@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

aku baca kita bimbingan mu'minin tanpa guru boleh ke?? kitab ni ringkasan kepada kitab Ihya' Ulumuddin by Imam al-Ghazali..

Wallahua'lam sebab saya tak pernah baca. Pada saya membaca takde masalah. Sememangnya dituntut, tetapi bila kamu ada masalah (contohnya tak faham maksud pengarang dll) kamu kena dapatkan guru atau orang yang diiktiraf kelimuannya dan bertanya pada dia. Padah sesetengah orang yang membaca buku ini, mereka tidak faham maksud yang penulis sampaikan tetapi mereka cuba faham-faham sendiri sehingga akhirnya tersasar dari makna yang dikehendaki penulis. Lalu mereka merasakan kefahaman mereka itu lah kefahaman yang betul dan itu lah kefahaman penulis. Bahaya.

Saya minta maaf sebab ada terasa dengan saudara. Ladang bila saya hantar soalan, saudara tak jawab soalan saya tapi jawab yg lain dulu. Padahal mungkin saudara belum jumpa jawapan atau perlu rujuk pada yg lain atau apa. Minta maaf sebab tersangka yang bukan-bukan. Apapun jzkk atas bantuannya.

Saya minta maaf juga sebab tak boleh nak jawab soalan saudara terus. Kerana saya tiada autoriti untuk bercakap pada apa yang saya tidak tahu. Jadi saya jawab apa yang saya mampu. Insha Allah kalau saya jadi mujtahid nanti, saya jawab semua soalan mudah je. Doakan lah saya dapat jadi dimudahkan belajar sampai saya jadi mujtahid. Amin.

Salam. Apa pandangan awak dekat mereka yang belajar kitab melalui youtube . Macam dia belaja kitab tauhid ke, kitab fiqh ke melalui daurah yang di upload dalam youtube.

Waalaikumussalam. Perkara ni dah jadi syai'3 dan tersebar luas dikalangan manusia dengan kemudahan Internet dan lain-lain. Saya ceritakan apa yang saya fahami dan pelajari daripada masyaikh al-Azhar. Masyaikh al-Azhar sangat terbuka dalam mendepani media begini. Bahkan boleh dikatakan para masyaikh kami di al-Azhar hampir semuanya mempunyai akaun Facebook, page masing-masing, dan rakaman pengajian kuliah mereka semuanya diupload di dalam YouTube bahkan selalunya punyai live di Facebook dan Instagram. Ini bukti bahawa masyaikh al- Azhar sangat meraikan realiti masyarakat.
Bahkan setengah masyaikh kami menyuruh kami untuk mengulang semula rakaman di rumah pada beberapa bahagian yang tidak dapat difahami masa kelas. Maknanya tiada masalah hendak menonton di YouTube. Tetapi sebaiknya semampu mungkin, hadirkanlah diri ke majlis. Kerana di majlis ada keberkatan yang tiada di dalam video yang kamu tonton walaupun live. Dan jika punyai persoalan, ianya takkan terjawab kalau kamu menonton di dalam video tetapi ianya akan terjawab kalau kamu hadir ke kelas.
Jika rakaman digunakan untuk murajaah (ulang kaji) itu terlebih baik. Wallahua'lam.

View more

Related users

Salam, terangkan padaku rukun qauli. Apa kayu ukur nak menentukan had suara dlm melafaznya. Jzkk

Waalaikumussalam. Rukun qauli adalah beberapa perbuatan yang wajib dilafazkan dan didengar dalam solat. Kayu ukurnya mudah, ianya sekadar kamu baca dan kamu dengar apa yang kamu baca, setiap huruf yang kamu baca itu kamu dengar dengan telinga kamu. Tetapi tidak lah dengan suara yang kuat seperti kamu bercakap. Cukup sekadar suara ketika berbisik begitu. Wallahua'lam.

Salam. Nabi ada sebut dalam hadis ciri2 munafik, ada 3. Tapi boleh ke kita tujukan pada individu utk melabel dia munafik dgn menggunakan hdis tersebut? Tq

