@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

tp mcm mane nk mujahadah kawal cinta pada lelaki ?

Ana kurang arif ttg perempuan ni , sebab ana lelaki , tapi ana rasa sama je , lelaki ke perempuan .
Bagi ana , nak mula utk berhenti drpd benda2 canie adalah dgn berhenti dekat dgn org tu (lelaki yg tersebut) , berhenti dekat bukan maksud lari atau putus kawan , tapi maksudnya , jauhkan sejauh-jauhnya drpd perkara yg boleh buat kita bersembang dgn dia , atau kita cinta balik kat dia ..
Kalau dia mesej , yg x penting tak perlu balas , chat ke , apa ke , yg penting baru balas . Kalau dulu kita sukatanya khabar dia dekat kawan kita , skang , stopkan .atau cuba jauhkan semampu mungkin . Ini lah namanya mujahadah .
Mujahadah sakit ? Pahit ?
Mestilah pahit , sbb hujungnya manis :)

Boleh ke klu lelaki ajnabi kata 'uhibbuki fillah' pd seorg permpn ? wlaupun itu perkataan bhase arab

hakikatnya , tak boleh . Sebab , dalam Islam , matlamat tak pernah menghalalkan cara . Walau konon kita niat nak erat silaturrahim , ukhwah dll tapi cara kita tak kan pernah halalkan hubungan kita dgn mereka (hubungan yg melampau)

contoh kalau kite ragu2 mcm mane mukjizat bolh diberi pd para nabi. apa hukumnya jika kita meragui sejarah Islam ? dan mcm mana cara utk membuatkan kita yakin dan hilangkan perasaan ragu2 tentang Islam dlm diri kita ?

mukjizat ni adalah bukti ajaran yg dibawa nabi2 tdahulu . Setiap nabi ada mukjizat masing2 maka , setiap perkara yg dibawa mereka wajib di imani dan sbgai sorang beriman , kita perlu ambil iktibar dan ibrah dari mukjizat2 nabi .
Untuk yakin dalam Islam perlu pada ilmu . Kita mmg akan terus was2 kalau kita tak cari kebenarannya , maka , beranikan diri utk cari kbenaran dan tambah ilmu .

Related users

mcm mane nk berhenti cintakan lelaki ajnabi ? lagipun sy baru 14 tahun dan perasaan ni tak sepatutnya wujud dlm hati sy, lagi pun sy dpt perasan yg perasaan ni mcm datangkan kerugian pd sy, contohnya sy dh mule mls belajar dan anything else..

Saya cakap dengan awak satu fakta , kita tak boleh berhenti mencintai seorang , kerana cinta tu fitrah .
Tapi ingat , cinta tu boleh di kawal , jadi cadangan saya pertamanya , niat dalam hati .
Kalau benar kita sungguh nak kawal , maka kita kena mujahadah sikit . Bila nak kembali pada kita yg dulu , ingat balik apa kesan dia pada kita . Insha Allah semoga berjaya .
Liked by: Hazz Nad

kalau kite tengok film or drama confirm pelakon tak ttp aurat. kite yg tengok dosa tak ?

Ya , berdosa tengok . Makanya kita perlukan perubahan dlm pentadbiran kita . Ini kali lah !
Liked by: Nad

kalau kite ragu2 tentang sejarah Islam, apa hukumnya ? dan mcm mana untk membuatkan kita yakin ?

ragu-ragu ? Maknanya mcm mana tu ?
Kita tidak digalakkan berkongsi perkara yg kita tidak tahu , betul salahnya , asal usulnya , dalil dan tarafnya melainkan kita benar yakin dan untuk yakin , perlu pada ilmu .
Jadi belajar lah , tuntut lah ilmu sebanyaknya . Sahut sabda Rasulullah , "Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim (org Islam)"
Belajar la dgn guru yg mursyid :)

kalau masbuk dlm solat jemaat,, waktu tahyat akhir kena baca pa

Adakah yg dimaksudkan tu solat jumaat atau solat jemaah ?
Apa-apa pun , jawapan untuk keduanya sama :)
Bacaan nya ialah sehingga selawat ke atas nabi : Allahumma solli ala Muhammad , wa ala alihi muhammad , kemudian tunggu sehingga Imam selesai salam pertama , maka bangun dan tambah rakaat .
Kata Ustaz ana , Al-Fadhil Ustaz Syauqi , sunat utk kita menyambung bacaan tahiyyat akhir lengkap , sehingga "hamidun majid" tetapi sah solat jika baca smpai lepas selawat :)
Liked by: Cr! Syaza

