@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

mana satu yang najis mana satu yang tak najis mana satu yang kena mandi mana satu yang takpayah mandi konfiuss la

Semua yang kamu sebut najis. Melainkan keputihan diluar (sebab hukumnya hukum peluh, bukan yang keluar daripada dalam badan) dan mani bukan najis.
Semua tak payah mandi wajib melainkan haid dan keluar mani.
Wallahua'lam.
Liked by: Adawiyah. Si bijak

macam mana nak bezakan itu keputihan dari dalam ke dari luar ke itu air mazi ke air mani ke darah haid lagi ke

Mudah Insha Allah. Sebab ulama kita dah letakkan dhawabit atau tanda-tanda nak tahu apa dan apa.
Kalau keputihan dari dalam atau luar. Keputihan dari luar adalah asalnya daripada peluh. Dan dia berlaku diluar faraj. Maka keputihan dari luar ni tak najis pun. Sah bawak solat.
Adapun kalau keputihan dari dalam faraj. Yang ni yang ada details sikit. Seingat saya ianya pekat dan busuk baunya. Wallahua'lam. Kalau ada akhawat yang tahu boleh tolong tambahkan.
Adapun mazi, mazi adalah air yang keluar atas sebab syahwat. Dia lebih kurang macam air mani cuma dia cair sikit pada warna.
Air mani pulak, warnanya pekat. Dia berbau macam putih telur, dan dia keluar pada kemuncak syahwat.
Haidh pulak adalah darah semulajadi wanita yang keluar pada waktu khusus yang menandakan kesihatan seorang wanita. yang minimum keluarnya adalah satu hari satu malam (24 jam) dan maksimumnya adalah 15 hari 15 malam.
Dan dhawabit haid dari segi warna-warna, pekat tak pekat, boleh beza ke tak boleh beza itu boleh rujuk para ulama dan kitab-kitab besar. Bab nilah yang membuatkan haid adalah cabang fiqh yang paling sukar nak dipelajari.
Wallahua'lam.

View more

Liked by: Adawiyah. Si bijak

Nasihat budak espiyem sedas

Setiap masa yang kita lalui dalam hidup ini cuma sekali. Maka jangan sibukkan diri kita untuk masa muda kita ini melainkan dengan ilmu.
Itu yang kerap kali saya dengar dari mulut para masyaikh,
”لا تخطر بالك إلا في العلم“
لا تشغل نفسك إلا في العلم“
Dan kalimah lain seumpama itu. Yang bermaksud, jangan sibukkan minda kamu dengan selain ilmu. Jangan sibukkan diri kamu melainkan pada ilmu dan lain-lain.
Maka saya pesan ke diri saya dan diri kita semua, jangan sibukkan diri kita melainkan dengan ilmu. Tak kisahlah ilmu dunia mahupun ilmu agama. Apa-apa ilmu juga, sibukkan diri dengannya, bukan dengan benda lain.
Kata Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari حفظه الله تعالى: “yang berlaku di zaman ini, ini bukan zaman kamu. Ini zaman aku. Apa-apa isu dan masalah yang berlaku, aku orangnya yang akan menjawab masalah zaman aku ini. Belum tiba zaman kamu. Tapi kamu itu, zaman kamu akan datang selepasku, dan ketika zaman kamu itu, kamulah orangnya yang akan menyelesaikan masalah di zamanmu. Maka jangan sibukkan diri kamu dengan perkara yang belum sampai masanya untuk kamu sibuk dengannya.”
Lebih kurang begitu yang saya dengar daripada sahabat saya yang menyampaikan kalam itu daripada Syeikh Usamah.
Semoga berjaya. Alaikum tawfiq.

View more

Related users

APA MAKSUD REZEKI YANG BERKAT ?

Berkat atau barakah datang dari bahasa arab. Ianya Masdar yang membawa maksud الزيادة على الخير iaitu bertambah dalam kebaikan.
Maka hadis baginda صلى الله عليه وسلم maksudnya: setiap amalan yang tidak dimulai atau didahulukan dengan bismillah maka ianya terpotong iaitu terputus keberkatannya. Berkat disini adalah bertambah dalam kebaikan.
Ada ulama yang letakkan maksud berkat ini pada berterusan dalam kebaikan.
Dan kalau dimaksudkan rezeki yang berkat atau barakah, iaitu ianya bukan semestinya rezeki yang banyak. Tetapi ianya adalah kadang tak banyak tetapi pemilik rezeki yang barakah ini sentiasa berada dalam kebaikan. Hidupnya bahagia. Tenang walaupun bukan berada. Bukan orang kaya tetapi hidupnya mudah segala urusannya.
Wallahua'lam

