@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

macam mane nak buang? diorang still boleh tgk gambar kita walaupun unfollow emmmmm

insta tak leh privatekan account eh? atau privateka album jadi utk diri sendiri je. kalau boleh. buat lah gitu
Liked by: ai

ada lelaki masalahnya. apa hukumnya?

hukumnya erm, tak nak bagi hukum lah. rasa berdosa. bukan saya yg boleh bagi hukum. boleh bagi nasihat je. janganlah upload. janganlah upload. janganlah upload. kalau nak upload, buang follower lelaki.

Related users

solat sunat apa yang boleh dilakukan time qiam? boleh terangkan secara spesifik?

apa-apa solat boleh. sebab waktu tu waktu afdhal beribadah. tak nak solat, boleh baca Al-Quran, zikir, istighfar, selawat. hatta baca buku dengan niat ibadah pun boleh dikira sebagai ibadah.
wallahua'lam

kalau insta kita private kan untuk follower kita sahaja dan setiap gambar kita tu kita yakin in sha Allah semuanya menutup aurat dan di blurkan supaya tidak mudah muka kita dilihat ajnabi, apa hukumnya?

follower kamu ada lelaki? ke perempuan je semua. kalau perempuan je, takde masalah

Nak tanya sikit. Kalau ikhtilat dalam perbualan macam dlm fb ke or twitter itupun kena jaga ikhtilat ke? Ataupun dalam realiti je?

sama je. jaga ikhtilat ni di mana pun sama. sebab dia aplikasi. bila ikhtilat dijaga, diri akan terpelihara dari maksiat dan zina
Liked by: Ilham ai

salah ke upload gambar kita kat insta walaupun menutup aurat?

actually tak salah. nak upload boleh, tapi privatekan. dan jauhkan sikit kamera tu mana gambar yg nak buat profile picture insta tu.
tapi kalau kamu nak jadi solehah, contohilah isteri-isteri nabi, bila sahabat mintak riwayat hadis dan belajar dengan mereka, ada tabir antara mereka (sahabat dan isteri nabi).
mereka bertabir, takkan kamu tak boleh cuba sikit nak contohi mereka, tak perlulah smpai bertabir, cukuplah tak bagi orang dengan mudah tengok muka dan badan kamu.
bimbang zaman kita ini zaman fitnah. Nabi dah pesan suruh kita hati-hati. kalau isteri nabi yg solehah itu juga menjaga diri mereka sampai taraf itu, kita yg jauh dari zaman nabi ni, apatah lagi, kan ?

macam mana nak hindar dari suka , atau lebih pedas, zina hati ?

zina hati. perkataan hati yg disebut kan?
jadi solution dia mesti lah jugak berkait dengan hati. jadi jagalah hati tu. jangan banyak sgt buruk sangka ke orang, jangan mengumpat, cari aib orang, mengadu domba, jadi batu api ke orang.
dan bila dah bersih dari sifat-sifat mazmumah atas ni, isi lah dengan ilmu. kerana dengan ilmu kita akan mudah utk jaga diri. denga ilmu kita akan lebih takut Allah, dan dengan ilmu kita akan mudah rendah diri.
wallahua'lam

kalau ajnabi screenshot gambar kat insta and simpan? Apa hukumnya? Dan perempuan tu macam membiarkannya

salah siapa sekarang? hmm. siapa suruh upload masuk insta kan?
kalau dia dah screenshot, paksa lah dia suruh delete balik. kalau dia tak nak delete gak, nak buat cane. salah kita. doakan lah moga Allah gerak hati dia nak delete gambar tu.
tu sebab saya kata insta ni mengerikan

bacaan quran drpd siapa yg diminati?

bacaan Quran daripada hati dengan ikhlas dan faham maksud ayat tu. yg tak sedap pun akan jadi sedap
Liked by: Zorro Ed

Orang usrah memang kena kahwin dengan orang usrah ke?

tak semestinya, macam ana, bukan org usrah, tapi zaujah ana dah dimadukan pun dengan perjuangan.
gurau je. jgn amik serius. hehe
Liked by: Adawiyah. Ejim

Perlukah dilaksanakan Malam Cinta Rasul sehingga menelan belanja jutaan ringgit tapi awlawiyat seperti keperluan rakyat tak dipenuhi?

