@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

I have couple of friends that keep degrading our holy book which is Al Koran. They said that Koran isexactly the same with the Bible.

I dont think so. I suggest you to listen to Dr. Zakir Naik speeches. I think he's talked about this before.

Mcm mana nk tangani sifat homesick / rindu Malaysia bila fly mesir nnti? Boleh saudara tolong ana? Ana nk sgt bljr kt mesir, tp takut homesick.. Tolong ana akh

Baru ada masa nak jawab. Asif. Ok gini. Biasa lah homesick ni. Orang yang tak homesick ni tak normal la.. Cuma macam mana kita control homesick tu je.
Zaman sekarang senang lah, jauh-jauh ada skype. Ada hangout. Ada vibe. Apa susah nak tengok muka parents kan?
Cuba bayangkan ulama-ulama dulu mengaji merata. Mekah madinah mesir kufah basrah semua pernah pergi. Agak diorang tak homesick ke. Lagi takde teknologi boleh je.
Sebenarnya kita kena sibukkan diri baru kita kurang sikit homesick. Ok. Dan orang meuntut ilmu jangan mudah kalah dengan cabaran.

Related users

Cth : kita kahwin. Malam pertama, atau sebulan berkahwin tak buat perhubungan badan, dosa ke?

Kenapa pulak berdosa? Hak suami lah. Kalau suami nak, isteri wajib patuhi. Tapi kelakarlah, antara tujuan nikah adalah menghalalkan hal tu. Tapi dah nikah tak nak buat. Kan pelik. Wallahua'lam

"Setiap bid'ah itu adalah sesat. Setiap sesat adalah neraka." . Setuju tak dgn kenyataan ni?

Eheh. Setuju ke tidak kamu kata.kamu tahu tak ni hadis. Maka apa hukum orang yang berbeza dgn hadis kan... Allah. Sebenarnya tak nak jawab soalan gini. Tapi hadis ni panjang bahas dia oleh ulama. Walahua'lam
Liked by: Rajamuzahid Hanes.

Share soalan Ada satu soalan : واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين Dhomir الهاء pada kalimah إنها kembali kepada apa ? @arifHaz @ Ada sesiapa nak cuba jawab ? 😎😎😎

elLughawy’s Profile PhotoAbu Fares El Lughawy
subhanallah. jika ulama lughah sebesar enta pun tak boleh jawab, ana yang debu-debu ni mana lah tahu ya akhi. ana nampak haa tu kembali kepada الصلاة sebab dia datang dengan muannas. tapi ana terasa yang dia dikembalikan kepada الكلفة iaitu asal pada perkataan التكليف yang bawa makud tanggungjawab. ini ijtihad ra'yi ana. tak bukak kitab mana-mana pun. haha

deliver speech of course. do u mind?

Ahha. Cannot lah. I've always hold Ustaz Nazrul's word of never talk about things that you are not in it. And ustaz also reminded that he will only be talking after he get permission of his teachers (masyaikh). This is to restrain from being misunderstanding of the deen. So i feared of talking things that i didnt have the requirements to talk off. So sorry. Do pray for me to be a scholars one day. Amin.

كلام الحكمه في لغة عرابية؟؟؟

من لا يحب صعود الجبال, فالعيش ابد الدهر بين الحفر.
Siapa yang tidak suka mendaki gunung, maka dia akan terus hidup selamanya diantara lembahnya.
Maksud mudah,
Siapa tak nak move on dengan dia diri sendiri punya keinginan. Maka dia akan terus hidup dalam jahiliyyah sedangkan orang lain sudah sampau puncak keimanan.
Move on.

