@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Jemput baca

أن البغاث بأرضنا يستنسر
Jika hari ini pipit di negeri kami disuruh menjadi helang,
Maka sejauh manakah kita memahami apa itu البغاث dan apa pula النسر
""Hari ini helang sudah terbang,
Jika suatu masa dahulu helang dikatakan terperangkap di dalam sangkar,
Maka ketahuilah hari ini helang telah terbang.
Terbangnya helang meninggalkan sangkar,
Sangkar yang dahulunya bersama-sama anak-anak pipit yang lainnya membesar dan berlatih.
Teori dan amali.
Praktikal dan realiti.
Akhirnya hari ini, setelah latihan hampir 2 tahun,
Pipit sudah bersedia menjadi helang yang bakal terbang membawa diri."
http://thejihadwarrior.blogspot.my/2015/12/sesungguhnya-di-negeri-kami-sudah.html

ada syarat pemakaian cincin tak, macam boleh pakai certain jari ke

ada. Untuk lelaki, diharuskan pakai cincin dan mendapat pahala mengikut sunnah sekiranya memakainya adalah pada jari manis dan jari kelinking.
Dan bagi lelaki juga hanya boleh memakai satu cincin pada satu jari. Lelaki juga haram memakai cincin daripada emas ataupun saduran emas.
Adapun bagi perempuan, diharuskan memakai cincin pada mana-mana jari yang sepuluh daripada tangan.
Juga dibenarkan memakai cincin lebib dari satu pada setiap jari. Perempuan juga dibenarkan memakai cincin dari emas dan saduran daripadanya.
Kalau rajin baca blog ustaz nazrul nasir pasal bab khatam (cincin) ni. Ustaz syarah detail di situ. Wallahua'lam

klau cincin kosong mcm biase couple pkai tu pn sunnah?

ya. Kamu kena faham yang sunnah itu pakai cincin bukan cincin jenis apa. Adapun kalau nak ikut nabi betul-betul lagi, pakailah cincin daripad فضة iaitu perak kerana nabi pakai cincin daripada perak.. Wallahua'lam

Related users

mail, adkah pkai cincin xde permata dikira sunnah?

Sunnahnya adalah cincin. Dan nabi sendiri ada cincin berbatu dan takde batu. Maaf nama arab dia tak ingat. Lama tak ulang syamail. Jadi, asalkan namanya cincin maka ianya sunnah. Cuma haram pakai cincin dari emas untuk lelaki.
Wallahua'lam

Salam bang عليك السلام dengan إليك السلام Ape beza ?

yabadrotim98’s Profile PhotoSyedHusayn
Wa'alaikumussalam. Beza dari etimologi (baru dapat istilah ni 😋) adalah
عليك السلام : ke atas dikau kesejahteraan
adapun إليك السلام : kembali kepadamu kesejahteraan/salam
Dan lagi satu beza mungkin, عليك السلام biasanya merujuk pada doa kesejahteraan kepada Rasulullah
Adapun إليك السلام biasanya dikembalikan كَ tu kepada Allah. Tapi boleh sahaja kembali kepada Rasulullab juga.
Wallahua'lam
Ana tak mahir bahasa arab ni. Asif.

Minta maaf ye,nak tanye.. apa tanda2 doa kita dimakbulkan Allah menurut sumber yang sohih,Hritu ada diterangkan di Musolla oleh bakal PB, tapi beliau x ingat yang ketiga...Mohon diterangkan semula...???

SitiAisyah540’s Profile PhotoIsmi Ana
Maaf lambat jawab. Ni ana dah confirmakan dgn pb. 3 tanda doa dimakbulkan:
1. Bulu roma menegang
2. Jantung berdegup kencang
3. Air mata mengalir (rasa hiba)
Wallahua'lam

Assalamualaikum akh . Ada org tnye ni . Perlu ke kita hipokrit utk mencari mardhatillah ?

Zunnurainyusrin’s Profile PhotoZünnürain
wa'alaikumussalam akh. Pada ana lah, hipokrit perlu untuk mentarbiyyah diri. Tapi untuk cari mardhatillah, jadilah diri sendiri dan kenali lah diri.
Misal kalau kita tak mampu nak qiamullail berakaat-rakaat maka untuk tarbiyyah diri, kita perlu untuk latih diri agar mampu bangun qiam.
Tapi untuk meraih mardhatillah, tak perlu berpuluh rakaat tapi sangat perlu pada istiqamah. Tak perlu sehari je solat berpuluh rakaat tapi esoknya tidur seharian kan.
Kita kenal diri kita siapa. Jadi, jadi yg terbaik untuk diri kita. Abid yg paling baik yg kita mampu. Daie yg paling hikmah yg kita mampu. Khalifah yg paling kemas yg kita mampu. Moga Allah redha.

describe sikit biah solehah dan tarbiyah kisas, syukran.

izzatikamal2’s Profile PhotoEpalchloride_
Tarbiyyah kisas ana ada describe dalam answer sblum ni. Biah kisas ana tak tahulah nak describe macam mana. Mungkin biah kisas sedikit menyerupai biah yaman (belah hadramaut). Walaupun macam makin berkurang hujung-hujung ni. Tapi insha Allah kamu akan rasa kelainan dari sekolah lama lah.
Kalau rajin tgok kat profile ana. Dekat likes. Answer first skli.

