@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Sebab dekat baju sukan muslimat kisas yg baru ada potongan ayat fastaqim kama umirtu (jawi) lah menyebabkan ana tanya soalan tadi. Tapi kalau perkataan dlm rumi macam pulak?

oh . aiwah . gini . dlam balaghah kita ada satu ilmu iaitu 'ikhtibas' . 'ikhtibas' ni adalah potongan dari ayat quran atau hadis dan hukum dia bukan hukum quran hadis .

Kalau lencana sekolah ada ayt Al Quran boleh bawak masuk tandas ke?

sepatutnya tak boleh . tu sebab biasanya org yg buat lencana tu dia tak tulis ayat quran tu detail . mcm kisas takde fastaqim kama umirta . diorang kosongkan .

Related users

ohh. faham. pasal apa nak beguru? cmeana kalo ana bagi tazkirah dgn buku yg ana baca kat sahabat

pasal dgn berguru kita dapat faham apa yg dikehendaki dan yg ingin disampaikan musannif atau pengarang . sebab kalau kita faham sendiri , boleh jadi apa yg kitab faham tu bukan apa yg dimaksudkan pengarang . lagi buruk kalau yg kita faham tu salah , kan ?
takde masalah . bgi tazkirah , bagi jelah . tapi smpaikan apa yg kita tahu dan pasti .

level? level cemana tu. ana baca tasawwuf bahagian lidah mata.

ada buku yg tinggi dan prlu syarah guru , misal kitab Hikam karya Ibnu Athoillah atau Kita Ihya Imam Ghazali . insha Allah boleh baca bab mata dan hati tu . lbih utama bguru .

assalamualaikum. ana ada beberapa soalan.Okay firstly.. sometimes ana rasa mcm was was dgn solat ana dan wudhu yg ana ambil.. Sbb ana pikir.. mengalir ke tak ye..Kedua, ana nak serahkn diri ana ni btul2 kepada Allah.. ana nak hilgkn benda lain dlm kepala ni bila solat. mohon pencerahan :'(

wa'alaikumussalam .
1) was-was berlaku bila kita tak fokus atau kurang fokus pada apa yg kita tgh buat . jadi utk wudhuk , air mengalir atau tidak . kamu buka air dari kepala paip tu , alirkan air mula dgn siku dulu smpai jari dan ratakan air tadi . rasanya takde apa yg perlu di was-was kan .
2) bila kita hadapi rasa solat kita tak khusyuk . rasa mcm banyak fikir benda lain . jangan terus tak khushuk smpai abis solat . ramai org salah faham , bila khusyuk tu dari awal smpai habis solat .
memang itu yg utama , tapi tak semua boleh begitu khusyuknya . bila kita solat , boleh jadi kita khusyuk pada awal , boleh jadi juga pada akhir . yg penting cuba capai khusyuk tu . bila rasa diri melayang entah ke mana , balik-balik pada khusyuk sebelum tu . fokus balik solat kita .
ia latihan jadi hasilnya bukan sehari dua tapi ambil masa . yg penting jgn mengaku kalah .
insha Allah
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

ni soalan Ketiga.. aasif jiddan banyak tanya ::( ana actually cpt terpengaruh dgn rakan2 yg mcm x berapa nk kesah.. jd, kat situ ana dah disappointed dgn kwn2 .. n it make me feel very terasing klau buat sorg2

bila kamu rasa nak berubah , perkara yg buat kamu lebih kuat nak berubah adlah dgn bersama dgn org yg juga nak berubah . antara cara yg terbaiknya adalah dgn usrah . jangan berubah sorang-sorang . nanti cepat sgt putus asa sbb rasa diri tak kuat then tak jadi nak berubah .
cuba kawan dgn kawan-kawan yg juga berubah . dlm ask ni pun ramai sebenarnya . jangan rasa diri rendah sbb semua org yg baik pun asalnya dari tak baik juga . jadi takde apa yg bezakan sesiapa melainkan taqwa dia .
build kekuatan bersama . bila dah kuat , kawan dgn siapa pun kita susah nak tpengaruh . semoga terus bjaya ^^

Hmm, tapi kalau niat untuk berkahwin bila besar nanti salah jugak ke? Orang kata kalau kita berdoa dan selalu melakukan solat hajat supaya dijodohkan dengan si dia. In shaa Allah boleh tercapai. Kami couple just sebagai syarat dia bakal imam saya bila besar. Salah tak agaknya? Berdosakah saya?

couple as syarat tu cara yg tak betul .
sepatutnya kalau nak letakkan syarat , kamu letakkan tunang sebagai syarat kerana pertunangan tu yg bawa pada perkahwinan , bukan couple .

apa hukumnya kalau pakai facial mask yang ada guna wine sebagai base ingredientnya

wine ke alkohol ?
wallahua'lam . ana la adri

Assalamualaikum.. Bleh anta huraikan tentang ayat no.5 surah al-fatihah??

