@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

perempuan pakai seluar ketat tapi baju labuh paras punggung. bolehkah?

sure ke sluar ketat hanya ketat dipunggung je tak ketat di kaki juga ? dan boleh jamin ke tak terselak baju labuh tu dan takde lelaki yg nampak punggung waktu terselak tu ?
dalam Islam ada satu kaedah syarak yg ulama sepakat guna iaitu sadduz zarai'k . saddu zara'ik ni adalah menutup lubang2 kemungkaran dgn mengharamkan perkara harus yg boleh membawa pada perkara yg haram
dalam isu seluar ketat tpi baju labuh ni , lebih baik kita gunakan cara selamat iaitu mengelakkan diri drpd memakai seluar ketat walau baju labuh .
Liked by: muslimnadzri Haura'

Adakah relevan untuk post "Salam tahajud"? Kamu nk bagi tau semua org yg kamu bangun qiam ke? Lagi pun siapa je pun yg bangun waktu tu... Tak takut timbul riak ke?

tidak . bukan tujuan saya nak riak dll . waktu tu ada lagi ramai saudara2 di FB saya yg masih berjaga . maka saya postkan status itu utk berkias yg mereka patutu tidur kerana ada org dah bangun tahajjud tpi mereka tidur pun belum . lagipun , sahabat2 saya yg kebanyakannya pelajar Kisas mmg melazimi amalan tahajud dan saya yakin ramai sudah yg bangun bertahajud dan kami mmg saling mengingati dlm amalan dan itu bukannya untuk menunjuk ttpi utk saling mengingati kerana manusia itu sifatnya selalu lupa .
wallahua'lam

nak solat jamak dan qasar kena tak lebih tiga hari tinggal kat situ kan? Macam mana kalau dia tiga hari dekat kemamam dan tiga hari dekat terengganu? boleh? maaf kalau salah betulkan eah :)

kemaman bukan kat terengganu ke ? bolehlah . selagi mana dia tidak berniat utk menetap di kemaman atau terengganu dan dua2 lebih 2 marhalah dari tempat dia mastautin (rumah asal dia) .
Liked by: Haura'

Related users

Ulama' jumhur tu macam mana ?

ulama jumhur itu bermaksud ulama yg majoriti dgn pendapat yg sama atau berlainan pada lafaz tetapi sama pada maksud mereka .
Liked by: Haura'

saya baca semua jawapan2 akhi.. jadi didalam islam kita tetap boleh b'kawan dengan orang2 syiah bukan? kita tidak ada hak untuk mengapa apakan mereka bukan? kerana dalam islam yang benar tidak mengajar untuk b'musuhan sesama agama nya..:)

ya . betul . kita boleh berkawan dgn mereka walau mereka syiah bahkan walau mereka kafir . tetapi , sekiranya keluar arahan drpd pemerintah yg adil utk kita perangi mereka atau fatwa mengajak kita berjihad menentang dia , walaupun dia kawan kita , kita tak boleh ingkar arahan pemerintah yg adil dan mufti kita kerana mereka lebih mgetahui ijtihad mreka . misal kita kawan dgn ayah pin dan keluar arahan utk tangkap ayah pin , maka kita tak boleh belas kasihan dan biarkan dia lepas . kita perlu tangkap dia macam mana sekali pun . wallahua'lam
Liked by: Haura'

ana bru 18. tp ana skrg rasa takut dgan suasana luar yg bkal ana tempuh. ana cuba tiap tiap hari untk mndkatkan diri dgan Allah. ana takut, ana akan lupa pada landasanya dgan trpengaruh dgan pgaruh luar. kalau dlu, d sekolah mudah plajari agama dgan ustaz. mohon nasihat ?

enti boleh ask ana esok pagi tak ? ana kena tidur sekarang sebab ana takut jadual harian ana terganggu esok . asif . tanya malam esok ya . asiffffff sangat2 .

