@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Bukan soalan yg ada kat ask.fm ni encik ismail tapi realitinya. Org tanya cenggitu. Maaf kalau soalan aku tak jelas. Takkan nak delete suara org tu? Kbai.

hahaha , jangan marah ya encik anon . saja gurau-gurau petang2 gini . selamat jalan :)

Doakn ana juga :) al-Hafizah to-be ^^

amin , Ya Allah jadikanlah kami orang yang boleh memelihara Al-Quran , kalamMu di dalam dada kami ,
orang yang mengamalkan segala hukum dan undang-undang yg terdapat dalam At-Tanzil-Mu ini ,
yang dapat menjadikan Al-Quran ini dalil dan hujah serta amalan kami , yang dapat terus istiqamah melazimkan diri kami dengannya , jadikan kami orang yg mendapat syafaat daripada Al-Quran yg kami pelihara . sungguh , berat amanah ini tetapi jadikanlah kami orang yg mampu memikulnya dan jujur menjalankan tanggungjawab kami . jadikanlah lisan kami melazimi setiap huruf yg ada dalam Al-Quran ini , permudahkan kami menghafaz , mengulang dan mengamalkannya . dengan berkat Nabi junjungan kami , Rasulullah S.A.W , tempatkanlah kami bersama baginda dan Al-Quran , amin ^^
Liked by: Intan Shafinaz Nad

Related users

Mail, cane nak jage mulut? Aku ni entahlah. Aku menyampah dgn orang yg suka tanya benda remeh temeh yg tak penting tu. Pastu aku perlilah balik sebab malas nak jawab patu dia marah kita pulak. Geram rasanya. Mood aku ni kadang tak menentu

ni jaga mulut ke nak jaga tangan yg menaip ni ? :o
nasihat ana , kurangkan perlian lebihkan kesabaran . memang ana akui , bukan senang nak sabar tapi kena sabar jugak . kalau soalan merapu tu , abaikan je . delete lagi bagus . menyakitkan hati orang bukan satu ibadah , bahkan satu dosa . beware anon !

mail , enta ade ikut mana mana tariqat tk ? tk slh en ikut tariqat ? ce shre skit psl tariqat ni ^^

ana . belum lagi . 20+ keatas lah kot . banyak tariqat ni . tak tahu mana yg betul2 bawa kita pada Allah tanpa menyekutukannya . doa lah moga Allah bimbing kita melalui tariqat yg benar :)

mail , aq dgr psl solat fajar ni kn , dia sme mcm qabliyah ke acano ?

dah buat qabliyah tu kira dah buat solat sunat fajar la . pendapat tu yg paling mudah :)

syukran. . ermm, tapi kt situ rmai yg ta reti jaga mulut skit. . . terkadang tu hairan mcm mna dyorg boleh jdi mcm tu. . nak cri kwan yg ta suka bazir msa mmg susah. . sbb dyorg dh lma blajar kt situ n dh terbiasa mcm tu. . ana pulak bru masuk. . hmm. .

afwan , takpe . cuba sesuaikan diri . tak semua benda kita suka ada selalu dgn kita . take time utk cari method belajar sendiri , cara nak biasakan org gitu , cara nak tangan org gitu dan banyakkan tawakkal dan berdoa , moga Allah permudahkan urusan kita , amin ~

macam mana nak bina dakwah n tarbiah di sesuatu tempat. misalnya asrama sekolah. jawab plz. kalau di Kisas mcm mana?

bina dakwah dan tarbiyyah sesuatu tempat bukan suatu yang mudah ,
yang memulakan perancangan dakwah di Kisas juga bukan biasa-biasa .
dan kalau tengok pada perancangan dan segala macam plan orang-orang yg mulakan ,
bukan perkara yg mudah dan bukan calang-calang orang yang boleh buat .
kena bervisi , misi , SWOT , wawasan , matlamat , perancangan struktur terperinci dll .
tapi , tak salah kalau nak cuba .
bagi ana , nak mulakan perkara mcm ni , first sekali , kepimpinan kena terlibat .
kumpulkan kepimpinan dan cuba satukan , mcm di Kisas , Pengawas (LKP) dan Badar disatukan dimana presiden Badar adalah Timbalan Ketua Umum , manakala Ketua Umum adalah Timbalan Presiden Badar . begitu juga dalam Badar , di Kisas , Exco Badar sendiri kebanyakkannya memegang proksi PRS , PerKisas (Pusat Sumber) , MPPU dan badan-badan besar di Kisas , dengan itu , tak berlaku miss information , clash antara organisasi dgn organisasi lain sebab semua saling bersatu .
kuatkan hubungan antara organisasi ni , once dah kuat , baru boleh proceed kepada wujudkan suasana Islam atau Bi'ah Solehah . fahamkan semua peripentingnya dan dah faham semua , baru boleh followup dgn tarbiyyah dan kemudian dakwah .
serba sedikit ana boleh cerita kan and jgn segan mintak bantuan Alumni sekolah kerana mreka bpengalaman lagi dari kita .

