@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Salam akhi,apakah jatuh hukum haram apabila orang islam memberi ucapan natal kepada orang yg bukan muslim?

wa'alaikumussalam. banyak soalan ni dalam question box ana. dan ana jawab hukum dia haram dan kena tinggalkan. ana tak pandai nak bagi syarah dia tapi boleh rujuk ustaz azhar idrus hukum ucap pada orang belum Islam.. wallahua'lam

Tapi, bknkah yang dimaksudkan dengan bidaah hasanah tu adalah bidaah dalam hal dunia seperti kereta, pakaian dan sebagainya? kan? Tu yang ana fahamlah.

bidaah hasnah itu mrnurut Imam Nawawi rhm. ada pecahan 5: Wajib, sunat, makruh dan harus. yg kamu sebut tu termasuk dalam bidaah hasanah yg harus.
kena faham, bidaah ni bukan hukum. hukum dalam Islam cuma wajib, sunat, harus, haram, makruh, sah dan tak sah.
jadi tu sebab bidaah ni pecah pada lima hukum syarak di atas.
Liked by: RQaisara

Related users

Apa hujah enta kalau org kata mcr tu bidaah?

Ana setuju MCR tu bidaah. tapi ana setuju ia bidaah hasanah iaitu bidaah yg baik dan bukan bidaah dholalah iaitu bidaah yg tercela.
adapun majlis maulid yg menghimpunkan orang itu yg bidaah. isinya atau content majlis itu adalah mengingati Allah dan rasulnya, berselawat, memuji Rasulullah, membaca ayat Al-Quran, membaca tahlil (لا اله الا الله) dan lain-lain amalan dalamnya adalah ksemuanya drpd sunnahnya Rasulullah termasuk berpakaian dgn warna putih, wangian dan lain-lain.
wallahua'lam

Pendapat enta tentang mcr(malam cinta rasul)?

Ana sokong sahaja orang nak ke sana. silakan. pergi malam cinta rasul. tapi kena faham, yang MCR tu dengan solat dan perkara fardhu lain.. yg mana lebih aula. tak guna kita ke MCR kalau esoknya subuh terlepas kan?
Jadi jaga tu elok-elok. insha Allah kalau ada peluang kita jumpa lah MCR yg akan datang ni :)

oh gitu tapi saya kurang faham 'mushaf tu lebih ayat selain al-Quran dari al-Quran '. maksudnya apa ? boleh jelaskan semula . asiff

maksudnya, kamu tengok dalam satu mushaf tu, nisbah antara ayat quran dengan ayat lain (macam syarahan ayat, makna, tafsir, asbab nuzul dll selain ayat quran), ayat lain ni lagi banyak, maka boleh lah nak pegang tanpa wudhuk. walaupun ayat lain tu bukan bahasa melayu sekalipun.

akhi.. Kalau puasa esok, tapi hari Isnin tak puasa, kena puasa ngan Jumaat ke ? Sebab Isnin Jumaat kan puasa sunat atau Khamis Jumaat. Kalau tak silap ar

esok hari khamis lah. jadi esok memang digalakkan puasa sunat pun. takde relation dengan puasa hari isnin pun.
Liked by: Tahani Ahmad

apa maksud 'ahsanta'? kalau org ucap tu nak jwb apa?

ahsanta maksudnya 'betul tu' ataupun 'benar'. jawab alhamdulillah.

akhi ,boleh x desc abt nbi Muhammad s.a.w? maaf sy bgtu jahil.sy baru sja nak knl kmbli islam.

Nak describe Rasulullah ni banyak sangat. kamu nak kenal Rasulullah, saya cadangkan baca buku ni. dan nak tambah best lagi, kamu beli satu Syamail Muhammadiyyah kat kedai buku dan kamu bukak utube dengar syamail muhammadiyyah yg di syarah guru kita, Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir hfz. memang padu kalau dengar dan hayati. insha Allah :)

assalamualaikum . wahabi tu ape bende? sesatke?

wa'alaikumussalam.
wahabi ni satu fahaman yg disandarkan pada Muhammad Bin Abd Wahab. pengikut beliau dipanggil wahabi.
wahabi ni bermanhaj salafi iaitu yg menyeru kepad aqidah salaf tetapi sayangnya sedikit ekstrim dalam menghukum dan meletakkan hukum pada org lain atau pada sesuatu masalah.
fahaman wahabi ini tak sesuai dianuti di Malaysia memandangkan keseluruhan kita mengamalkan adat kesufian warisan melayu dan ramai diantara kita yg berpegang pada jalan faham aqidah dengan jalan Asyairah dan Maturidiyyah dan kita berpegang pada mazhab Imam Syafi'e.
ala kulli hal, bab sesat tak sesat tu kita tak boleh hukum selagi mana tak zahir kesesatannya. yang sesat itu yg berfahaman mujassimah dan bukannya wahabi mahupun salafi. insha Allah.
maaf jika tak membantu.

Next

Language: English