@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

orang yg beriman tu mcm mna ? cmne nk thu kita ni briman ke tdak?

kena check balik lah. hubungan kita dengan Allah. keyakinan kita dengan smua yang ada dalam rukun iman tu.

mknanya orng yng dh mati tu sbb Allah tak pelihara dia or what?

Orang mati tu Allah pelihara jugalah maka Allah matikan dia dalam Islam dan Iman. setuju?

Related users

ye la. saya pun rasa saya ni tak layak untuk dia. seronok la dia Allah pelihara dia. Allah pelihara saya tak?

kalau Allah tak pelihara kamu, rasanya kamu dapat lagi ke bernafas sampai saat ni sebagai seorang Islam dan seorang yang beriman?
Liked by: Adawiyah. mir

ade nasihat utk org yg bkl bergelar ketua?

Berlaku adil lah. letakkan hak pada yang berhak.
Jauhilah dari kebiasaan pemimpin yang menindas anak buahnya dengan kuasanya.
menzalimi mereka kerana marah dan nafsu.
Jadi lah macam Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz.
Sangat adil sehingga serigala dan kambing boleh hidup bersama.
Rakyat aman damai.
Contohi beliau,
baca sirah beliau.
Atau jadilah macam Sultan Muhammad Al-Fateh,
seorang yang sangat hebat dan dalam masa sama sgt taat pada Allah.
Pemimpin yang terbaik yang membuka kota Konstantinople.
Teruskan perjuangan.

Tapi kan. Sometimes klu buat kerja, mak aku suruh bukak stokin. Pastu aku ni degillaa katekan. Tak bukak stokin ah. Mak aku mara weh. Acane ?

tahan lah marah tu. marah ibu takde bandingannya dengan marah rabb kita.
nanti bila mak dah cool, jumpa balik slow talk kenapa kita tak nak tanggal stokin.
cakap dan ceritalah pasal aurat dan keindahan Islam dalam menjaga maruah dan kedudukan wanita.

x naik kn syahwat pun.. stalk sbb rindu pun x boleh ke ? nak chat tpi dia jaga betul ikhtilat. smua tak boleh la ni?

syahwat tu tak semestinya rasa nak zina. rasa nafsu nak tengok muka ajnabi tu syahwat jugak. jaga diri, Allah jagakan dia. yakinlah dgn Allah. tak payah stalk-stalk

Kalau ada satu bdk prmpn ni 12 tahun tapi da mencarut and pernah terfikir nk tukar agama lain... Kita kene berkeras bila menegur ke lemah lembut? Klw lembut2 tak jalan mcmne?

selagi dia tak hina agama, berlembutlah dengan dia.
Rasulullah adalah insan yang sangat tak berkira jika hal itu berkenaan hak peribadi baginda,
tapi sangat tegas jika hal itu berkenaan hak agama baginda.
cakap elok-elok, rasionalkan.
hikmah.
Liked by: Bahriah_

maksud haza min fadhli rabbi? iftar ilmi? Habibul furqan? Shahibul walid?

haza min fadhli rabbi : ini semua kurniaan Allah.
iftar ilmi : ana tak tahu ni. adakah berbuka puasa ilmiah
habibul furqan : pencinta Al-Quran
Shahibul Walid : Ketua atau penghulu ibu bapa.
Liked by: 'Ainaa Sofia

pendapat tentang qasidah? ramai ustaz sekarang nih kata qasidah ni sesat lah, tarekat lah, orang muda terpedaya lah. cemane tuh akhi?

ana takde masalah dengan qasidah.
nak qasidah silakan. yang penting, benda yg wajib buat.
ini jangan qasidah balik smpai 12 ke satu pagi,
lepastu subuh esoknya kelaut.
pedulikan yg kata sesat, tarekat segala bagai tu.
qasidah ni bid'ah hasanah.
boleh buat selagi mana tak bercanggah dgn syarak.
wallahua'lam

Huh bebual belit? Saya tak phm. Kene masbuq ke tak kalau tk dpt fatihah? Sirriyah and jahriyyah hukum sama eh?

kamu kena faham balik apa maksud masbuq dan muwaffiq.
masbuq ni makmum yang tak sempat al-fatihah dengan imam
muwaffiq pulak makmum yang sempat al-fatihah dengan imam
jadi semua yg tak sempat al-fatihah dengan imam dikira makmum masbuq.
hatta dia sempat surah dengan imam, dia masih dipanggil masbuq.
dan boleh jadi ada makmum yang rakaat pertama muwaffiq, kedua masbuq, ketiga muaffiq balik.
jadi buang pemahaman masbuq tu tambah rakaat kat belakang sebelum salam.
masbuq dalam feqah tu yg tak sempat fatihah dgn imam.
tambah rakaat untuk makmum masbuq hanya apabila dia tak sempat al-fatihah dan rukuk dgn imam.
maknanya imam dah iktidal, maka dia kena tambah rakaat.
sirriyah kena agak imam tu dah baca smpai mana. tu kalau kamu dengar dia takbir bila.
kalau tak ikut yg mana kamu yakin. kalau rasa imam dah smpai baca surah, maka kira masbuq lah tu , terus baca al-fatihah yg mana sempat dan rukuk sekali dgn imam kalau imam rukuk.
wallahua'lam

