@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

klau ad pompuan ni nk potong rmbut atas pd bhu (kiranya pendek gila lahh) sbb rimas rmbut pnjg cmne? dosa tk?

takpe , selagi tak nampak seperti lelaki . hikmah prempuan disuruh brambut panjang adalah utk membezakannya drpd lelaki dan ada kajian mgatakan prempuan yg rambut pendek mcm lelaki , dia akan ada sedikit style mcm lelaki . jadi nak jaga ciri-ciri dan keizzahan seorang perempuan maka dibuat begitu , dibiarkan panjang rambutnya .
yang penting kamu tidak dedahkan rambut pada bukan mahram .
wallahua'lam

Related users

Duit ah long ni dari hasil yg haram kan? So kalau kita pinjam, tp kita bayar balik. Dikira duit yg kita guna beli baju ke, ape ke tetap haram jugak ke even dh bayar?

kalau kamu tak tahu dia tu ah long dan kamu pinjam duit itu dengan meletakkan sangka baik yg duit itu duit halal tak jadi masalah . asalkan dgn syarat cara kamu dapat duit dgn ah long tu adalah cara yg dibenarkan dlm Islam .
tetapi andai kamu dah tahu syarikat ni ah long , ceti dsbnya ...
maka kamu nak tak nak kena jauhkan diri kamu drpd pinjam dari ah long tsebut .
dan duit-duit ah long itu samada syubhah atau haram .
dan jika kamu sgt menjaga diri dri benda yg haram dan syubhah ,
elakkan sejauh-jauhnya drpd pinjam dgn ah long
wallahua'lam
Liked by: Oyo

Salam, adakah zina hati sama dosa seperti berzina (bersetubuh dgn bkn muhrim)

wallahua'lam .
urusan dosa pahala dan nilainya itu milik Allah .
jika ada disebut dlm hadis dan Al-Quran maka boleh disebut .
tetapi soal ini , Allah lebih mengetahui
Liked by: Oyo

Apa pendapat orang yang ambil adik/kakak/abang angkat yang lain jantina??

tak perlulah ambil adik/abang/kakak angkat ni .
kamu punyai adik/abang/kakak yg betul , adakah hubungan kamu dgn mereka dah cukup baik smpai nak tambah lgi adik/abang/kakak baru hmm ?
ini semua permainan syaitan nak tambah dosa kita
saja je syaitan main-mainkan kita ,
first-first berangkat2 , lama-lama crush then couple ,
pastu smpai satu masa zina , kemudian myesal tak sudah .
naudzubillah

selama ana kacau akhi ismail ni, ismail ada terasa ngn ana? ana insan yang menaruh hati pd akhi hri tu. ana hanya ingin tahu , sbb td ana trbaca answer yang dosa kacau orng kalau dia sakit hati.

jika ana ada terasa hati pun , ana dah maafkan kamu dan anon-anon serta semua org yg pernah buat ana sakit hati . cuma nasihatnya , jgn buat lagi bgitu :)
Liked by: Anna Stasia

What's your favorite thing about being a Muslim?

everyday i can live my life in a peace and harmony life .
no worries and haters bcause i know that my religion , Islam is the best religion
that when once you try to acknowledge it ,
you will find out peace dropping out slowly into your mind and conscience .
the best religion ever exist on earth
Liked by: robotsejati.

andaikan pd suatu hari enta termkn sbiji buah epal milik ssorg yg x dketahui..lalu pasti enta ingin meminta halal bkan??tetapi enta dsuruh menikah dgn anak tuan pemilik buah epal itu..sdgkan anaknya cacat..lumpuh dan x mampu mnguruskan diri..adakah enta sanggup?? ^^

ana tak pasti lagi ana mcm mana .
Allahu Akbar .
kisah yg kamu tanyakan ini kisahnya pemuda yg kemudian berkahwin dgn anak yg kononnya dikhabarkan cacat , rupanya sgt sempurna .
dia buta sbb tak pernah lihat maksiat
dia pekak sbb tak pernah dengar umpatan dan fitnah
dia bisu sbb tak pernah berkata yg kotor kecuali katanya zikir
dan drpd cantuman dua benih yg sgt baik ini ,
maka lahirlah sayyidul auliya'
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani :)
masha Allahu kana ,
wa ma lam yasya' lam yakun ,
wa la haula wala kuwwata illa billahil aliyyil azim .

tpikan..kita dah pkai menutup aurat tpi salah kita ker klau sume org nak tngok kita..x kesah la pkai shawl ker tdung labuh ker..mcm mner yer..

dah pakai tutup aurat tu , kena check dulu dah sempurna belum , drpd segi tutup dada , tak jarang baju kamu , tak nampak warna kulit kamu , tak nampak lengan dll . jika semua dah sempurna , lelaki masih kacau dll . itu salah lelaki itu , sebab tidak tundukkan pandangan . kamu sudah terlepas dalam tanggungjawab sitrul aurah kamu :)

akhi...saya rasa saya dh tutup aurat saya dengan sempurna, tetapi hari tu, ada lelaki dok ngurat2 saya phewet2 segala. adakah saya berdosa?

jangan rasa je , pastikan kamu betul-betul dah tutup dgn sempurna . kalau begitu masih ada lelaki phewet-phewet dan kacau kamu , itu bukan salah kamu dan kalau dia naik syahwat juga bukan salah kamu tpi salah lelaki tu sbb tak reti kawal nafsu dan tundukkan pandangan (ghadul basar)
wallahua'lam

ohh kena mintak macam doa ja lah kan? terima kasih banyak banyak akhi. maaf ganggu malam malam. selamat malam. assalamualaikum :)

naam . wa'alaikumussalam . sama-sama
Liked by: Shhhh

macam mana nak buat istikarah? 2 rakaat dan bila saya perlu meminta untuk ditunjukan tu?