Do u have kitab islam? Sila nyatakan! Apa saja namanya?

what do u mean by kitab Islam? is it kitab with a title of Islam? or is it kitab that discussing about Islam? or is it kitab that cover specific parts of Islam? which one?

assalamu'alaikum, umm bleh beri penjelasan sikit mengenai ayat dlm al-qur'an yg [61:2-3] so klau kita share tentang islamik(mcm reminders/quotes) sbgai peringatan utk org lain & diri sndri dkira berdosa juga ke klau apa yg kita share tu sesuatu yg kita tak buat atau pun belum buat lgi(msih mencuba)

wa'alaikumussalam. takde sampai begitu pun saudara. sebenarnya dalam kita share itu kita sudah mulakan satu langkah daripada langkah-langkah kita nak mula beramal dengan apa yang kita kata.
memang hakikatnya nasihat yang baik adalah nasihat yang ditunjuki sebelumnya oleh si penasihat. tetapi dalam bab perkara seperti contoh kita dengar satu hadis yang menggalakkan kita istighfar. kemudian kita pun share hadis tersebut. kita belum amal lagi. tapi dengan mula kita share tu kita dah mula melangkah ke amalan tu. sebab bila kita share dan kita tak amal, akan datang satu rasa, "eh aku suruh ke orang, aku tak buat lagi" nanti akan terngiang-ngiang verses ni. dan kita akan secara tak langsung paksa juga diri nak buat.
tegahan Allah ini bentuk peringatan pada mereka yang beriman, kemudian bila datang suruhan contohnya berjihad, mereka tak mahu berjihad, sedangkan mereka beriman. dan dengan iman mewajibkan mereka berjihad. maka besar kemurkaan Allah pada mereka yang berkata mereka beriman, tapi tak laksanakan (tak buktikan keimanan dengan keluar berjihad).
adapun konteks umumnya ibrah untuk kita supaya walk the talk. jangan sekadar talk more work less. wallahua'lam

View more

I want to wear tudung.but my mom tak bagi.she said if pergi travel n continue my study dekat oversea nanti orang akan pandang rendah n cakap buruk pasal i.boleh ke kalau dekat malaysia i wear tudung n when i at oversea i tak pakai tudung?

theres a fact that youre mum didn't see.The fact that as we speak now, the popularity of Islam and muslims in the westerns are in fact raising. And maybe most of us didn't know but if we do some research of the number of muslims in western country like London, they hava almost similar number of muslims in our peninsular, in fact there are rising day by day.
Some says that the number start increasing as the incident of 9/11 took place. Westerns are eager to find and discover the reality of that tragedy and they searching on Islams and found out Islam as the best solution of all their problems.
So, if you are serious of this matter of wearing hijab. than i suggest you for doing some fine research of what i mentioned just now. you can start it by watching documentary of muslims in western country. wide youre research by hearing English scholars of muslim talk and review. Or you can also look on street interview of westerns muslims that i sure, they are loads of it in youtube.
When you have yet enoungh evidence than you can convince and you can have a conversation with your mom. May Allah soften her heart and nourish it with hidayah. And also may Allah help you in your way to this hijrah. Allahumma sahhilni wa yusahhilkum, amin.
i'm looking forward for the results then sister.

View more

salam alayk ya akh...ap yg dimaksudkn dgn "futur" ? saya kurg arif psal ni..mohon pncerahan.. jzkk