Waalaikumussalam. Saya pernah tanyakan soalan yang sama pada guru saya, Fadhilatus Syeikh al-Faqih al-Usuli Syeikh Sayyid Syaltut حفظه الله تعالى guru fiqh dan usul fiqh di al-Azhar asy-Syarif. Kata beliau, juga guru kami حفظه الله تعالى:
Ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran dan hadis itu adalah menunjukkan petanda seorang munafiq. Tetapi menghukum seseorang itu munafiq dengan menggunakan hadis-hadis atau ayat Quran ini tidaklah boleh dilakukan oleh awwam (orang biasa macam kita ni). Tetapi yang akan menghukum seseorang itu munafiq adalah tugas seorang Qadi atau dinegara kita disebut hakim. Hakim yang akan menetapkan dan menjatuhkan hukuman bahawa seseorang itu munafiq dan lain-lain.
Saya katakan: Sedangkan kafir yang zahir itu juga sukar untuk dijatuhkan hukuman melainkan perlukan penelitian, keterangan, dipanggil yang dituduh dan yang menuduh dan lain-lain proses yang rumit, inikan lagi munafiq yang lebih tersembunyi dan tidak zahir, lagi sukar untuk dihukum terutamanya dalam zaman kita hari ini yang banyak fitnah yang berleluasa. Wallahua'lam.

View more

Liked by: Safirah ♕

pasal . kita ni boleh follow mereka tak ? dgn hadis2 yg mereka bawa?

Yaah. Persoalan habib ya... pertama sekali yang kamu kena tahu adalah apa yang dimaksudkan dengan habib? Ia adalah gelaran yang diambil dari bahasa arab. Asal penggunaannya dalam bahasa Arab adalah 'yang dicinta'. Tetapi asal penggunaan ini kemudiannya dijadikan istilah khusus untuk mereka yang berketurunan ahl-bayt iaitu anak cucu keturunan nabi kita, Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dan lebih tepat lagi istilah ini sangat masyhur di Yaman dan tersebar luas sehingga kenegara kita, Indonesia dan lain-lain.
Baik. Jadi kesimpulan yang boleh saya katakan adalah, habib adalah gelaran pada siapa-siapa sahaja yang punyai keturunan yang bersambung dengan Rasulullah. Dan orang ini boleh mengaku dirinya habib atau penggunaan untuk ramainya, habaib.
Jadi untuk persoalan yang kamu tanya, boleh ke kita ikut mereka. Jawapannya mudah, siapa mereka yang kita nak ikut itu. Jika habib yang kita nak ikut itu, daripada mereka yang diiktiraf ilmunya oleh ulama, dan mereka dikalangan ahli ilmu. Tiada masalah.
Tetapi kalau yang kamu tidak tahu adakah habib tersebut apa beliau diiktiraf ahli ilmu atau tidak maka saya sebutkan habib yang saya kenali sendiri beliau dan diiktiraf oleh para ulama akan keilmuannya. Beliau adalah Habib Umar Bin Hafidz حفظه الله تعالى. Beliau diiktiraf oleh al-Azhar dengan dalil bahawa beliau ketika melakukan ziarah ke Mesir dijemput al-Azhar untuk memberikan tausiyah di dalam masjid al-Azhar membuktikan pengiktirafan al-Azhar pada ilmu beliau. Habib Umar punya madrasah (manhaj) dan daripada beliau lahir ramai alim ulama yang juga diiktiraf oleh ahli ilmu antaranya Habib Ali al-Jifri, Habib Ali al-Hamid (pengasas Majlis Taalim Dar al-Murtadza di Setiawangsa, KL) dan lain-lain para alim ulama.
Baik jika kamu tidak tahu juga. Maka cadangan saya, cukup kamu letakkan kepercayaan kamu pada Habib Ali al-Hamid dan percayalah habib yang bersama beliau dan yang beliau jemput di majlis Taalim beliau adalah semuanya yang diiktiraf keilmuan mereka. Wallahua'lam.

View more

Sebab tu la saya tanya, saya pernah cakap(lebih kurang besumpah laa) kalau saya ulang balek dosa ni ibarat saya pernah tinggalkan solat fardhu 5 waktu, so saya akan qada' balek solat tersebut. Pd awalnya still boleh catch up tp kebelakangan ni saya dah x mampu... then saya terbaca pasal kifarat...

Sumpah tu sendiri kena tengok balik. Apa lafaz yang kamu guna untuk sumpah tu. Kena tak dengan sumpah yang diwajibkan kafarah pada dia. Atau yang kamu maksudkan disini nazar. Semua tu perlukan details lagi. Bukan senang nak sabitkan sumpah, lebih lagi nak sabitkan kafarah pada sumpah pulak. Cadangan saya, jumpa para asatizah dan dapatkan bantuan mereka. Wallahua'lam.
Liked by: Fatihah Sahlan ayay

Salam, boleh x explain pasal kifarat.... please n_n

Wa'alaikumussalam kifarah apa tu ya? Kifarah ada macam-macam jenis

kongsilah satu cerita, sedikit perkongsian dari masyaikh yang betul-betul bagi kesan dekat enta.