Kamu ni kan, betul lah.
Saya bagi kamu dua sisi pandangan, dan kamu pilih sendiri mana yg kamu rasa kamu setuju. Ni rasional ya.
1. Kamu pergi ke satu malam, yg mana di dalamnya dihiasi dengan majlis zikir dan selawat. dalamnya disisip bersama qasidah-qasidah dan madaih yg indah memuji dan menceritakan ttg Sayyiduna Rasulullah s.a.w. Kemudian juga didalam majlis itu diisi dengan tausiyyah dan perkongsian ilmu drpd para ulama.
Dalam masa yg sama berzikir mensyukuri nikmatnya dilahirkan Rasul untuk kita dan masa yg sama dgn ribuan orang yg hadir, mereka sama menadah tangan mendoakan dan mengaminkan rakyat malaysia mudahan terpelihara dari bala' dan wabak.
2. Kedua pula semua kos perbelanjaan untuk satu majlis ilmu, maulid, zikir dan selawat, kesemuanya dipotong kosnya dan diberikan kepada mereka yg terlibat dalam bencana alam yg sedang melanda ini. tanpa takdenya majlis ilmu. takdenya doa ramai-ramai. takdenya majlis zikir mensyukuri adanya Rasulullah.
Sini ana ada satu persoalan, kalau boleh jawab, tolong jawabkan.
1. Malaysia sebuah negara yg cukup besar dan ada wang utk kerajaan sendiri. Apakah Malaysia tiada peruntukkan wang untuk kegunaan bencana alam seperti ini. Jika ada, ke mana pergi wang itu. Dan untuk MCR dah ada mereka lancarkan tabung untuk mangsa banjir lagi,
dan yg menjadi persoalan besar sekarang, kerajaan pasti dah ada dlm bajet tahunan dia, tapi mana pergi duit tu.
Ok, ni pendapat peribadi ana, ana pada awalnya tak setuju juga diadakan majlis malam cinta rasul ini. sebab ana kira dia seakan mengalih tumpuan org pada mangsa banjir kepada MCR. dan mereka sgt memerlukan duit drpd mana-mana pun sebab mereka ditimpa musibah.
tapi bila ana kaji balik MCR, mereka buat tabung utk mangsa banjir, mereka ada slot doakan rakyat Malaysia, ana jadi fikir dua kali.
Bagi ana jika kita nak persoalkan kos membazir, majlis ilmu tiada yg membazir. tapi kalau yg kita boleh persoalkan adalah kos makanan VIP, kos tempat, kos penginapan VIP. ni antaranya lah. yg ini kalau mereka letak tinggi, ana bangkang majlis MCR ni sebab duit tu lebih diperlukan pada mereka yg ditimpa musibah. tapi kalau sederhana sahaja, ana sokong MCR diadakan. sebab katalah duit kita berjuta pun kita bagi pada pantai timur, kalau Allah pemegang kunci langit tidak izinkan hujan berhenti maka, takkan berhenti juga hujan. jadi yg paling kita perlu sekarang adalah doa. dan bila doa beramai, insha Allah ada dikalangan mereka auliya' yg dimaqbulkan doa dia oleh Allah.
Allahu mustaan.
Tu pandangan dan pendapat ana lah.

View more

oh contoh: orang tu depan kita dia baik, tapii orang cakap dia tu jahat. tapi orang tu tak buat pun jahat depan kita. so kalau kita pergi selidik nak cari tahu tentang kejahatan dia dikira tajassus?

sama ada dia jadi tabayyun atau dia jadi tajassus tu bergantung pada kamu.
kalau kamu nak tabayyun, kamu akan pergi pada dia dan tanya sendiri pada dia, adakah dia mcm yg kawan kamu kata. kalau tak, maka dah lah. dia dah mengaku tidak. jadi kamu yakinlah yg dia itu org yg baik, bahkan mungkin lebih baik dari kamu.
tapi kalau kamu tajassus, kamu tak pergi tanya dia , tapi kamu pergi intai dia, intai smpai nampak dia buat salah, lalu kamu hukum dia org jahat atas salah dia yg kamu nampak waktu kamu intai dia. jadi lah tajassus.
tapi kalau kamu pergi intai dia dan kamu nampak dia buat baik, maka kamu pun sangka baik dengan dia bahawa dia org baik, maka ni bukan tajassus.
wallahua'lam
Liked by: حنة TaufiqYusri

Next

Language: English