wa'alaikumussalam. futur ni daripada perkataan fatara yang makusdnya lebih kepada putus asa atau berhenti. disebutkan dalam hadis tentang apabila kamu rasa putus asa atau penat (dari berdiri dalam solat) maka duduklah. hadis ni khas untuk solat sunat.
futur juga sering digunakan dalam dakwah sebagai orang yang berpaling atau berlepas diri dari jalan dakwah. atau lebih kepada mereka yang down dan tinggalkan jemaah dan pperjuangan atau jalan dakwah/tarbiyyah.
dan realiti gejala futur ni memang cabaran pada semua manusia yang sedang meniti jalan istiqamah. Ia dipanggil wabak sepanjang jalan oleh para ulama haraki. saja lah nak share, ni kutipan daripada satu kitab, maaf ana lupa tajuk dia. tapi ianya kitab dakwah.
13 Penyebab Futur:
1- Melampau dan berlebihan dalam beramal agama (tashaddud)
2- Berlebihan dalam perkara harus
3- Suka menyendiri dan tinggalkan jemaah
4- Sedikit sekali mengingati mati dan akhirat
5- Tidak istiqamah dalam amalan,beribadah hanya bila suka
6- Makan makanan haram dan syubhah
7- Membataskan kegiatan amalan hanya pada satu sisi agama sahaja..contoh:minat hanya pada tasawuf sahaja
8- Melupakan sunnatullah pada alam dan kehidupan
9- Tidak menjaga hak-hak badan
10- Tiada persiapan untuk menghadapi rintangan
11- Bersahabat dengan orang yang mempunyai cita-cita yang rendah untuk menegakkan Islam
12- Tidak sistematik dalam urusan yang dilakukan (tiada perancangan)
13- Terjatuh dalam lembah maksiat,tidak sensitif dengan dosa-dosa kecil
wallahua'lam. moga Allah pelihara kita dari penyakit berjangkit ini.

View more

betul ke qasidah ya thoyba tu orang2 syiah punya qasidah?

qasidah ya thoyba tu bukan syiah punya pun sebenarnya. kamu cari maksud qasidah tu, takde sikit pun sentuh bab mengkafirkan sahabat gitu. cumanya, ada seorang penyanyi ni, dia nyanyikan ya taybah dan videonya ada di youtube. dia bawa ya thayba. tapi cuma dinyanyikan bait yang berkenaan saidina ali, saydina hassan dan hussin sahaja.
yang tu yang orang kata cenderung ke syiah. dan penyanyi tu pun dikatakan terpengaruh dengan fahaman syiah.
ala kulli hal, qasidah ya thayba tu bukan qasidah syiah. Ya thayba tu sendiri merujuk kepada bumi Madinatun nabi S.A.W
wallahua'lam

Ada kan dye rambut yang halal? Cuma cam pelik je huhu

tak tahu. dye rambut yang tak waterproof tu eh? entahlah. dunia ni suka nak memudah-mudahkan sesuatu. kan dah smart rambut hitam. buat apa nak dye lagi. orang asia je kot hitam. orang inggeris ada yang dye hitam sebab nak jadi macam kita, tiba kita sibuk nak tukar warna rambut macam diorang. hai dunia..

Kalau kita dye rambut tapi tak kena kat atas rambut pun, maksud saya hanya mewarnakan dibawah saja. Sah ke wudhu tu?

hukum wudhu' dia sah je. sebab wudhu' untuk kepala tu مسح dalam mazhab Syafi'e. maksudnya sapu. jadi sah lah. tapi kalau mandi wajib, غسل iaitu ratakan air, jadi tak sah. tu hukum fiqh dia.
adapun dye rambut tu berdosa sebab ubah ciptaan Allah. yang itu hukum sudut lain pula. wallahua'lam

Kau ni alim ke? Perempuan muslimah xboleh pakai jeans? Helo? Adw yg Xketat sgt. Xkan nk jadi kuno mcm org dulu2. Cam pocong. At least ada tggapan kat org bkn islam yg islam xselekeh dlm fesyen.ikut zaman. Tp aku xckp islam ikut zaman. Namun zaman ikut islam. Tp jgn sempit sgt minda tu.