View more

Liked by: Aieysyah

sedikit nasihat untuk muslimat f4 kisas tahun 2014 . terima kasih :)

kalau salman dah bagi nasihat untuk tahun depan,
ana bagi nasihat untuk masa cuti yg berbaki 2 minggu lagi ni lah.
manfaatkan lah cuti ni dengan sebaiknya.
jangan banyak sangat masa dihabiskan depan laman sosial.
kita ni tholibul ilm. penuntut ilmu.
para ulama dulu yg menuntut ilmu, diorang ni takde masa lain selain belajar je.
ada yg smpai setiap kali sebelum kelas akan murajaah (ulang kaji) pelajaran 40 kali, lepas kelas ulang balik 40 kali, tu sebab tak pelik kalau banyak ulama lahir dari zaman dahulu.
Imam Qutb Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad rhm. suatu masa dia sedang mengaji. dan gurunya di hadapan. dalam majlis tersebut, sahabat belakangnya, juga seorang imam nampak ada kala jengking (scorpion) ketip kaki Imam. Imam bergerak sikit sebab terkejut tapi tak berganjak dari tempat dia sebab tak nak tinggalkan majlis ilmu tu. akhirnya imam yg belakang ni yg tolong cabutkan dan buangkan kala jengking tu. punya cintanya pada ilmu dan beradabnya pada ilmu.
Lagi, ada ulama yg dalam majlis ilmu, dia bawak kain tebal bersama dalam majlis tu. Bila guru dia mengajar, dan dia dah tak tahan nak ke tandas, maka dia akan kencing atas kain tebal tu. semata-mata sebab tak nak tinggalkan majlis ilmu. betapa beradabnya pada ilmu ulama Islam dulu. tak hairanlah Islam sangat hebat dulu.
Jadi bukan nak suruh kita lepasni bawak kain tebal macam tu jugak ke kelas, tak!
tapi nak ajak kita ambil ibrah. bandingkan kita dengan para ulama dahulu. betapa bersungguhnya.
Kita keluar tandas tak segan silu, siap ajak kawan-kawan lagi ramai-ramai. Muslimin ke muslimat sama je. kita boleh gelak tawa dan tinggi suara pada guru kita, sedang dia guru kita. jauh beza kita dengan imam-imam kita. itu sebenarnya punca keberkatan. tak peliklah kalau result exam kita semacam. bukan sebab kita tak cukup program belajar, tapi sebab kita terlepas pandang.
Yang bagi barakah tu bukan cikgu. tapi yang bagi berkat, sahibul barakah tu Allah.
khidmat dan adab pada guru tu cuma wasilah keberkatan tu sahaja.
Untuk adik-adik muslimat ni,
Ana nasihatkan manfaatkan cuti ni dengan cuba istiqamah dengan amalan di KI
Isi diri dengan ilmu. siapkan diri dgn ilmu. homework bukan alasan utk tak tuntut ilmu.
Antara cadangan yg boleh antun buat, bahagikan masa sehari dengan baik.
dalam sehari mesti ada masa untuk dengar satu kuliah dari youtube.
pilihlah Sidi Habib Ali Zainal Abideen Al-Hamid ke, Habaib lain ke, Ustaz Azhar Idrus ke.
kurang-kurang peruntukkan sejam ke 2 jam utk ni
dan jika rasa tak boleh tinggal online, pastikan masa yg kita online tu balance dengan masa kita belajar dan masa kita dengan Allah. kalau online 3 jam, maka masa belajar dan masa ibadah juga kena macam tu. hidup di Kisas ni tak lama. rugi kalau tak manfaatkan.
Berapa ramai ahli batch ana yg rasa menyesal dan rugi tak manfaatkan semanfaatnya masa di Kisas waktu belajar di sana dulu.
Antun akan jadi rujukan adik-adik, jadi siap sedia. ummah await you.

View more

saya tak sempat baca fatihah dengan imam ustaz, kira boleh terus ruku' lah nih? dan tak perlu tambah rakaat?

boleh. tak perlu. wallahua'lam

kalau mumaiz, macam mana nak tahu umur berapa? range?

mumayyiz ni dua cara nak ukur.
satu, dia tahu berdikari ; reti basuh berak sendiri
dua, dia tahu beza yg baik dgn buruk. dia boleh beza nilai duit 50 ringgit dengan seringgit 5 keping.
bila dia dah mumayyiz dia dah mula ada syahwat. dah mula ada berasa dkt yg berlainan jantina dgn dia. dah mula rasa malu.
takde range spesifik. bergantung. biasa atas 7 tahun

Kalau tk sempat alfatihah tapi sempat i'tidal together, tk kira masbuq kn?

masbuq lah tu.. tak sempat al-fatihah dgn imam dipanggil masbuq, hatta belum rukuk lagi. cuma masbuq yg kena tambah rakaat yg tak sempat alfatihah dan rukuk dgn imam

nak tanya yang rukhsah tak pakai stokin dekat rumah sendiri tu memang ada ke? lepastu tangan boleh sampai siku kalau ana tak silap sebab kes nak basuh pinggan dll.

ada tapi dlm hal yg tak boleh elak mcm ajnabi tu tinggal serumah dgn kita, atau dia tinggal lama sgt. basuh pinggan tu kalau kamu kat dapur, basuh je lah singsing lengan. ajnabi tak nmpk takpelah.

ustaz, kalau saya masuk solat jemaah, waktu tu imam tengah baca surah misalnya surah an nas, kemudian dia ruku' saya pula masih tengah baca fatihah, nak ruku' sekali ke atau habiskan fatihah?

kamu sempat al-fatihah dgn imam tak?
kalau sempat wajib habiskan al-fatihah tu.
kalau tak sempat (kira masbuq lah) tak payah habiskan al-fatihah, terus ikut imam rukuk.
wallahua'lam
Liked by: Nefelibata

bukan ke ada kringanan kalau aurat dgn sepupu?

keringanan bukan suka suka je. keringanan tu bsebab yg tak boleh dielakkan

Next

Language: English