syukran atas penjelasan. tetapi, ada yg mgatakan bhawa jangan brkawan dgan golongan tarikat dan sufi. kerana mereka sesat lagi menyesatkan. dan mereja juga memberi jawapan dgan mgatkan ikut sahajalah nabi muhammad, krana beliau merupak teladan yg tladan yang baik. mhon penjelasan.

afwan . tiada larangan dalam hadis untuk berkawan dengan orang baik , bahkan para sahabat sendiri berkawan dan menjalin ukhwah sesama mereka kerana mereka semuanya org baik-baik bahkan sahabat sangat memuliakan antara satu sama lain . begitu juga Rasulullah , Rasulullah tak memilih sahabat sedangkan baginda dari golongana bangsawan arab , beliau tetap berkawan dengan sesiapa sahaja yang ingin menjadikan beliau kawan , walaupun orang kafir .
sedang Rasulullah begitu , orang kafir juga baginda kawan , inikan kawan kita sesama Islam . tak semestinya berlainan pendapat kita tak payah kawan dengan dia . kita mungkin berbeza pada suatu segi tapi kita pasti ada persamaan pada segi yg lain . kita juga ada akal utk menilai yang mana baik dan buruk untuk diri kita .kurangkan perbezaan dan lebihkan persamaan , itu prinsip dgn org yg tidak sama pendapat dgn kita .
tapi terkadang ana juga alpa dgn benda ni . tapi syukran sdarkan ana :')

View more

SubhanAllah, ana sendiri terlalu cetek ilmu. InshaAllah, Allah menjaga kita daripada menyimpang jauh daripada agamaNya dan berkata-kata tanpa mendalami ilmuNya. InshaAllah akhi, doakan ana yang sama :))

Ieyka_Faeza’s Profile PhotoD.
Allahu , jadikan kami orang yang terus istiqamah meletakkan Islam pada martabatnya yang tertinggi . jadikan semua da'ie di muka bumi ini terus thabat dalam perjuangan menegakkan akidah dah fikrah Islam pada ummat nabiMu ya Allah . juga jadikanlah kami terhindar dari segala fitnah dunia kerana kami tahu dunia ini sementara dan bukan yang kami buru itu dunia melainkan cintaMu ya Allah . kami tak harapkan harta dan pangkat , hindari kami dari mengejar ia sebagai nombor satu dalam hidup kami , tetapi apa yang kami harapkan adalah Redha-Mu . manusia menilai dan sebaik-baik penilai adalah Kau dan nilailah segala usaha dan amalan kami Ya Allah . Allahumma Amin :)
Liked by: FaizNurDeen Haura' D.

trima kash atas pnjelasan. ana berasa lega sdkit. ana ada satu soalan lg jikalau tanpa kelewatan. tariqat dikatakan sesat? benarkah?

enti bertanya seolah enti mengetahui apa itu tariqat , maka ana terus pada point la .
bergantung pada pembawanya atau orang/golongan amalan kumpulan tu .
hakikatnya , mereka berlainan pada cara mereka tetapi matlamatnya adalah sama , nak capai makrifat (kenal) Allah . maka ada cara yg benar dan ada cara yg salah . kita menilainya dgn akal kita . jika ada syirik dan khurafat , jauhkanlah daripada tariqat itu . berdoa pada Allah mudah-mudahan Allah lorongkan pada tariqat dan hakikat serta mencapai makrfatNya di atas landasan yg sahih .
mulut-mulut durjana yang mengatakan ahli sufi tu ahli bida'ah dan sesat itu mmg takkan boleh ditutup .
jika org buat bid'ah dan bid'ah itu nabi kata dalam hadis sahih , ia membawa pada kesesatan dan ada tambahan pada riwayat dalam sunan lain menambah kesesatan itu membawa kepada neraka , masakan orang sesat mahu pergi neraka berakhlak sangat baik ? bahkan lebih mulia drpd yg dok fitnah org bid'ah sana , kafir situ , ini sesat , ahlul bida'ah . adat lazim org jahat berakhlak jahat . sangat asing org yg jahat tapi akhlaknya baik , melainkan org yg menuduh sendiri tidak mencermin muka dia .
muhasabah diri .
then dah rasa diri tu betul , baca ask ana ,
nak panggil ahlul bid'ah , sila ...