wallahi. saya bukan orang alim kalau yang kamu maksudkan alim tu dengan maksud ilmu banyak. tapi jika kamu maksudkan alim itu dengan maksud berhati-hati, maka saya berharap agar saya menjadi salah seorang daripada mereka yang berhati-hati.
antara sebab saya kurang gemar ask ni adalah orang boleh like mana yang dia suka dan like tu akan keluar ke feed orang lain. bila keluar ke feed orang lain, kadang benda tu kita tulis dalam bentuk gurau, maka orang yang tak faham akan baca sebagai mengarut atau menyindir.
kadang kita tulis dah yang panjang dan kemudian ada soalan susulan yang kita jawab dalam bentuk huraian pada yang panjang tu, tapi yang panjang tu tidak dibaca dan akhirnya yang pendek tu dituduh macam-macam.
seingat saya lah... hmm.. saya tak pernah kata perempuan tak boleh pakai jeans. yang saya ingat saya pernah kata yang perempuan lebih elok pakai kain. kerana kain itu pakaian yang lebih menampakkan keperempuanannya. dan betul tu. Islam tak pernah larang fashion. dan Islam tak pernah sekat untuk adakan pembaharuan dalam fashion.
cuma yang Islam ingatkan jangan bertuhankan fashion. jangan berkiblatkan fashionnya orang jahiliyyah. jangan berhias yang melampau semacam orang jahiliyyah. yang itu. hatta Rasulullah sendiri orang yang berfashion di zamannya. Buktinya Rasulullah S.A.W. sendiri sikat rambut. bahkan menjadi sunnah kalau kita musafir bawa sikat bersama. Betapa Rasulullah juga meraikan fashion orang arab yang juga menyikat rambut pada zaman baginda.
Saya setuju kamu kata ikut zaman. Maka tu sebab kita raikan akhawat bila mereka nak pakai skirt. silakan. nak pakai blause ke apa ke, silakan. bahkan ada gaya tudung sendiri sebab nak raikan scarf, pashmina dan lain-lain yang jadi trend zaman sekarang. takde masalah. silakan. selagi mana kamu jaga syariat maka takde masalah.
tetapi bila balik pada keperluan diri, para akhawat kena tahu mereka tidak sepatutnya berhias berlebihan melainkan untuk para suami mereka. simpan untuk suami mereka. jadi simpan kecantikan anda untuk suami anda. itu yang nak dinasihatkan. nak pakai jeans skinny ke cut ke apa, pakailah, tapi depan suami, dan takde orang lain bersama. maka khalas. boleh sahaja.
adapun muslimat yang berhati-hati dalam pemakaian, maka ni lagi terbaik~
dan mudah-mudahan kamu dan saya Allah hindarkan dari fitnah dan Allah bantu dalam menampakkan Islam the best solution pada orang lain.
saya minta maaf kalau saya buat kamu keliru gitu. maaf jika tulisan saya menjadikan kamu kecil hati atau apa-apa yang lain. saya berharap Allah ampunkan saya.
dan saya sahut seruan kamu untuk jangan sempitkan fikiran. saya sokong. jangan sempitkan fikiran kerana Islam itu jauh lebih luas daripada apa yang kita fikirkan.
dan last, maaf panjang dan tolong baca apa saya tulis dengan nada relax sebab saya memang relax dan tak marah sikitpun. terima kasih :)

View more

Kau sapa nak juz niqabis upload gambar? Kau tuhan ke yg pegang hati mrka? Jgn sempit sgt minda tu

ahha. kenapa kau terasa aku offend kau ke. aku dah kata kan aku takde apa-apa masalah pun dengan niqabis. bahkan aku respect lagi diorang sebab diorang mampu istiqamah dengan segala macam ujian diorang tempuhi. Aku sendiri masih struggle nak istiqamah kopiah gitu. jadi aku tahu susah dia macam mana.
dan aku dapat rasa yang tulis ni bukan niqabis pun kan? aku takde kata niqabis takleh upload gambar pun rasanya. apa yang aku cakap lebih kepada kalau niqabis nak selfie pastu share sesama dia, takde masalah. tapi elakkanlah share public gambar tu. ok.
terima kasih tegur. maaf kalau aku ada offend sesiapa. takde sikit pun niat aku nak offend mana-mana orang. teruskan istiqamah pakai niqab dari duduk gaduh pasal benda-benda macam ni. wallahua'lam

Next

Language: English