Adakah manusia yang beragama Islam apabila tidak solat dan kita mengajak mereka solat dan mereka marah dan menolak serupa dengan manusia yang menolak ajaran Islam?

Tak serupa . Jauh martabat antara org yg fasiq dgn org kafir .
Kalau org Islam tetapi fasiq (sentiasa melakukan dosa) , dia masih dikira Islam , selagi mana dia tak melakukan perkara yg menafikan Islam dia , samada perbuatan , perkataan atau hati .
Berbeza dgn org yg kafir , kafir ni mmg tolak ajaran Islam dan smemangya terkeluar drpd Islam tu sendiri . Maka kita tak boleh suka2 hati kata kafir pada org yg tak solat , atau tak nak solat . Melainkan dia tolak solat , kata tak wajib dsb , yg tu baru betul kafir .
Ingat sabda baginda , mafhumnya , jika seorang muslim menuduh seorang muslim yg lain kafir , andai dia betul kafir , maka kafirlah dia tetapi andai dia tidak kafir , maka tuduhan (kafir) itu kan kembali kepada dia (si penuduh) .

Berkenaan Ustaz Fathul Bahri, apa pendapat enta tentang kata2 beliau. Adakah kata2 nya sering benar ataupun ada yang sesat? Emm lagi satu, betulkah dia seorang Ulama yg dikatakan 'Ulama Muda Umno' ?

Ana tak layak nak komen mana2 ustaz , cumanya , selagi kita nampak pendapat seseorang tu rasional dan logik serta bertepatan dengan nas , maka , takde masalah , tapi kalau kita nampak dah keburukan yang besar tapi seseorang ustaz tu cuba untuk bela , maka tu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk betulkan kesalahan dia dgn cara yg paling hikmah :)
Liked by: Fatihah Sahlan

pendapat enta tntg isu ustaz kazim keluar Pas?

Bagi ana , takde masalah sebab ya , memang ustaz kazim antara ulama tanah melayu dan sangat rugi pada PAS jika ustaz keluar tapi kadang2 ana rasa ada baiknya ustaz ke barisan , dan alhamdulillah ustaz diterima baik oleh org barisan dan kini menjadi MT . Jadi , harapnya apabila muncul ulama dalam kepimpinan mereka , mereka akan lebih terbuka utk menerima hidayah Allah dan mereka menerima nasihat dalam membina negara Islam yg berlandaskan syarak .
Kita doakan ustaz kazim dipermudahkan urusan membetulkan presiden UMNO dan lain2 nya .. Mudah2 mudahan daulah yg dimuliakan itu kembali menjadi realiti .
Tapi satu peringatan , saya tak berpihak pada mana2 , tapi sokong ustaz tak semestinya sokong parti yg dimasukinya , Wallahua'lam

Aiwah. Akhi merendah diri nampak -.- Hahaha.. Lepas dpt result Spm nnti, akhi nk sambung belajar kat mana?

IjatIN’s Profile PhotoIZZATNASIR™
Allah . Ana bukan rendah diri . Mmg dah rendah dah duduk kat sini :) gurau je . Tak pasti lagi la ...

Sadaqta! Dan perangai dia agak gila-gila juga. Dia punya trial Spm dpt bpe ye akhi?

tak tahu la . Tapi standard kat sini semua hebat2 je .... Ana je dhaif ...

Akhi Afif tu dulu pernah belajar kat sekolah ana di Putrajaya. Alhamdulillah lepas form 3 dia pindah ke Kisas sbb keputusan dia bagus (9A)

oh . Ana tahu tu . Dia sorang je 9A lelaki skolah dia .

