@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

bukan badar bertapak di smka sheikh haji mohd said seremban ke?

Badar hampir semua sekolah agama ada badar. Begitu jugak sbp. Hatta smk pun sekarang dah banyak dah yang ada badar.. Idea mengasaskan badar bermula di kisas yg waktu tu kolej islam klang. Kemudian idea tu disambut baik oleh smka-smka lain. Ini sewaktu ustaz Nik Muhyiddin.
Badar kami dah 37 tahun tak silap.

assalamualaikum.. saya lepasan spm2015. minat nak ambil STAM di kisas. boleh share x cara nak smbung STAM di kisas?

Wa'laikumussalam, stam kisas boleh apply lepas spm nanti

Related users

For a non-madrasah student, what is the easiest way to learn Arabic? Where should i start? Lost. Harap tolong thanks.

Start to learn daily conversation. Hiwar yaumiyyah. Learn how to deliver you, I, us, both of you and so on. Then learn number in arabic and basic things like colours, things, trsnsportstion. Increase the basic vocabulary so that you can use it for your conversation later.

Pandangan enta tentang astizah yang ditahan dari berceramah di johor? Uish tak faham la ceni

satu sudut, dari niat mungkinlah baik. nak sadduz zaraik katanya, nak jaga-jaga takut fahaman wahabi tersebar kata mereka. itu terpulanglah pada mufti nak buat keputusan. cuma pada ana cara tu kurang tepat.
mungkin ya, sebelum ni ada sahaja asatizah daripada mazhab asyairah yang disekat untuk berceramah di perlis. habaib juga ada yang sudah disetting baik majlisnya tetapi akhirnya terpaksa dibatalkan di perlis, kerana larangan pihak agama perlis. habaib memang tak boleh masuk perlis walaupun tiada kenyataan media umum, seumum yang johor buat hari ini.
tapi tulah, cara tu kurang tepat. terutama bila bab sekat atas sebab yang diviralkan kononya atas sebab-sebab yang sebahagian asatizah yang disekat sendiri menafikan sebab tu. sewajarnya johor laksanakan step by step bukan terburu-buru begitu. seharusnya di buktikan dulu dan dibawa berbincang dahulu bersama 16 orang yang disekat itu.
ala kulli hal, bagi kita orang awam, jangan mudah sangat melatah melulu mengikut nafsu. kita bimbang kita jadi penyebar fitnah pula. jadi lebih baik untuk kita senyapkan dan biarkan yang bertanggungjawab yang buat kerja mereka. dan jika ustaz sekian-sekian disekat sekalipun, mereka berdakwah, dan insha Allah mereka yang ikhlas Allah akan tunjukkan jalan keluar bagi mereka.
bukan hak kita nak menghukum dengan ilmu sejengkal yang kita ada. kita lihat apa jadi selepas ini... wallahua'lam

View more

Liked by: anis. Ay. Rajamuzahid

Assalamualaikum akhi, lepas solat kita digalakkan untuk sedekah kn Surah Al fatihah kepada ibubapa kita. Perlu niat ke? Atau just baca je fatihah tuu?

Wa'alaikumussalam. Niat itu yang membezakan antara adat dan ibadat. Jika memang nak disedekahkan pada orang tertentu, maka perlulah diniatkan begitu. Adapun niat bukan lafaz niat. Lafaz niat tak kisah apa bentuk pun. Yang penting niat tu. Wallahua'lam

Assalamualaikum. Akhi, bagaimana jika kita bertaubat, kemudian kita mengulangi dosa itu. Kemudian bertaubat lagi dan kemudian mengulangi lagi dosa itu, apakah Allah masih mengampuni ku 😢?

Wa'alaikumussalam. Ada seorang hamba, dia lakukan dosa. Dan kemudian dia bertaubat. Kemudian Allah ampunkan dosa dia dan Allah berfirman, sesungguhnya dia mengetahui yang tuhannya maha pengampun.
Kemudian hamba ini berdosa lagi. Ulang lagi dosanya, lalu dia bertaubat lagi, maka Allah ampunkan dosa dia dan Allah berfirman, sesungguhnya dia mengetahui yang tuhannya maha pengampun.
Kemudian hamba yang sama lagi, ia berdosa lagi lalu ia segera bertaubat kemudian Allah ampunkan dosanya dan Allah berfirman, sesungguhnya dia mengetahui yang tuhannya itu maha pengampun.
Dan begitulah sayangnya Allah pada hambaNya. Yang diceritakan di atas ini bukan nak suruh kita buat dosa dan kemudian kata, takpe, tuhan aku maha pengampun. Tapi ianya adalah untuk ingatkan kita, bahawa Allah sentiasa ampunkan kita selagi mana kita bersungguh memohon keampunan.
Insha Allah.

