@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kwn lelaki saya tu ckp dia suka kat saya tapi saya kata saya x suka dia.so,better go on with friendship or x lyn dia?

hmm .. kawan tu kawan je la . jangan biar dia fitnah kita sombong and so on , but , jangan putus friendship terus . biar dia sendiri sedar yg kita tak nak cinta-cinta dgn sesiapa , tapi kita nak kawan lagi ngan dia . okay ?

Related users

Betul tapi tak ke kita ikut mereka? Sebab dekat malaysia je buat macam ni ( setahu saya lah )

hmm .. tu la masyarakat kita , benda tu jadi adat . tapi , dalam pembahagian bid'ah , ulama khalaf bahagikan bid'ah pada dua : Bid'ah hasanah dan bid'ah sayyiah . jadi , selagi mana bid'ah itu hasanah (baik lagi banyak dari buruk) maka , tak salah kita buat . sebab baiknya lagi banyak dari buruknya . Insha Allah , dari amalan sebegitu akan timbul kesedaran pada org lain untuk berubah .

camne nk elak sifat riak?

sifat riak perlu dibasuh dengan perlahan . ia susah nak bersihkan , tapi dia perlukan mujahadah yg tinggi . antara cara nya , selalulah biasakan diri untuk istighfar apabila perasaan riak tu wujud . cuba solat sunat tengah2 org ramai dan bila timbul perasaan riak tu , istighfar , ingatkan diri balik . riak hanya boleh diatasi apabila datangnya riak yang lain , mka belajar lawan , sikit-sikit , insha Allah , tak lupa , doa :
"اللهم طهر قلوبنا من النفاق "
"واعمالنا من الرياء"

Haah. Saya pon selalu nampak mereka berarak setiap kali perayaan tu. Kalau nak info lebih pasal perayaan tu, tanya orang yang lebih arif atau search google.

hmm .. tapi kan , mereka berarak bukan untuk membesarkan orang seperti mana kita berarak membesarkan Rasulullah .. betul tak ?

Terang Cara-2 nak kesan orang syiah ni ?

banyak cara , dan bukan semua syiah sama cara mereka . mereka macam kita , bermazhab . tak semua mazhab sama .
antaranya , mereka solat pada batu bernama 'karbala' . mereka solat dengan cara berbeza drpd cara kita . mereka mempertahankan saidina ali sebagai Rasul dan bukan Rasulullah dan tidak mengiktiraf para sahabat . banyak lagi ..

abestu kalau gurau2 dgn kwn lelaki tu tak boleh lah?

hmm .. gurau . sebenarnya kita nak gurau atas dasar apa . kalau bergurau sekadar utk main-main dgn kawan lelaki mcm tu , ianya tak digalakkan dalam Islam . hakikatnya , ikhtilat tadi diselaraskan utk mengawal kita , untuk mengelakkan fitnah pada kita dan juga untuk menjauhkan kita daripada maksiat seperti bersentuhan tangan dll .
Liked by: M Syiq

boleh ke dijamakkan asar dalam waktu solat jumaat?

wallahua'lam la . ana tak berani nak komen . kena rujuk balik . nanti kalau ana tahu ana tweet .
Liked by: Syiq

Nak tanya sekarang mesir siapa ambik alih dan siapa yang menyebab kan kejadian beribu-2 org syahid tempoh hari ?? . harap nta boleh jawab :D

Wallahua'lam la syeikh , ana tak terupdate lagi isu mesir ni , baru sikit2 je . maaf , tapi katanya pihak tentera lah yang menggantikan presiden Mursi sekarang mengambil alih tampuk kepimpinan . doakan mereka , walaupun kita tidak mampu turun berjuang , tetapi doakan lah kesihatan pejuang kita .

btul ke saya dgr kalau umat akhir zaman melakukan sunnah rasulullah akan mendapat seratus kali syahid

wallahua'lam . ana tak mahir hadis ni . tapi , kalau itu bukan hadis sekalipun , kenapa mesti kita mengharapkan ganjaran itu . bukankah kita lakukan sunnah kerana kita sayang Rasulullah . kan ? :')
Liked by: faiz

Ada orang kata, perarakan yg setiap tahun tu ada ciri ciri ikut agama lain. And dia kata, ada banyak cara kita nak tunjukkan kita sayang Rasulullah saw. Bukannya berarak. Ye ke?

hmm .. boleh tahu agama mana yg berarak menyambut orang yang diorang muliakan setiap tahun tu ?
ana selalu dengar org kata tentang banyak cara nak tunjuk kita sayang Rasulullah , tetapi , tertanya-tanya , apakah cara tersebut . satu cara yang boleh buat semua umat Islam di Malaysia khususnya berselawat pada Rasulullah S.A.W . mungkin jika ada cara yang boleh kita lakukan , kita boleh suarakan agar ianya dilakukan , betul tak ?

sambutan maulidur rasul tu bid'ah ..pendapat?

