@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Ape beza seks dengan onani ??

maksud seks kamu ni apa? jima'?
kalau seks biasa maksudnya jatina.
tapi kalau jima', memasukkan kemaluan lelaki kedalam kemaluan perempuan yang ada ikatan yg sah.
Liked by: CLOSED ACC

maaf bertanya. bentuk onani apa yg diharamkan dlm islam

semua bentuk yang memuaskan syahwat dengan diri sendiri drpd dgn tangan, mainan atau alatan.
Liked by: CLOSED ACC

Related users

Perempuan ADA air mani kan? Tp, waktu bila.?

Sama lah. bila dia syahwat.. kamu yang tanya soalan pendapat tgok video tu kan. ana segan nak jawab jadi ana jawab sekali, jawapannya lagi teruk kalau perempuan yg tengok. mastrubate ni banyak mudharat. jangan biasakan.
air mazi perempuan lebih kurang pelincir sewaktu bersama.

maksud mungkin air mani atau mungkin air wadi tu ape?

cuba scroll answer ana tgok. ana on dlm phone takleh bagi link. tgok apa beza air2 tu

Sekularisme tu ape

pisahkan agama dari kehidupan dan dari urusan lain.
baca buku ni nak faham.
Ancaman Bahaya Sekularisme
TG Ustaz Zulkifli Ismail

cecair ape yg keluar ketika kita bangun pagi?? dan soalan satu lagi adakah cecair itu air mazi apabila kita sedang bersama teman wanita kita semasa diluar atau sedang telefon(bergayut) dalam masa yg lama bersama teman wanita kita

soalan kedua tu air mazi.
soalan pertama mungkin air mani, mungkin jugak air wadi. bukan air mazi.

1 ) boleh ke kalau kita berzikir sambil melompat lompat ? 2) kita nak tahu sikit tentang ajaran bidaah ni .

sebenarnya zikir bergoyang ni ada dalil dia. malas nak syarah panjang. dia boleh. tapi bukan berlebih-lebih. dia boleh undang fitnah jadi elok jauhkan drpd umum. tapi untuk sendiri-sendiri takde masalah.
fahaman bidaah ni banyak, sekularisme juga fahaman bidaah, liberal semua isme tu, bidaah smuanya.

entry yg panjang . dan menarik . batch al-faruq takut nak baca . heh .

Moga Allah buka pintu keluar dari jalan yang tak disangka-sangka
Liked by: euphora

So kalau nak baca buku dia takpelah? Ke kalau taknak salah faham tak payah baca?

Entah lah. Kalau rasa tak kuat tak payah baca. kalau ikut ana, boleh nampak apa yg betul dan apa yg tak betul tulisan dia dlm Antithesis tu. tapi terpulanglah. buku tu akan buat orang yg sayang ulama sakit hati. sebab celuparnya mulut kutuk ulama.
Bagi ana takde manfaat baca buku tu. tapi terpulanglah masing-masing.
Liked by: euphora mir

Boleh tanya, benz ali tu siapa?

Benz Ali ni sorang anak muda. tak jauh umur dengan kita. Seorang pemikir yang nak jadi sehebat pemikir mcm Ali Syariati dll. Sayangnya beliau terjerat dalam jerat falsafah iaitu terjerat dgn fahaman sosialis.
Nama beliau pertama melonjak ana kira waktu beberapa 'quotes' beliau dalam Lepak Maqasid. boleh search video penuh dalam Youtube berdurasi 1 jam lebih.
Bila beliau buat macam tu dan seorang Ustaz dari Zon Kuliah, dia counter balik apa yg benz katakan.
Ada yg kata benz ni dah sesat lah, terbatal syahadah lah dll. Tapi, sekarang ni alhamdulillah benz dah berubah sekarang. Cuma dia masih banyak terkeliru antara Islam dan falsafah skrg.
Doakan lah dia Allah lorongkan pada kebaikan.

ok terima kasih untuk jawapan tuu..ok last nak tanya boleh tak jelaskan berkenaan air mazi dan air madi secara ringkas dan padat?