View more

Muslimat haram nyanyi kan? Mcmana dgn heliza helmi tu? Haram ka dia nyanyi? Satu lagi ape pndpt akhi ttg program tv shoutul quran n s.i.s yg dua2 program hnya mlibatkan prmpuan?

ana pernah jawab dulu rasanya . sebenarnya sangatlah tidak digalakkan untuk orang perempuan meyanyi , walaupun ia dakwah dll . kalau bukan dakwah , mmg haramlah hukumnya . tapi jika ia dakwah pun , sangat tak digalakkan . ia nampak sedikit mengongkong , tapi itulah Islam ... sangat menjaga kebahagiaan dan kebajikan penganutnya terutama dalam soal hak wanita .
kalau bukan menyanyi pun , banyak lagi cara lain wanita boleh berdakwah , dari penulisan , dari syair , dari lirik lagu , dari kata-kata , bahkan dari laman sosial juga boleh berdakwah . bukan suatu landasan yg baik utk wanita melibatkan diri mereka dalam nyanyian utk berdakwah kerana ia sangaaaaaaaaaaaatlah membuka ruang fitnah pada wanita .
ana bukan perempuan , tapi ana bertanya , adakah wanita suka apabila dipandang lelaki ? digila-gilakan lelaki ? dijadikan wallpaper dalam telefon , komputer , lelaki melihat setiap inci tubuh badan kita . itu belum lagi kalau kita terbuka aurat , tak sengaja , lalu ditangkap gambar dan dijadikan poster2 dll .
kalau suka , tak normal tu .

View more

ana sdg belajar di satu sekolah ni. . dan tggal di asrama. . waktu P&P tak belajar,, wktu ptg dn mlm hny sembang sembang dan sembang. buang masa sgt2. . nk blajar, di anggap kolot. . nk bc quran dianggap bajet alim. . ana nk bhenti, tpi ksian kt ayh sbb dh byar. . so mcm mne ni ? hmm, cadangan ?

teruskan jelah belajar . buat je , jangan hirau apa org kata . kalau rasa belajar tu diangga kolot , tukar lah style belajar . buat buku nota kecil , pastu tulis semua dlm tu ke . jadi bila lepak ngan kawan2 , baca buku tu , tak lah nampak kolot sgt , gitu gak Al-Quran , beli Quran kecik yg saiz poket tu , then baca bila kawan2 takde . carilah tempat kosong yg takde org , atau cari member yg macam enta/enti , tak suka bazir masa , then kawan ngan dia . biar berjemaah , bila berjemaah kita kuat .

Maaf . Maksud saya macam imam dah tahiyat akhir , tapi kita masbuk , kena baca tahiyat akhir jugak atau tahiyat awal ?

oh . baca tahiyat akhir pun boleh . lepas daripada bacaan tahiyat awal tu , dapat pahala sunat lagi .
tapi kalau baca tahiyat awal pun boleh .
Liked by: amirullfarhan

Akhi, knp x jwb soalan ana ttg ptogram wanita di televisyen tu? Atau enta xdpt soalan tu?

dapat-dapat . sabar ya . ana jawab nnti

boleh ke seseorg nmpk orang lain terkena sihir? maksudnya nmpk mcm ada benda mengganggu dia.... amalan apa yg blh mengelakkan sihir?

boleh , tak mustahil .
amalan apa , amalkan wirid harian seperti maksurat atau wirdul latif atau ratib haddad
boleh juga malkan manzil
Liked by: amirullfarhan

ape dosa org menyebarkan fitnah dan membuat fitnah?

besar dosa org yg membuat fitnah .
Allah berfirman dalam Al-Quran , dalam surah Al-Baqarah je ada dua kali ,
pertama : "dan fitnah itu seperti membunuh"
kedua : " dan fitnah itu lebih besar dari membunuh"
nak tunjukkan betapa besarnya penekanan Allah pada org yg memfitnah .
dan orang memfitnah ini , boleh membawa diri mereka menjadi orang yg fasiq .
macam tu juga penyebar fitnah ,
mereka berkongsi 'syer' yg sama ,
jika si pembuat fitnah mendapat 200 dosa , amak si penyebar juga sama ,
bahkan jika dia menambah2 fitnah itu ,
dia mungkin mendapat saham lebih lagi .
naudzubillahiminzaalik !

assalamualaikum akhi. saya nak tanya ada tak cara supaya kita mudah lupakan org dan brhenti drpd mnyayangi org?

wa'alaikumussalam .
nak lupakan orang bukan benda yg senang . sebab nak ingat org pun bukan benda yg senang .
jika nak sungguh-sungguh lupakan org tu , elakkan diri atau jauhkan diri dari dia .
jauhkan bermuamalat (berinteraksi) dengan dia . bukan nak putuskan silaturrahim tapi nak cari masa utk kita muhasabah diri .
Nabi dulu suka beruzlah atau khalwat iaitu asingkan diri dari orang ramai dan beribadah pada Allah , maka tak salah kita guna cara nabi ,
asingkan diri kita seminggu dua dari duduk sembang kosong dgn orang ramai . isi hati kita dengan qasidah , zikir dan ibadah lain .
elakkan daripada mendengar cerita org yg dulu kita sayang tu atau apa-apa khabar pasal dia .
kita dah pilih jalan kita nak berubah , maka mohon Allah kuatkan kita .
banyakkan baca doa : "اللهم يا مقلب القلوب, ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك"
maksudnya : "Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati ini , tetapkanlah hatiku atas agamaMu dan ketaatan padaMu

View more

Next

Language: English