@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

wahabi tu ape

Istilah yang sangat umum. Disandarkan pada pengikut Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab rhm. yang berasal daripada Najd. Pandangan wahabi sedikit keras dalam menghukum orang lain dan mengkafirkan orang lain. Walaupun asasnya adalah mengajak orang kembali kepada Islam yang mereka istilahkan bebas dari syirik dan bidaah tetapi pendekatan mereka agak keras dan tidak sesuai untuk umat Islam.
Dan istilah wahabi itu kekal digunakan untuk mereka yang bermanhajkan atau berpegangan dengan cara syeikh Muhammad abd. Wahab walaupun keutuhan label ini diragui dan boleh diperdebatkan.
Wallahua'lam. Cukup sikit pengenalan untuk kita tahu sikit-sikit pasal wahabi. Nak tahu detail lagi kena banyak mengkaji. Tetapi nasihat ambe janganlah terlalu keras dalam mengikut sesuatu pendapat dan mudahlah berlapang dada dan memaafkan yg lain.
Memang kita boleh kata syeikh Muhammad Abd. Wahhab itu dengan kata-kata nista dan hina, tetapi ketahuilah dia masih punyai sumbangan dalam memurnikan Islam daripada syirik yang memang berlaku zaman beliau. Sedangkan kita yang dangkal sumbangan pada Islam ini, di manakah kedudukan kita nak menilai jasa orang dengan kritikan buruk
Nasihat diri sendiri juga. Maaf salah silap. Wallahua'lam

View more

Related users

Akhi ada kata tadi, makmum tu tak perlu habiskan alfatihah dia and kena kejar imam tu kalau dh sujud yg kedua. Maksud kejar kat sini terus sujud je ke atau kena rukuk sekali (ikut turutan rukun solat)? Syukran akhi

Yang ni ana tak pasti, rasanya sujud terus. Maaf. Mohon rujuk asatizah.

kita kena habiskan bacaan al-fatihah dan kalau tak sempat nak rukuk sekali dengan imam, kita kena tambah rakaat lagi kan?

kurang tepat. mudah fahamnya begini, makmum muwaffiq (yang sempat Al-Fatihah dengan imam) wajib habiskan Al-Fatihahnya walau bagaimana cara sekalipun.
dimaafkan untuk makmum muwaffiq menghabiskan Al-fatihah walaupun imam dah rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud semula (2 rukun panjang).
maka sekiranya makmum muwaffiq tadi tidak berjaya menghabiskan Al-fatihahnya pada waktu imam sudah sujud untuk kali yang kedua, maka wajib makmum tadi kejar imam dan tinggalkan bacaan Al-fatihahnya yang tidak habis tadi. sekiranya imam sudah bangun dari sujudnya dan makmum masih membaca Al-fatihah, maka batal solat makmum.
Adapun makmum yang macam di atas ni (yang tak habis baca Al-fatihah imam dah sujud kedua) maka dia kena tambah rakaat selepas imam bagi salam kerana rakaatnya yang tadi tidak dikira.
harapnya faham.
wallahua'lam

View more

Liked by: Adawiyah. HR. ettiie F

kalau macamtu katakanlah bahawa Allah tidak berilmu kerana tidak memerlukan ilmu, kan ilmu Allah tu makhluk-Nya?

di situlah yang ana nampak kamu keliru. ilmu itu memang makhluk Allah. dan Allah tak berhajat pun pada makhlukNya, cuma kamu kena clear, Allah itu bersifat dengan sifat mengetahui walaupun bukan dengan jalan ilmu sebagaimana manusia.
Bila kita berbicara tentang zat dan sifat Allah, kita takkan lari dari memahami hukum aqal. Jika tak pernah dengar, mari kita fahami sama-sama;

