@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Awk tanak masuk DQ?

DQ tu cita-cita drpd darjah 5 lagi nak masuk .
tapi smpai Kisas , dia berubah sikit la
hati saya terjatuh pada sesuatu la :)

Can you give an advise about " What makes you cry? " . I kinda like the way you give an idea on about something. thank you :)

Rasulullah can make you cry .
try it .
try read and learn The Syamail Muhammadiyyah book .
youll know , the beauty of the body of Sayyiduna Muhammad S.A.W :')

Related users

Salah tak kalau seorang perempuan letak gmbar dia yg berpurdah dkat laman sosial padalah dkat luar tak pon ?

silakan kalau niat memang nak pakai
tapi jangan sebab nak tunjuk baik dan lain-lain
bila kita berpurdah , walaupun cuma gambar ,
ianya menjadikan diri kita dinilai orang
kalau kita kat luar tak pakai purdah , tpi dalam sosial pakai
then akhlak kita pun teruk ,
kita jadi fitnah pada Islam
lebih baik jangan .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Q aniyo Ibadurrahman

akhi apa beza assalamualaikum dgn salam alaykum? apa beza waalaikumusalam dgn alaykumsalam? syukran..

sama sahaja maksudnya , ejaan sahaja berbeza
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: izzahzzaty Puteri

What is the funniest GIF ever?

lama dah tak tengok gambar GIF ni hmm
teringat GIF gambar kami sama-sama kat belog :D

sampaikan salam kat Nusair. dari kawan Smk BBB (kem kkq 2013). trimas

Nusair TKU ya ? insha Allah kalau saya ke Kisas nanti ya :)

kenape susah nak istiqamah di rumah? ....

sama la kita anon T_T
masalah paling besar yg buat rambut nabi beruban juga adalah perihal istiqamah hmmm
ana cuba selamatkan diri dgn buat jadual dan mutabaah
mudah-mudahan diri terselamat , walaupun kadang-kadang tak berapa nak selamat hmmm
Liked by: Erynn Q

boleh terangkan cara sujud syukur? syukran

tak perlu takbir , niat nak sujud syukur
pastikan diri berwudhuk dan sujud .
pujian bagi Allah kerana kurniakan kita nikmat sekian-sekian
dan selesai , bangun duduk tahiyat dan bagi salam
insha Allah
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Q

boleh x add perempuan saje2 dalam fb?

pendapat peribadi ana takde masalah nak add perempuan .
perempuan yg kita add pun bukan ada gambar pun .
tapi nasihat la , jangan add perempuan sebab syahwat na ..
suka dia , add dia . jangan na .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Erynn Q

anta layan FIFA world cup tak ? XD

tak lah . ana suka tengok orang main bola . tapi nak keep on track tahu pasal bola semua , bagi ana tu cam bazir masa skit la hmm

tell me more about ayah chik in your dp . I don't even know him. :) thank you.

Ayah Chik is a nickname of our beloved murobbi , TG Haji Abdul Hadi Awang hfz.
he is the president of Parti Islam Se-Malaysia (Pas) and one of the most influence people in the world
TGHH is one of the important person in Al-Ikhwanul Muslimin .
this was proved when , almost Ikhwan's program international invited TGHH and he was the one which was invited to deliver the introduction speech .
even he is not really well-known in Malaysia ,
but he is a 'man' in the world actually .
but Malaysia seems to not taking him as an important person
but who ever knows him , he is lot more better than what you heard on newspapers , and media .
:)

bila org ckp ni.. ''jazaakumullahu khair'' .. ap nk jwb? T.T huhu

afwan boleh , la ba'sa boleh . alaika aidhon pun boleh

Ada sorang ustazah ni dkat skolah saya, tapi masalahnya dia suka ckp benda yg tak betul pada org ramai so dikira fitnah la kan, salah tak kita nak mengata balik dkat dia, sbb kwn saya ckp harap nama ja ustazah tapi perangai mcm apa lagi salah ke tak eh ? Tlg jelaskan ok Assalamualaikum.

salah .
kamu dah tahu dia fitnah , kamu kata balik belakang dia kamu dikira mengumpat pula ,
kan dah rugi tu .
kamu pernah dengar cerita Hassan Al-Basri rhm.
beliau beri hadiah pada org yg mengumpatnya
kenapa ? sebab alasan beliau , orang yang mengumpatnyaa transfer pahala pada dia percuma ,
maka sebab pahala yang ditransfer itu maka dia berterima kasih dengan beri hadiah .
ini akhlak salafussoleh :)
jom kita sama-sama contohi ya .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Aku dulu mmg pernah couple la pastu sjk sethn lps aku dah insaf aku taknak dah buat maksiat camtu dah.so boleh ke kalau org tnye kita pernah couple ke tak tpi kita nafikan ckp x pernah.tu kira menipu ke....sbb rase malu nk pusing blkg blik..

jangan jawab kalau orang tanya , tukar topik . tu lebih baik dari menipu .
cumanya , ana sarankan jujur je . tak de rugi pun kita jujur sebab kita yang dulu memang memalukan ,
siapa suruh kita begitu kan ?
jadi wat lek je :)
Liked by: aniyo robotsejati.

