@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Akhi, wudhu' seseorg batal jika menyentuh/tersentuh qubul dan dubur dgn tapak tgn tanpa berlapik. persoalannya, pada permukaan dubur(blkg) cthnya jika menggaru pd permukaan tu, adakah terbtl juga?

Dalam mazhab syafi'e, qaul jadid imam mengatakan batal wudhu jika sentuh halaqah dubur jika menggunakan tapak tangan. Adapun jika guna belakang tapak tangan untuk menyentuh atau menggaru dll, maka tak batal wudhu. wallahua'lam

Related users

waktu solat apa yang kita tak boleh buat solat sunat?

waktu selepas syuru sampai terbit matahari, waktu lepas asar sampai terbenam matahari

Apa pendapat awk tentang persatuan dgn talaqqi? Mana lebih aula?

ni nak buat provoking ke apa. tak layan provoke sekian. talaqqi penting, dan persatuan juga penting. cuma jangan lebihkan satu dan tinggal satu lagi.
cuma saya, saya pilih talaqqi sebab itu memang hadaf utama dan paling lama yang saya tanam semenjak saya nak ke mesir masa darjah 5 😇

Apa hukum korek hidung dlm masjid ye? Jzkk

tahi hidung bukan najis, hukum koreknya harus. tetapi bila korek hidung dalam masjid, hukumnya haram. sebab dalam masjid.
Liked by: Safirah ♕ zara

ana betul2 perlukan pertolongan enta, iaitu buat satu penulisan penyelesaian tentang situasi ini: -kawan ana bekas budak maahad, dan dulu pegang jawatan tertinggi dan bercinta. kisah cinta mereka bukan sweet2 tp yg style ganas2 sikit tu. masalahnya, dia ni kata dia bercinta bukan chat benda

ana bukan tak nak tulis akhi. cuma jujur ana kata, ana agak sibuk di mesir. ditambah dengan banyak faktor luaran yang buat ana susah sikit nak menulis. idea tu banyak, cuma tak sempat nak diterjemah dalam bentuk tulisan.
tapi mesir memang seronok. yang itu tidak boleh diterjemahkan dalam tulisan 😂.
insha Allah ada rezeki ana tulis nanti. malam masih muda. sini baru pukul. 7.43 malam. baru isyak 😉

Assalamualaikum, apa pendapat anta kalau ana nak hafal matan arba'in an-nawawiyyah dan syarah dia sekali tanpa ada guru? Boleh ke?

wa'alaikumussalam, ana secara peribadi melihat guru ni penting untuk dirujuk ilmu. tapi pada ana kalau hafal sendiri takda masalah.
cuma kalau tak mampu cari guru pun, ana cadangkan kamu cari seorang yang akan dengar hafalan kamu.
ini penting untuk pastikan hafazan kita tak salah, dan jika salah kita tahu yang ia salah.
adapun untuk faham hadis-hadis dalam arbain nawawi tu, tak dapat tidak kena cari guru untuk dengar dan belajar dari mereka.
doakan ana dapat habiskan jugak hafaz matan arbain nawawi itu, mudah-mudahan syarahnya sekali.. amin 😇

mula mula buat belah kanan dulu kan? baru belah kiri? semuanya 3 kali kan? (sambung soalan berkenaan mandi wajib)

naam. semua tu sunat. buat semua insha Allah lebih sempurna.

kena cangkung tu masa mandi atau masa meratakan ain keseluruh badan?

ikut kesesuaian. dari awal sampai habis kalau boleh cangkung lagi baik. yang penting air tu diselatikan ke seluruh badan dan bulu-bulu di badan. yang itu yang wajib. wallahua'lam

salam mail, betul ke masa mandi wajib, dalam keadaan cangkung?

sunnat dalam keadaan cangkung. hikmah dia memudahkan air nak diselati keseluruh badan. bukan wajib. wallahua'lam
Liked by: Fitri Afif

Salam alaik. Bro, cara apa yg terbaik utk selamatkan sahabat baik kita drpd ikhtilat or "couple islamik.?"

Wa'alaikumussalam nasihat dengan cara baik rasanya tu cara yang terbaik. elakkan dari menggesa dia untuk berubah dalam masa yang terdekat, tapi bimbinglah dia dan beri dia masa. Insha Allah, Allah akan bantu mudahkan urusan kamu nanti.
Liked by: NH Syakir

aq tngok skrg ni institusi-2 yg bertitlekan "ISLAM" pun x menjaga ikhtilat.. pndpt?

Islam akan sentiasa terpalit atas sebab kerja Muslim. Walhal hakikatnya Islam itu sangat tinggi tetapi yang merendahkan martabatnya itu Muslim.
Bila berkelana di bumi orang ni, baru nampak apa yang kita katakan Islam di timur tetapi Muslim di barat. Tapi kenyataan ni masih belum terbukti 100% lagi.
Ikhtilat ni balik pada diri muslim. walau institusi itu institusi islam, tapi yang menghuninya muslim yang bukan bersifatkan muslim sebenar, akan kotor juga institusi tu.

Sudi-sudilah berkongsi cerita akhi di sana pada kami di sini. Apa-apa peristiwa yang memberi kesan. Perihal akhlak dan adab ke. (Kalau tak keberatan).

Nak berkongsi tu banyak sebenarnya. Cuma tak dan nak menulis. tambah pula internet limited lagi di sini. tak pindah rumah sewa lagi, insha Allah dah ke rumah sewa nanti boleh menulis lagi banyak. Setakat ni banyak menulis untuk simpanan diri sendiri je. Sebab sekarang ni pun tengah fokus mengaji ilmu alat dan kelas-kelas talaqqi. so lambat sikit dan tak stabil lagi.
Doakan 😉

Adakah nabi ada memakai pengikat/gelang di lengan baginda ?

dalam hadis, ada disebutkan nabi mengikat tali ada tangan beliau sebagai pengingat pada janji-janji baginda. setiap satu tali itu mengingatkan satu janji pada satu orang. adapun gelang tangan itu ana tak tahu.
wallahua'lam

Adakah sahih kisah "ummati,ummati , assolah" sebelum nabi wafat ?

ulama riwayatkan bahawa yang benar adalah nabi pernah menyebut ummati tetapi bukan ketika baginda nazak sebagaimana yang tercatat dalam hadis. adapun kalam terakhir nabi adalah Ar-Rafiq Al-A'la (Teman yang Maha tinggi) iaitu membawa maksud nabi memilih Allah dan kembali kepada Allah. adapun nabi menyebut ummati pada akhir kewafatan baginda itu adalah riwayat yang direka oleh syiah.
wallahua'lam

Next

Language: English