Satu, sifat yang wajib ada pada Allah, yang mana akal kita tidak boleh terima tiadanya perkara ini. ia mesti ada.
Contohnya, Allah bersifat dengan berkuasa, kerana mustahil Allah bersifat lemah, kerana jika Allah itu lemah, mana mungkin adanya alam ini. Tetapi alam ini sudah ada, maka tahulah kita Allah itu maha berkuasa dan tidak lemah.
Kedua, sifat yang mustahil ada pada Allah, yang mana akal kita tidak boleh terima akan adanya perkara ini. ia mesti tiada.
Contoh mudahnya alam. kita tak boleh terima alam ini ada dengan sendiri tanpa pencipta, sedangkan kerusi yang kecil juga punyai pencipta, inikan pula alam ini. Maka situ kita tahu alam ini ada pencipta, maka dengan kajian dan dalil kita ketahui yang mencipta alam ini Allah.
Ketiga, sifat yang harus pada Allah, yang mana adanya ia atau tiadanya ia kita boleh terima, selagi dengan syarat ia satu sahaja pada satu masa.
Contohnya, adanya manusia. harus sahaja pada Allah untuk menciptakan manusia, ataupun tidak menciptakan manusia. Semuanya pada kehendak iradat Allah untuk mengadakan dan meniadakan manusia. termasuk kita.
Maka jika hukum akal ini kita fahami, kita akan ketahui bahawa mengetahui itu adalah perkara yang wajib ada pada zat Allah. mustahil Allah tidak mengetahui akan setiap ciptaannya.
tetapi jalan mengetahuiNya Allah adalah bukan dengan jalan belajar seperti manusia. bukan juga dengan cara mendengar atau memahami. dan ilmu Allah taala itu luas pada setiap satu perkara sama ada yang wajib terjadi atau yang mustahil jadi atau yang harus jadinya, yang terdahulu atau yang terkemudian.
Allahu yuftah alaikum.
Ana mintak maaf jika penerangan ini kurang, ana sukar nak terangkan balik apa yang ana faham, tapi harapnya Allah berikan faham pada kamu.
Nasihat ana untuk diri ana terutamanya dan orang lain, belajarlah ilmu tauhid ini. belajarlah tauhid atas jalan sifat 20 atau sifat 13 kerana dengan jalan ini, kita mengenali Jalall-nya Allah dan kecilnya kita. dan inilah fardhu ain yang perlu kita selesaikan sebelum kita mati bertemu Allah tanpa bekalan untuk menjawab persoalan ini di hadapan Allah. naudzubillah.
wallahua'lam. mohon betulkan jika ada salah dan ampun jika ada kurang atau menyakiti mana-mana pihak.

View more

Liked by: Adawiyah. Light

assalamualaikum ,klo kite x sempat baca alfatihah time solat jemaah time rakaat ke 3 or 4 , macam mana ya?kene habiskan or terus rukuk ?

wa'alaikumussalam. wajib habiskan atau batal solat kita. selagi mana tempoh nak habiskan bacaan tu tak lebih dari sampai imam dah sujud kedua. wallahua'lam

Allah duduk di arasy ke?

bokpe Allah nak duduk atas arasy sebab arasy tu sendiri makhluk Allah. Allah maha berkuasa dan sedikitpun tidak memerlukan pertolongan makhlukNya.
Manusia duduk atas kerusi sebab apa? sebab manusia tak mampu untuk duduk melainkan dengan bantuan daripada makhluk Allah yang dipanggil kerusi. maka manusia duduk atas kerusi.. kan?
Ala kulli hal, jika yang dimaksudkan itu istawa, maka ketahuilah istawa itu pada ulama khalaf adalah menguasai arasy, dan bukan bersemayam dan pada ulama salaf, istawa itu adalah wallahua'lam maksudnya hanya Allah yang tahu.

Assalamualaikum, akhi, sy konpius nk sambung dq atau stam? Stam sy dh blaja 3 bulan, dq nnti bulan 5 baru masuk. Lau akhi laa kn, akhi smbung stam atau dq?

wa'alaikumussalam. bergantung pada kamu lah. kalau ana memang stam lah. dq lepas stam boleh mintak lagi rasanya. selagi sijil spm valid kan. stam dah belajar banyak, kan rugi tinggal gitu je. ulama selalu pesan, belajar ilmu biar habis

أضداد الكلمات. . ١) يخرج ٢) يصح ٣) الفقير ٤) غلب ٥) النار

(1 يدخل
2) يرد/يبطل
3) الغني
4) kalau غلب ni maksudnya mengalahkan maka lawan dia فلح atau نجح iaitu memenangkan. Kalau غلب nj maksudnya menjatuhkan ana tak tahu lawan dia apa
5) jika النار di sini bawa maksud panas maka lawan dia البرد tapi kalau bawa maksud api, rasanya lawan dia mungkin الماء iaitu air
Wallahua'lam

akhi, ana tak ambik stam.. tapi ada bljr arab inshaaAllah smpai form5. dgn berbekalkan arab sklh mngh ana, bolehkah ana melanjutkan pljrn bhgian agama Islam?

insha Allah cukup. yang penting kena sungguh-sungguh. budak STAM pun bukan semua power arab. STAM cuma pada ana satu persediaan kalau nak mengaji di negara arab. wallahua'lam

https://ask.fm/ieraxaulia/answers/134806626789 . opinion?

ikhtilat itu adalah asal dari perkataan اختلط-يختلط-اختلاط iaitu perkataan asal dari خلط yang bermaksud bercampur. jadi ikhtilat membawa maksud percampuran.
makanya memang banyak dan luas takrifan pada maksud ikhtilat. ada ulama yang menakrifkan selagi mana tidak bersentuhan maka ianya bukanlah ikhtilat atau percampuran walaupun dalam satu majlis yang sama (contohnya: atas katil bersebelahan lelaki dan perempuan ajnabi, maka belum dikira ikhtilat lagi).
adapun dalam satu bahagian ikhtilat, wujud pula satu kaedah yang dipanggil sadduz zaraik atau menutup lubang yang boleh membawa mudharat yang lebih besar dengan mengharamkan yang harus. maka kaedah ini lebih selamat kerana ianya jauh dari fitnah.
dan ana tak nafikan memang tiada garisan yang jelas berkaitan ikhtilat, adakah berlaku ikhtilat dalam chat atau media sosial. kerana media sosial tidak melibatkan sentuhan maka ianya tergantung disitu.
jadi jika tanya ana, ana tetap pada pendirian para ulama yang berhukum dengan hukum asal ikhtilat iaitu haram melainkan adanya hajat, walaupun mungkin syarat hajat tu sedikit longgar. jika memang sengaja dilayan ajnabi yang takde hajat apa-apa, maka ia ikhtilat yang kita perlu jauhi. wallahua'lam

