@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

oh okay tp bukan poster yg besar besar sgt tu. just yg simple poster yg org biasa edit klu nak bagi promotion tu. kalau nak saiz lebih kurang mcm A4 tu, berapa ya height & width?

waktu kamu pilih dekat new tu, ada pilihan dia utk A4 size. pilih dekat international paper. cari A4

laki2 pakai inai kat kuku ke buleh x?

inai ni perhiasan wanita. lelaki tak leh pakai. melainkan tujuan perubatan, tu di bolehkan

tk pe. ana pun tk prgi. dlm minggu ni ada pape event islamic tak yg kt selngor?

banyak. dekat bukak skolah ni mmg banyak. ana kalau event tu best ana share kat wall ana. tengok Pondok Habib lah di fb. banyak majlis ilmu diorang share

Related users

akhi, klu nak buat poster grafik guna photoshop, width & height sesuai guna apa? set under pixel je kn?

poster besar ke? agak-agak lah. biasa lebih elok buat besar sikit, dalam size web 1200 px × 600 px ke. yup pixel

Nak qada' solat kita yg selalu kita tetinggal tu kan, start drpd kita mula baligh ataupun start drpd kita darjah satu ke? And maksudnya kalau kita tak ingat kita dah qada' solat kita sampai berapa mcmana nak kira?

daripada mula akil baligh. biasalah tu kita tak ingat berapa kan, lama dah. cara dia kamu cari satu nilai yg kamu pasti, kalau rasa 3 tahun lama sgt mungkin 2 tahun, tapi kurang sikit kot, mungkin setahun setengah. jadi dah yakin setahun setengah boleh lah mula qada'. skrg pun dah mudah. dah ada apps yg boleh tolong kirakan qada' kamu di playstore. jadi tak de masalah.
Liked by: nur syasha izzati

Assalamualaikum, nak tanya kalau misalnya kita bernazar nak baca alhamdulillah 1000 kali malam ini tapi kita lupa and x buat nazar tu, besoknye kita baru ingat, nah adakah kita wajib bayar kafarat?

wa'alaikumussalam. kamu dah tanya banyak kali kan? maaf tak sempat nak jawab. sebab ana tak yakin dgn jawapan ana. ana tak pasti. yg ana ingat adalah sepatutnya kena kaffarah. tapi ana tak pasti mcm mana. nanti ana dah sure ana jawab dlm soalan yg lain yg kamu tanya sebeluk ni. boleh?
Liked by: Faa Lichaaaaa

Saya terbaca pasal inai tu. Mm saya ada masalah kuku. Terbaca kat info info sihat bahawa inai dpt mrnyrmbuhkan penyakit kuku. Jafi saya bolrh guna inai tak? Rosak sangat kuku saya sedih gila ni U__U

boleh. utk tujuan perubatan dibolehkan
Liked by: Lichaaaaa Ija

wahabi tu macam mana eh? terlalu syadid dalam beragama kah?

tak jugak. tapi tu antaranya lah. diorang keras sbb nak pelihara drpd tersasar dari quran sunnah. tapi tak elok lah keras tu. kena tengok keadaan masyarakat jugak.

ana harap batch 61 akan datang bukan jenis lawan kepimpinan. pimpinan badar kena cakna 'kucing2' kelak ~ al kis

pimpinan badar? ana smpaikan ke pimpinan nnti sbb ana bukan pimpinan badar.
kelakar lah istilah kucing tu. kamu tahu, ni analisa peribadi lah, lama dok perhati, dan came across this analysis.
antara faktor kenapa pelajar kisas ada yg benci badar adalah kerana badar sendiri. badar yg kuat melabel. yang kuat sangka buruk.
belum masuk lagi dgn adik tu dah sangka buruk dia muka gini, perangai sekolah lama gitu gini. lepastu baru approach adik tu sekali, baru sembang sikit, dia buat satu masalah, mula lah budaya tak sihat melabel. label perosak tarbiyyah, label dia 'rebel' dll. perkara ni berlanjutan smpai akhirnya label tu melekat kepada satu kumpulan 'rebel' mcm yg jadi kat belah muslimat. punca dia apa, kita (badar dan pelajar kisas) suka sangat melabel.
daripada melabel adalah lebih baik kita puji dan dorong diorang buat baik. jauh lebih bermanfaat.