Air mazi tu air yang keluar bila lelaki atau perempuan terangsang. biasanya dia adalah pembukaan bagi syahwat. Air mazi ni najis dan perlu dibersihkan jika nak bawak masuk solat seluar yang tekenanya. Warnanya jernih.
Air wadi pulak adalah air yang keluar bila seorang lelaki melakukan kerja berat. samada mengangkat benda berat atau banyak buat kerja atau terlalu penat. Lazimnya warna dia sedikit kuning dan dia juga najis. perlu dibersihkan sekiranya hendak solat, tawaf dll.
Wallahua'lam
Liked by: Hazlif Nunia Alia.

berkenaan dgn situasi cecair yg keluar tu,,tak kira laa buat kerja berat atau tidak,tak semena mena dia akan keluar cecair melekit..adakah pakaian itu sah dibawa solat??

kalau tak tahu, tak sah bawak solat. tu air wadi tu. cuma diri kamu tu jenis tak boleh buat kerja banyak sangat.
Liked by: Amirul Fahim

Cane nak bgtau mak kita yg kita nak tutup aurat sdgkan mak kita tak tutu? Cane nak cakapp?

Kadang-kadang kita perlu kurangkan cakap dan lebihkan tindakan.
Belikan mak 'handsock' dengan 'stokin' then baru lah cakap pasal aurat.
Belikan tudung. macam-maca cara boleh buat. Yang penting berhikmah.
Liked by: sara RQaisara mir

boleh ke tinggalkan sunat ab'ad kemudian tak buat sujud sahwi? sah tak solat?

Solat sah. tapi tak sempurna. sunat ab'ad tu dituntut sujud sahwi. jika yang dituntut kita tak buat, apa jadi pada solat kita, kan?
Liked by: RQaisara

ape beza keluaran yg keluar dari kemaluan lelaki iaitu ketika bersama teman wanita misalnya dan hari2 biasa ketika keluar bersama keluarga atau sebagainya?? adakah salah satu nya merupakan air mazi ?? dan cecair apakah satu lagi itu ?? ataupun sama kedua duanya?

Lelaki ada 4 jenis cecair yang keluar dari qubul (kemaluan depan) dia.
Ini semua lelaki akan rasai.
1. Mani
2. Mazi
3. Kencing
4. Wadi
Jadi Mani ini klimaksnya. mazi adalah sewaktu syahwat terangsang.
dan Air Wadi adalah yang keluar bila seorang lelaki buat kerja berat. Macam angkat barang berat, rasa macam terkucil. yang tu air wadi.
Jadi tentukan balik, saat bila air-air ni keluar dengan situasi ni.
Ana kurang clear situasi atas. Tapi rasanya boleh faham kot...
Wallahua'lam
Liked by: Brader Jim

Apa hkum sgul atas palo..mcm unta..cu gtaw..

Sanggul atas kepala ini bukan kes baru.
Dari zaman Sayyiduna Rasulullah lagi.. budaya arab jahiliyyah.
Sehingga ada isteri sahabat yang buat.
Kemudian sahabat tegur dan isteri beliau meminta dalil dari Al-Quran tentang pengharamannya.
Memang tiada dalil dalam Al-Quran kerana ianya adalah hadis daripada nabi yang melarangnya.
Tetapi sahabat ini dengan yakin menjawab ada, lalu isterinya meminta dalil tersebut.
Dibacakan pada isterinya ayat, "Dan apa yang kami datangkan kepada Rasul, maka ikutilah ia dan apa yang kami tegah kepada kamu, maka tinggalkanlah ia"
Jadi ianya daripad hadis, dimana Rasulullah mengatakan dua golongan yang tidak mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dibau seluas mata memandang,
Salah satu golongannya ialah mereka yang bersanggul seperti unta.
Jadi, perempuan nak ikat rambut boleh, tapi jangan tinggikan ikatan tu.
jangan sampai jadi sanggul. dan jangan nampak ketara sangat.
Jaga benda ni insha Allah, jadi ahli syurga kita bersama Rasulullah S.A.W, Biiznillah.

View more

Jika kita bermuamalat ngn org bkn islam apa hukumnya. Contohnya ada dua kedai ja kt situ. Kdai melayu jual nasi n lauk pauk shj. Lg stu kdai jual air..tpi tu kdai cina. Kalau kita beli air minum kt cina apa hukumnyaa?

Kalau kita yakin tiada najis hatta daripada bekas-bekas, kuali periuk yang digunakan oleh orang kafir itu, maka boleh sahaja beli dengan mereka. Tetapi kalau kita tahu kedai tersebut memang jual arak, maka bekas airnya juga ada cedokkan arak dan dia juga menjual daging babi, maka elok kita elakkan dari bermuamalat dengan kedai tersebut. melainkan urusan darurat, maka ianya dibolehkan.
Wallahua'lam
Liked by: Syafiq

Next

Language: English