"kamu adalah diri kamu tetapi , kamu boleh jadi orang lain" maksudnya ?

Sering kita dengar dari mulut org bahawa , "buat apa aku berubah ? Aku skrg ni lah aku , aku tak nak hipokrit . Aku yg sekarang ni adalah aku yg sbenar"
Suatu persoalan yg ingin ditimbulkan , apa maksudnya aku adalah aku ?
Kalau kita tak tutup aurat , lepastu kita dakwa , ini diri kita dan kita taknak berlakon atau hipokrit .. Nak tanya la , fitrah manusia tu apa ?
Manusia fitrahnya memerlukan pada Tuhan dan kalau perlu pada Tuhan , maka kena ikut apa Tuhan suruh , jauh apa tuhan larang . Jadi , fitrahnya kita adalah ikut suruhan Tuhan . Tutup aurat , tutuplah .memang kita hakikatnya adalah diri kita , tapi kita bukan tak boleh jadi yg lain . Kita bukan tak boleh berubah . Allah beri kita pilihan utk kita tentukan apa yg kita nak jadi dan tugas kita adalah memililh .
Maka berdoalah semoga Allah permudahkan kita untuk terus istiqamah berubah lillahi taala :)

View more

boleh terangkan maksud "sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah" ?

Kena dengar ayat tu smpai habis . 'Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah . Maksudnya , wanita solehah ni adalah sebaik-baik perhiasan drpd perhiasan yg lain iaitu wanita lain atau segala isi dunia ni . Quotes ni dituju pada lelaki , kerana isteri mereka mmg perhiasan mereka .
Liked by: Fatihah Sahlan

What are some of the first things you do in the morning?

Wake Up from bed Du'a
Tahajjud or Qiamullail *the prior*
Prepare for fajr prayer
Maksurat ^^
Liked by: Luqman

bagaimana nak elak dr terkena buatan org selain mengamalkan amalam2 dan surah2 terpilih ?

kalau ana , ana cadangkan amal maksurat .
Tahu maksurat ?
Maksurat ni satu himpunan zikir dan doa Rasulullah yg diamalkan pagi dan petang .
Ia disusun oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna Rahmatan Wasian' alaih . maksurat ni ada dua jenis , satu sughra dan satu lagi kubra . Untuk permulaan dan yg pling ringan , bacalah yg sughra . Kalau baca kubra pun takde masalah , yg penting jadikan amalan dan cuba istiqamahkan .
Insha Allah , fadhilahnya banyak .
Liked by: Nad

aurat dgn ayah tiri? seperti ayah biasa ke?

Sama mcm dgn ayah betul .Ya, spti ayah biasa . Sbb ayah tiri adalah haram dikahwini selama lamanya sbb persemendaan.

macam mana nak elakkan dr join skali dlam group gosip2 ni biase lah pompuan x lari dr semua ni ur opinion ?

kekuatan diri tu penting. Biasalah manusia , mmg suka buat benda yg Allah larang . Lagi di larang lagi di buat . Maka tu la sebabnya ada Nabi , ada hari pembalasan .
Kalau betul tak nak join group mengumpat , saya cadangkan , ingat hadis nabi , ayat quran ttg azab2 mengumpat . Bayangkan sakit dia mcm mana . Insha Allah , takut akan mengatasi keinginan kita nak mengumpat .
Liked by: Nad

Sementara tunggu Spm nak buat apa?

Isi perut dengan makan ,
Isi diri dengan ilmu ,
Hiasi badan dgn akhlak ,
Moga diri tak terlajak .
Liked by: Nad

Camane pulak kalau kita tegur tapi dia tak nak terima? Pastu akhirnya jadi mcm tk kawan sgt?

Firman Allah dlm Al-Quran :"Sesungghnya kau (Wahai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada org yg kau cintai tetapi Allah lah yg memberinya (hidayah) pada sesaiapa yang Ia kehendaki"

Next

Language: English