@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

ohmai. kenapa teruk sangat keluaran kisas? nak handle golongan jahiliah mcm kami pun tk boleh. cakap hipokrit sikit sentap. memang syurga hanya uti bebudak kisas.

amin. terima kasih. saya rasa orang lain dapat je maksud tulisan saya. tapi kamu tak dapat, takpe. Allahu yuhdik. keluaran kisas memang teruk. takde apa yang boleh di aspect daripada 2 atau 4 tahun kami di sana. sebab asal kami juga jahiliyah, cuma kami dimuliakan sedkit dengan dipilih ke sana. tak cukup 2 atau 4 tahun di sana nak buat kami mampu nak pimpin orang lain. kami pun masih memimpin diri sendiri. jadi kami tak kisah. kami memang tak hebat pun.

Mabrouq ya sheikh. keputusan hebat , org hebat. Semoga kejayaan berterusan sampai ke syurga. Lps ni lebih byk perkara yg perlu enta tempuhi. jgn putus asa. Jadi org soleh, kne kuat kerna Allah. Semoga sy jadi sehebat enta suatu hri nnti.

Syukran ya sidi, amin. Allah segan lah ana gini. Janganlah pilih ana nak jadi contoh, tak layak lah.. Ala kulli hal, mudahan kita menjadi orang yang Allah redhai. Amin.

Related users

ada beza salafi ngn wahabi?

Salafi isim nisbah yang disandar pada salafus soleh. Wahabi isim nisbah yang disandar pada Muhammad Abd Wahhab.
Macam malizi sandar kepada Malaysia. Jadi tujuan sandar tu adalah kadang kerana asal orang tu, atau kadang kerana sifat dan perangai yang ikut orang yang disandar, kadang muka dan peribadi yang lebih kurang. Gitulah.
Liked by: Rajamuzahid م

betul ke kalau wudhu tu kita ambik sbb nak pegang quran, nanti bila solat zohor kena ambik wudhu baru balik sbb niat yg kecik dokleh tampung yg besar?

Wudhuk dengan air. Kenapa pulak takleh guna nya. Konsep dia gini, selagi seorang itu tak laku perkara yang membatalkan wudhuk, maka selagi tu dia dalam keadaan suci (berwudhuk). Kaedah ni dipanggil al-istishab.
Liked by: Abid Akalil

Before aku mula bicara first ni bkn nak provoke atau nak sentap2kan apa. Tapi aku nak tanya kenapa zaman skrg org lebih gemar menjawab soalan dgn cara kasar bagi sentap2. Adnin roslan pon buat tarbiah sentap tapi cara dia sampaikan taklah kasar sepertimana di ask.fm ni. Dia pun tegur melalui hati.

Tak tahulah. Tapi perasan tak, sebenarnya kebanyakkan benda sentap sentap ni tak menyentap pun kalau kita memang tak pernah buat atau kita memang amalkan istiqamah.
Contoh sentap bila quote pasal kpop. Siapa yang tak pernah tengok kpop ni tak tersentuh bahkan tercuit sikit pun dengan quote ni. Orang yang tersentap adalah orang yang pernah buat. Yang pernah layan.
Pelik kan? Sebab apa?
Atau orang kasi quote sentap pasal bukak whatsapp last seen baru lagi tapi quran last seen lama dah. Benda sama jugak. Yang memang baca quran sehari sejuzuk apa semua tak tercuit sikit pun. Yang dok garu kepala walaupun tak gatalnya yang tak baca quran hari-hari.
Kan?
So, kesimpulan yang ana cuba nak buat adalah sentap ni tak berkesan pun pada mereka yang dalam diri tu ada taqwa. Mereka buat yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang dan juga perkara yang mereka ragu-ragu.
Jadi, tarbiah style sentap ni takdr offend sesiapa pun. Orang yang terasa dioffend patut kena muhasabah diri.. Sebab orang yang terasa barangkali tak buat apa yang sepatutnya. Tu yang terasa. Tarbiyyah tu peringatan je. Yang mengukur sentap tak sentap tu kita.
Wallahua'lam

View more

mcm mana nak turunkan ego?

Al-Imam Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi rhm. pernah berjalan di suatu taman bersama beberapa orang yang mengiringi beliau. Kemudian beliau memberitahu pembantunya, beliau ingin ke tandas.
Maka beliau ke tandas. Dan waktu beliau ke tandas awam di taman itu sangat lama sehingga kerisauan pembantu beliau.
Mereka lalu menjenguk Syeikh dan mereka terkejut apabila mendapati syeikh sedang membersihkan tandas awam dengan tulang empat kerat beliau rahimahullah.
Bila ditemukan syeikh begitu, maka syeikh menyuruh dirahsiakan apa yang beliau lakukan.
Hal yang sama juga kita temukan pada Al-Fadhil Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat rhm. Suatu malam selepas program jemaah yang membawa kepada tengah malam. Tuan Guru menumpang tidur dirumah sahabat sejemaah kerana perjalanan yang jauh untuk ke kelantan semula. Maka tuan guru berehat dengan menjadi tetamu di rumah saudara tersebut.
Bila sudah lewat malam (pagi), saudara tersebut tersedar dengan bunyi gosokkan daru bilik tidurnya. Dia pergi melihat dan alangkah terkejutnya apabila dilihat sosok tubuh tuan guru sedang menggosok tandas rumah sahabat tersebut. Terharu sahabat tersebut lalu ditanya kenapa tuan guru buat begitu. Tuan guru menjawab "ambo berasa tinggi"
Allah Allah. Ajibnya apa yang dibuat para ulama. Tidak sedikitpun meninggalkan kehinaan pada ilmu mereka tetapi sebaliknya sangat mulia amalan mereka di sisi kita.
Menjawab soalan rasanya kan?
Wallahua'lam

View more

hadis bertaraf احاد tu ape?

Taraf hadis yang diterima. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang kurang daripada 40 orang rawi pada setiap peringkat (maknanya kurang dari darjat mutawatir)
Hadis mutawatir dan ahad ni hadis yang diukur dari sudut bilangan perawi pada sanad (rantai hadis).
Macam tulah. Wallahua'lam

Boleh bg tahu pegangan and iktikad syiah zaidiyah?

Setakat yang ana tahu sebelum ni, syiah zaidiyah adalah syiah yang paling dekat dengan sunni katanya. Walau bagaimanapun masih syiah. Cuma mereka tak kafirkan sahabat mahupun bermanhaj dengan imam-imam maksum yang pelik-pelik tu.
Dan setakat yang ana tahu, syiah zaidiyah juga dimushi oleh sebahagian syiah lain. Mereka pun dok betengkaq gak sama mereka.
Ala kulli hal ada dengar jugak syiah zaidiyah berubah manhaj dah sekarang. Tapi wallahua'lam. Kena tanya dema sendiri lah iktikad mereka macam mana dengan sahabat dll.
Wallahua'lam
Liked by: najihah N frh Sunflowers 22

Next

Language: English