Banyak sangat yang bagi kesan. Mungkin tak tertulis dan tergambar dengan kata-kata. Pernah suatu masa tu, saya hadir ke kelas, kelas Usul Fiqh, kitab Ghoyah al-Makmul, dan saya sudah baca hampir tiga ke empat kitab yang membahaskan tentang bab yang bakal dibaca dalam kelas.
Dari mula duduk dalam kelas, fadhilatus Syeikh mula syarahkan kitab, sehingga tamat kelas. Saya tidak faham walau sedikitpun perbahasan hari itu. Waktu tu Allah saja yang tahu betapa sedihnya rasa hati. Orang lain saya tengok mudah sahaja nak faham tetapi saya tak faham-faham. Sampai habis kelas. Esoknya saya ulang balik rakaman yang saya rakam pada kelas. Dua kali, tiga kali, saya dengar dan cuba fahamkan tetapi masih sukar untuk difahami. Saya tawakkal dan berdoa sahaja pada Allah. Hampir dah rasa diri nak menyerah dah. Tak mau faham dah masalah tu. Kemudian sampai lah kelas seterusnya. Dalam kelas Syeikh sebut pada kami semua, umum sahaja tetapi cukup kena pada saya, Syeikh kata: “Ilmu itu rezeki. Maka bersabarlah pada rezeki kamu duhai anakku. Teruskan membaca dan mutholaah kitab-kitab...” Saya terkejut dan tahu nasihat itu Allah tujukan untuk saya. Allah tegur saya dengan wasilah Syeikhuna.

View more

mcm mana eja nama dul khuwaisirah dalam arabic? yg khawarij tu

ذو الخويصرة التميمي

Kalau dengar lagu tu haram..makanya dgr radio pun takleh lah kalau gitu..setahu saya..dengar lagu tak haram..tapi bende yang melalaikan tu haram..sekian

Wallahua'lam. Tapi kalau kamu nak kata pasal qaul muktamad mazhab iaitu yang disepakati semua ulama Syafie sebagai qaul rajih yang dipegang semua yang bermazhab Syafie, ianya adalah muzik haram dalam mazhab kita. Tetapi mungkin ianya perlukan perincian, daripada bentuk muzik macam mana, apa jenis muzik yang boleh dan tidak boleh didengar, alat muzik apa yang dibolehkan dan lain-lain.
Tapi bila kita pula, sebagai orang awam kita terikat pada mazhab mujtahid kita. Dan realitinya mungkin kita katakan, kita mengikut fatwa mufti kita kerana mereka lebih mengetahui kesesuaian aplikasi sesuatu hukum dan mereka lebih tahu tentang adat dan budaya sesuatu tempat. Makanya kalau di Malaysia, kita menerima muzik itu sebagai perkara yang harus selagi mana ianya tidak membawa pada kelalaian dan meninggalkan perkara yang haram. Maka, teruskan sahaja dengan pendapat yang ini. Ini yang kita sesuai dengan realiti masyarakat kita serta adat budaya kita. Wallahua'lam.
Jadi secara kesimpulannya, yang saya sebutkan di atas adalah pendapat ulama mazhab Syafie secara umumnya. Adapun aplikasinya, ianya perlu dirujuk pula pada mufti kita, dan fatwa yang mereka keluarkan itu pula adalah yang bakal kita amalkan. Wallahua'lam.

View more

bro , nak tanya . lelaki dia boleh keluarkan air apa ja ? means air mani ? lagi ? i just want to know . owh , tq kalau jawab

4 jenis air yang lelaki boleh keluarkan:
Air kencing: najis
Air Mani: tak najis
Air Mazi: najis
Air Wadi: najis
Wallahua'lam.

ape maksud muqtadil ?

Muqtadil (dengan Qaf)? Atau Muktadil iaitu mu3tadil (dengan ain)?
Kalau mu'tadil maknanya bersifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempat dan memberi yang berhak, haknya.
Contoh, Sultan al-Mu'tadil, dalam doa khutbah jumaat kita selalunya ada. Maksudnya Sultan/pemimpin yang bersifat adil.
Kalau muqtadil. Saya tak tahu.
Wallahua'lam.

Boleh terangkan tak apa maksud khidmat pada guru? Saya dari aliran sekular, dan boleh kata culture shock bila belajar di pondok-2 sbb ada tu sampai kena bersihkan rumah guru, lipatkan baju gosokkan baju apa semua. Mmg gitu ke? Mohon terangkan...