View more

Liked by: T A S N I M

maaf sbb serabutkan awak dngn soalan inai saya tu .. maaf sangat2 .. saya first time dengar pasal tu , so keliru sikit .. thank you jawab dngn penuh sabar

eh takpe. maaf jugak kalau kamu baca nada jawapan saya mcm marah ke (kalau ada lah) saya tak marah pun. sya suka bila org faham lagi pasal agama ni. mudah-mudahan ada lah bahagian saya utk ummat ni. lepasni ada masa dengar pendapat asatizah lain pulak, mcm UAI ke.

tak ingat tapi dia dalam gambar. pastu atas tu tulis 'senarai account twitter wahabi' lebih kurang macam tu lah.

haha. serius ana gelak sorang-sorang kuat-kuat dlm bilik ni bila baca. dulu ana antara org yg menonton benda tu di TL, siap fav lagi. sekarang ana pulak dalam tu. kelakar betul. kena banyak kutuk wahabi baru boleh takde nama dlm tu agaknya.
diorang ni mudah sgt melabel. takde tasamuh. haih umat Islam. bila lah nak sihat dari penyakit melabel ni
Liked by: iztn.nr mir

assalam. mm, maaf sangat nak cakap. ana percaya enta ni sangat berilmu. ana ada terbaca yang enta wahabi. maaf sangat2. ana nak tahu kesahihannya. betul ke?

wa'alaikumussalam. ana takde ilmu. ana jahil.
macam mana boleh ke wahabi jadi gelaran ana ya? ajib jiddan. punya kita antara yg tak setuju dgn wahabi, kita pulak kena panggil wahabi. tak kisah lah tu.
kamu tahu ke wahabi tu apa. kalau tak tahu, takpe. tak perlu ambil tahu dan terlibat dalam hal tu. agak membazir masa.
ana bukan wahabi. tak teringin pun nak jadi wahabi. wallahua'lam
Liked by: Aufaaaaaaa

buat anon yg tanya pasal inai tak inai tu

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
sini nak kabo smthg lah,
actually ada pendapat yg kata boleh pakai, tapi asalkan tak ketara warna dia maksudnya sedikit. tapi lebih banyak ulama yg berpendapat ianya tidak harus dipakai.
jadi untuk jaga diri dan keluar drpd khilaf ni, selamatnya elok tak payah pakai lah. tangan asal kamu dah mmg cantik dah. tak payah berinai pun cantik. tu sbb ada smpai kawan ana cerita, ada kawan dia, bersyahwat hanya dgn tengok lengan prempuan je. kelakar tapi dia sendiri mengaku kat kawan ana mcm tu. nak kata lengan pun ada yg boleh bersyahwat. padahal lengan tu takde apa pun. inikan lagi kalau lengan tu berinai pulak kan?
maaf kalau jadi kontroversi segala. bukan niat nak buat kontroversi murahan apa-apa tapi niatnya nak kita cuba islah sikit adat Malaysia ni. yg mana yg syubhah dan haran tu kita buang.
Pesanan akhir, simpan lah diri kamu untuk para suami kamu wahai para muslimat sekalian. untung kalau dalam ummat yg semakin teruk hari ini, ada lagi seorang muslimat sehebat ummahatul mukminin menjaga diri. Allah.
sekali lagi maaf. bukan perlu berubah drastik dari pakai jadi terus tak pakai kalau rasa susah. tapi berubahlah sikit-sikit dan azamkan untuk tak nak buat. insha Allah

View more

Ustaz syauqi tu berat sangat pendapat dia. Mcm pasal tanah mustakmal dulu. Dia tak mustakmal melainkan dah digunakan/dah kena benda nak disertu. Dkt serban putih yg ckp mcm tu

tu sbb kamu kena byk sumber rujukan. saya setuju ustaz syauqi tegas dlm beberapa perkara sbb pada saya benda tu perlu supaya tak direndah-rendahkan dan diambil remeh.

yes, hbis tu klau perempuan pkai bedak pun dose la? diaorng saje je pkai.. dpt ditonton ajnabi jugak? awak dh tanye pada yg lebih alim ke pasal ni? memang hukumnya HARAM ?