wa'alaikumussalam .
اياك نعبد واياك نستعين
Kepada engkau (Allah) kami menyembah dan kepada engkau (Allah) kami memohon pertolongan
Al-Fatihah ni punyai banyak rahsia .
kalau kamu perasan dalam surah ini , diajarkan pada kita bagaimana adabnya meminta pada seseorang akan sesuatu yg kita kehendaki .
pertamanya dgn memuji org yg ingin kita pinta , seperti dlm surah ini dimulakan dgn bismillah .
kemudian alhamdulillah yg mana kita zahirkan terima kasih kita pada jasa dan apa-apa yg pernah diberikan pada org tersebut
dan kemudian kita puji dia lagi dan kita rendahkan diri kita semacam ayat 4 surah ini
kemudian barulah kita mengharap dan kita mintak pertolongan dia mcm ayat 5 ini .
ini antara hikmah adab yg ada dlm surah ini .
semoga peroleh manfaat bersama

kalau perempuan chat2 tiap2 hari dgn lelaki yg dia syg mcm mana? dengan niat nak jadikan lelaki tu suami dia,,dan lelaki tu pun berniat yang sama,boleh ke? atau haram?

yang tulah paling bahaya ukhti .
jangan lupa kita ada yg ketiga bila kita bersama (lelaki perempuan chat dll)
murni dah niat nak bersama berumah tangga suatu hari nanti , tapi dlm Islam matlamat bukan penghalal bagi caranya .
kalau benar kamu nak bersama , berhenti buat mcm yg kamu tgh buat ni , dan segerakan pernikahan atau yg bawa pada nikah (mcm tunang) .
bila yang ketiga bersama , bimbang kita tak mampu nak kawal diri .

Tumpang tanya. Boleh dak hampa cerita pasai puasa kat kisas? I means dari segi berbuka prep etc.

soalan feveret .
setiap tahun berbeza , dan insha Allah tahun ni kami nak bagi osem lagi ramadhan tu .
Ramadhan kat kisas ni , kadang-kadang sikit dissapointed gak , sbb kurang pnghayatan . nak nak masa f5 ; nak SPM .
kami ada prep . dan lepas 8 rakaat terawih terus pergi prep suatu yg menyeksakan . mcm mana pun , biasanya akn ada satu jemaah yg buat smpai 20 dan tak prep . yg ni salute
kami ada tazkirah ramadhan waktu perhimpunan yg biasanya diberi oleh adik-adik f4
dan yg cuba dibudayakan juga Al-Quran .
setiap petang , tanpa berkecuali akan diadakan tadarus dlm usrah dan targetnya sekurang satu usrah tu sekali khatam ramadhan tu .
dan sendiri-sendiri , kami ada yg beli quran poket dan baca di mana-mana bila free , yg hafal quran ulang dgn kawan dan kami hidupkan budaya bersaing siapa baca lagi banyak .
tahun lepas ada kawan kami yg hari pertama baca dah 10 juzuk dah dan minggu pertama dah khatam sekali . mmg challenging la . tu yg hidup suasana tu walaupun sibuk dgn belajar yg F5 utk trial yg F4 utk PAT .. tapi alhamdulillah, walaupun masih belum cukup baik tapi akan diimprove lagi , insha Allah . doakan :)

View more

Murobbi ni mcm mana nak terangkan? Kwn sy ada tanya tp sy tahu murobbi ni kinda org berilmu tinggi but i dont have that one word to describe so sy ckp mcm guru/teacher.

murobbi ni adalah pentarbiyyah atau tempat kita buat rujukan .
beza murobbi dgn guru ,
guru sekadar mengajar kita
tapi murobbi dia ajar dan didik kita dgn akhlak dan tarbiyyah
jadi tak semua guru itu murabbi
tapi semua murabbi itu guru

akhi, apa hukum jika lelaki letak gambar perempuan as a profile picture?

kenapalah letak gambar perempuan sdg gambar lelaki cam boboiboy tu banyak dlm internet :3
Liked by: Fatihah Sahlan Nur

apa saya nak buat dekat sekolah saya bila nampak lelaki je umpama nampak monster. memang bagus sbb dpt jga ikhtilat tapi bila memerlukan perbincangan utk perkara yg penting, saya jadi takut semacam bila tgk diaorg. maybe sebab tak pernah berkomunikasi. Apa pendapat akhi? Mcm mana nak elak benda tu?

err . tak bagus juga sebenarnya macam tu . malu tu dah bagus dah , tapi bila ia effect urusan kita , yg tu tak bagus .
cadangan ana , kalau enti jenis yg takut tgok lelaki , ana nasihatkan bawa kawan sekali bila ada urusan yg melibatkan lelaki .
dan perlahan-perlahan kalau pembentangan gitu , tgok muka lelaki , tapi dalam 5 saat gitu okay dah . nak bagi sign yg kita ni mendengar dan masih beri perhatian dgn apa dia cakap . dan elak eye contactlah .

salah ke kalau kita letak nama twitter muslimah? khuatir org ramai sangka kita desperate tunjuk kat mereka yg kita muslimah.

bergantung pada masing-masing .
ada orang mungkin desperate sebab nk jaga diri dia dari buat hal yg tak berfaedah dgn lelaki lain maka dia letak nama 'muslimah' pada twitter dia , dgn harapan bila dia melagho , baca nama sendiri , dia terfikir :
"dgn apa yg aku buat skrg ni , sesuai ke aku jadi muslimah solehah ?"

Next

Language: English