Ana sebenarnya dah lama nak habaq ni, enta, akh arif dgn akh taqi stayer. Apa motif untuk antum stay? Ana dgr cerita akh taqi stay sebab sayang kisas padahal dia sangat bijak dan boleh pergi jauh. Apa definisi sayang kisas? Cintakan tarbiyah dan biah solehah bukan?

Motif untuk kami stay? Hihi. Walaupun soalan ni lama dah tapi ana tengok mcm takde respon dari penyoal :)
Motif kami pastinya lain. Masing-masing 7 orang semua motif lain-lain.
Kalau enta dengar akh taqi stay sebab syg kisas, maka percayalah itu bukan dia. Sebab dia bukan stay sebab sayang kisas. Begitu juga ana. Kami tak stay sebab kami sayang kisas.
Sebab apa? Sebab kami tahu kisas tu makhluk.
"كل شيء هالك إلا وجهه"
Setiap perkara akan binasa kecuali Allah
Maka kisas juga akan binasa. Mungkin akan jadi sekolah lain. Mungkin unique-unique tu akan hilang ditelan zaman. Mungkin unique di kisas akan tidak relevan. Mungkin tarbiyyah akan dianggap jumud. Mungkin biah solehah akan dipandang semak. Mungkin sekolah agama hatta kisas sendiri akan dipandang sekolah yg tak lebih dari hanya sekolah biasa. Itu semua benda yg akan jadi pada makhluk. Akan binasa.
Tapi satu benda yg ana yakin. Kami yakin. Islam itu takkan binasa. Maka apa yg kami sayang itu mestilah Islam. Kerana Islam itu jugalah melahirkan permata kisas yang sangat berharga. Dan kerana Islam yg kami sayang itu jugalah kami korbankan sedikit masa kami untuk bumi itu.
Jadi perosalannya bukan sayang kisas (bangunan, kenangan dll). Bukan sayang biah solehah dan tarbiyyah di sana. Faham?

View more

apa risiko kalau jadi stayer dan apa kelebihannya??ade org tnye

ammardaus98’s Profile Photo----MIN-----
Risiko jadi stayer. Entahlah. Tak tahu nak describe cane. Cuba try jadi dulu. Huhu.
Kelebihan dia. Setakat yang didengar dari abg-abg lepas. Orang kata jadi stayer ni cepat matang atau lagi matang. Tak tahulah. Diri sendiri tak mampu nak ukur matang diri sendiri kan. Mungkin matang berfikir dan bertindak kot. Ke matang personaliti ke... Tak tahulah. Wallahua'lam. Tu org yg kata.

boleh kongsi sedikit tarbiyah kisas ? tak kisah dr segi aspek ape pun

ammardaus98’s Profile Photo----MIN-----
Tarbiyah kisas untuk pelajarnya solat rawatib qabliyah dan badiah. Satu amalan mulia para sahabat dan yg dianjurkan baginda Rasulullah S.A.W.
Sebenarnya takdr istilah tarbiyah kisas. Yang ada adalah mencontohi tarbiah Rasulullah pada sahabat dan para ulama pada murid mereka. Ana rasa tulah hakikat dia.

