@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

hahaha, memang keropok :) keropok tu sedap tau. rugi tak beli. boleh menukarkan kita menjadi helang yang hebat :O

gaya bercakap suspicious . budak kisas eh -.-'
Liked by: Adamantium

oh, syukran. sbab ana ingat sum'ah tu brbangga dgan dri sendiri. contoh "aku sudah hafal 30 juz, pasti aku ke syurga" tapi org lain tk tau lah

lebih kurang lah tu . ianya penyakit hati
Liked by: zubair haslan

Related users

ana keliru. sum'ah tu bukan bangga dgan amalan yg kita ada ke?

lebih tepat nak orang pandang amal kita . kalau kita bangga dgn amal kita , itu riya'

yaman tu sebuah pondok ke? dar al mustafa tu pondok ke? yaman negrri mana? ana Brunei. siapa guru nya?

yaman tu negara . boleh search google . Dar Al-Mustafa tu institut pengajian di sana . di bawah seliaan Habib Umar Bin Hafiedz hfz.
Liked by: fauzanhaneef

Zaman skrg pantang kalau ada org bercanggah pendapat terutama psl agama. Perdebatan sampai kiamat pun tak habis. Betul ke ?

perbincangannya boleh tamat kalau yg berbincang itu ahlinya . masalah yg berbincang yg jahil . sibuk bercakap benda yg mereka tidak tahu . dan berbincang pulak dalam media sosial . takkan ada noktah .

kalau syeikh pula? apa perbezaannya?

syeikh tu gelaran untuk orang alim . dimuliakan dgn gelaran syeikh .

Assalamualaikum akhi...pertanyaan ni maybe ramai yg dah tanya....boleh ke org Islam pegi gereja?

Wa'alaikumussalam . pergi gereja untuk apa ? kalau jadi fitnah pada orang Islam tersebut , maka haram dia pergi ke sana .
Liked by: صفية

Tahfiz skrg org ingat semua baik sbb namanya tahfiz tanpa mengetahui siapa gurunya, asal usul gurunya, kitab apa yg diguna, dgn siapa gurunya itu berguru..

manusia bersangka baik pada institusi agama . ianya perkara yg bagus juga . walaupun semua perkara itu perlu diteliti , tapi sangka baik itu sudah cukup bagus
Liked by: Asy Adamantium صفية

Assalamualaikum,bolehkah kita merindui seseorang selain rasullulah? contohnya,kita rindu kan rasullulah dn juga seseorang,bolehkah begitu?

Wa'alaikumussalam .
jika kamu mencintai seseorang
apakah kamu akan letakkan orang lain pada taraf yg sama seperti kamu mencintai orang itu ?
tidak bukan ?
begitulah jika kamu mencintai nabi
maka tidak akan kamu letakkan orang lain lebih daripada kecintaan pada Allah dan nabiNya , S.A.W :)
Liked by: Nur

apa hukumnya pakai wangian alcohol ketika solat?? Ada yg cakap sah sbb alcohol wangian adalah alcohol industry dan bukan alcohol sprti arak

yup . ianya fatwa ulama , Alkohol yg digunakan dlm wangian adalah methanol dan bukan ethanol yg digunakan untuk pemuatan arak . methanol tidak memabukkan jika diminum tetapi ianya membunuh jika diminum .
kesimpulannya boleh guna minyak wangi dgn alkohol kerana alkohol yg diguna bukan alkohol yg najis .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Daurah tu kan, sesiapa je boleh participate ke ape? Include someone yang baru nak mula berjinak dengan pondok ni? Ana tengok tajuk macam berat, kalau tak faham bagaimanakah?

anyone which interested in ilm are allowed . berat kalau tak belajar . lagi berar kalau takde niat pun nak belajar . silakan je join . insha Allah banyak ilmu dapat :)

"Sungguh , aku lebih rela berjalan di belakang singa berbanding seorang wanita". -Saidina Umar al-Khattab. Maksud ayat ni apa senanya ?

kerana wanita itu fitnah pada lelaki . maka Saidina Umar memilih untuk jalan dibelakang singa dari blakang wanita .
sedangkan auliya' ada yg mengatakan , "Sedangkan dengan kambing aku takut duduk berduaan , inikan pula dgn perempuan"
Rasulullah bersabda mafhumnya , baginda memilih menggenggam bara api dari wanita .
Ini menunjukkan wanita itu fitnah pada lelaki hatta orang beriman sekalipun . kerana yang menjadi perantara itu syaitan .
bukan maksud ana wanita itu fitnah merendahkan kedudukan wanita , tapi maksud ana lelaki mahupun wanita kena waspada agar mereka tidak jadi fitnah .
lelaki berhati-hati ketika bersama wanita . nafsu dibelakang iman .
wanita berhati-hati bersama lelaki . elakkan dari membuat perkara yg boleh menggoda lelaki .
moga Allah kurniakan kita kefahaman .
wallahua'lam

Next

Language: English