@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Apa konsep man jadda wa jada mnurut pndgn ulama'..anta ade mimpi dpt mumtaz x dlm stam?

ini soalan paling win. Mana lah layak nak mimpi mumtaz bentuk-bentuk ru'yah solehah ni.

أتمنّى أن أواصل دراستي في تريم ولكن أعرف أنني بعيدة جدًا من الأخلاق الممتازة وما إلى ذلك. ودائما قالت صاحبتي لي"أخلاق أهل تريم ليس كذا/ليس كمثلك" . هل هذا يدلّ أنا لم أتحقق بالذهاب وطلب العلم هناك؟ :( والله، مزّقت قلبي وتأثّرت كثيرًا.. من فضلك يا أخي، أريد كلمات التشجيعيّة منك. شكرا وجزاك الله خير

ما شاء الله. هذا لامال جيدة في نفسك. وفي الحقيقة علينا أن نفهم فهما صحيحا. والله , اخلاق أهل تاريم جميلة عظيمة. لأن هذه البلدة هي بلدة ألف أولياء. هم الأولياء يعملون بالسلوك والاداب ليس كمثلنا.
لان هذه الحقيقة, من الذي يشاء الله ان يذهب إلى هذه بلدة فلا بدا ان يزكي نفسه من الاثام والظنون السوء.
في رأي , إذا تريد ان تدرس هنا, اذهب إلى رباط أو مدرسة وادرس هذان من الامور حتى تطلع في نفسك صفة الصديق.
فبعد هذا فقط, ستدرس إلى هذه الولاية العظيمة. ادعوني ان يجعل كذا. شكرا.

Related users

Apa beza Ketua Umum dengan Ketua Pelajar?

Ketua umum ni ketua semua ketua pelajar kat kisas. Pengawas kat kisas dipanggil ketua pelajar..

mmg . tapi macam mana pula dgn baca almulk sebelum tidur . kahfi on friday . jadi , baca yassin bila . mcm tu lah

dua yang kamu sebut tu memang ada hadisnya yang khususkan baca dia. Adapun kalau tak sebut, maka bila-bila pun boleh.

Pakai cincin tu sunnah kn? Tak kira lah cincin ada permata ka takdak permata ka. Kan?

ya. Adapun yang dipanggil khatam itu cincin yang ada batu. Tapi takde batu pun masih cincin juga. Wallahua'lam

hebatnyaa akh.. ana cukup2 makan je 5m 5jj.. alhamdulillah dpt jugak merasa pangkat mumtaz :)

alhamdulillah.. Masyi lah tu dapat mumtaz. Bukan senang nak mumtaz kan. Mubarak!
Liked by: Human. heartofsriss

Oh yaa? Jadi sementara keluar result Stam tu akhi kerja ke? Calon Stam Kisas tahun lepas berapa orang? Mesti ramai jugak kan Mumtaz tu (?)

Ada 15 orang. Mumtaz 6 orang alhamdulillah. 3 dari mereka sofi
Liked by: masyitahmawaddah98

Ana alhamdulillah boleh laa. Tapi takde laa banyak mumtaz macam akhi sampai 9. Kalau ana sangkut sikit kat madah hadis-mustholah. kalau tak boleh next level kot (?) Eh tapi dah redha ni (?) So akhi kat Mesir nanti nak amik kos apa?

Mubarak. Hebat dah tu. Hadis banyak kbat jadi susah sikit. Mesir nanti jika ada rezeki nak sambung usuluddin
Liked by: Mark Deen Fina FFHZLN

mabruk alaik akhi . doakan ana ambik stam tahun ni . akhi blaja dua tahun ke untuk stam ? ke setahun je ?

Jazakumullahu khair. Stam kisas setahun setengah sebenarnya, setengah tahun yang lebih tu bukan belajar pun. Jadi kira setahun juga. Sama sahaja.. عليك النجاح امين

Oh nahu sorf. Ya ya. Akhi ada bagitahu hari tu. Ana alhamdulillah nahu sorf (?) 😌 tapi tauhid-mantiq tu ramai kenalan ana yang sangkut kat madah tu. Lagi satu je kan nak mumtaz sufi. Takpe akhi dah usaha yang terbaik 💪 so nanti fly Mesir ke?

alhamdulillah. Insha Allah ke mesir nanti.. Yang bertanya ni result macam mana?

