@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

boleh huraikan?

Islam awalnya orang tak pernh dengar. asing.
dan akhirnya Rasulullah berjaya membawa kepada berubahnya masyarakat arab jahiliyyah,
menjadi khilafah Islam yg sangat kuat,
yang menguasai 2/3 dunia.
dan kemudiannya, pada akhir zaman akan terjadi semula Islam itu asing sebagaimana asalnya.
Islam nampak pelik pada masyarakat akhir zaman.
Maka nabi memuji, beruntunglah mereka yang asing.

Related users

haritu sekolah saya ada friendly rugby dengan kisas. kawan saya dengar some of them mencarut. act tak percaya mula mula. then ramai pulak cakap yang benda tu betul.

naudzubillah. tak sengaja terlepas mungkin. kisas bukan tempat orang baik, tapi tempat orang yg nak jadi baik. makanya, mereka masih berubah. kadang, tersilap dan tak sedar. Insha Allah nanti ana ingatkan diorang. syukran maklum.

Muslimat sekarang makin tak terjaga. Setuju? Apa pandangan anda?

setuju dan tak setuju.
setuju sebab terlalu mudah untuk dijumpai muslimat di ceruk laman-laman sosial.
terlalu mudah dan seakan-akan sengaja menayangkan diri mereka untuk dilihat para lelaki.
tak setuju sebab dalam majoriti muslimat yg begitu,
masih ada yg menjaga diri mereka, dan berusaha menjaga diri mereka.
dan, "fatuba lil ghuraba' "
wallahua'lam

ape pendapat pasal .. hypocrite is a way to be a better person.?

hypocrite dengan changing itu jauh bezanya. cuma pada hemat saya, changing sedikit sebanyak perlu pada hipokrit. dan yg kamu panggil hipokrit itu adalah tarbiyyah dzatiyyah (tarbiyyah diri) namanya. menghipokritkan solat sunat, berkata yg baik, akhlak Rasulullah dll. smpai diri betul melazimi hipokrit itu, dan ini dipanggil perubahan.
pendapat sendiri lah..

Salam alaik nk tanye, tawu tk kjdian 11/9 tu ape jd? Sy nk tau dr sudut pndgn anda bukn wiki semata mata sbb kurg fham lahhh :D trma ksih.

wa'alaikumussalam. tragedi 11/9 tu titik hitam pemula Islam digelar agama terrorist secara besar-besaran. tragedi meletup WTC iaitu World Trade Centre yg dikatakan dalangnya orang Islam jihadist ni mengesankan satu penyakit pada org barat iaitu penyakit Islamophobia.
Tapi lately ni, ana ada join satu Street Dakwah dan ana dgn sorang partner ana dari UIA ni kami bawak tajuk Islamophobia ni dan pendapat diorang. Dan antara orang putih yg kami jumpa dan tanya pendapat, most of them tak setuju Islam ni agama terrorism. bagi diorang, terrorism ni akan berlaku dimana-mana agama sekalipun dan tak adil jika hanya disandar pada Islam semata. wallahua'lam. alhamdulillah penerimaan Islam di barat semakin baik.

Apa syarat nk ambik stam dkt kisas ? Stam kisas berapa tahun ?

syarat dia bahasa arab paling kurang C, PQS dan PSI paling kurang B. STAM di Kisas satu tahun setengah
Liked by: mmmmmmmm

Descb yr kr n pkr

adakah describe ini untuk muhasabah diri atau untuk bangga diri? ana masih bersangka baik yg ianya untuk muhasabah diri.. kan?

Describe Kisas

Bumi yg berudarakan tarbiyyah dan beratmosferakan biah solehah. Meskipun sentiasa sibuk dengan ratusan program, namun sentiasa beri ruang ketenangan untuk berfikir bagi diri ini.
Walaupun keunikannya semakin terhakis. udara tarbiyyahnya semakin tercemar. atmosfera biah solehahnya semakin kotor.. tapi sangat tinggi azam kami untuk menggembalikan semula kegemilangan yg digapai sebelum ini.
Mudah-mudahan Allah tak tarik nikmat yg kami tahu kami banyak dustakan.
اللهم سلم تربية بارضنا الموقوفة
وسلم بيىة صالحة هنا

Macam mana nak jadi naqib yg hebat , berwibawa etc syukran

Naqib bukan sekadar memegang usrah.
zahirnya mengetuai usrah, tapi hakikatnya memegang hati.
Apabila memegang hati untuk diribatkan,
maka apa yang boleh dilakukan melainkan ianya disentuh dahulu hati-hati ini.
Sentuh hati tidak lari dari disentuh dengan hati juga.
Maka, renung diri sendiri...
Hati kita macam mana?

macamtu pulak... hihi. tapi cubalah.. manatau ada rezeki kan. or maybe buka peluang utk org lain kot kalau adik enta gi sbpij.. sebab result die kan cemerlang.. lelaki ke perempuan?

perempuan. rezeki Allah kat mana-mana. kunci hidayah pun Allah yang pegang. Allahu mu'ti. serah pada Dia saje lah sekarang.
Liked by: Kak Lin Satomi

adik enta tak mau buat rayuan ke kisas ke? pergi sbpi jempol ke?

bukan tak mahu tapi tak boleh kot. kata mak ana: "kalau dia tak ke jempol, bila lagi nak jalan-jalan. asyik ke klang je." ana angguk je lah.
Liked by: Kak Lin Satomi

ana nak sangat masuk kisas tapi kurang sikit dalam bahasa arab secara lisan... bagaimana ni akhi

bahasa arab. nama pun bahasa. kena banyak latihan bercakap dan bertulis.
Liked by: Kak Lin Satomi

Kiri kanan buat maksiat dalam panggung wayang ... mohon golongan macam awk masuk wayang with members and dakwah ... mohon ..

Tadi hampir nak masuk. tapi takde cerita yg menarik. Cuma naruto je. Insha Allah nanti bila dah kuat sikit nanti.

Next

Language: English