@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Kenapa 'daie' suka jadi private ? and semakin lama semakin mendedahkan diri depa ?

dua-dua soalan ni tak faham. maaf. apa yg dimaksudkan dengan private? dan apa pulak mendedahkan diri tu? cane tu?
Liked by: Daniel

Related users

Betul ke kalau kita buat dosa malaikat akan tunggu 6 jam dalam masa tu kalau kita istighfar, malaikat tak tulis la. Kalau kita buat baik malaikat terus catit. And kenapa 6 jam?

ada dalam hadis daripada beberapa riwayat juga. ada ulama yg nilai hadis ni hasan dan ada yg kata makna dia sahih. kenapa 6 jam, wallahua'lam. point dia bukan suruh kita lengah-lengah taubat sampai 5 jam 59 minit baru taubat, tapi nak kata betapa rahmatNya Allah pada makhluk dia :)

Siapakah ahli-ahli syurga yang boleh kita ambil iktibar sebagai idola dalam hidup kita ??

dua kali dah kamu tanya soalan ni kan?
ahli syurga ni semua masuk syurga ada sebab dan kelebihan masing-masing. bukan masuk suka-suka. jadi semua boleh kamu buat contoh.
kalau nak cari contoh org yg sangat sayang Rasulullah masuk syurga boleh cari contoh dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq atau Saidina Bilal Bin Rabbah r.hm
kalau cari contoh orang yg infaq seluruh harta dan jiwa mereka pada jalan Allah boleh tgok contoh dari Saidina Uthman Bin Affan Zunnurain
dan banyak lagi contoh.

assalamulaikum. apa pandangan dan hukum kpd seorang lelaki komen "comelnye! gugur iman saya" pada gambar seorang perempuan ?

wa'alaikumussalam. kesian dia iman dia gugur. silap-silap iman gugur tak boleh nak tanam balik dah -.-'
jika dia tak iktiqadkan dalam hati, tak apa lagi kot. tapi ketahuilah boleh bawa ke syirik guna perkataan-perkataan syubhah mcm tu.
wallahua'lam

assalamualaikum. Abg mail ada orang kata pakai rida' tu bukan sunnah. ia cuma adat pakaian orang arab. mohon penjelasan.

wa'alaikumussalam. akhir zaman ni memang pelik. yang sunnah dikata bukan sunnah, yang bidaah dia kata lebih baik kembali ikut sunnah. bila kita ikut sunnah dia kata itu adat, bukan sunnah. Allah Allah.
Ana bagi analogi mudah je, Jika rida' serban dll tu cuma pakaian kaum arab. kenapa Rasulullah diutuskan pada kaum arab? jika sekadar Rasulullah pakai sebab orang arab pakai, maka kenapa Rasulullah pakai jugak pakaian tu?
jawabnya Rasulullah pakai pakaian orang arab sebab pakaian tu mulia dan itulah pakaian sunnah. bukan kebetulan Rasulullah diutus di negara arab maka pakaian tu jadi pakaian Rasulullah. kalau kita kata begitu, apakah kita maksudkan kebetulan Allah utuskan Rasulullah pada kaum arab?
Tidak. semua sudah ada dalam taaluq ilmu pengetahuan Allah dan memang Allah nak muliakan orang arab daripada sehina-hina tamadun kepada kaum yang mulia dengan tujuan nak sedarkan kaum Bani Israel yang semulia-mulia kaum juga boleh jadi hina jika tidak beriman dengan Allah.
Allahu yuftah alaina

View more

pndpt nta tntg muslimat badar taon nie...

tak perlu pendapat ana pun.
mereka insha Allah kher sahaja.
cuma hubungan dengan Allah tu jangan lepas pandang,
dan ilmu jangan lupa untuk diburu dan ditambah setiap hari.
Kalau boleh jangan tidur selagi takde ilmu baru yang bermanfaat untuk diri dipelajari hari tu.

Peluang lebih banyak kepada sains tulen agama/agama ikhtisas ? Minta pandangan

peluang tu peluang kerja ke?
rezeki Allah dekat mana-mana pun ada dik. tak payah SPM pun ada je rezeki.
Ini yg dipanggil keberkatan hidup.
kadang rezeki tak banyak pun,
tapi cukup. cukup untuk hidup dan beribadah pada Allah.
jadi jangan takutlah nak pilih mana-mana pun,
Allah akan sentiasa bersama kita kalau kita nak bersama Allah.

knp ikhwah pun krg sesuai ?

sebab ikhwah kena tundukkan pandangan dan dalam instagram seolahnya tak mampu nak tunduk pandangan dengan fitnah-fitnah daripada para perempuan yg upload gambar mereka disitu.
kalau betul tunduk pandangan, tak buat account instagram atau paling rendah pun tak follow perempuan di insta.
inikan lagi akhawat...
Liked by: Fatihah Sahlan dîb

Ana pening nak ambil aliran sains tulen / agama ikhtisas. Boleh berikan pandangan ?

ambil agama ikhtisas kalau kat kisas ada SKK. iaitu Sijil Khas Kolej. Tapi kalau ambil sain tulen agama pun boleh je nak amik SKK tu. ana dulu sain tulen agama, last-last masuk bidang agama gak. nak kata sains tulen agama bukan takleh jadi aliran agama kat U nanti. ada kawan-kawan yg dah ke jordan ambil syariah, morocco ambil lughah semua aliran sains tulen agama jugak.
jadi kesimpulan dia, bergantung pada minat kamu.