Lama saya mencari jawapan soalan ni. Akhirnya saya jumpa dalam kitab Tazkirah Sami Wal Mutakallim, tulisan al-Imam Ibnu Jamaah رحمه الله تعالى perbahasan yang secara tidak langsung menjadi dalil bahawa khidmat ini memang amalan sekian para salafus Soleh (kurun terbaik) sehingga ke zaman kita hari ini.
Saya tak mahu naqalkan semua dari kitab, tetapi bagi siapa yang mampu membaca dan memahami bahasa arab untuk membacanya secara lebih dalam kitab tersebut, bab adab seorang penuntut ilmu pada Syaikh/gurunya dan pada yang wajib keatasnya daripada memuliakan kehormatan gurunya.
Secara kesimpulan untuk menjawab soalan ini, begini... Semua jenis khidmat daripada bersihkan rumah, gosokkan baju, dan lain-lain itu semuanya daripada bentuk memuliakan dan mentakzimkan guru. Dan ianya tidak bertentangan dengan syarak pun hakikatnya, cuma ianya agak pelik sikit pada budaya kita yang dah banyak dicemari dengan budaya barat yang merendahkan martabat seorang guru.
Kata para ulama: من خدم تقدم
Iaitu siapa yang berkhidmat, dia akan terkedepan (dari orang lain).
Kata Saidina Ibn Abbas, habrul ummah: “ذللت طلبا فعززت مطلوبا” iaitu aku rendahkan diri ku menuntut ilmu, maka aku menjadi mulia dan menuntut pula orang lain padaku.
Bahkan khidmat ini boleh menjadi satu kunci kepada kefahaman, barakah dan futuh dari Allah taala. Antara mereka yang diberikan futuh oleh Allah atas khidmat mereka adalah Imamun Nahwi, Sibawayh, seorang ulama besar nahu, punyai mazhab sendiri dalam nahu (ilmu tatabahasa bahasa arab). Beliau rajin berkhidmat walaupun sukar untuk memahami apa yang gurunya sampaikan, akhirnya Allah berikan futuh semasa beliau menggantikan gurunya mengajar kerana gurunya musafir. Bahkan menjadi lagi alim dari gurunya dalam ilmu nahu.
Jadi itulah Maqam guru dalam Islam. Sehingga adab dengan mereka sangat indah dan kemuliaan mereka sangat dijaga oleh Islam. Perkara ini bukan sesuatu yang dihairankan kerana martabat guru itu sangat tinggi. Wallahua'lam.

View more

Kalau parents x bagi join usrah,, so x leh lah eh join usrah,

Ini sebenarnya bergantung pada keadaan juga.
Kalau parents tak faham apa dia dan kenapa kena usrah, maka kamu kena terangkan dan bagi mereka penerangan. Boleh jadi mereka larang sebab mereka sendiri tak tahu. Takut anak-anak mereka terlibat dengan perkara-perkara yang tak baik. Takut anak-anak terlibat dengan isis ke syiah ke. Mana lah tahu kan. Jadi kamu sebagai anak kena terangkan.
Tapi situasi yang berbeza kalau mereka tahu, tetapi tak bagi kamu pergi. Kamu kena belajar untuk yakinkan mereka bahawa yang kamu pergi ini benda yang baik dan apa yang kamu dapat di dalam usrah juga yang baik. Kamu boleh ambil pendekatan cerita apa yang kamu dapat daripada usrah. Kalau mereka tak yakin lagi, sekali sekala ajak usrah ke rumah kamu. Atau ajak kawan usrah ke rumah. Mungkin itu akan meyakinkan mereka lagi
Tapi kalau mereka tahu, faham dan tetap tak bagi kamu pergi. Maka mentaati mereka itu lebih utama untuk kamu. Bahkan wajib untuk kamu selagi mana tidak melanggar syariat Islam.
Dan mentaati mereka juga ibadah dan dapat pahala sama seperti usrah juga, maka redhakanlah hati dan duduklah dirumah. Taatilah mereka kerana sabda Nabi dalam hadis sahih, ketika seorang sahabat bertanya nabi, amalan apa yang amal cintai untuk beliau amalkan, maka nabi sebutkan solat di awal waktunya dan kedua, taat pada kedua ibu bapanya, dan antara taat ibu dan ayah, taat pada ibu itu lebih utama dari 3 bahagian taat pada ayah.
Wallahua'lam.

