@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

setiap sujud didalam solat fardhu dan sunat saya akan berselawat dan berdoa ,takpe kan?

takpe .
tapi doa tu elok jangan lafazkan kalau doa tu dibaca dalam sujud dalam solat .
luar solat takpe
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Lagi satu hal, arab saudi juga, agak punyai hubungan yang baik dengan amerika -..-

memang ada .
masing-masing ada kepentingan masing-masing .
Amerika itu negara besar .
punya kuasa veto .
semua negara bergantung pada dia .
selagi takde sistem yang boleh satukan kita lawan dia .
maka kita takkan boleh buat apa-apa
Liked by: ammotti

apakah hukum kita sujud terlalu lama? tak berdosa en?

tak .
digalakkan berdoa waktu sujud .
kerana saat itu kita sangat hampir dengan tuhan .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Related users

Okay mcam nii, kenapa arab saudi tidak bantu negara islam yang lain yang dilnda keganasan dari yahudi, dari segi hukum ana sokong dlam negara mereka, tapi kenapa tak bantu negara2 islam yang lain dan bumi para anbiya yang lain :'/

huhu ...
kamu nak tahu kenapa ?
cuba kamu tanya kenapa Mesir yang duduk sebelah dengan Palestin sahaja tidak hantar bantuan ,
sedangkan Mesir negara yang besar , dan Israel cuma negara yang kecil .
Palestin juga negara yang kecil .
pelik bukan ?
Apa pula kata kamu pada Thailand ,
pernah umat Islam di Thailand di tindas ,
tetapi Malaysia sendiri ,
seronok dan gembira tanpa menghiraukan keadaan negara jiran kita .
sedang hari-hari ada sahaja rakyat Malaysia yang ke Golok ,
yang melancong di Thailand dll .
Pelik bukan ?
Kenapa ?
Apa pula kata kamu pada Syria ?
disekeliling Syria adalah negara-negara Islam yang besar ,
Turki , Saudi dan lain-lain ..
kenapa tak nak bantu orang syria .
walau hanya hantar sedikit bantuan ketenteraan ,
atau larikan sedikit anak-anak dan wanita Syria ketempat selamat di negara mereka .
Pelik bukan ?
Kenapa ?
Kenapa terlalu susah untuk mereka lakukan begitu ?
Soalan ini terjawab pada diri kita sendiri ...
Senang tak kamu andai kamu berurusan dengan orang yang kepalanya tidak sama dengan kamu ?
Sukar bukan ?
Negara-negara Islam hari ini tidak bersatu sahabat .
Negara Islam hari ni tak macam negara Islam dahulu .
kamu bayangkan dahulu , 2/3 dunia ini Islam tawan .
lagi besar kawasan dan empayar Islam .
tapi mengapa bila umat Islam diserang ,
terus sahaja dibantu .
tiada lengah-lengah
mengapa ?
kerana dulu Islam bersatu atas satu sistem .
Sistem Khilafah .
Sistem diamana satu khalifah memegang suatu empayar Islam yang besar .
itulah negara Islam .
Itulah andai kamu tahu , itulah matlamat perjuangan kita semua sepatutnya .
matlamat negara Islam itu cuma matlamat kecil
yang besarnya adalah matlamat khilafah Islamiyyah .
dan meninggikan Islam .
Mudah-mudahan Allah bantu kita semua .

View more

komen anta pasal kapal MH370 ?

komen ana menyakitkan hati semua .
jadi tak nak komen
cukuplah doakan mereka selamat .
dan mudah-mudahan Allah zahirkan kebenaran ,
dan jatuhkan kezaliman
Liked by: Mohamad Afif

apa hukum perempuan confess suka kat seseorang laki?

jangan confess pada seseorang lelaki atau perempuan .
ianya akan mendatangkan fitnah yang besar pada diri kamu .
kalau kamu minat pada sesiapa ,
cukup sekadar diamkan dalam hati , dan doakan mudah-mudahan Allah lorongkan dia sebagai yang terbaik buat kamu .
confess-confess ni semua permainan syaitan .
membuai-buai jiwa kamu .
once dah confess mulalah angau dan membayangkan macam-macam .
lebih teruk lagi syahwat dan lain-lain
dan ini mendekati zina .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

kalau kita yg nk ckp hai tu? untuk sembang kosong. boleh ke?

elakkan lah .
jaga diri kamu , sebagai perempuan .
mahalkan semahal-mahalnya diri kamu
mudah-mudahan Allah kurniakan yang mahal juga untuk kamu
Liked by: B E L L O ™ Nad

prempuan yg uzur bleh baca tafsir al-quran tak ? asif .syukran .

perempuan dalam haid tidak boleh membaca Al-Quran mahupun memegang mushaf Al-Quran .
yang boleh hanya membaca ayat-ayat pelindung atau zikir-zikir yang diajarkan Rasulullah dalam hadis-hadis baginda S.A.W .
afwan
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: B E L L O ™

Ada seorang muslimah kata tak boleh main tambah tambah jam macam tu . Mcm mana eh nak terangkan , ke aku yang salah ni hmm

syababbiasa’s Profile PhotoMuhammad Aliff Aiman
bukan kita yang suka-suka tambah .
itu adalah kaedah pengiraan masa haid .
paling pendek adalah satu hari satu malam .
maka ulama fiqh dah perincikan , macam mana yang disebut satu hari tu .
mesti cukup 24 jam .
maka kalau org yg haid siang 3 jam je keluar darah , lepastu esok baru keluar balik lagi tiga jam ,
maka tak boleh kata dia haid lagi , sebab tak cukup 24 jam iaitu sehari .
Islam dah ajar semuanya ,
cuma kita yang jahil tak nak belajar .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

nnti orng kata kita sombong camane? contohnya, "la..nk jaga Islam pun, tkkan la smpai tk ckp langsung. Islam tk ajar pun kita jdi sombong smpai tk tegur orng." camane nk hadapi tu ? thanks nasihat.

siapa suruh kata tak payah cakap .
kan ana kata , jika bawa pada syahwat dah fitnah , baru haram .
selagi boleh elakkan daripada bersembang kosong , elakkan .
kalau dia kata hai tu sekadar nak goda kita or nak sembang kosong ,
balas balik hai then terus tinggalkan tempat tu .
boleh kan ?

Kalau sorang laki ckp "hai" dekat sorang perempuan, tanpa tujuan. Just nk tegur sje2. Haram ke?

sehingga timbul syahwat atau fitnah , maka haram perbuatan tu
seeloknya elakkan lah . jaga diri sebagai seorang muslimah elok-elok , kan bagus ~
Liked by: Cik Biru saض

Apa hukum perempuan menari depan lelaki ajnabi?

menaikkan syahwat dan menimbulkan fitnah .
haram lah ukhti ...
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: . Haura'

Assalamualaikum :)Follow me?Ask me? saya mencari sadiki wa sohibi,bukan musuh:D

wa'alaikumussalam .
aiwah :)
salam ukhwah ya sohibi .
ask lah kalau nak sembang-sembang :)

Next

Language: English