Boyy. .klu ade baby tu.. mak dye dh mninggal.. so.. bole x kakak dye susukan

Saya tanyakan soalan ini kepada guru feqah dan usul fiqh saya, Fadhilatus Syeikh Sayyid Syaltut حفظه الله تعالى berkenaan masalah ini tadi. Beliau menjawab tiada masalah untuk saudara kandungnya menyusukan saudaranya sendiri.
Cuma kata Syeikh, suami pada kakak dia itu (yang menyusukan dia) akan jadi bapa susuan dia. Maka mereka adalah mahram dan tak boleh berkahwin.
Adapun kakak yang menyusukan dia, akan jatuh dua keharaman (haram daripada kahwin atas dua sebab) pada si adik ini, satu adalah sebab nasab: kerana itu adik beradik kandung dia, dan kedua adalah sebab rodaah (susuan) iaitu mak susu tidak boleh berkahwin dengan anak susunya.
Begitulah jawapan ringkas daripada beliau. Wallahua'lam.

Assalamualikum Boleh tak cadangkan kitab bagi nahu, sarof , ulum hadith bagi untuk peringkat mubtadi' ?

wa'alaikumussalam.
yang saya sampaikan ini adalah yang dicadangkan para masyaikh untuk mubtadiin. untuk nahu saya cadangkan kitab matn ajrumiyyah atau nahu wadih. dua kitab yang mudah dan merangkumi perbahasan ilmu nahu secara kasar dan amnya,
untuk sorf, boleh cari kitab matn bina' atau di azhar diajarkan fan zorf fi ilm sorf.
untuk ulum hadis, kamu boleh mula dengan baiquniyyah dan syarahnya. atau ke nukhbatul fikar dan syarah ibn hajar, nuzhatun nazor ala nukhbatul fikar.
insha Allah. wallahualam
Liked by: frydx Adawiyah.

salam. Apa beza مخلِص dan مخلَص ?

Waalaikumussalam, مخلِص (dengan kasrah pada lam) adalah isim fa'il (اسم الفاعل) pada خلص yang kalau kita terjemah mungkin boleh jadi maksudnya orang yang ikhlas.
Manakala مخلَص (dengan fathah pada lam) adalah isim maful (اسم المفعول) yang kalau tukar bahasa melayunya mungkin yang menerima keikhlasan gitu...
Wallahua'lam.

عندي سؤال يا أخي.. إنني امرأة وكيف لو أحب أحد رجل وهو لا يعرف... لكن خلاص انتظرت مدة طويلة لكي هو يبدأ .. أولا.. بس أريد علامة ثابتة، لكن حتى الآن هو ما يبدأ. هل أستمر في الانتظار أو أقف؟ والله تعبان ☹

كيف عليه أن يبدأ لأنه لم يعرف حبكِ أصلا؟!
عليكِ أن تبدأ ولا تنتظر لو كان هو لا يعرف ما بقلبكِ فعليكِ أن تبدأ وتظهرها وتخبرها حتى يكون أمر سهلا ميسرا.
لكن لو كان هو يدري ويعرف أنكِ تنتظره، فعليكِ أن تتركِ الاستحياء وتبدأ وتسأله، هل هو سيصل هذه العلاقة بينه وبينكِ أو هو لا يريد ذلك.
لو هو يريد ولكن عنده مشكلة. فاصبري فإن الله مع الصابرين.
لكن لو هو لا يريد أن يوصل علاقته معكِ، فاتركي الأمر وادعي لربكِ أن تيسر أموركِ وتصلح بالكِ.
والله اعلم

kita boleh buat solat sunat malam smpai pukul berapa? smpai sebelum azan subuh or wktu imsyak?

Sampai azan subuh boleh buat solat sunat malam. Tapi lebih indah kalau kamu dapat tunaikan solat sunat malam pada 1/3 akhir malam macam yang nabi sebutkan, waktu itu paling afdhal munajatnya. Wallahua'lam

situasi; imam tergelak ketika solat, kemudian tiada pengganti kepada imam tersebut adakah sah solat makmum yang dibelakang?

Takda pengganti macam mana tu? Kalau takde pengganti tak jadi solat jemaah lah. Jadi solat sorang-soranglah gitu

Sis tidur, mimpi sesusuk tubuh kenal kan dirinya nabi Muhammad depan org ramai. mimpi tu mcm zaman² mesir lama. Allahuakbar. cuma mainan mimpi ke ni?

