@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Semoga terus istiqamah. boleh tak kongsi cara kita nak hadapi apabila rasa down? Khususnya dalam kepimpinan syukran jazilan.

amin. kepimpinan ni key nak kuat dia satu je, kamu kena kuat hubungan dengan Allah. kalau sebelum jadi pimpinan ni kamu solat tahajud malam cuma dua rakaat, bila dah jadi pimpinan ni, tambah lagi jadi empat rakaat. atau tambah solat sunat lain.
Kepimpinan kena kuat mental dia iaitu rohani dia. Bila rohani kuat insha Allah pressure drpd luar takde masalah nak handle, bahkan relaks je bila dipressure.
Pengalaman ana bertemu dengan bekas pimpinan yg hebat sekolah ana semua macam tu. Semua hubungan dengan Allah dia masha Allah. sangat ta'jub.
Dan lagi satu tips untuk pimpinan, sebelum memimpin, kamu kena sedia untuk dibenci. sedia untuk dimusuhi. akan jadi pelik bila kamu memimpin takde org yg benci. tandanya tu mesti ada masalah dlm pimpinan kamu. Kena check balik.
Pemimpin yang awal lagi sedia di benci, dia takkan terkesan dengan side effect bila orang benci dia. dia akan tenang. mcm takde masalah je.
Pemimpin akan dibenci, cuma persoalan dia adalah lagi ramai yg benci atau yg suka. yg tu lah medan ukuran dia. dan banyak manfaat atau mudharat, yg nilah penimbang keputusan kita.
wallahua'lam

View more

Petang tadi saya pergi ke kedai beli roti. Jumlahnya RM 7.20. Saya bagi RM 10.50. Dia pulangkan baki RM 3. Saya tak minta pun lagi 30 sen tu. Saya halalkan je. Mungkin sebab 50 sen dan 20 sen nampak lebih kurang. Boleh ke macam tu?

niatkan sedekah. kalau kamu redha, takde masalah.
Liked by: .

Related users

Kalau nk solat hormat waktu dlm kapal terbang, duduk tkpa kan?

kalau ada ruang khas nak solat, kena berdiri. dan tak jadilah nama dia solat hormat waktu. dia akan dikira solat fardhu biasa. tapi kalau takde tempat nak berdiri utk solat , solat duduk dikerusi dan ia dikira solat hormat waktu.
sama-sama dampingi ulama.
wallahua'lam
Liked by: fudgana

Actually kalau makan maggi bukan jadi bodoh, but still ada effect yang x elok untuk otak sbb maggi kan dlm kategori junk food dan maggi kan ada msg. Sekian.

terima kasih atas perkongsian itu sahabat. alhamdulillah Allah pelihara saya dari banyak makan benda tu.

Kalau tersesat dlm hutan, how to tentukan kiblat dan how to know dh masuk waktu solat?

ni kena beljar ilmu falak. boleh check ikut arah angin, bintang dilangit dan ada lah cara-cara dia. ana tak arif. tapi kalau mmg tak tahu sgt dan dah jalan terakhir, boleh ijtihad qiblat dgn hati. wallahua'lam

salam ukhwah akhi ,perkara yg memudaratkan kesihatan dosa kan? cnth; merokok? urgenttt plss answer ! nk kepastian

wa'alaikumussalam. salam ukhwah. naam. yg membawa mudharat tu mencampakkan diri dalam kebinasaan, dan mencampakkan diri pada binasa itu berdosa.

assalamualaikum. nak tanya, kalau kte tgh dlm jem atau kesesakan lalu lintas , time tu pulak waktu maghrib. kereta masih pnjang lg beratur. tgk jam dh nk hbis waktu . apa harus kte buat , boleh tak kte solat dlm kereta walhal tanpa wuduk ?

inilah solat hormat waktu. boleh. solat je takde wudhuk tu, tapi nanti qada' balik bila dah boleh wudhuk.
Liked by: iërœ T A S N I M

nak tanye , klau kite bwt dose dgn manusia , kita kena dapatkan kemaafan dari orang tu jgk en ? tapi klau org tu dah meninggal?

mintaklah maaf pada tuan punya manusia iaitu Allah. mudahan Allah ampunkan dosa kita dengan dia. amin.
Liked by: Mina Si bijak

Next

Language: English