Kalau dulu kita jahil tentang satu perkara yg menyebabkan solat tidak sah, perlukah kita qadha solat itu semula? Contohnya selama ni sy tak tahu keluar air mani itu diwajibkan mandi wajib, jadi sy solat saja seperti biasa. Perlukah sy qadha semua solat sy semasa tempoh jahil itu? Bertahun..

ada ulama yang berpendapat , bertaubat sahaja bersungguh-sungguh dan berjanji takkan ulanginya lagi .
tetapi , ni pendapat peribadi ana ,
kamu boleh yakin ke taubat kamu diterima Allah ?
jadi kalau tak yakin , elok kamu qada' balik .
perlahan-perlahan .
memang banyak tapi , kita buat sikit-sikit pun baik dah ,
walaupun tampak mustahil , tapi insha Allah ,
biar buat sedikit-sedikit daripada tak buat langsung
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Ana seorang wanita. Semalam, dalam solat Isya' rakaat ketiga, ada rambut terkeluar. Dan ana dah cuba masukkan, ana ingat dah masuk dah, rupanya tak T^T Sampailah ana dah habis solat baru ana sedar rambut tu tak termasuk pun. Soalannya, sah ke tak solat ana? Perlu di qada' ?

maaf , tak sah .
sepatutnya kamu kena lebih berhati-hati .
qada' balik solat kamu .
eloknya ikat dulu rambut sebelum solat atau pakai serkup (betul ke ana sebut ni ? anak tudung tu la)
sama-sama dampingi ulama ,
wallahua'lam .
Liked by: aniyo unknown

Sekiranya kita mencuri dah telah meminta maaf dan meminta tuan itu menghalalkan harta curian itu, adakah kita masih wajib utk memulangkan harta curian itu? Walaupun org itu sudah menghalalkan?

pulangkan lebih baik .
melainkan memang dah tak boleh pulang .
itu tandanya kita berakhlak :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

salam.. bersiwak kan... perlu guna kayu sugi gak ke? klau tk guna leh tk dpt pahala 70 kali ganda..? sbb bersugi mksudnya gosok gigi lah gak kan..? maaf.. tolong terangkan

wa'alaikumussalam .
kata Habib Hasan Seggaf , berus gigi juga dikira bersiwak . jika ia diniatkan ikut sunnah maka dapat pahala sunnah . tapi tidak dapat pada pahala sempurna sunnah itu .
dibincangkan ulama , siwak itu tak mesti guna kayu sugi . boleh sahaja guna kain yang kasar , seperti syal (rida') atau lengan baju . tetapi yang terbaik adalah guna kayu tersebut .
asif ana lupa nama kayu tu , tapi maklum di Malaysia ia kayu sugi dan bersugi menggunakan kayu sugi banyak khasiatnya . dan ada cara pegang sugi dan cara bersugi , kamu boleh lihat dalam video ni :)
insha Allah ,
"Sekiranya tidak memberatkan ummatku , nescaya aku akan perintahkan mereka bersugi setiap kali sebelum solat" (Al-Hadis)
saja nak bagi seronok sikit kita bersiwak ,
nak cerita , cerita ni daripada guru kami , Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll hfz.
beliau jadi terpanggil untuk amalkan secara istiqamah siwak ni adalah sebab ada satu masa
waktu tu bulan Ramadhan dan solat terawih ,
disusun Allah secara kemasnya , Ustaz Muhadir solat di sebelah Al-Allamah Sayyidil Habib Umar Bin Hafidz .
nak kata hebatnya Habib Umar dalam amalkan sunnah , Ustaz Muhadir kata dia segan duduk sebelah Habib , sebab setiap kali Habib nak bangun untuk terawih 20 rakaat , maka dia akan bersiwak sebelum angkat takbir , sedang Ustaz Muhadir tertinggal siwaknya .
Allahu Akbar .
inilah ulama , jiwa mereka sentiasa cuba utk ikut setiap daripada sunnah Nabi kita S.A.W .
jadi , mari kita sama-sama bersiwak , insha Allah .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
http://www.youtube.com/watch?v=nlYX1Qy-JjoIsmailAlHafiz’s Video 108772107229 nlYX1Qy-JjoIsmailAlHafiz’s Video 108772107229 nlYX1Qy-Jjo

View more

IsmailAlHafiz’s Video 108772107229 nlYX1Qy-JjoIsmailAlHafiz’s Video 108772107229 nlYX1Qy-Jjo

dalam sujud ke brapakh kita boleh berdoa dalam solat fardhu??

sujud mana-mana pun boleh :)
sujud terakhir yang orang selalu buat ,
ibaratkan solat tu solat terakhir kita ,
jadi mestilah masa terakhir adalah masa yg paling kemuncak kan ?
macam tu lah rasionalnya .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

2 mnggu lgi Ismail..

apa yg dua minggu ...
tak perlu mak takut la syeikh ,
mati tu bila-bila hang tak nak takut lebih ke ?
baik takut mati dulu , sebab mati kalau habis , memang habis betul kita ...
tapi SPM habis , boleh lagi kita hidup , dengan izin-Nya :)
jom lebihkan takut mati , susah tapi cuba lah kan ;)

Next

Language: English