View more

Assalamualaikum. Syukran lillah share video pasal zikir kononnya syirik tu, terkejut dengar.. SubhanAllah, semoga terhindar daripada mengeluarkan kata-kata berdasarkan pengetahuan yang tidak merangkumi kebijaksaan berfikir. Teruskan dakwah ya akhi :))

Ieyka_Faeza’s Profile PhotoD.
wa'alaikumussalam . ana cetek ilmunya . asif andai ana salah dan ana tahu mmg banyak salah . doakan ana .

sy dah tgk vid tu. tp mereka membidas blik dgan mgatakan zikir itu tdak dsandarkan zikir nabi yg mgharapkan blasan syurga

ana sebenarnya takut utk berhujah disini kerana ilmu ana tersangatlah ceteknya .
maka ana menyampaikan pesanan yang Nabi S.A.W pesan pada kita ummat Islam akhir zaman , yg memang dah confirm akan berlaku banyak fitnah yang besar dan mudah-mudahan kita sentiasa kukuh dalam pegangan aqidah kita pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sahih .
mafhumnya :
"Aku pusakakan pada kamu dua perkara yang mana jika kamu pegang dgn kuat ianya maka kamu tidak akan sesat dengan izin Allah ; Al-Quran dan ahli keluargaku"
dan adapun banyak syarahan pada hadis ini , dan ianya juga menjadi sandaran syiah dll , tetapi ana ingin sampaikan bahawa , ahli keluarga Rasulullah S.A.W. ini sangat besar kemuliaannya . siapa kata ahli keluarga nabi smuanya baik2 . ada sahaja yg tersimpang drpd Islam . tetapi , kata ulama dan kita peganglah pada ini , "ahli keluarga Rasulullah ini walaupun sekiranya hidupnya teruk , akhir sekali dia pasti akan berubah dan dia akan mati dalam husnul khatimah"
ya . ini bukan dalil qati' yang boleh dijadikan hujah . tapi yakinlah , ulama itu org yg berilmu dan org berilmu yang amil (yang beramal dengan ilmunya) sangat memahami disiplin ilmu dan sangatlah mustahil mereka mengkhianati akan ilmu yang mereka pelajari dan mereka sampaikan . walaupun mustahil itu bukan mustahil yg hakikat , tetapi ia mustahil yg mendatang .
berlepaslah kita daripada golongan yang sedikit dan bersatulah kita dengan golongan yang besar . ini peringatan nabi , kerana golongan yang besar itu jika ia berpakat pada kemungkaran dan penipuan ,itu sangatlah sukar untuk diterima akal , tetapi lazimnya , golongan yg kecil inilah yg membawa kemungkaran .
gigitlah sunnah nabimu dan para sahabat serta ulama-ulama yang mengikutinya dengan gigi geraham dan tinggalkanlah segala yang syirik , khurafat dan bid'ah yang ternyata membawa pada kesesatan yang nyata .
taraji' atau mengharap itu perlu dalam berdoa . juga perlu ada dalam berdoa adalah memuji2 kebesaran Allah dan menghinakan diri sehina-hinanya pada Allah . maka itulah yg dilakukan imam syafie , lalu datang golongan yg kecil ini lalu mengatakan ia sesat , syirik dan bid'ah ? turunnya kitab yang ditulis oleh ulama yg sgt faham disiplin ilmu lebih dari kita itu adalah sanadnya . tak semestinya perlu ada rantai sanad depan mata baru nak percaya . ulama belajar dan bersambung sanad pada guru mereka , dan itulah sanadnya dan zikir ini dipuji oleh ramai ulama besar sezamannya . tiba2 kita datang kata ia sesat ? renung akhlak kita . mengaku mengikut salaf tapi tak husnudzhon dgn ulama bahkan merasa diri lebih hebat ? muhasabah

View more

InsyaAllah betul kut, takpe esok ana tanya cg ana betul ke dokk jawapan tu,kalau betul nnti ana ask akhi esok :) apa2 pun syukran ja zillan ya akhi :) hehe betulkn bahasa arab tu?

betul . afwan . tanya yg lagi arif . ramai saudara2 ana yg lagi hebat .

