@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

ana tak dapat lupa dengan kejahilan zaman jahaliyah ana dulu, enta ada tips buat ana tambah kuat dan teruskan hidup dengan penghijrahan baru ana?

siapa boleh lupa memang hebat lah. ana pun tak boleh lupa syeikh!
tips dia adalah bila kita dah berubah dari jahiliyyah, jangan pernah sebut apa-apa tentang jahiliyyah kita. jangan lelong-lelong jahiliyyah kita (contoh: buat salah, lepastu orang tegur kita, kita balas, dah aku zaman jahiliyyah dulu gini) jangan!
bila kita kata kita tinggalkan jahiliyyah kerana kita benci dan tak nak hidup bersama dia lagi. maka kenapa perlu kita sebut-sebut lagi yang kita benci itu kan?
Ini pesan sorang ulama (tak ingat siapa) bila orang tanya pasal move on pada beliau.
wallahua'lam

tpi bukan kah usaha itu sendiri dtg nya dri Allah? jdi siapakah kita ini?

usaha itu dengan izin Allah maka kita mampu adakan usaha tu kan? kalau Allah tak izinkan, mana mampu kita nak berusaha. adapun macam tu juga ikhtiar. Allah izinkan kita ikhtiar, dan kita ikhtiar (baca: pilih) dan pilihan kita tulah yang menentukan siapa kita. faham?
Liked by: najihah Susichan. lynn

maaf la, tpi mcm ngarot plk, kn nabi tingglkn quran dan hadith, bknnya naal. maaf. knp tdk diambil brkt dr k2nya, mgape kn capal? maaf. Ismail tlg jawabkan yg ni

benarlah apa yang dia kata. memang Rasulullah S.A.W. tinggalkan pada kita Al-Quran dan Hadith. Jadi kenapa kita kena ambil barakah daripada athar (peninggalan) nabi [ana ambil konteks yang lagi umum berbanding naal (capal) nabi S.A.W.]
Jika memang nak tahu jawapan maka teruskan baca, tapi jika nak cari point nak berbalah, saya nasihatkan berhenti baca dan bincang hal ni.
Kita mungkin perlu lebih banyak lagi membaca dan mengkaji kisah-kisah para sahabat yang antaranya kisah Saidina Uthman r.a. yang mana Rasullah wariskan satu cincin Rasulllah pada Saidina Abu Bakar, kemudian apabila meninggalnya beliau diturunkan pula kepada Saidina Umar sehingga akhirnya jatuh ke tangan Saidina Uthman Affan r.ahm selaku khalifah ketiga. Bagaimana cincin itu kemudiannya jatuh kedalam satu telaga dan akhirnya hilang selepas puas digali cari telaga itu oleh saidina Uthman r.a.; begitu sungguhnya mereka menjaga athar nabi S.A.W.
Kita juga boleh lihat dalam banyak riwayat cerita para sahabat yang antaranya seorang sahabat yang sanggup mencari serbannya di medan perang (betulkan ana kalau ana silap) yang mana serban itu sangat berharga padanya. Bila ditanyakan rupanya, diselitkan rambut Rasulullah S.A.W. dicelah serban itu yang dibawanya setiap kali pergi berperang serban dan rambut nabi itu; kita lihat bagaimana sahabat sangat menghargai athar nabi S.A.W.
Baik sekarang kita masuk kepada logika.
Kita tengok jika kita minat pada seorang perempuan. dan kita 'follow the trend' kita pun couple (naudzubillah). Bila orang tu merasakan cinta, maka pasti dan pasti, dapat kirim salam rindu ala ala couple islamik pun dah berangan sengsorang. Tambah pulak bila awek tu bagi kita hadiah pulak. Rasa kita lah lelaki melayu paling bertuah dalam dunia sebab dapat hadiah yang awek bagi. Orang yang kita sayang sangatsangatsangat bagi!
Maka macam mana pula cintanya jika orang yang kita sayang itu adalah orang yang paling layak dan paling dahulu untuk disayang, Sayyiduna Rasulullah S.A.W.
Sungguh pasti sedangkan awek bagi hadiah dah rasa seronok habis, inikan pula hadiah daripada Rasulullah berupa athar (peninggalan) baginda. Orang yang tak sihat akal sahaja yang tak sayang benda yang diberi oleh orang yang dia sayang, kan?
Mungkin ana tak menjawab soalan. maaf. tapi bab keberkatan tu, wallah, takde siapa yang percaya naal ataupun segala athar nabi tu boleh bagi keberkatan. percayalah. maksud bagi berkat itu bukan benda (athar) tu, tetapi Allah yang bagi berkat. semua orang beriman percaya benda tu. cuma ketahuilah, athar nabi itu boleh menjadi wasilah ataupun pemudah cara untuk mendapat keberkatan Allah S.W.T. Maka disitulah apa yang kita bincangkan.
Kalau nak balah, maaf ask.fm bukan tempat berbalah.
Maaf mengguris hati sesiapa. Allahu yuftah alaina.
Wallahua'lam