View more

mohon jawab pd soalan ni utk masalah2 td

ok aiwah. ana rasa ana faham apa yang dimaksudkan tu.
tapi sebelum tu ana mintak maaf, ana tak dan nak baca lagi buku Tenggelamya Kapal Van Der Wjick tu. ada di rak buku tak sempat nak baca lagi.
jadi mungkin feel yang ingin kamu sampaikan tu, kurang sikit untuk difahami.
tapi insha Allah, ana faham situasi kamu. kamu dalam dilema, dan risau takut dia kecil hati kan? walaupun kamu takde apa-apa perasaan lain cuma kamu takut kamu terlebih sampai buat dia kecil hati kan?
Satu kamu kena tahu, lelaki ni, kebanyakannya mereka tak suka simpan suatu masalah lama-lama. dan jarang lelaki ni berdendam atau simpan perasaan tak puas hati (pendam perasaan). lelaki biasanya akan lupakan perasaan macam ni dengan buat benda yang dia suka. diorang berbeza dengan perempuan dalam sudut tu.
Jadi ana dapat rasakan, lelaki tu takde apa-apa pun, dia dah buat macam yang enti suruh tu lah. enti kata tak selesa. jadi dia pun mungkin sedar dan dia pun tak buat dah lah. rasanya takde apa-apa pun. dia tak berkecil hati pun rasanya.
Dan ana sokong tindakan enti. memang betul jika cakap pasal tarbiyyah, kita ditarbiyyah sama. tapi macam mana yang ana selalu analogikan, kilang buat kacang. kacang yang masuk dan diproses itu kacang yang jenisnya pelbagai dari macam-macam tanah dan macam-macam kaedah dibesarkan. biarpun proses kacang tu sama, tapi tak kan mampu hasilkan kacang yang semua sama besarnya, warnanya, sedap rasanya. begitu jugalah tarbiyyah. walaupun ditarbiyyah sama, hasilnya belum tentu sama.
jadi betul lah jika kamu buat begitu. setidaknya kamu ingatkan dia yang apa dia buat itu buat kamu tidak selesa walaupun mungkin tidak salah kerana ada hajatnya. sekurangnya mungkin dia sedar cara dia untuk approach kamu macam tu bukan cara yang betul.
wallahua'lam. kemungkinan tu macam-macam boleh, cuma seeloknya kamu selaku perempuan muslimah elakkanlah diri kamu daripada fitnah sejauh-jauhnya. insha Allah.

View more

is it true yg hadis hebahkan perkahwinan tu dhoif?

wallahua'lam. persoalan hadis itu taraf apa itu kita kembalikan pada para ulama mujtahid kita. mereka dah keluarkan hukum daripada sekalian banyak hadis dan menjadikan ianya pegangan mazhab kita, bahkan mereka itu jauh lebih menguasai ilmu hadis daripada kita.
yang kita taqlidkan pada ijtihad mazhab syafi'e adalah perkahwinan itu harus untuk dihebah-hebahkan atas maslahat menzahirkan kesyukuran pada Allah dan menjauhi diri pasangan daripada fitnah oleh masyarakat.
wallahua'lam

pendapat tentang jaga siqah?

sebelum jaga kena faham dulu siqah tu apa. jaga siqah bagus terutama kamu pimpinan atau orang yang dipandang orang lain atau dihormati orang lain. dan jaga siqah juga satu bentuk tarbiyyah dzatiyyah (tarbiyyah diri) buat seorang pemimpin.
tapi semua nya mesti dibawah garisan kefahaman dan keikhlasan dalam amalan tu. bukan buta-buta sahaja di ikuti, sebab pernah ada pengalaman dah macam tu, tu yang nasihat tu, biar faham elok-elok sebelum beramal.
siqah diambil mungkin daripada syarat-syarat perawi hadis semacam mana yang dipelajari dalam ilmu ulum hadith. cuma sedikit longgar. sekadar cuba menjadi yang lebih baik daripada orang kebiasaan.
wallahua'lam
Liked by: Nur Erisya White❄ H.M

kenapa kita qiam setiap hari, tp mcm tak dpt apa yg kita hajati? mungkinkah sbb hilang keikhlasan dlm diri? atau mungkin sbb terlalu hajatkan kebahagian duniawi?

wallahua'lam. kadang tuhan tak bagi apa yang kita mintak, tetapi tuhan bagi apa yang terbaik untuk diri kita. cuma kita perlu didik hati untuk tidak bersangka buruk dengan tuhan.

Next

Language: English