@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

jarang on fb ek ?

on utk cari maklumat dgn contact kawan2 je . kalau lmbat approve tu maaf sebab sebelum ni , takde internet .

tahajjud tu ape?

solat yg dilakukan di malam hari , selepas isyak hingga sebelum terbit fajar dan sangat dituntut bagi org yg beriman utk melakukannya :)

Related users

bagaimana nak tarbiyyah kwn yg sebaya ngan kite ni. dia seorang yg keras kepala dan susah terima nasihat. ada tak cara lain yg berkesan utk tarbiyyahkan "anak muda" zaman moden ni?

kita seperti menghadapi masalah yg sama lah :)
Islam itu sifatnya 'thabat dan murunah' iaitu tetap dan fleksibel .
begitu juga dalam tarbiyyah . tarbiyyah sendiri flleksibel pada perlaksanaannya . ia mengikut peredaran zaman dan masa , dan uslub dan wasilahnya juga berubah mengikut masa .
mungkin anak muda sekarang perlukan tarbiyyah yg lembut , tidak seperti orang2 terdahulu . tetapi , baru2 ni ana bertanya pada murabbi ana , dan beliau berkata , mafhumnya :"kaedah dan cara mungkin boleh diubah , tetapi jangan ditinggalkan 'tarbiyyah jundiyyah' kerana itu lah yang memantapkan seorang muslim"
sama2lah kita berfikir akan kaedah yg sesuai . enta jumpa , khabar kat ana . syukran :)
Liked by: wan nadya syahirah

uai pernah ckp, bila lelaki dgn prempuan tu stju nk kwen mksdnya tlah dkira bertunang. tp klau tibatiba hbungn mreka terptus, adkh mereka dkira putus tunang jugak

tak . kena faham maksud Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus tu , tunang yg dimaksudkan tu bukannya contoh lelaki suka perempuan tu pastu , tiba-tiba itu dah dikira tunang . tunang tu perlukan akad jugak . cuma tak de dalam syarat ia perlukan saksi .
jadi bila misal lelaki kata kat perempuan tu , "saya nak tunang awak" atau perkataan serupa tu dan si perempuan jawab "saya terima tunang awak" atau perkataan serupa tu yg bermaksud redha ditunang , maka jadilah pertunangan itu . walaupun tak diketahui mak atau ayah salah sorang atau kedua-dua pasangan tu .
katakan tiba2 ada lelaki lain masuk meminang perempuan tu dan lelaki pertama yg bertunang dengan dia tu tak maklumkan pada mak atau ayah si perempuan , maka tidak boleh bagi si lelaki menuntut perempuan itu , kerana tiada saksi yg mengatakan diorang dah bertunang .
ala kulli hal , tunang tu beza dengan nikah dan bukan benda main2 . kalau sekadar nak main2 , janganlah . buat tambah dosa je menyeksa perempuan .
wallahua'lam

View more

Salam saya ada sorang kawan dia suka cousin dia n cousin dia pun suka dia tp saya ada dngr yg kalau cousin tak digalakkan berkahwin tp pada masa yg sama saya tak jumpa lagi nas yg tak menggalakkan cousin berkahwin. Apa pandangan saudara ?

ya . mmg tak digalkkan , sebab cousin ni sepupu kan ? jadi , kalau cousin kahwin sesama cousin , zuriat tak berkembang . lagi pun dari sudut science , variasi tu akan terbatas kalau cousin sesama cousin je kahwin . tapi ada je cousin yg kahwin , misalan dalam keturunan habaib sendiri , utk pelihara keturunan , ada yg kahwin sesama cousin .

apa eh hukum bila orang tabligh dtg rumah tp kita tak bukak pintu?

sedangkan Saidatina Khadijah bila dikira berapa sumbangannya terhadap Islam sepanjang hidupnya maka dianggarkan belasan juta ringgit yang dibelanjanya di jalan Allah ,
sedangkan Saidina Jaafar Bin Abi Talib , mengorbankan tangan kanannya untuk memegang panji Islam , diasak lagi dan kemudian tangan kirinya pula terkorban , hingga akhirnya dia memeluk panji Islam semata2 utk memastikan semangat juang rakannya tidak jatuh , akhirnya ditusuk pedang di tubuhnya dan rebahlah dia bergelar syahid
jadi , apa kah sumbangan kita pada Islam ? sekadar orang tabligh yg datang ingin menyampaikan kebaikan , beratkah utk kita menyokongnya ?
muhasabah diri jua

spt yg kita tahu.. kita ini ciptaan Allah.. adakah jika seseorg itu mghina rakannya.. ia spt menghina Allah??

ya . seperti menghina Allah .
ana bagi perumpamaan la , kalau kita duduk atas kerusi , lepastu kerusi tu kakinya tak tahan , lalu patah .
bila kerusi tu patah , yg waktu kita mencarut2 tu ,
adakah carutan kita tu pada kerusi ?
tak kan ? sebab kita tahu kerusi tu tak bernyawa dan ia cuma ciptaan manusia . maka bila kita marah akan kerusi yg tak tahan tu , kita akan marah pada kilang yang buat kerusi tu , "tak berkualiti lah kerusi ni" .
maka samalah macam kita manusia . harus je Allah nak adakan atau takdekan manusia ni , maka bila Allah cipta manusia ini , maka Allah dipanggil pencipta . dan bila kita memburuk-burukkan sesuatu makhluk , maka secara tak langsung , hakikatnya kita memburukkan Allah . sebab manusia cuma makhluk biasa , yang memberi kuasa untuk kita berikhtiar tu hakikatnya adalah Allah .
naudzubillah , jauhkan kami daripada merendahkanMu , ya Allah .