View more

Assiifff...klau kita rasa mcm ada berhutang ttp x ingat jumlahnya dan dgn siapa kita berhutang...jd nk buat mcm mna agar lps d pdg masyar kelak??

tu sebab lain kali bila berhutang kena catat. Hal macam ni ulama bahaskan, ada dua pendapat. Satu kata tak payah bayar dan cuma perlu mohon maaf pada Allah. Tetapi pendapat lain pula kata sebab ia urusan yang melibatkan hak orang lain, maka untuk bayar balik hutang tu, boleh infaqkan atau sedekahkan duit atau barang yang sama nilai dengan hutang kita. Maknanya kalau tak tahu nilai hutang tu, cuba anggarkan. Berapa.
Wallahua'lam

saya faham tentang samak apbila besentuhan dgn binatang yg haram di sentuh, solan saya, boleh explain tak pasal samak peralatan dan area yg besentuhan dgn binatang tersebut? example alatan masak daging khinzir n rumah yg pernah diduduki anjing...n_n

Sama sahaja. 7 basuhan. 6 air mutlak dan satu air tanah di alat yang kena atau tempat yang kena. Wallahua'lam

bagaimana kaedah usul fiqh dpat menyelesaikan masalh hukum?

Usul fiqh bertindak balas dengan masalah yang menghasilkan hukum sebagai natijahnya.. Sebab kaedah usul fiqh adalab kaedah umum yang disimpulkan daripada himpunan kajian-kajian dan nusus dari Al-Quran dan sunnah dan disimpulkan jadi satu kaedah yang universal yang boleh digunakan dan diqiaskan untuk masalah yang serupa.
Situlah ia menyelesaikan masalah dan mengeluarkan hukum. Tu sebab ilmu usul fiqh adalah ilmu terakhir untuk dipelajari kerana ia memerlukan kemahiran hampir semua ilmu (lughah/alat/hadis/al-quran dan lain-lain) baru boleh memahami konteks masalah dan mengeluarkan hukum dan berijtihad.
Tapi semakin menyedihkan akhir zaman, mujtahid semakin berkurang, tetapi mujtahid jadian yang kadang asal usul fiqh juga tiada berani berfatwa dan berpendapat dalam laman sosial dan lain-lain.Allah.

View more

Apa yang abang buat bila result spm semakin hampir keluar ?

istiqamahkan amal yang kita buat waktu kita nak exam dan sedang exam. banyak orang tersilap bila menyangka habisnya exam maka habislah masa untuk beramal. hakikatnya amalan itu mesti diteruskan sehingga dapat result bahkan jikalau mampu sehingga mati. wallahua'lam

batal tak solat kalau angin keluar dari bahagian faraj sebab nabi prnah brsabda jangan keluar daripada solat jika engkau tidak mendengar atau menghidu bau kentut. lebih kurang macam tu la klau salah btulkan ya. jd prsoalannya mcm mna? batal tak?😕

memang ada dalam fiqh istilah kentut faraj. dan kentut faraj memang membatalkan wudhuk kerana keluarnya sesuatu daripada dua jalan (faraj depan dan belakang). cuma kamu sekarang ni was-was ya? kalau kamu was-was, jadikan yakin daripada was-was kamu. kalau betul kamu tak dengar bunyi, tak bau apa-apa, maka kamu tak terkentut pun tu. tu cuma mainan was-was dari syaitan. Adapun kalau sampai orang belakang pun bau dan dengar lagi bunyinya, maka itu bukan was-was syaitan dah tu, itu kamu yang buat-buat tak tahu! wallahua'lam

