@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

salah ke kalau pro ulama' byk mng? dan mereka kata xpe x mng yg penting redho Allah. dan ada org pertikaikan kalau x nak mng baik xyah bertanding. pendapat?

siapa pun menang, قوي الامين tu prinsipnya. tak kisahlah siapa pun. kalau ulama itu ada ciri ini, maka merekalah yang sewajarnya kita dahulukan. kalau professional menepati kriteria ini, maka sewajarnya tangan beliau diangkat dan diiktiraf sebagai pemimpin.
redha Allah ni banyak orang salah tafsir. tadi Ustaz Nasruddin Hassan Tantawy sebutkan satu yang ana kira sangat penting untuk kita telitikan.
ada beza antara hadaf dan ghoyah.
ghoyah atau matlamat kita itulah yang dimaksudkan dgn Allah ghoyatuna iaitu redha Allah itu matlamat kita.
adapun hadaf atau tujuan kita adalah mendirikan Islam dan memastikan Islam yang tertinggi dari segalanya.
maka kalau kita jelas dlm hal ni, tak timbul isu nak menang ke nak redha Allah sebab dua benda itu berjalan seiring. apa guna kalau kita menang tapi Allah tak redha? kita main kotor, kita guna duit rakyat, kita aplikasi liberal dalam pejuangan kita dll.
dan adapun putrajaya itu apa yg kita mahukan juga, tapi bukanlah matlamat utama kita sebagaimana kita solat, bukan pahala yang kita jadikan matlamat utama tetapi yg utama adalah Allah redha dgn amalan solat kita itu.
wallahua'lam

View more

Related users

salam . aku nak kepastian pasal melukis benda bernyawa . lagi lagi doodle , aku dah lah gila doodle .. nak lukis dah tak sampai hati . aku buang semua gambar doodle yang aku lukis . kepastian kau tentang hadis melukis tu sahih ke tidak?

wa'alaikumussalam. memang ada hadis yang larang melukis benda yang bernyawa dan hadis tu memang diterima pun. cuma ulama bahaskan dan kesimpulan yang dapat dibuat, bagi lukisan yang tak menyerupai manusia betul-betul, macam doodle tu boleh je lukis. tak berdosa pun. takde masalah. wallahua'lam

"Betapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat rasa lapar dan dahaga dari puasanya" Apakah yang dimaksudkan dengan statement di atas?

maksudnya berapa ramai dari manusia yang puasa mereka hanyalah puasa kosong yang sia-sia, iaitu puasa yang hanya dapat lapar dan dahaga tanpa sedikitpun nilai tambah yang lain. mudahan kita dijauhi dari itu.

saya nak exam stress kena hafal banyak ada nasihat tak?

شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي
فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي
وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ
ونورُ الله لا يهدى لعاصي
Aku (Imam Syafi'e) mengadu kepada Waki' (Guru Imam Syafi'e) tentang buruknya hafalanku
Maka dibimbingi aku untuk meninggalkan maksiat
Dan dikhabarkan pada aku bahawa sesungguhnya ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan memberi petunjuk pada si pelaku maksiat.

nak nasihat buat daie futur like me

futur itu gejala biasa dalam jalan dakwah. bahkan semua orang yang bergelar da'ie akan merasai fasa futur, iaitu waktu dimana mereka rasa sangat down dan nak putus asa dgn berpaling dari jalan dakwah ni.
untuk futur yg disebabkan macam-macam faktor ni, adalah yg terbaik utk si da'ie mencari kekuatan semula dan menjauhkan diri dari terus melayan perasaan futur itu. jangan lupa yg futur tu dari syaitan yang nak kamu berhenti berdakwah dan berhenti buat kerja Islam. jadi jangan meyerah kalah dengan itu dan teruskan berjuang. Insha Allah.

as salam..nak mnta cadangan ni. blh bagi cdgan x, apa pngisian tntg aktiviti ukhwah yg blh dlksanakan? yg blh eratkan ukhwah. jzzk

wa'alaikumussalam. pengisian dalam aktviti ukhwah ke aktiviti ukhwah tu sendiri?
kalau pengisian banyak boleh buat, qiamullail berjemaah , futsal sama-sama, makan pun boleh kira aktiviti ukhwah yg efektif.
Liked by: kaduk

How do we react with Morsi's situation now?

tak banyak yang boleh kita tolong melainkan mendoakan beliau.
ibrah yang kita dapat daripada keadaan beliau hari ini,
perjuangan takkan pernah mudah.
perjuangan pasti penuh dengan mehnah.
lebih kuat kita berjuang, lebih kuat kita diuji.
maka janganlah berhenti berjuang kerana bila berhenti,
itulah tanda kamu lemah dan tak mampu tahan diuji.

apa pandangan kau tentang tarikat2 yang wujud dekat negara kita sekarang?

wujud lah berapa ratus bahkan ribu tarikat sekalipun di Malaysia takde masalah selagi mana masih menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat para alim ulama dalam manhajnya.
yang menjadi masalah apabila tarikat itu tidak berasas dari kefahaman dari sumber nas yang betul. tu yang buat jadi celaru tu. tambah pulak dengan media baru yang terlalu senang untuk tersebar fitnah tu.
nasihatnya, tabayyun dan teliti dulu setiap satu berita yang datang pada kita. moga kita bertemu dengan kemanisan Islam itu satu hari nanti. Amin.

Ismail skrg smakin matang menjawab soalan tanpa memutar belit soalan. Dulu lain & kadang lawak jgk baca. Skrg mcm semua serious ja

ikut masa. sekarang ni sibuk banyak. jadi kurang masa nak main-main. maaf. mudahan smpai lah apa yg nak disampaikan, Allahu yuftah alaikum!

Em, nk tnye.. Kan aurat perempuan dgn non-muslim perempuan sme dgn aurt kita dgan ajnabi,, cmne klau kite kne duduk asrama yg ade non-muslim ? Wajib tutup aurat macam biasa / ade rukhsah ?

ada rukhsah utk situasi gitu. boleh dedah aurat setakat mudah kita nak buat kerja. iaitu kepala smpai leher, tangan smpai siku, kaki smpai paha.
wallahua'lam
Liked by: khaulah haniohani

Next

Language: English