cadangkan something.

kalau rasa ilmu agama tak mantap lagi. fardhu ain belum setel lagi, pergi spend masa cuti ni mengaji. tambah ilmu. kejar jilsah-jilsah ulama dan habaib. join majlis-majlis ilmu di masjid dan surau.
kalau rasa ilmu agama dah alhamdulillah, dah lepas fardhu ain alhamdulillah. maka pergi tambah pengalaman. cari kerja. tolong mak ayah (khidmat). dalam masa sama ada masa sikit tu isi dgn Al-Quran dan majlis ilmu kalau mampu.
kalau ana dulu ana isi dgn follow majlis Ustaz Nazrul Nasir kitab Syamail. nak pergi susah jadi follow utube. camtu jugak dgn Habib Ali Al-Hamid.
camtu lah. check diri kita yg mana.
Ingat yg dah habis SPM tu. SPM baru permulaan untuk perjalanan hidup yang lebih jauh lagi. ummat tenat ni perlukan kita. jadi kita kena bersedia dgn ilmu dan pengalaman utk alam kampus.
Semoga Allah permudahkan urusan kamu semua

View more

"Barangsiapa yg menyebut la ila haillallah, maka dia ialah seorg daie(pendakwah)." Soalan: Ini hadis ke ayat al-Quran?Klu hadis, riwayat siapa?

ni kalamnya ulama.
Liked by: Oyo

Next

Language: English