sambutan khusus maulidur rasul pada hari tertentu itu memang tak dinafikan , ianya bid'ah . tetapi , usah terus terperangkap dalam lingkungan bid'ah semata-mata . soalnya , para sahabat juga pernah meraikan Rasulullah , walaupun bukan dalam satu majlis seperti kita sekarang tetapi , diriwayatkan Rasulullah pernah disambut sahabat dengan paluan kompang dan syair-syair ketika Rasulullah tiba di madinah . dan Rasulullah tidak melarang perbuatan itu . dan ke tidak larangan Rasulullah itu adalah petanda yang ianya adalah dibenarkan (takrir) oleh Rasulullah S.A.W . wallahua'lam..
Liked by: Syiq

salah ke kawan baik dgn lelaki?

"يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ"
-Surah Hujjurat : ayat 13-
*tengok tafsir untuk maksud dia
daripada ayat ni , Allah tak larang bahkan menggalakkan kita untuk berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain . ini kerana , manusia mmg diciptakan untuk berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan , kaum dan kaum , kabilah dan kabilah .
maka , tak salah kawan baik dengan lelaki , tetapi , dalam Islam , ada batasnya apabila berkawan antara lelaki dan perempuan . dan apa tujuan batasan-batasan ni , kalau ikut logik , menyusahkan kita . tapi , hakikatnya , Islam ni satu agama yg nak ummatnya semua bahagia . maka tu lah ada larangan dan batasan-batasan ni . nak kasi kita bahagia . supaya kita tak sengsara jadi umat Islam .
jadi , dalam berkawan untuk berlainan jantina , kita ada batas , tak boleh bersentuhan . ada batas dalam percakapan , ada batas dalam perbualan , tak boleh berbincang benda yang tak berfaedah , dan berkomunikasi apabila perlu dan lain-lain . maka ni semua masuk dalam konsep ikhtilat . tengok ni :

View more

Macamane nk senang bangun subuh ? ana rase susah nk bangun , selalu terlewat . Kadangkala terlajak :( terase berdosa sangat

Allahu akbar . jangan cakap camtu . ana pun kadang-kadang macam tu . syaitan itu pengaruhnya kuat . kalau wujudnya makhluk paling berpengaruh , maka syaitanlah juaranya . soal subuh ni , ana rasa jumpa beberapa cara nak pastikan kita terbangun .
satunya , sebelum tidur : perkara-perkara ni agak berat , tapi , mmg diakui , ana pun susah nak buat , dan masih belajar nak buat . antaranya , tidur ikut sunnah Rasulullah S.A.W.
satu perkara yang ana rasa sememangnya patut kita repect pada Rasulullah adalah , beliau seorang pemimpin di Madinah tetapi baginda hanya tidur pada beberapa alas kain sahaja . pernah sekali isteri baginada berasa simpati dan menukarkan kain itu dgn kain g lebih tebal dgn tujuan memberi keselesaan bagi baginda , dan baginda tidur , lalu hari itu , baginda agak lambat bangun malam tidak seperti hari sebelumnya . apabila ditanya isterinya , maka isterinya menjawab yg dia menukarnya , lalu Rasulullah menukar semula kepada kain asal itu .
Masha Allah , itu Rasulullah , cuba kita letak pada diri kita . tidur atas katil yang empuk , berbantalkan bantal yang sangat lembut , dengan bantal peluk di kiri dan kanan . maka wajarlah jika sukar kita hedak bangun tidur , betul tak ?

View more

"dpd buang duit buat majlis maulud, lebih baik buat jamban." apa pendapat enta tentang kata kata ini?

Allahu akbar , astaghfirullah ... -.-'
ni pandangan mereka yang berbeza pendapat dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah ni .
memang ada sesetengah riwayat mengatakan yang maulid nabi Muhammad bukan lah terhad pada hari yang khusus iaitu pada satu hari (12 Rabiul Awal) setiap tahun , tetapi ana nak ajak kita berfikir ...
katakan lah kalau di mansuhkan sambutan maulidur rasul itu pada sesuatu tahun , enta boleh jamin ke seseorang tu akan selawat pada nabi . boleh jadi , seorang tu tak selawat pada nabi (selain waktu solat dan doa) langsung setahun tu , right ? ianya tak mustahil .
jadi fikir balik , daripada tak selawat , lebih baik adanya hari atau majlis khusus mengingati baginda , sekurang-kurangnya , umat Islam berselawat pada baginda S.A.W. begitu juga halnya qasidah .
sekadar cetusan fikiran , wallahua'alam .

View more

Saya segan dgn kamu. Saya selalu jawab soalan yang lagha.

Allahu akbar , bagi saya , soalan lagha tak semestinya perlu dijawab dengan lagha . cuba ubah jawapan kita bagi tak lagha dan biarkan dia rasa yg soalan lagha tu tak beri manfaat pada dia dan pada kita . Insha Allah ^^

Next

Language: English