2 rakaat boleh . lebih pun boleh .
sewaktu sujud terakhir adalah yg terbaik .
waktu doa juga boleh
wallahua'lam
Liked by: Anna Stasia Q Aisah :)

syukran akhi. lagi satu, istikharah kalau nak minta benda yang umum dan bukan antara dua boleh tak? contoh nya apa yang saya patut lakukan dan bukan nya saya patut buat itu atau ini.

boleh .

ya Akhi, apakah yg dimaksudkan dengan ayat ini --> 'apa-apa yang dengan ia sempurna sesuatu yg wajib , maka ia (perkara yg tak wajib tsbut) menjadi wajib.

ini adalah kaedah fiqh yang dicetuskan drpd usul fiqh .
baik , gini .
ulama guna kaedah ni utk menyatakan hukum wudhuk untuk solat
hukum asal wudhuk adalah sunnat
tetapi apabila masuk waktu solat dan hendak solat ,
wudhuk menjadi wajib
kerana dengan wudhuk sempurna kewajipan iaitu solat maka wudhuk jadi wajib .
harap faham
wallahua'lam

akhi..saya berminat la nk pkaishawl..tpi masalahnyer..klau pkai blakang nye..pendek la..abis xleh pkai la yer..walau dpn dah tutup??

begini sebenarnya .
enti kena faham apa itu konsep tutup aurat dan apa ertinya menutup aurat dengan 'sempurna'
aurat tu yang wajib ditutup .
dalam mazhab kita , Mazhab Imam Asy-Syafi'e
aurat wanita adalah semua kecuali muka dan tapak tangannya .
maka , asal kamu tutup aurat kamu ,
walau kamu lilit seluruh badan dengan sehelai tisu tandas pun ,
asalkan warna kulit kamu tidak nampak ,
itu sudah dikira tutup aurat sudah .
persoalan sekarang ,
apakah jika kamu keluar rumah dengan memakai tisu sehelai yang menutup seluruh badan kamu itu tidak menimbulkan syahwat dan fitnah pada kamu ,
itu persoalannya .
kamu keluar rumah begitu ,
kemudian kamu lalu dihadapan lelaki ,
kamu tidak berdosa kerana kamu tidak menutup aurat ,
tetapi kamu berdosa kerana mendedahkan diri kamu pada fitnah
iaitu dengan membiarkan diri kamu berpakaian sebegitu .
jadi shawl atau pashmina dll ni sebenarnya bukan satu isu .
Islam tidak membataskan ummatnya sehingga tidak boleh berfesyen
berfesyen itu boleh tetapi bersandaran dan berbatas
ana rasa ada sahaja shawl atau pashmina yang panjang ,
dan ada sahaja akhawat sahabat-sahabat ana yang pakai .
tetapi sebelum pakai shawl , minta dilihat pada aspek sempurna nya tutup aurat tu .
sebab , kaedah fiqh menetapkan : 'apa-apa yang dengan ia sempurna sesuatu yg wajib , maka ia (perkara yg tak wajib tsbut) menjadi wajib
jadi , yang sempurna kamu tutup aurat adalah apabila ia menutup dada kamu ,
tidak ketat , tidak nampakkan warna kulit , tak nampakkan bentuk badan
maka yang ini semua wajib utk sempurnakan perintah tutup aurat
dan utk sempurnakan yang atas ni (tutup dada , tak ketat dsbnya)
maka perlu dilihat kriteria shawl/pashmina kamu .
adakah ia melebihi bahu kamu , kerana shawl yang kurang dari bahu ianya akan menampakkan dada kamu dari tepi . maka kena lebih bahu dan kalau mampu utk sempurna betul , lebihkan sehingga hampir setengah pada kawasan lengan sebelum siku kamu , yang ni yang terbaik .
kemudian depannya ,
pastikan ia menutup dada kamu dgn sempurna
keseluruhan dada bukan setengah , separuh atau tiga suku sahaja .
kemudian belakang ,
mesti tidak menampakkan leher atau tengkuk kamu
dan yang sempurnanya dilebihkan .
yang terbaik adalah jika ditiup angin juga tidak kelihatan leher kamu .
jika dilihat dari semua aspek ini
dan kamu lepas , maka silakan pakai shawlnya .
yang menjadi masalah adalah apabila muslimat terlalu ghairah ingin mengikut trend dan lain-lain
tetapi tidak sedar fesyennya membawa dirinya pada fitnah
bukannya kepada Allah .
nak tahu shawl macam mana nak beli yang labuh jenis dll ,
jangan tanya ana sebab ana lelaki .
tanya ukhti-ukhti dlm ask ni , diorang beli kat mana dll .
wa afwan ala kullia hal .
wallahua'lam

View more

Next

Language: English