Tolong ana jawab addmaths boleh? ni soalan dia, g(x)=4-3x dan fg(x)=2-6x. syukran sgt2 ya akhi :')

uish ,
banyak2 soalan , add math yg keluar .
tak mahir sgt ,tapi boleh insha Allah .
g(x)=4-3x
masukkan dalam fg(x)
akan dapat
f(4-3x)
2-6(4-3x)
simplify
2-24+18x
18x-22
f(x)= 18x-22 ?
betul ?

Pening kepala ana ni kalau hujah dengan wahabi. Ada saja hujah dia. Semuanya dibid'ahkan -.-

KupuKupuTido’s Profile PhotoPU Alif
haha :D tu sebab ulama tak selalu bincang pasal wahabi , lagi2 depan org awam akh . sebab diorang tahu , wahabi ada dalil mereka ,ada ulama mereka , ada kitab rujukan mereka , ada 'pennilai hadis' mereka dan mereka ada hujah mereka sendiri . maka ulama ramai yang nampak sia-sia berhujah dgn wahabi ni , macam tepuk sebelah tangan , tak bunyi .
cuma andai kita nak berhujah , hujah dengan ilmu , dengan hikmah . kita bukan nak cari sapa menang dan sapa kalah . kita dah tahu dah siapa yg betul siapa yg salah , tapi kita nak orang yg luar dari kelompok kita ni nampak rasional hujah kita melebihi hujahnya wahabi ni . biar mereka menilai kebenaran akidah yg sebenar dengan hujah2 aqli dan naqli .
nak hujah , teruskan tapi pastikan hikmah itu besar dan mudah ditemui madu' kita .
dan sentiasa tawasul minta pertolongan daripada Allah . mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita dan Allah buka pintu hati madu' kita kesemuanya .
ana silent reader , apa ana mampu ana bantu la akh ;)

View more

saya nak tanya.. bole tak kita solat berdiri je? maksud saya ibu yang mengandung, beliau tak larat untuk rukuk sujud dan bangun semula?? jadi bole ke beliau solat secara berdiri sahaja?? syukran.

jika mampu duduk atas kerusi , maka duduklah atas kerusi .
tapi andai memang tidak mampu , tiada masalah . yg penting dibaca solatnya .
betulkan ana jika salah .
nak lebih faham , tanya yg lebih alim ttg fiqh wanita ni ,
boleh ask Ustazah @Izzahalfaroqiah
Liked by: Yayaaa

Enta nk ckp wahabi tu kafir kahh? *juz nk tau.

bukan taraf ana untuk mentakfir (menuduh orang atau puak itu kafir) .
cuma kita berpegang pada ulama kita ASWJ .
selagi mana mereka tak menikam umat Islam di Malaysia ini .
selagi mana mereka tak bunuh sesama muslim di Malaysia ini .
selagi mana tak zahir mereka kufur dan syirik pada Allah .
selagi mana mereka tak zahirkan mereka tak percaya dgn mana2 rukun iman
selagi mana mereka tidak mencela hukum-hukum Allah
selagi mana mereka tak zahirkan mereka memusuhi islam .
kita tak boleh nak melabel mereka kafir .
ingat Hadis Rasulullah , amaran keras pada mereka yg suka kafir mengkafir ni :
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

nauzubillahminzalik! semoga terhindar dp buat bnda2 pelik mcm tu :'( sya pula nasib baik tertanya enta pasal bnde nie. klau x smpai bile2 xtau.

alhamdulillah
Liked by: Yayaaa

Next

Language: English