Mimpi bertemu nabi tak mustahil dan ia thabit dalam hadis sahih bahawa syaitan tak boleh menyerupai nabi صلى الله عليه وسلم. Tetapi yang khilaf adalah bagaimana hendak mengetahui yang dimimpikan itu Sayyiduna Nabi.
Maka kalau kamu mimpi dan rasa yang kamu mimpi itu Nabi atau beliau (watak dalam mimpi itu) mengaku dia nabi, maka apa yang kamu boleh buat adalah:
Jumpa orang alim dan ceritakan bagaimana mimpi kamu dan orang yang didalam mimpi itu. Kerana jika benar, maka Saidina Nabi takkan lari daripada bentuk yang disifatkan dalam hadis-hadis Syamail dan lain-lain.
Dan adab bermimpi jumpa nabi, adalah tidak perlu menceritakan mimpi itu pada orang lain. Cukup kamu simpan diri sendiri sahaja. Mimpi bertemu nabi adalah nikmat yang besar tetapi ia bukan menjamin syurga bagi seseorang, cuma kebiasaannya ia adalah alamat yang baik.
Dan sekadar sedikit-sedikit maklumat dari yang pernah berjumpa nabi dalam mimpi mereka, ianya berbeza-beza keadaannya mengikut iman dan amalan seseorang. Setengah melihat cahaya tetapi berat hatinya mengatakan itu Nabi. Setengah pula cuma melihat kasut atau bayang yang mana hati dia mengatakan itu Rasulullah dan lain-lain keadaan ikut masing-masing.
Dan yang saya dengar dari mulut masyaikh saya bahawa perempuan lebih mudah untuk mimpi jumpa nabi kerana perempuan apabila mereka bercinta dengan sesuatu, cinta mereka itu dalam dan hati mereka itu sangat terikat. Makanya, bila hati itu sudah bercinta pada nabi, mudah Allah lorongkan untuk berjumpa dengan baginda. Allah.
Mudahan kita semua ada rezeki bertemu nabi suatu hari nanti. Amin.

View more

kenapa orang sebut "assolatu lailahaillallah" lepas bilal seru "assolatu tarawih"? bukan solat tu makna dia lain dengan lailahaillallah ke?

Maksud solat di sini ditakdirkan dengan maksud, solat ini didirikan pada tiada tuhan selain Allah. Mungkin begitu taqdir dia. Wallahua'lam.

salam..apa makna mansub binaz'il khafidh?

Waalaikumussalam. Dia adalah huruf jar yang dihazafkan dan diganti dengan mansub (dimansubkan) contoh mudahnya:
الصلاة لغةً هي.....
Asalnya daripada perkataan:
الصلاة في اللغة هي.....
Tapi dihazafkan huruf jar في dan dinasabkan perkataan selepasnya.
Wallahua'lam.
Liked by: afifah adawiyah

لا تكون لازم لك لتجيب، بس أخبرك. مافي شيء مهم حقيقة هاها، كيف أحوالك هناك؟ تمام؟ زين؟ الحين موسم الإختبار ولا إيه؟

ما كنت اذكرك صراحة لكن ذكرت هناك مرة، أحد سألني حول هذا الموضوع ولكن لا يمكن أن أثبته لأن السؤال كان زمان أجبته.
الحمد الله وبنعمة الله علينا. فنحن نشرع على نهج الذي نحب ونسأل الله أن يسلك لنا إلى طريق الذي يرضاه.
كانك تلزم بلغة غير لغة العربية هاها. هذا شيء خطير. لعلنا أن نلزم لغة القرءان أكثر من ملازمتنا لغيرها لأن هذا لغة أهل الجنة ولغة العلم كله.
الحمد لله أصبحت بخير وعافية وأحب مصر وأهلها بمنح من الله. والآن نحن في فترة الامتحان، فقد امتحنت اليوم وسيكون هناك موضوع آخر في حوالي يومين التالي. أرجو دعوتك. ولعلنا من الناجحين.
سعدت بهذا الخبر وارجو منك إن كان هناك الوقت الفراغ أن تبلغ سلامي إلى سيد الإمام الحبيب عمر بن حافظ وارجو دعوته لي. لعل الله أن يصلح بالي ويسر عمري حتى تكون فرصة لي لأذهب إلى تاريم وزيارة أهله وأوليائه....
Liked by: Adawiyah. apahhhh

Jazakumullahu khairan kathira atas jawapannya. Doakan kaki saya cepat tumbuh ligamen nya. (Anon yang tanya pasal solat duduk).

اللهم يشفيك شفاء عاجلا لا يغادر سقما

Ramadhan kareem . betul ke kalau bulan ramadhan di Mesir budaya kenduri semasa berbuka itu wujud ? Doakan ana sampai disana kelak .

Allahu Akram. Tak tahu lah. Hari ni baru hari kedua. Tu pun belum berbuka lagi ni. Tapi kalau bab meraikan orang berbuka puasa, arab secara amnya memang suka raikan orang makan dan minum. Itu budaya mereka.
Liked by: farzana izzati

Bro lancap bulan puasa batal puasa x bro?

Setahu yang saya belajar, wallahua'lam, syafieeyyah batal puasa.

nak tanya . apa hukum baca quran dengan tajwid

Wajib. Maka belajar tajwid jadi fardhu Ain kerana baca Al-Quran dengan tajwid itu wajib
Liked by: alia

Salam Kalau hari jumaat dan kita solat jumaat, solat tu dikira sebagai salah satu solat 5 waktu ke?

Ya. Dia mengangkat taklif solat zohor pada hari tersebut.

Next

Language: English