@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Macam mana kehidupan di Mesir ? Maksudnya suasana nak belajar , suasana yang semuanya gunakan bahasa arab sepenuhnya .

Sebenarnya bahasa arab yang digunakan oleh orang Mesir dari dialeg harian diorang lagi mudah daripada bahasa arab yang kita belajar di sekolah yang memerlukan nahu dan sorf. So, takde masalah pun belajar. Yang sukar dan perlukan disiplin tu belajar bahasa arab nahu dan sorf, wad'e dan isytiqaq, balaghah Maani, bayan dan badie. Itu yang perlukan fokus. Doakan saya dan sahabat-sahabat di sini.

salam. Nk tanye macam mne nk pupuk utk mnat membaca ? Lagi2 baca kitab arab.

Wa'alaikumussalam. Membaca memang tak dapat tidak kena ada minat. Nak pupuk tu, kamu kena kenal pasti dulu kamu minat genre buku yang macam mana, fiksyen atau non-fiksyen?
Selepas dah jumpa yang mana, kenal pasti pula buku yang macam mana yang kamu cenderung nak baca. Biasanya orang yang baru berjinak dengan membaca akan dapati baca buku cerita (novel, cerita pendek dll) sebagai bentuk bahan bacaan yang seronok dan santai.
Rajinkan diri dan disiplinkan diri. Membaca akan latih kamu berdisiplin. Cukup letakkan sehari kamu kena bahagikan berapa masa kamu untuk buku yang kamu nak baca tu. Kemudian cuba letakkan 15 minit membaca untuk permulaan. Kalau susah jadikan 5 minit masa untuk kamu membaca. Cukup 5 minit tutup buku. Nanti tiba-tiba rasa ada mood lagi, buka dan baca untuk 5 minit lagi. Dan seterusnya.
Untuk kitab Arab. Dia lagi mencabar sebab dia melibatkan bahasa lain (bukan bahasa kita) begitu jugak buku-buku bahasa inggeris.
Mencabar dari segi kamu nak memahamkan maksud penulis, dalam masa sama perkataan yang digunakan... Nak kena tahu maksud. Maka lagi mencabar dan meletihkan.
Kitab Arab pengalaman saya, satu muka surat kalau nak faham sungguh perlukan lebih dari 20 minit. Dan kitab Arab takkan lari dari nahu dan sorf. Kalau nahu sorf kamu masih rapuh, boleh sahaja kamu agak maksud penulis berdasarkan tekaan kamu tetapi belum menjamin maksud itu betul dan sahih sepertimana kehendak penulis.
Kitab Arab pada saya mencabar dan kamu kena banyak bersabar. Permulaan memang sangat memenatkan. Tapi percaya dan yakinlah, ianya akan membentuk malakah atau kemahiran. Bila kamu sudah ada kemahiran tu, kitab apa pun kamu boleh baca Insha Allah.
Cuma jika yang kamu baca itu kitab Turath atau klasik bahasa arab, kamu perlu lebih lagi dari nahu dan sorf... Kamu perlukan Mantiq, balaghah, usul fiqh, mustolah hadis dan beberapa ilmu alat lain yang akan bantu kamu untuk memahami kehendak penulis.
Wallahua'lam.

View more

#1 Ligamen kaki saya terkoyak sikit, dah 3minggu saya solat atas kerusi, tapi ni dah boleh luruskan kaki, saya cuba solat macam biasa. Sakit sikitlah masa duduk tahiyat dgn nak bangun dari sujud tu. Doktor kata elok luruskan kaki, tak byk bergerak etc. (Soalan bersambung)

....
Liked by: Adawiyah. Lichaaaaa

Related users

#2 jadinya utk solat fardhu, saya kena solat macam biasa atau boleh solat atas kerusi lagi sampai lutut saya dah betul2 sihat? 3 minggu dah solat tas kerusi, rindu nak solat macam biasa. Tapi kalau saya duduk bersila ke duduk tasyahud ke apa ke jadi cepat kebas cepat lenguh.

Masalah ini masalah yang masyhur dan kamu kena check sendiri ke diri kamu.
Ok begini, al-Imam al-Baijuri dalam Hasyiah Bajuri ala Fathul Qarib Syarh Ghoyah Wa Taqrib simpulkan masalah ini disisi mazhab syafie seperti berikut, (saya tak naqalkan nas penuh untuk ikhtisar tetapi saya ringkaskan maksud Imam Bajuri):
Jika seorang yang ditimpa musibah sehingga dia tidak mampu untuk berdiri dalam menunaikan solat, maka ianya berbalik pada dua perbahasan:
1) jika dia mampu berdiri
2) jika dia tidak mampu berdiri
Baik, jika kiranya dia mampu untuk berdiri dan berdirinya itu tidak mengganggu khusyuknya, maka waktu tu dia wajib solat dalam keadaan berdiri.
Jika dia mampu solat berdiri, tapi mengganggu khusyuk solatnya: maka boleh untuk dia tak berdiri, dan duduk dalam solat.
tapi kalau memang dia berdiri pun tak mampu dan kalau dia berdiri juga akan mendatangkan mudharat samada ganggu khusyuk solat atau sakit akan bertambah lagi, maka dia boleh solat duduk dari awal.
sebolehnya jika dia mampu berdiri untuk takbir, maka dia kena takbir berdiri, dan kemudian duduk.
jadi kamu ikut lah mana yang sesuai dengan kamu.
wallahua'lam