Akhiii maill. Haha. Ana yang pernah ask dulu pasal Stam. So how you Stam's result? Tahu dapat Mumtaz kan? Dah stalk tadi 😂 eh akhi apa yang jj tu? Mesti tauhid-mantiq kan (?) 😏

alhamdulillah. Result tu sedih sikit, tapi tu yang dah diusahakan. Dapat 9 mumtaz, satu jayyid jiddan. Takdelah. Tauhid mantiq alhamdulillah mumtaz. Ana tersangkut di nahu sorf. Memang lemah nahu sikit.

macam mana nak berjaya dalam spm tp pada masa yg sama nak seimbangkan hubungan dengan Allah sekali? nak berjaya macam nta. hmmm agama kukuh pandai pulak tu.

Err.. Ana Stam bukan Spm. Spm dulu banyak main je. Maklumlah takde matlamat hidup yang clear lagi. Jadi tak matang sikit.
Pada ana lah, bukan style belajar ataupun belajar tu yang ukur kejayaan kita, tapi barakah yang diperolehi dari adab dan khidmat, yang tulah yang sungguh buat orang tu berjaya.
Kalau kamu tahu, yang mumtaz sofi di kalangan kami masing-masing ada style belajar sendiri. Bahkan ada yang nampak cam tak belajar pun. Ada yang melukis je kerjanya. Ada pulak yang sibuk dengan pimpinan je kerjanya. Tak kurang gak yang malam exam sentuh buku je, lepastu tidur, then exam esoknya mumtaz!
Nak kata style belajar ataupun belajar hakikatnya bukan faktor sebenar yang buat orang tu berjaya. Tapi bukan maknanya abaikan belajar cuma ada yang lagi utama dari itu bila kita menuntut ilmu.
Pada ana lah, kami lebih usaha untuk mendapat keberkatan dari usaha untk berjaya. Boleh kira masa kami study sungguh-sungguh banding masa kami tolong dan khidmat dengan orang lain.
Bukan nak riya' tapi insha Allah kalau tanya guru-guru, pekerja, orang dm, guard semua rasanya kenal dan pernah rasa khidmat kami. Sebab kami yakin tolong orang, menggembirakan orang.. Dan bila tolong orang pada yang baik, maka umpamanya kami tolong agama Allah dalam bentuk menolong sesama muslim. Maka kami lebib yakin Allah akan tolong kami kemudian harinya. Mungkin pemahaman kami salah, tapi kami yakin sungguh dengan hal macam ni.
Dan adab jugak antara yang kami pandang. Sebab adab dengan guru yang merupakan sumber ilmu, kerana mereka boleh jadi asbab barakah dari Allah. Makanya kami cuba untuk jaga sungguh.
Elakkan tidur dalam kelas, beri salam walau jumpa di mana pun, cuba untuk respons setiap kali guru berikan ilmu, muliakan guru-guru, elakkan membelakangi guru, elakkan melunjur kaki, elakkan buat sesuatu yang guru tak suka dan paling penting, jangan mengumpat guru, walaupun kita benci mereka atau mereka offend kita atau mereka tak ajar kita.
Dalam masa yang sama hubungan dengan Allah memang jangan putus. Dhuha cuba jangan tinggal, awrad atau zikir harian jangan lupa, rawatib cuba buat. Tahajud jangan lupa, semua tu boleh jadi asbab bantuan Allah.
Teringat kalam KU kami, mumtaz sofi juga, bila orang tanya macam mana dia bahagikan masa, dia jawab: kena selalu baik sangka dengan Allah. Kalau Allah sibukkan kita dengan benda lain, maka yakinkan diri Allah akan bagi kita masa lain nanti untuk study dll. Yakinlah.
Wallahua'lam

View more

مبارك لك يا أخي الكريم. اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل

الله الله. جزاكم الله خيرا مثله. الله مستعان على كل أمورنا وجعلنا من العلماء العاملين ومن عباده الصالحين. آمين. شكراً

Next

Language: English