@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Waktu Isyak kan panjang. Then blh tk kita solat Isyak tu kul 12 mlm ? Kita tangguhkn solat kita

Ada perbahasan dalam bab ni . dibolehkan tangguhkan solat isyak untuk tunaikan solat tu waktu akhir malam jika yakin boleh bangun waktu tu . tapi jika mmg tahu tak boleh , lebih baik segerakan solat tu .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Am. echoes

cara untuk berkata yang baik2 camne?

Berfikir sebelum berkata , adakah kata-kata aku ini akan beri manfaat atau sekadar mudharat pada aku . Jika manfaat , teruskan . jika mudharat , lebih baik berdiam .
Liked by: anis sinner echoes

beritau sikit, mengenai azabnya. oh, okay. camne awak dpt solat 5 waktu ye?

Letak Allah di hadapan . dalam semua benda . kalau kita zaman ni boleh lekehkan solat , jauhnya kita dgn zaman nabi . Satu hadis yg berhenti pada sahabat , Saidina Anas Bin Malik r.a. , sewaktu zaman beliau sudah lebih kurang 10 tahun kewafatan nabi , Beliau berkata , mafhumnya : "perkara yang kamu pandang kecil pada zaman ini adalah suatu dosa yang besar pada zaman Rasulullah" .
yang dimaksudkan Saidina Anas r.a. adalah perkara yang masyarakat 10 tahun lepas wafat nabi seperti solat berjemaah yang zaman itu dipandang sebelah mata , "tak jemaah pun takpe" tapi di zaman Rasulullah ianya adalah satu dosa besar bagi para sahabat .
itu 10 tahun selepas Rasulullah wafat .
kalau kita 1400 tahun selepas Rasulullah wafat ? macam ni lah , solat berjemaah tu masakan orang sekadar pandang sebelah mata bahkan orang tak solat pun rasa tak bersalah . Allah Allah .
sembang nak masuk syurga , sikit pun tak sama macam orang nak masuk syurga . sahabat lumba-lumba buat amal kebaikan kita lumba-lumba buat kemungkaran .
semua berpunca dari masalah Iman .
Iman terlalu nipis . Allah .

View more

Related users

maksud ente? ohh. ertintya akhi juge tak solat 5waktu cemtula? bagitau jelah, apa azabnya?

bukan macam tu . maksudnya , ana sendiri pun punyai masalah dalam istiqamah beramal pada Allah . terkadang solat tu rasa khusyuknya terkadang tidak . Allahu rabbi . terlalu banyak azabnya . takut .

bila enta sampai slgor? bukan program tu smpi 9 mey ke?

Syeikh turun sampai 9 Mei . daurah di Darul Hadis smpai 3 Mei je .
Liked by: Haura'

Akhi, snaraikn kt ask prtuturan harian dlm bhs arab... ana nk bljr lah ckp bhs arab dgn lbih mndlam..

senaraikan ?
apa kata pergi belajar :)
ana tak pandai senarai-senarai ni.
kalau yang kamu nak belajar ni nahu dan saraf yang basic boleh ngaji matan jurumiyyah
Liked by: Haura'

takde ayat lain ? itu je ke? aaa? okayla

apa ? pasal solat tu ke .
tak sanggup nak bagi ttg azabnya , sbb diri sendiri pun masih meniti perlahan dalam ibadah ni .
Liked by: Haura'

la ni enta dekat darul hadis lagi ke?

ana join jaulah Syeikh Thoriq je haritu . sekarang dekat Selangor dah .

assalamualaik. ana dah betaubat, tp berat sngt nk solat.. walaupun ana bnyk ilmu & tau bab solat ni (mengkaji) nth, mngpa ana sukar skli nk solat 5 waktu.. kdg2 4 3 je. :"( masih dianggp islam ke tu?

wa'alaikumussalam .
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
"يايها الذين امنوا لم تقولوا ما لا تفعلون. كبر مقتا عند الله عن تقولوا ما لا تفعلون"
(As-Saff: 2-3)
ini yang ana boleh bagi . renungkan .

salah ke kita sebut Nauzubillah saja?, tak sebut sampai habis Nauzubillahi min zalik pun

Tak salah pun . yang teramat baik jika sebut penuh , naudzubillah min zaalik iaitu "kami berlindung dengan Allah dari perkara tersebut" . Adapun naudzubillah bermaksud "kami berlindung dengan Allah" tetapi tidak spesifik .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

assalamualaikum. boleh ke sekali kan puasa sunat (isnin dan khamis) dengan puasa ganti?

wa'alaikumussalam . selesaikan yang wajib dahulu . baru buat yang sunnat .

assalamualaikum akhi, akhi boleh tak recommend zikir harian dan bilangan afdhal bila berzikir untuk ana ?

wa'alaikumussalam .
Ittiba' (ikut) sunnah Rasulullah S.A.W. iaitu selepas solat , amalkan :
33x Tasbih (سبحان الله)
33x Tahmid (الحمدلله)
33x Takbir (الله اكبر)
1x Tahlil (لا اله الا الله)
Untuk permulaan , cuba amalkan Maksurat Sughra .
Kemudian lembutkan lidah dengan selawat . (اللهم صلى على سيدنا محمد واله وسلم) Selawatlah semampu yang boleh . boleh cuba 33x dulu . kemudian 100x , 200x , 300x smpai yg terbaik 1000x .
Insha Allah . yang penting niat dan istiqamahnya :)

Next

Language: English