@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Rasa rugi tak pegi sekolah agama dulu. Sy teringin nk apply dan belajar dlm course dakwah di UIAM. Mgkin bkn rezeki sy kot

tak mesti apa yang kamu sangkakan baik itu baik untuk kamu ,
dan tak mesti apa yang kamu sangkakan buruk itu buruk untuk kamu ,
kerana boleh jadi yang baik di mata kamu itu buruk untuk diri kamu ,
dan yang buruk di mata kamu itu baik untuk diri kamu ,
maka berlapang dadalah dengan takdirNya Allah :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Nad

Related users

alo kesiannyer..kelesuan..moga cpt smbuh :)

kelesuan tak bagus sebenarnya .
sebab takde istilah rehat dalam perjuangan ,
melainkan rehat yang abadi di syurga ;)
Liked by: Nad

tolong bg nasihat utk saya kuat..sbb skrg rasa sedih sgt..ditipu oleh org yg paling saya percaya

orang Islam yang kuat adalah yang baik hubungannya dengan Allah :)
tak percaya ?
telah dibuktikan ,
seorang yang sangat hebat dan kuat ,
dia boleh mengangkat ribuan kilo pemberat
petanda dia hebat
petanda dia kuat .
lalu di malam hari ,
dia tidur
nyenyak .
kemudian kerana kesejukan malam ,
dia bangun dan berlari mengambil selimut ,
menutup dirinya
berselimut penuh
kerana kesejukan .
inilah dia orang 'kuat' yang sangat jaguh dunianya ,
tapi mundur kebelakang .
maka ,
cuba kamu bandingkan orang ini ,
dengan seorang lagi tokoh yang sering kamu dengar dia dicela dan dimaki
di dalam media dan akhbar
buruknya pandangan dan fitnah yang dilempar
suatu hari ,
sudah lewat untuk balik ke rumah ,
maka usai mesyuaratnya ,
dia pulang ke rumah saudaranya ,
sekadar untuk mendapatkan tidur yang cukup
untuk meneruskan perjalanan esok ,
maka keduanya dia dan saudaranya tidur ...
hinggalah suatu masa ,
kedengaran bunyi-bunyian
yang agak kuat , cukup untuk menyedarkan mereka yang tidur tidak cukup nyenyaknya
maka , saudara ini bangun ,
kehairanan dan pelik .
mana datang bunyi sebegitu ,
di lewat pagi sebegini ,
maka , di carinya bunyi itu ,
lalu didapati ia datang dari tandas
saudara ini menguak pintu tandas ,
dan alangkah terkejutnya ,
seketul tubuh kecil ,
seorang Bentara setia ,
sedang menggosok lantai tandas bilik air tersebut
lalu ,
si dia menoleh ke belakang dan berkata ,
"shhh .. jangan bagitahu ore lain , ambo nak 'rendah' "
tergamam saudaranya ,
sangat mengejutkan ,
sedang orang kuat masih berselimut ,
kesejukan ,
tetapi dia
boleh membasuh tandas ,
tahu kamu siapa dia ?
dia lah ulama haraki negara kita ,
Y.A.B Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ,
Menteri Besar Kelantan
merangkap Bentara Setia Parti Islam Se-Malaysia .
Allahu akbar .
besarnya dan hebatnya ulama ,
maka yang itulah yang kamu sibuk pertikaikan ?
hudud tak relevan ,
Islam tak sesuai ,
TGNA nak dapat nama je ,
TGNA tak sedar nak mati dah , tua nyanyuk
jangan sedara !
ana bagi warning awal .
darah ulama ini beracun .
kamu takkan hidup lama andai kamu menyebabkan ia tumpah .
oleh itu ,
yakinilah ulama .
bersamalah ulama
dampingilah ulama
hadirlah majlis ilmu , walau susah atau senang ,
infiru !!
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

"Barangsiapa jatuh cinta lalu menyembunyikan cintanya, menahan diri, bersabar lalu dia meninggal dunia maka dia mati syahid" Ini hadis palsu (Ibn Qayyim Tib Al Nabawi) *Ini memang betul2 palsu ka?*

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauzi adalah ulama yang hebat .
wallahua'lam ana tak tahu ia palsu atau tidak .

Kadang-Kadang bila Kita ada crush kat seseorang dalam diam, bila dia ada ask.fm misalnya, kita akan nak kacau dia kan? Tapi kita tak kacau tanya as anounymous lah. Anda Pernah Buat Macamtu?

jangan kacau dia
pergi buat benda lain yang bermanfaat :)
tak pernah buat .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

apa yg dia cakap ada benarnya. lebih2 lagi, orang akan selalu attack and bertanya mengenai agama kat student2 agama ni. so,lepasni, enta pun nak delete acc ask.fm enta ni?