Tanbihul ghafilin

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
Baru-baru ni ana lihat polemik isu habaib sesat atau tidak sesat antara mereka yang cintakan Ahlul Bait Rasulullah ini dan golongan yg cintakan sunnah dari kalangan salafi.
Tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa atau mana-mana pihak cuma ingin berpesan. Bersopan santunlah sesama kalian walaupun kalian tidak bersetuju dengan yang lain.
Saya peribadinya lebih cenderung pada para habaib kerana saya ditarbiyyah oleh seorang murabbi yang sangat cintakan habaib. Pesan murabbi saya, ahlul bait adalah mereka yg sangat berhak untuk dimuliakan dan menjadi tanggungjawab kita memuliakan mereka. Dan bukan itu sahaja, murabbi saya juga menunjukkan akhlak yang sangat baik pada para habaib termasuk sesiapa sahaja yang berketurunan dari jalur Rasulullah (syed syarifah dll)
Oleh itu saya memang mencintai para habaib walaupun cara dakwah saya mungkin berbeza dengan mereka walakin saya meraikan mereka.
Tambahan setakat saya bersama dengan para habaib berwasilahkan murabbi saya, kesemua para habaib yg saya pernah bersama, akhlak mereka saling tak tumpah macam apa yg pernah saya baca dan belajar dalam ahadisur rasul. Dari muamalat smpai ibadah mereka.. Dan saya cukup yakin mereka bukan berlakon atau cuba lakon akan akhlak itu melainkan itu memang akhlak yg mereka lazimi.
Adapun begitu, saya tak nafikan mungkin ada bidang yang mengelirukan dalam amalan mereka dan mereka juga tidak terlepas dari dosa dan salah. Maka saya raikan rakan-rakan salafi yang ada antaranya yang kurang setuju. Saya hargai kerana ia mengajak saya berfikir dan mencari kebenaran. Syukran alaikum.
Adapun begitu, terdapat sedikit kesilapan yang saya kira mungkin terlepas pandang oleh sahabat-sahabat salafi yg mengkritik para habaib yg saya kira agak berlebihan dan berbaur tidak menghormati. Oleh itu saya nasihatkan agar setidak setuju mana pun kita, biarlah adab kita pada orang yg lebih alim dari kita masih kita jaga. Hatta ahlul bidaah pada pandangan kita macam mana pun mereka masih lebih tua dari kita dan lebih terhormat dari kita.. Maka jagalah tingkah laku dan adab kita.
Adapun pada sahabat-sahabat yg pro habaib maka juga ingin saya pesankan agar jauhi pergaduhan hatta kita merasakan kita benar. Kritikan membuat kita berfikir dan dengan kritikan kita boleh mengubah apa yg mungkin salah dan menilai semula dengan cara yg lebih benar. Jauhi berbalah pada bab yg merugikan umat Islam tetapi fokuskan pada dakwah yang jauh lebih luas dari hal bergaduh sesama orang Islam berkenaan hal kecil dan furu' seperti ini.
Wallahua'lam. Saya menulis untuk pertama dan terakhirnya pada hal ni. Dan saya mengharap masing-masing termasuk saya menerima dengan hati yg terbuka. Harapannya saya tidak terlibat dalam polemik ini sekiranya antum ingin teruskan.
Jazakumullahukhairal jaza'.
Al-faqir Ismail

View more

salam, pndpt akh tntng tariqat?

akizazy’s Profile Photoاستغفر الله
wa'alaikumussalam ya akhi. Ana tak leh nak bagi pendapat pasal ana bukan mujtahid jauh lagi nak beri pendapat gitu.
Cuma ana dan sorang kawan ana pernah rujuk hal ni pada seorang ustaz. Mungkin kalau enta masyhur dgn nama Al-fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi hafizahullah, YB Temerloh merangkap AJK DUPP (tak silap)
Kami tanya berkaitan tariqat dan bagaimana ingin mengetahui tariqat yg sah/ yg betul.
Jawab Ustaz, bila enta nak masuk tariqat, maka lihat dan checklah amalan khusus tariqat itu. Adakah amalan dia ada nas daripada Al-Quran, As-Sunnah dan amalan para salafus soleh dan ulama. Jika ada, maka insha Allah tariqat itu sahih selagi mana ia tidak bercanggah dengan nas. Adapun jika dia bercanggah maka tinggalkanlah.
(Lebih kurang begitu jawapan ustaz)
maka ketahuilah tariqat itu umpama kapal besar yang sedang berlayar di lautan. Lautan itu adalah hakikat. Dan mutiara di dalam lautan itu adalah makrifat.
Ketahuilah bahawa tariqat itu adalah jalan untuk kamu menyampaikan diri pada makrifat. Walakin demikian, takkan berjalan tariqat tanpa syariat bersamanya.
Wallahua'lam.

View more

salam alayk, nak tnye pnpdt akh mengenai senior yang suruh2 junior di asrama? boleh dak?

pada ana lah. Boleh je. Tapi suruh dalam bentuk tolong. Bukan memaksa dan jauh lagi mengugut. Dan sebagai junior atau orang lebih muda, sangatlah baik andai kita tolong orang yang lebih tua dari kita walaupun seorang senior.
Antara bentuk khidmat yg diajarkan Islam adalah khidmat kepada orang yang lebih tua dari kita dan khidmat pada orang yang lagi mulia dari kita (ulama dll)
Wallahua'lam

amalan yang paling disukai ialah yang sedikit tetapi berterusan.. jadi, boleh kongsikan tips untuk terus istiqamah?

kemuliaanagama’s Profile PhotoServanT
"أحب الاعمال إلى الله ادومها وإن قل "
Antara tips hendak istiqamah adalah jauhi tasyadud yakni berlebih-lebihan dalam satu amal. Misalnya sorang tu dia rasa dia nak tahajud. Walhal sebelum ni tak pernah buat pun, dan dia pun cuba. Pulak dia pernah dengar cerita para ulama ada yg solat tahajud seribu rakaat semalam.
Dan-dan dia cuba, rasa sedap dia pun pakat dok pulun 20 rakaat teruih. Esoknya subuh pun terlepas, penat tahajud punya pasal. Bila subuh dah bertaboq, hbih sehari btaboq dan kemudian dia dah tak larat nak tahajud dah pasal hari tu dia rasa tak tenteram dll.
Ulama dan wali Allah itu maqam lain dari kita. Mereka punya keberkatan masa sedangkan kita tidak. Maka, sebaik2 urusan adalah awsatuha (pertengahan)
Point sini adalah, nak istiqamah jangan tasyaddud. Cukup mula sedikit tapi berterusan.
Insha Allah. Wallahua'lam

View more

Next

Language: English