ok. kamu ni tak nmpk lagi beza dia ni.
kamu tengok pada bedak, bedak dengan inai, dua ni sgt jauh beza dia. inai berwarna terang dan menarik perhatian. sedangkan bedak berwarna putih dan tak nampak pun kalau pakai, melainkan banyak. nampak tak beza dia?
yg menarik perhatian mcm inai, gincu, eye shadow, gloss dll sejenis dia, yg macam ni lah yg haram. sebab dia tak lain tak bukan sbb menarik perhatian dan boleh bawa fitnah pada perempuan tu sendiri balik. sebab Islam sangat menjaga martabat wanita dalam agama ini maka Islam melalui para ulama menutup sehabis-habisnya pintu yg boleh datangkan fitnah pada wanita.
dan memang ulama kata haram pun pakai inai ni melainakn dah kahwin. antaranya Imam Nawawi rhm. dan ana cuma menukilkan kalam guru ana, Ustaz Syauqi yg mengatakan ia haram.
Lagi satu, inai ni haram sebab taril perhatian. kalau tak tarik perhatian ajnabi, kamu nak pakai, pakai lah. misal kamu pakai inai lepastu kamu pakai sarung tangan, silakan. dan inai kalau kamu pakai jugak walaupun colour dia sikit je, nak tak nak lelaki akan pandang jugak tangan kamu sebab tertarik dgn warna inai tu. sedangkan kalau kami pernah dengar ada pendapat ulama yg agak tegas mengatakan seorang muslimah tidak boleh didahului dirinya daripada suaminya.(muslimah itu kepunyaan suami dia dan bukan selain suaminya dari kalangan manusia).
Dan tak kurang kan kecantikkan kamu pun kalau kamu tak berinai. serius. tangan kamu dah cukup cantik dah, walaupun takde warna merah inai tu ditangan kamu
wallahua'lam

View more

saja..tapi inai tu bukannya berlebih-lebihan..perempuan kan boleh berhias klau keluar cuma jngn berlebih-lebihan je

apa maksud saja? setuju tak kalau saya definisikan saja tu dengan sengaja pakai untuk dilihat orang lain, atau dipandang org lain? dan jika kamu dipandang org lain, maka apa tujuan kamu berhias? untuk tambah confident diri atau nak tarik perhatian org lain?
Liked by: Piqa Sarah

salam..bbrp tahun dahulu kt ikim ada ustaz kata nabi tak baca doa qunut dn malah x ganti dgn sujud sahwi..so saya ikutlah apa ust tu buat..tp tetibe dlm syllabus kt skola kata kena jgak buat sujud sahwi.adoy bingung deyh tatau mn yg betul n batal tak solat saya? harap dapat perjelaskn.terima kasiih

wa'alaikumussalam. haih celaru. ginilah. memang nabi tak baca qunut mcm yg kita baca hari ini. nabi cuma baca qunut nazilah. yg ni ada dalil kuat. tapi dalam mazhab kita, mazhab Imam Syafi'e rhm. telah sepakat para ulama mazhab kita meletakkan membaca doa qunut ini sebagai sunat yg dituntut (sunat abaad) dan perlu diganti dengan aujud sahwi jika kita tertinggal. adapun tak buat qunut dan tak sujud sahwi, tak batal pun solat. cuma solat kamu cacat.
Jauhilah daripada mereka yg menyeru kearah meringan-ringankan pendapat mazhab dan mengajak kearah keluar dari mazhab dan menjadi mujtahid jadian. afwan. wallahua'lam
Liked by: haniohani

perempuan yg x kahwin lgi pkai inai jatuh hukumnye Haram or harus ? sya tanya org , kata harus

cuba jawab soalan saya ni, kenapa perempuan belum kahwin pakai inai? untuk apa?

kenapa takminat nak baca buku ustaz rasul dahri? kalau nak bce buku and berguru lagi prefer buku ape?

dah lah. nak baca, baca lah. malas lah nak bising-bising bab khilafiyyah ni. rasa kamu yg tanya sendiri tahu status dan tuduhan yg org bagi pada URD ni. saya lebih prefer berguru dari membaca buku dan dua ni takkan pernah sana. pergilah berguru. sahabat dapat ilmu dari nabi pun melalui kata-kata dan pemerhatian pada nabi. bukan melalui pembacaan. dan daripada situ juga mereka menyampaikan kepada generasi seterusnya.
wallahua'lam

Next

Language: English