View more

Assalamualaikum akh, nak tanya, btul ke kalo nk beranggapan segala ap yg terjadi tu adalah ketetapan Allah😊

wa'alaikumussalam.
Allah berfirman dalam Al-Quran:
" ومكروا ومكر الله والله خير المكرين"
Maksudnya: "dan mereka merancang san Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik perancang"
Semua yang terjadi memang sudah ketetapan Allah. Semua sudah ada dalam ilmun Allah. Tetapi kita kena tahu juga kita ada bahagian dalam apa yang Allah tentukan, iaitu kita lah pemilik kepada ikhtiar. Ikhtiar ataupun pemilih ketetapan itu kita walaupun semuanya sudah ada dalam ilmu Allah.
Maka, Allah firman dalam Al-Quran apabila kita sudah berazam maka bertawakkallah pada Allah. Azam boleh juga dimaksudkan dengan sudah usaha atau ikhtiar.
Mudah kita simpulkan, kita serahkan semuanya pada Allah, tapi bersyaratkan kita sudah berusaha, sudah ikhtiar. Maka bakinya kita serahkan pada Allah. Barulah betul konsep tawakkal atau berserah pada Allah. Bimbang kalau kita serahkam semuanya pada Allah sahaja kita terperangkap dalam suatu penyakit ummat terdahulu yang masyhur iaitu penyakit jabbariyyah.
Wallahua'lam

View more

Assalamualaikum akh, nak tanya ap beza syariat dgn makrifat

AizadMokhtar’s Profile Photoaizadmokhtar
Wa'alaikumussalam ya akhi. Lama tak dengar khabar helang-helang ni.
Syariat tu dasarnya adalah ilmu berkaitan hidup. Iaitu perkara-perkara yang dituntut dikerjakan mahupun perkara-perkara yang dituntut untuk dijauhkan.
Syara' melibatkan permasalahan-permasalahan fiqah dan bagaimana fiqah itu menyelesaikan masalah seharian kita
Adapun bila orang bincang bab syariat, makrifat, tarikat dan hakikat maka itu merangkumi perbahasan dalam ilmu tasawuf.
Makrifat ni adalah daripada asal arafa عرف yang membawa maksud kenal iaitu satu cabangan ilmu tasawuf mengenai mengenal Allah dan menghadirkan Allah dalam diri pada saat menjalankan suatu ibadah. Ni ana rujuk takrifan dari buku 'Kunci Memahami Ilmu Tasawuf' cetakan Pustaka Muda.
Ana teringat satu soalan yang sahabat ana, Faris Ismi pernah tanya pada Al-Fadhilah Ustazah Muntimah dulu tentang syariat tariqat hakikat dan makrifat.
Ustazah beri satu perumpamaan seperti buah kelapa. Adapun kulit kelapa atau sabut kan orang panggil itu adalah syariat dan tempurung kelapa iaitu layer kedua adalah tariqat.
Layer ketiga iaitu isi kelapa adalah ilmu hakikat manakala air kelapa itulah makrifat.
Perumpamaan yang jauh tapi cukup dalam dari orang yang arifah billah.
Ana pun tak pernah rasa jadi tak tahu. Wallahua'lam

View more

assalamualaikum. kan kalau waktu agama biasanya ustazah suruh baca surah hafazan. boleh ke yg perempuan kalau period dia baca jugak ?

Wa'alaikumussalam. Seingat yang ana belajar perempuan boleh nak ulang hafalan. Tetapi kalau baca surah hafazan tu untuk tambah hafazan baru, maka lebih baik kamu kata kamu ma'zurah. Hafazlah hadis ke.. Wallahua'lam
Liked by: hajik anis an Nazira Ay. lynn

Benarkah ada pendapat yg mengtakan,boleh riyak dlm beribadah, Means,mula² buat je.Lama² dah jadi rutin,tak riyak dah?

Naam. Hal ni banyak disebut dalam kitab-kitab tasawuf seperti yang disebutkan Al-Imam Qutb Dakwah Wal Irsyad Abdullah Bin Alwi Al-Haddad, Imam Ghazali dan lain-lain rhm.
Kerana lawan riya' itu ikhlas. Maka ikhlas akan didatangkan hanya dengan melawan riya'. Dan dengan buat satu amalan sewaktu sedang diuji dengan riya', itulah cara terbaiknya menentang riya'. Kerana jika dia sedang beramal dan dia berhenti beramal ketika berasa riak, ketahuilah bahawa syaitan berseronok kerana dia meninggalkan amalan kebaikan sedang itulah matlamat syaitan untuk memberhentikan amalnya.
Faham?
Wallahua'lam

Ana mcm ragu2 lagi nak pergi baitul qurro ni..... sbb takut laaa skrg ni kan byk fahaman2 sesat. toloooong bgtau apa2 yg bq tu ok and ahli sunnna wal jamaah yg sohih.