Assalam Akh..ana nk citer masalah ana ni.Ana rasa sangat gmntar nk ambik result spm ..ana takut x dapat spt apa yang djangkakan..apa rahsia doa dmkbulkan..share sikit..Dan doakanlah orang yang bertanya soalan ini dapt 11A+ in spm'15.thanks

wa'alaikumussalam. nak takut apa, kita dah buat yang habis baik yang kita mampu. jadi berserah dan berdoa sahajalah yang tinggal pada kita. jika Allah izinkan yang baik, maka kebaikanlah yang akan kita perolehi. rahsia doa dimakbulkan adalah rajinkan berdoa, terutama pada waktu mustajab berdoa. Insha Allah, amin. alaikum an-najah

كيف نعرف الجواب بعد صلاة الاستخارة؟

جوابه لا يسمع بأذاننا ولكن جوابه مثل تشعرالسكينة إذ تفعل أحد من الشيئي الذي تسأل الله ان يرشدك فيه. والجواب أيضا يجيئك بوسيلة الرؤية أو علامات أو إلهام وغير ذلك. والله أعلم

terangkan pasal istibra' lelaki n perempuan.

wallahua'lam. saya tak tahu apa beza dia istibra' untuk lelaki dan perempuan. istibra' cukup sekadar berdehem sahaja. adapun yang lain-lain macam lelaki, boleh tekan di bawah antara dua kemaluan tu, dan perempuan boleh tekan di ari-ari. itulah sekadar yang saya tahu. wallahua'lam
Liked by: MISS A

Assalamualaikum , nk tanya. kalau lah kita ada keinginan nak masuk hafazan utk pertandingan2 yg diadakan lpstu kita mmg target nk jd johan kebangsaan. pulun hafal semua surah....... then org kata nk baca quran ikhlas kan... akhi rasa perbuatan sy salah ke

wa'alaikumussalam. mana dia tahu kita tak ikhlas hafal al-quran? kalau tak ikhlas nak hafal quran, orang tak hafal al-quran lah. baca pun tidak. abaikan sahaja orang macam ni. kamu hafal sahaja Al-Quran, dan dalam masa sama selalu betulkan niat, aku hafal ni nak menang sebab nak nampakkan kebesaran orang yang hafal Al-Quran di mata semua umat Islam dan negara ni. maka tiada salahnya.
Liked by: husna MISS A didi

I dont get it. Couple is haram ? But how else are you going to know whether your partner is compatible with you, before marriage ?

thats why in Islam there is what we call 'merisik' or opposing the partner. This was recorded in Hadith of prophet pbuh when a companion asked Rasulullah that he wanted to know more about the girl he wants to marry. Then Rasulullah said, he should go and view the girl from her daily behaviour. Islam also teaches us to ask about our partner from her close friends and family regarding her attitude and so on.
So that's how Islam is :)

salam antara klu masuk masjid, khutbah dah start, solat apa lebih utama? tahiyatul masjid ke qabliah jumaat..? ada hadis kan...? bleh share.. ?

Wa'alaikumussalam. Tiada perbahasan mana lagi utama solat bila khutbah sudah bermula. Semua perbuatan adalah dilarang, semua solat adalah haram untuk didirikan melainkan solat tahiyatul masjid sahaja yang dibenarkan.
Ini berdasarkan suatu hadis di mana ada seorang sahabat nabi suruh berdiri dan solat dua rakaat (tahiyatul masjid) ana tak ingat matan dia macam mana, tapi kalau tak silap, mohon betulkan kalau silap, sahabat tu masuk dan terus nak duduk lalu nabi tegur untuk solat dua rakaat.
Mohon betulkan kalau salah. Afwan. Wallahua'lam
Liked by: H.M Human.

Aku kena bagi usrah, fokus kepada tajuk ibadah. Aku tak tahu nak bagitahu apa bab ibadah ni. boleh cdgkan tak? syukran

recap sahaja apa itu ibadah. Maksudnya dari segi tujuan ibadah dan kenapa perlunya beribadah. Dan pembahagian ibadah iaitu am dan khas. Kemudian ceritakan kelebihan ibadah Islam dengan ibadah agama lain.

kebiasaan hari hari saya baca tiga surah-al waqiah, yasin dan al mulk. tapi bila period, boleh ke teruskan baca Al Quran?

Boleh. Tapi niatkan dia jadi bacaan zikir dan bukan sentuh mushaf Al-Quran lah
Liked by: Rida`Hijau,�

Next

Language: English