Terima kasih atas huraian. Kenal ustazah fatimah syarha? Dia pun upload gambar kadang2 sorang2 pun ada. Dena bahrin ikon muslimah pun ada upload jugak. Dan yasmin mogahed pun. Jgn kata beza org dah kawin dgn belum kawin dedua muslimat gak?

sama-sama. kelakarlah. pada ana lah. biaq pi ah diorang. kita nak jadi solehah, model contoh kita bukan orang zaman ini. model kita adalah model yg Rasulullah sendiri didik dan bentuk. yg pastinya model tu sesuai sepanjang zaman sebab ia hasil didik tangan Rasulullah iaitu Ummahatul mukminin. Para isteri Rasulullah.
Mereka lah contoh terulung bagi para muslimah. yg ada zaman ini bukan tak boleh jadi contoh, cuma kadang mereka juga masih berjuang berubah meninggalkan jahiliyyah. kadang athar (kesan) jahiliyyah tu masih berbekas dan susah nak buang. jadi lebih utama kita ikut contoh dari ummahatul mukminin semacam mana kita pilih Rasulullah sebagai contoh hidup kita.
Cara dia mcm mana, kena banyak baca sirah. baca kitab-kitab yg cerita pasal mereka. wanita salafus soleh yg sangat hebat. sebaik-baik kurun. moga kita terdorong juga jadi solehah macam mereka.
gitu lah.

View more

Muslimat x blh upload gmbr ke kat social acc? Muslimat ni bukan muslimat kisas je yg sy maksudkan. Perempuan luar kisas pun muslimat. So sy nk jwpn utk muslimat umum bukan hanya di kisas. tErima kasih

panjang nak hurai benda ni. dan ana agak berbeza pendapat dgn aiman al-banna dalam hal ni.
pada ana muslimat boleh nak upload gambar, tapi upload simpan sendirilah. kalau muslimat nak bergambar pun cuba guna gambar yg jauh atau bukan gambar sorang-sorang dan pastikan diri terjaga dlm gambar tu. jangan smpai jadi fitnah.
kalau ikut pesan guru kami dan para habaib, elok muslimat bergambar dgn gambar yg kecil je. tak payah letak gambar muka sebesar-besarnya gitu.
bukan apa, muslimat ni زينة bagi lelaki. dia perhiasan yg sgt berharga makanya tak boleh mudah sgt dilihat-lihat. macam harta, kita simpan dalam peti harta sebab tak nak bagi org cemburu dan tak nak dicuri, maka muslimat lebih lagi perlu disimpannya dari harta kerana muslimat itu sebaik-baik perhiasan bagi seorang lelaki.
wallahua'lam

View more

kalau baru nk blajar berubah ? cane nk jage pandangan sedang sy yg dulu sangat suka benda2 ni . kalau boleh step by step .

kurangkan berurusan dengan yg lain jantina dengan kita. kalau berurusan pulak, kurangkan pandang. tu cara nak belajarnya.
Liked by: zakyh. gelap mir nrhif

so, should i hate them or only apa yang mereka buat?

cukup ambil tahu apa yang jadi pada politik negara. nak hate ke tak tu terpulang. lebih baik hate perangai mereka daripada hate politic sebab bila kita hate politic, kita dah letak satu mind-block untuk tak nak ambil tahu pasal politic dan tu kurang baik.
Liked by: @pendakwat

i hate politics. buat orang gaduh gaduh gaduh. Am i feeling the right way?

to hate and to judge, thats depend on someone.
but to make a general deduction of politic is bad and make perpecahan gitu, pada ana kurang tepat.
politik kotor itu cuma politik yang dimainkan oleh mereka yang kotor juga.
hakikatnya politik itu memang cara yang Islam anjurkan dan memang perlu untuk sorang muslim mengambil kira tentang politik.
Teringat hadis nabi mafhumnya begini, dirikanlah agama dan bersiyasah (berpolitik) dengan dunia padanya (agama).
wallahua'lam

kan kita jaga ikhtilat. katanya taknak hati ni ada feeling antara satu sama lain or untuk mengelakkan zina. tapi bagi saya, kalau guna ana-enta tu mcm lembut sgt.. baik guna aku kau?? sbb bila berlembut tu kan boleh jadi suka

hmm.. bagi ana lah, kita guna ana-enta-enti bukan lembut. cuma memang bahasa arab ni bunyi dia lembut. kan? berlembut untuk jaga hati. bagi ana bukan berlembut pun guna ana-enta-enti. dia cuma nampak beradab lebih dari aku-kau kan. pendapat ana lah. wallahua'lam

sye ttggal solat subuh pagi smlm..sye nak qoda' waktu bile ea? confius ni..terang dgan detail please.

qada' je bila-bila masa. sekarang pun boleh.

Next

Language: English