View more

Liked by: Adawiyah. Kaliph

Kalau hadits dhoif kan dibolehkan utk fadhail amal sahaja, tp byk ustaz mnceritakan ttg akhir zaman mggunakan hadits dhoif. Boleh ke kita menyebarkan dan mempercayai hadits2 dhoif ttg akhir zaman?

Sebenarnya bukan sekadar fadhilat amal sahaja yang dibolehkan dalam penggunaan hadis dhaif, bahkan lebih luas dari itu kalau kamu dalami lagi ilmu mustolah hadis atau ulum hadis ini.
Contohnya dalam bab manaqib boleh menggunakan hadis dhaif begitu juga dalam bab sirah sebagaimana yang disebut oleh al-Imam Sayuti dan ulama hadis yang lainnya.
Dakwaan sirah perlukan hadis-hadis sahih dan hasan semata-mata hanyalah menyempitkan ruang faedah yang boleh diperoleh oleh muslim.
Insha Allah, percayalah pada para asatizah kita kerana sesungguhnya mereka lebih tahu dan arif dalam mustolah hadis berbanding kita. Wallahua'lam.

Assalaamualayk. Saya confuse psl hadith dhaif. Ape beza hukum penggunaan hadith dhaif ringan dan berat? Kalau ada ustaz mnyampaikan suatu hadith dhoif , mcm mana nk thu hadits tu dhoif ringan ke berat?

Wa'alaikumussalam. Dhaif ringan (dhoif Yasir) dan dhoif berat (dhoif jiddan) ni hanya boleh diketahui oleh para mutakhassis (pengkhusus) bidang hadis. Perawi yang dhoif Yasir biasanya yang lemah ingatannya dengan lemah yang sedikit atau kata para masyaikh, jika didatangkan 10 hadis, maka kemungkinan salah dia dalam 2 ke 3 hadis.
Adapun jika 4 dan ke atas hadis dari sepuluh hadis itu maka dipanggil dhoif Kathir. Dan masih boleh diangkat taraf dia dengan syarat-syarat tertentu.
Kita letakkan keyakinan kita pada ustaz-ustaz kerana mereka lebih tahu dan ahli tentang hadis berbanding kita. Insha Allah, hadis dhaif boleh diamalkan dengan syarat-syaratnya.
Wallahua'lam.
Liked by: IzzMis

Apa perkara pertama yg dilakukan rasulullah stlh berhijrah ke madinah?

Menyatukan muhajirin dan Ansar.

Blh ke ganti puasa combine skali dgn puasa sunat 6? Bg pmpuan la..ke kena ganti dulu bru blh puasa sunat? Atau blh puasa sunat 6 n then ganti puasa blh kmudian

Ada beberapa pandangan di sisi ulama. Ada yang kata lebih baik asing dan ada yang kata gabung boleh. Kalau tak keberatan nak asing, asingkan lah. Kalau susah nak puasa, maka gabungkan lah. Wallahua'lam

Salam , boleh bagi hadis mutawatir pasal munakahat tak? Nak 5 hehe

Wa'alaikumussalam. Tu ada lima. Alhamdulillah. Ini adalah daripada kitab الأزهار المتناثرة في الأحاديث المتواترة karangan al-Imam Abdullah Siddiq al-Ghumari رحمه الله cetakan 1986 terbitan Dar Taalif.

Nabi Khidir A.S masih hidup ataupun telah wafat? Para asatizah mengatakan masih hidup tp ada yg mengatakan telah pun wafat

Nabi Khidir atau disebut dengan Khadr oleh para guru kami, alaihissalam. Perbahasan tentang beliau masih hidup atau sudah wafat itu punyai khilaf di kalangan ulama. Dan keduanya punyai hujah, samada mengatakan beliau sudah wafat atau masih hidup. Wallahua'lam.
Liked by: Rafar

Kalau kita masuk masjid pada waktu yang diharamkan solat sunat, perlu ke kita buat solat sunat tahiyyatul masjid?

Solat sunat Tahiyatul masjid hukumnya adalah sunat dan dituntut. Adapun pada waktu haram solat, maka tiada masalah solat sunat Tahiyatul masjid. Wallahua'lam.

Kalau inai rambut ?