View more

Nak tanya, macam mana nak hapuskan dosa memakan hak orang atau makanan haram? Sebab kita tidak tahu tuan yang berhak tu siapa, di mana dll

Jika kamu kenal siapa tuannya, maka wajib kamu cari siapa tuannya. Dan jika dia sudah meninggal, wajib cari warisnya dan bayar pada mereka.
Tetapi jika kamu sudah cari, dan memang tak tahu, siapa dan di mana dia sekarang, maka yang diajarkan para ulama kita adalah:
Kadarkan berapa hutang kamu. Jika banyak, letakkan jadi berapa ringgit lebih kurang hutang kamu itu. Katakanlah tambah semua lebih kurang RM1000, maka kamu kena keluarkan sedekah RM1000 dan bagi pada faqir miskin. Dan niatkan untuk bayar hutang yang kamu tak tahu siapa punya tu.
Dan akhir sekali, tawakkal kepada Allah dan berdoa mudahan Allah terima sedekah kamu sebagai bayaran hutang kamu.
Wallahua'lam.

Ust mail skrg belajar kt mana? Sudah berpunya ke?

Tak layak nak dipanggil ustaz. Belajar lah sikit-sikit kat Mesir ni. Mohon tunjuk ajar sedara. Tak sampai lagi masa nak fikir berpunya ke tidak. Cuma sekarang ni tengah dok fikir, takut tak berguna pada orang lain je. Tu yang duduk risau sekarang ni 😫
Liked by: Ana

Boleh tak orang yang salasil baul guna wudhu' solat fardhu untuk qadha' solat?

Saya pernah tanya soalan ni pada Maulana Syeikh Sayyid Syaltut حفظه الله تعالى. Syeikh kata kalau ikut qaul dalam mazhab Syafie. Tak boleh orang yang salasil baul guna wudhu salasil baul dia itu untuk solat fardhu dan qada' fardhu sekali. Dia kena tukar balutan dan ambil wudhu baru pula kalau nak solat qada' lepas solat fardhu.
Tapi Maulana sebut pula pada saya, mazhab Maliki dalam masalah ini lebih mudah. Mazhab Malik, dah wudhu salasil baul, selagi tak keluar yang lain selain kencing tak payah tukar balutan dan boleh terus solat. Dan kata Maulana kalau untuk berfatwa, aku akan gunakan yang ini.
Wallahua'lam.

ismail..saya sangat kagum dengan awak. sejak awak form 4 lagi huhu. doakan saya jadi macam awak jugak suatu hari nanti. amiin.

Astaghfirullah. Jadilah macam para ulama kita. Contohilah mereka. Banyak lagi aib saya yang Allah sorokkan yang kamu tak tahu. Sama-samalah kita ikut para ulama dan nabi kita صلى الله عليه وسلم
Liked by: ayú

Salam, betol ke kalau kita nk puasa sunat pada hari jumaat kita kena puasa pada hari khamis ataupun kena puasa pada hari sabtu ? Mohon sangat tolong jawab soalan ni.

Wa'alaikumussalam. Ya betul. Sebab ada hadis tentang ini. Iaitu Yahudi memuliakan hari Sabtu dan Nasrani pula memuliakan hari Ahad. Makanya Islam tidak sama dengan agama Yahudi dan Nasrani dalam bab ini, walaupun Islam sangat memuliakan hari Jumaat.
Maka antara hikmah puasa hari jumaat, jika ingin berpuasa juga pada hari itu, seseorang itu kena juga puasa dengan hari lain, samada Khamis+jumaat atau jumaat+Sabtu.
Tetapi para ulama membahaskan hukum daripada hadis ni dan ada yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh dan ada jugak yang kata ianya haram. Dalam mazhab Syafie, betulkan saya kalau saya silap, ianya makruh. Wallahua'lam.
Liked by: Light

Keputihan dari dalam faraj melekit, berlendir macam jelly dan busuk. Dan dia ada yang warna putih, warna kuning dan warna hijau keruh.

Ni dia. Syukran atas perkongsian.

kalau yg ada masalah keputihan teruk, macam mana nak bezakan tu keputihan dah bukan kira darah haid yg keruh tu lagi dah

Jap baca ni ada orang kongsikan

Boleh tak guna skincare muka yg ada wine? Seperti product Neogen Wine 🙂 Syukran 'ala intibahikum

Kena tengok balik jenis wine apa yang ada pada pencuci muka tu? Kalau wine daripada jenis yang digunakan untuk minyak wangi misalnya, atau nak bagi tahan lama, hukumnya tak sama dah dengan hukum arak.
Dan ianya bukan najis dan sah bawak solat walaupun disana ada khilaf yang panjang oleh para ulama dalam bab hukum najis atau tidak arak ni.
Jadi kena rujuk pada mufti atau asatizah yang berkelayakan untuk jawab. Wallahua'lam.

Next

Language: English