QamarinaIzzati’s Profile PhotoQ
itu kena timbang elok-elok . bagi ana ask ni , ana masih nmpak besar baik dari buruknya .
memang betul ask ni medium wahabi , syiah , liberal , sekularist dan lain-lain fahaman memporak perandakan umat Islam .
tapi pada ana , ana masih nampak yang zaman kita ni memang zaman teknologi terlalu tinggi ,
oleh kerana terlalu hebatnya teknologi , maka hebat juga tentangan musuh-musuh Allah ni .
jadi , ana kira ask.fm ni buruk andai dimanfaatkan untuk menyebar fitnah atau memecah belahkan ummah .
soal da'ie-da'ie yang ada dalam ask ni , ana rasa tak jadi masalah kalau cuma 'berkongsi' ilmu ,
cumanya ada sedikit yang buat ana risau adalah , ada yang 'ruwaibidhoh'
tahu apa tu 'ruwaibidhoh'
berlagak seperti tahu dalam hal agama sedangkan tidak tahu ,
yang ini yang lagak seperti mufti , tapi ilmunya cuma mengelirukan ummat kemudiannya
maka betul seperti apa akhi alif kata ,
kalau rasa kita nak sampai ruwaibidhoh dah ,
cakap macam tahu ,
lebih baik deactivate atau katakan sahaja 'ana la adri' atau 'saya tidak tahu'
itu lebih baik , dan ana nampak buruknya ask pada ianya membawa pada orang untuk mempermudah-mudahkan agama .
yep , Islam itu memang mudah . tetapi ia bukan untuk dipermudah-mudahkan .
bertanya tentang hukum-hukum itu , andai si penjawab tahu , maka dia cuma menukilkan jawapan daripada apa yang dipelajarinya ,
tetapi ask ini bukan tujuannya untuk jadikan ia sebagai method untuk ,
"eh aku tak tahu benda ni lah , tanya kat ask la"
bukan tu caranya !!!
maka silakan pergi majlis ilmu , bertanya dalam majlis ilmu ,
jangan bertanya dalam internet . sekadar minta pendapat itu tidak mengapa ,
tapi bertanya satu hukum , itu berat andai tidak tahu tetapi berlagak tahu .
jadi , pada da'ie ask.fm ni ,
ana tak nak lah panggil antum mufti atau menyindir sesapa ,
tapi silakan ,
ajak diorang (anon) pergi join majlis ilmu .
dan jadikan ulama sebagai rujukan UTAMA atau NOMBOR SATU .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

klau saya berkahwin,,pak sedara suami saya tu..dah jdi mahram ke??means boleh ker salam dorg..sbb klau pak sedara sndiri yg bkn mahram pon ada kn..mohon pnjelasan TQ :)

tak jadi mahram .
tak boleh salam dan wajib tutup aurat .
mak sedara suami boleh .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

macam mana nak hilangkan rasa nak tengok dan terfikir benda lucah eh??

soalan yang susah nak realitikan .
nasihatnya jangan selalu berseorangan ,
duduk sorang-sorang , confirm akan rasa punya ,
syaitan guna jarum dia .
so , jangan berseorangan seelok-eloknya
wallahua'lam

assalamualaikum mail, jawapan enta malam ni mostly enta jawab "ana la adri. sama sama dampingi ulama. wallahua'lam".

QamarinaIzzati’s Profile PhotoQ
wa'alaikumussalam , dah ana tak tahu :)
btw , cuba tengok KupuKupuTido atas sekali

bagaimana nak buang tabiat mmbuang masa dgn perkara2 yg tidak berfaedah ?

buat lah benda yang berfaedah :)
pastikan setiap masa kosong kita diisi dengan yang berfaedah dan selalu dekatkan diri dengan majlis ilmu dan ulama ^^
insha Allah

sy perlukan nasihat.. sekarang rasa putus asa tanpa tahu putus asa untuk apa..

take your time and relax
jangan terlalu menekan diri .
dekatkan diri dengan kawan-kawan yang baik ,
insha Allah :)

betul ke baju takbaik dijadikan sebagai hadiah? dan mungkin akan mengakibatkan hubungan tu terputus?

ana la adri .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Ohh, terima kasihh :') haa satu question lagii, betul ke sakit sengugut nii, adalah kesan cakaran iblis pada rahim wanita? Dan itulah kerja iblis? Ana terbaca dekat twitter, siap dia bagi ada satu ayat, dan dibacakan ke atas madu?

sama-sama .
tanya yang lebih alim , ana tak tahu .
sama-sama dampingi ulama ,
wallahua'lam

kalau kat sekolah ada choir,cikgu pilih or kena masuk, haram tak? dah tentu tentu dalam choir ada lelaki dan suara kita didedahkan.dosa besar ke haram?

silakan tanya yang lebih alim
ada juga pendapat ulama yang mengatakan , kalau suara lelaki itu lebih kuat dan boleh tenggelamkan suara perempuan , dibolehkan .
tetapi itu dari suara , dari segi lenggok badan dll , yang ni kena dilihat balik .
seelok-eloknya tinggalkan kalau kamu perempuan ,
biarlah lelaki sahaja yang berchoir
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Dosa tak ? Habis tu kalau nak tarik diri dari prtandigan tu, nanti kecik pulak hati ustazah.. Mcm mna?

teruskan jelah . ada pendapat ulama yang lemah mengatakan kalau nyanyi ramai-ramai perempuan takpe . tapi , kalau dah terikat gitu , terus sahaja , tpi niatkan dlm hati tak suka buat benda tu .
sama-sama kita dampingi ulama ,
wallahua'lam

Allah kasi 24 jam. salahke kalau kita ingat Allah sepuluh minit tanpa ada sebarang gangguan? tak sampai sejam pun en? ayuuh ingat Rabbul Izzati.

masha Allah .
this is deep .
insha Allah :) syukran

salahkah klau kita ingin berkenalan dgn bakal suami..tpi melalui pihak tgh la...

tak salah . itu juga bahagian daripada merisik :)

Next

Language: English