Silakan. Tapi pelik lah, kalau rambut diwarnakan sebab nak tayang ke ajnabi, kalau inai, nak tayang ke siapa ?
Liked by: Rafar

Kalau cara semulajadi tu, produk pemutih kulit bukan semulajadi, so tak boleh? Tapi kalau jumpa cara semulajadi yg tak membahayakan boleh la eh. Tapi kalau mcm letak inai kat rambut (semulajadi) tu pun boleh ye?

Produk kulit adalah tindak balas semula jadi. Sebab kita boleh tengok, orang yang pakai produk-produk ini, bukan pasti jadi putih kulitnya. Ia lebih pada bentuk semulajadi dengan bantuan kimia.
Adapun yang putihkan kulit dengan pembedahan plastik contohnya, maka ini terang-terang mengubah ciptaan Allah.
Adapun inai, takde masalah. Bahkan para ulama kita mengajarkan juga untuk menyapukan inai pada uban. Wallahua'lam.

Tapi kalau putihkan kulit bukan ke mcm mengubah sunnatullah juga? Kenapa ianya boleh dan warnakan rambut tak boleh

Putihkan kulit bukan dengan buat pembedahan (maafkan saya kalau saya silap dalam faham soalan. Jawapan ini dari apa yang saya faham), iaitu dengan cara semula jadi, takde masalah. Adapun yang dimaksudkan haram adalah yang bertentangan dengan sunnatullah iaitu aturan ciptaan Allah.
Adapun warna rambut, itu berlawan dengan sunnatullah (aturan ciptaan Allah) yang mana rambut manusia itu hitam kebiasaannya, dan ada pula yang semula jadi coklat dan lain-lain.
Wallahua'lam. Mudahan jelas.
Liked by: Rafar ñůŘűŁ☆

Saya baca answer kat bawah ni, kalau ambil benda utk meninggikan badan tak kira mengubah ciptaan Allah. Nak putihkan kulit pun mcm takde masalah berdasarkan answer kat bwh2 juga. Jadi, pakai braces pun boleh? Apa maksud mengubah ciptaan Allah kalau mcm tu ye. Jzkk

Ya braces boleh pakai takde masalah.
Mengubah ciptaan Allah yang dilarang ini macam perbuatan setengah manusia yang mencukur bulu alis, yang menyambung rambut, yang mewarna rambut dan lain-lain.
Adapun yang tidak mengubah ciptaan Allah iaitu mengubah sunnatullah, maka takde masalah.
Tetapi kalau boleh sampai mendatangkan mudhorat, maka haram kerana ianya boleh memudhoratkan manusia sedangkan Islam sangat menjaga penganutnya.
Wallahua'lam.
Liked by: Rafar ñůŘűŁ☆

Saya pernah tap orang nak solat jemaah sekali. Dia sorang masatu. Lepastu dia punya rakaat kemain laju lagi. Mcm taknak bg saya ikut. Saya pelik but teruslah ikut jd makmum. Last2 bila habis, dia cakap dia taknak solat jemaah actually. Pelik kan. Tapi, agaknya pahala berjemaah ada tak utk makmum(me)

Imam tak wajib niat imam, tapi makmum yang nak jadikan solat dia berjemaah, kena niat makmum.
Jadi takde masalah kalau kita faham hal ni. Biarlah imam tu, dia rugi sebab tak mahu jadi imam, dan tak mahu pahala berjemaah.
Tapi kamu, kamu untung sebab kamu berjemaah, selagi mana kamu berniat untuk jemaah.
Wallahua'lam.

Kenapa nak segan? Enta mmg mcm belajar di al azhar pd pndgn ana

Allahumma amin. Mudahan apa yang kamu lihat sama dengan yang realiti. Doakan kami.
Liked by: ñůŘűŁ☆

Assalamualaikum , ana nak tanya , apabila sudah masok waktu azan , adakah lebih aula jika kita teruskan pembelajaran (ana belajar sekolah agama) atau berhenti belajar dan solat ?

Wa'alaikumussalam. Ini yang saya faham daripada para guru saya bahawa jika kelas sedang berjalan, maka elok sekiranya diteruskan majlis sehingga tamat, atau setidaknya sehingga guru memberhentikan kelas untuk solat. Adapun jika sebelum waktu solat, maka seeloknya didirikan solat dahulu sebelum kelas. Itupun jika dengan persetujuan guru dan penuh dengan adab dan hormat pada guru.
Wallahua'lam.
Liked by: عين ñůŘűŁ☆

Kalo imam dh bgi salam yg pertama pastu makmum baru masuk join sekali, dikira tak pahala jemaah tu ?

Tak

Kalau perempuan pakai lipstick tak keterlaluan boleh ke? Lipstick je takde eyeliner atau foundation muka semua tu

Semuanya boleh kalau untuk suami kamu. Adapun untuk berada diluar, semua ini perlu dijaga. Cukuplah sedikit sekadar menjadikan muka segar dan bukan untuk ditunjuk-tunjuk terutamanya kepada lelaki dan mahram. Wallahua'lam.

Next

Language: English