Kamu first sekali kena tahu apa indicator untuk label sesat tu?
Di manakah tahapnya yang kita katakan sesat.
Ok, jadi indicator sesat pada Islam adalah apa yang terkeluar daripada batasan Al-Quran, As-Sunnah, ijma' dan qiyas kan?
Jadi di mana pulak kedudukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah? ahlus sunnah wal jamaah adalah apa yang mengikut manhaj yang kita sebut dekat atas iaitu mesti mengikuti 4 sumber yang atas ni kan.
Jadi yang sesat adalah apa yang terkeluar daripada manhaj ahlus sunnah wal jamaah. Kita bagi contoh mudah, kita kata syiah imamiyyah sesat. Walaupun statement ni umum dan perlu dikaji dengan qadiyah-qadiyah lain. Yang kita kena faham dekat mana yang sesat. Kita bagi contoh mudah adalah mereka menbenci para sahabat nabi dari kalangan khulafa selain saidina ali r.a. Maka yang bertentangan disini adalah dalam satu hadis nabi tuntut kita untuk mencintai sahabat beliau tanpa pengecualian kepada sesiapa-sesiapa.
Kan bercanggah. Maka itulah satu daripada qadiah yang kita boleh simpulkan dia sesat. Kan?
Jadi, timbangan ni yang kita panggil sebagai mantiq. Maka selagi mana akal kita berada pada keadaan waras dan sihat kita boleh timbang sendiri yang mana yang hak dan yang batil, bukan?
Bila dah macam tu nak risau apa kan? Datang je baitul qurra dan duduk sekali daurah. Kemudian kamu timbanglah sesat atau tidak apa yang kamu dapat di baitul qurra. Inilah budaya berfikir yang sihat dan jangan lupa, peranan ulama juga penting. Rujuk mereka jika kita musykil. Mudir baitul qurra juga ketua dewan ulama melaka.
Ana teringat Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail hfz., mudir baitul qurra. Ketika kami tanya pendapat beliau tentang mereka yang mudah mengata orang lain sesat. Maka ustaz kata mudah, jika ustaz sesat. Sudah tentu ustaz tak jadi ketua dewan ulama melaka. Ustaz tak jadi ketua lajnah tarbiyyah persatuan pondok semalaysia. Kami tersenyum lebar dengar ustaz berjenaka separa serius gitu.
Haha. Jom jom. Jangan dilayan syaitan-syaitan tu. Nak hentikan kita mengaji. Jom ajak kawan-kawan mari sekali.
Wallahua'lam.

View more

Tanpa sedar sebenarnya enta dah jadi antara sumber inspirasi ana. Ana bersyukur dpt kenal enta, walaupun enta tak kenal ana (kot?). Nak ucap, jazakumullahukheir atas segala ilmu yang dikongsikan & segala adab yg ditunjukkan. Teruskan berdakwah meski sgt payah. 'Afwan minkum atas segala salah silap.

Allahu akbar.
'انا لست خير منكم '
'Aku bukanlah orang yang terbaik di antara kamu'
Sumber inspirasi tu macam hebat sangat je. Ambillah Rasulullah sebagai tokoh pujaan dan ulama sebagai contoh ikutan. Dampingi mereka. Insha Allah.
Ana tak kenal lah kot. Sebab anon. Macam mana nak kenal kan.
Waiyyak. Jazakumullahu khairan aidhan atas soalan-soalan anon yang juga buat ana mengulang balik apa yg pernah belajar dan menjadikan ana juga perlu beramal atas segala yang dikongsikan.

Cite kn ttg nifak?

Penyakit dalam hati yang Allah ceritakan dengan panjang dalam surah Al-Baqarah dari ayat 8 sampai 19.
Perumpamaan yang antaranya Allah umpamakan adalah umpama seorang yang dalam kegelapan, dia sangka dia sudah nyalakan api dan teranglah keadaan sekelilingnya sedangkan sekiranya Allah padamkan api itu, nescaya duduklah mereka dalam kegelapan selamanya.
Moga Allah jauhkan.
Liked by: cikyaya. Ay. ayay lynn

Memohon keberkatan guru adalah perbuatan syirik. pendapat?

Syirik kalau kamu percaya guru yg bagi berkat. Ingat yg bagi berkat tu Allah sahaja. Kita khidmat dengan guru sebagai wasilah keberkatan tu Allah mudahkan turun.
Kita mohon berkat guru contoh doa mereka dengan harapan doa mereka yang lebih berilmu dari kita jadi sebab kita mudah dapat apa yg kita hajatkan
Kita salam guru dan muliakan mereka dengan harapan dengan kita buat begitu jadi Allah jadikan kita juga orang yang berilmu atau setidaknya orang yang bersama dengan orang yang berilmu nanti di syurga.
Teruskan khidmat!

nak tahu pendapat enta.. ana seorang wanita, kadang ajnabi text ana hanya bertanyakan sesuatu yang tak penting contoh seperti bertanyakan kabar. bagi pendapat enta, apakah tindakan ana sebagai wanita supaya mengelakdari ajnabi ni tanpa menyinggung perasaan mereka.

Ermmm. Tak jawab lah rasanya kalau nak elak. Sebab once jawab memang susah nak berenti en.
Liked by: an Nur Atika Ay.

Next

Language: English