View more

Aku mimpi ada satu cahaya terang menyapu bersih dunia ini sehingga tiada apa2 yang tinggal, bangunan2 yang pesat membangun, pokok2 yang tumbuh menghijau hancur semuanya sehingga tiada satu pun yang tinggal. Apakah maksud mimpi itu saudara?

wallahua'lam . boleh jadi itu petanda yg kita semua perlu bersedia kerana kiamat sudah dekat . Allah .

SubhanAllah , Alhamdulillah. Akhi syukran jazilan sbb tolong ana. Hidup kita ni mcm battery. Bila dah habis kena charge balik. Sama la dgn ana. Kena ada peringatan. Jazakumullahu khairan kathira. Barakallahufikum.

charge seorang da'ie adalah dengan tarbiyyah , maka jika inginkan charge yg baik , maka rujuklah dirimu pada murabbi :)
insha Allah , "mukmin kepada mukmin yang lain itu umpama bangunan yang kukuh , saling melengkapi antara satu dgn yg lainnya" -hadis

apa maksud zina hati tu..mcm mne nk elakkannya

perasaan syahwat yg timbul bila lihat atau membayangkan muka atau tubuh badan ajnabi atau teman wanita dsb . nak elak , selalukan diri dalam berjemaah atau berkumpulan dan banyakkan tundukkan pandangan .

Mcm mana nk biar ikhtiat itu trjaga ? Sbb ana ada ramai kwn lelaki tapi ana tak ada la rapat sgt tapi.ana takut la.

kawal diri . da'ie itu , kalamnya didengari , nasihatnya diikuti , akhlaknya diteladani , keburukannya dicari .. maka hati-hati dgn akhlak dan adab seorang da'ie . mungkin kita rasa seorang melihat kita , tetapi hakikatnya beribu lagi yg sedang meneliti kita , satu amal buruk yg kita buat , boleh jadi seribu amal baik yg kita buat hilang di mata madu' kita .
pegang kata Al-Allamah Da'ie Wal Murabitun ilallah , Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz :
"jangan dengan membuat satu kebaikan , membuka 10 pintu keburukan"
maksudnya , jangan sebab satu teguran atau akhlak seorang da'ie itu yg baik menyebabkan 10 pintu keburukan terbuka dalam hati madu' .

Mcm nak elak dr sifat riak sbb kadang bila ana tweet pasal agama lps tu ramai yg puji. Allahu Akbar, sunghuh khilaf diri ini.

riak itu bukan masalah enti sorang je ... tu adalah masalah semua insan yang bergelar da'ie . riak ni masalah hati . kata murabbi ana , Al-Fadhil Ustaz Zulkifli : "nak didik hati utk buang sifat riak adalah dengan berterusan lawan riak tu , bila buat satu amal , riak , lawan ! buat lagi , riak lagi , lawan lagi ! maka , drpd istiqamah melawan riak itu akan timbul satu perasaan yang dipanggil ikhlas . bila ada sifat ni , apa org kata , semua dah tak effect hati kita , sbb yg kita harap bukan pujian dari manusia , tapi pujian Allah . cukupkan amalan kita , jihad kita utk smpai tahap Allah pandang ? hmmm

adakah kita akan dapat pahala jika orang yg kita suka tu dpt tahu yg kita suka dekat dia sedangkan kita hanya berdiam diri.

wallahua'lam . urusan pahala dosa itu urusan Allah . jika sungguh kita mujahadah lawan nafsu , lawan syahwat ... maka Insha Allah , yang kita bertawakal ini yang Sangat Pemurah sifatnya .
Liked by: Fatihah Sahlan

hah, untuk yang beruban lah... ada ke inai hitam?

tak tahu . cam tak pernah tengok pulak . inai yg sunnah adalah yg perang atau coklat ke oren-orenan , misal cam Habib Umar Bin Hafidz , Habib Umar Al-Khatib ...

bnyaknya ilmu kau mail. mcm mna nak ingat semua tuh hah? aq blaja xingat sgt mcm kau. sgala bhsa istilah bagai,

tak sampai setitik dari ilmu yg ada di dunia ini . tak smpai sebesar zarah mungkin dengan Ilmunya Pemilik Ilmu , Yang Maha Mengetahui segala-galanya ...
ilmu bukan apa yg ada atas kitab , tapi ia apa yg di amalkan . andai belajarnya ikhlas , amalnya ikhlas , maka , menyampaikannya juga akan hadir ikhlas tu , semoga menjadi mukhlisin , amin ;)

Next

Language: English