@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

boleh ke, kalau dengan orang yang kita suka je kita jaga ikhtilat, orang yang kita tak suka, kita watlek watpis je bab ikhtilat?

watlek watpis? haha.
ikhtilat ni menjaga bukannya menyeksa, jauh lagi menghalang.
pendapat peribadi ana sendiri,
tak perlu kot memilih dalam berikhtilat.
sebab ni yg ana fikir,
kita bukan boleh jangka taraf mana ajnabi kita punya nafsu.
kadang muka baik, dalaman siapa tahu kan.
kita jaga je. jangan galak sgt. jangan syadid sgt. just nice untuk jauhkan dari fitnah dan dosa.
wallahua'lam

Related users

syeikh, ana minta enta tolong nasihatkn page KHK kat fb. page yg sebarkan aib org,even though at the first place org tu yg post pkara aib mereka di FB. lebih memalukan pd ana, page ni kata sbg tujuan dakwah supaya org len tak ikut, ana rasa jika nabi ada, nabi pun akn melarang prbuatan ini. bukan ke

page KHK ni page apa ya? link?

Akhi dh brpunya ? Mksudnya seorang wanita di haty ? Ke tgh mnunggu seseorg ?

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين
Normal lah Allah ciptakan manusia dgn cenderung pada perempuan dan lelaki.
Serahkan semua pada Allah. dia pemilik semua hambaNya. tiada daya upaya melainkan dgn daya upayaNya.
Buat masa ni takde lagi masa untuk fikir hal-hal mcm tu. perjuangan dakwah dan tarbiyyah ni masih jauh dan perlukan banyak lagi pengorbanan.
Allahu mustaan

Sudah terang lgi bersuluh dlm Quran mnyatakan arak itu haram dan tidak dinyatakan tntang dadah. Tetapi para ulama' tlh mengqiyaskn dadah dgn arak which mean both are haram. Tpi kenapa arak dijadikan antara sumber utama ekonomi negara manakala dadah pula merupakan musuh utama negara ? Jelaskan :)

jangan tanya ana, tanya yg duduk di Putrajaya tu.

adakah meminati korea-pop itu suatu maksiat ?

Hati itu ibarat bekas kaca yang jernih warnanya.
Tatkala mereka mengisi serbuk emas di dalamnya, maka berkilau dan cantiklah bekas kaca itu.
Tetapi tatkala bekas itu diisi dengan serbuk arang kayu maka hitamlah bekas itu, bahkan lebih teruk lagi masih ada kesan abu walaupun abu itu sudah dibuangkan.
lalu apabila abu dicampur dgn serbuk emas tadi, maka tiadalah lagi sinar emas dan zahirlah hitam abu. walaupun abu itu cuma sedikit.
itulah hati. dan fahamilah bahawa mencintai dunia itu menggelapkan hati.

kalau kita cemburu (sampai menangis tiap kali teringat) dgn kawan kita or dgn sesapa yg dpt apa yg kita naaaaaak sangat dari dulu mcm dpt sekolah hebat2 mcm kisas... tapi kita sedar kita tak layak pun utk benda tu. adakah itu tanda kita tak redha, atau mcm mana? how to deal with this? serius, perit.

lapang dada lahh. tak semua yg kita rasa baik tu baik untuk kita. dan tak semua yg kita pandang buruk tu tak baik untuk kita.
Perancangan Allah kan yg terbaik.
Liked by: Fatihah Sahlan OPI

akhi, students yang kena hantar pegi mesir tu under apa erk? kekadang ada yg berumur 14, 15 - 18..

tak tahu. kalau yg 18 under KPM lah kot. kalau tak duit seniri la tu.

Tumpang lalu tumpang lalu . Nak tanye , kawan saye punye kawasan takde air . Air masak die pon dah habeh . Mak die takde kat rumah . Skarang ni die tinggal berdue je dengan adik die so kalau nak pepusing cari air tu susah ahh . Boleh tak die nak tayamum ?

kena tanya jiran-jiran dia ada air je takde. kalau diorang ada. kena amik skit air diorang.

Syukran ats penjelasan tntg bid'ah.Bagaimana pula dgn Malam Cinta Rasul?Ya mmg benar b'selawat ke ats baginda itu amt baik&dituntut islam,tp bknkah sunnah t'bsr Rasulullah itu da'wah?Bukan sekadar berjamjam berselawat sahaja?Sdgkn realiti Malaysia kini masyarakat x m'amalkan islam dgn sempurna?

afwan. satu benda yg patut kita semua hindarkan adalah membandingkan perkara baik dgn perkara yg baik.
antara sunnah dgn sunnah. dua dua baik. jadi tak perlu timbul isu mana lagi aula. dan dalam majlis selawat dan cinta rasul juga ada tausiyyah dan itulah pelengkapnya. ia juga dakwah.
jadi jika kita menilai satu hal, adalah lebih baik kita berlaku adil dgn bersama dlm majlis tsebut hingga habis. kemudian baru kita nilai dan barulah adil penilaian kita.
prinsip ana orang buat baik jangan persoal dan jangan halang, yg perlu kita halang orang buat kemungkaran.
wallahua'lam.
alaihi mustaan

Oh kk. Faham. Jadi antara twitter dan insta, twitter lebih kurg membawa ruang kpd dosa besar ke?

bagi ana mcm tu lah kot

Burdah/Qasidah tu bukan kira bid'ah ke? Sebab macam tak ada je dalil atau hadith pasal tu. Ke ada?

naam. memang qasidah dan burdah itu bidaah. tapi ia dari cabangnya bidaah hasanah atau bidaah yg baik.
mengatakan qasidah dan burdah tu tiada dalil tu bagi ana kurang tepat sebab kalau kita kaji sirah dan teliti hadis-hadis nabi, ada dalil berkaitan qasidah dan burdah walaupun dalilnya tak membawa maksud yg terus pada majlis maulid atau qasidah pada hari ini.
ini boleh kamu cari, hatta ada hadis sahih yg direkodkan Imam Tarmizi rhm. ttg terdapat seorang sahabat yg mana menjadi pembaca syair yg memuji nabi di dalam majlis nabi bahkan sehingga dia disediakan tempat khas untuk beliau bersyair dan banyak lagi dalil dalil lain.
jadi untuk orang awam mcm kita, takde masalah jika kita mahu berqasidah mahupun berburdah kerana ia tidak bercanggah dgn syariat nabi dan bukan dari bidaah yg tercela atau dholalah.
tetapi perlu untuk kita sama-sama ingat agar tidak berlebihan sehingga terjerat dgn perangkap syaitan dan menjadi fitnah pada agama kita.
sama-sama kita cinta nabi S.A.W!
صلوا على النبي!

View more

Next

Language: English