@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kali pertama baca, ana dah faham. ana teringat cerita PU Rahmat. Yg pasal madu isterinya ialah perjuangan islam (klu tak silap). Saya faham good2. Anda berkahwin dgn 'perjuangan' .

Al-fadhil Syeikh Mustafa Masyhur rhm. beliau antara penggerak Ikhwanul Muslimin, beliau yg lafazkan kalam ini pada isteri beliau sewaktu nak bernikah. beliau tanya isteri dia sudi tak dimadukan sebab dia sudah berkahwin dengan perjuangan.
dan tak cukup sekadar kahwin ke, kalau tak jalankan hak, boleh kira zalim. maka perjuangan kena diberi haknya. jadi berjuanglah dalam keadaan senang atau susah.
zaman sekarang kita tengok orang ramai yg sblum kahwin sgt aktif berjuang. kerja dakwah tarbiyyah semua dia biasa jadi saf penggeraknya. tapi bila kahwin, dijadikan kahwin itu alasan dia... kemudian makin jauh dari perjuangan bila dah beranak. usrah dah tinggal, tak terlibat dah dalam aktivit jemaah dll.
tu pasal kena kahwin dgn pjuangan dulu, baru walaupun dah kahwin, takkan abaikan isteri pertama tu.

View more

Sebab kadang bila ana futur, ana akan baca answ beberapa daie untuk kuatkan balik ana walaupun kita tak pernah jumpa, tapi waktu ana jumpa ask fm akh ana dapat semangat lagi banyak untuk berdiri buat ummah

Allah. hmm.. kekuatan tu bukan datang dari tulisan seseorang, atau kata-kata seseorang... tapi kekuatan itu datang dari Allah.
mungkin ya kamu akan temui kekuatan lepas baca apa sesorang tu tulis, atau dengar apa seseorang tu cakap, tapi kalau tak kembali kepada Allah, kekuatan tu cuma temporary.
semoga terus thabat.

Related users

llaki elok ke pkai seluar tight kalau pkai ngn sluar pendek? tutup aurat ke tu walaupun fit?

hakikatnya tutup aurat ni ulama gariskan tutup warna kulit tu dah kira tutup aurat. tu sebab sah kalau solat walaupun pakai baju ketat.
cuma masalah lain adalah masalah syahwat. ya kita tutup warna kulit, tapi adakah kita datangkan syahwat juga?
kalau pun tak berdosa pada tak tutup warna kulit, tapi masih berdosa pada bagi orang lain syahwat.
jadinya macam tight ni, biasanya takde org syahwat pun tgok lelaki pakai tight kmudia sluar pendek atas dia. melainkan kalau dia pakai tight je, mungkin lah bersyahwat.
dan dia lagi elok dari tak pakai tight ye tak? cuma yang terbaik kalau dpat pakai seluar panjang tutup lutut tu lagi baik.
Islam tu mudah.
wallahua'lam

dah dah

IsmailAlHafiz’s Profile Photoخويدم لطالب العلم
sudah lah. saja gurau.
saya dah kahwin. tapi saya dah kahwin dengan perjuangan. dan insha Allah perjuangan ni akan bertemu dgn madu dia satu hari nanti.
kalau ada walimah nanti saya jemput insha Allah. tapi buat masa ni memang tak nak fikir pasal madu dia. fikir pasal dia je dah cukup macam-macam kena fikir. inikan lagi madu dia.
insha Allah tak nak cakap lebih-lebih tapi biarlah kita simpan elok-elok zauj/zaujah dalam hati. tak perlu post-post gambar. kesian kat yg tak berkemampuan nak berzauj/zaujah tu. cukup maklum je dah ok dah kot.
ok. sirru ala barakatillah. dan yg dah berzaujah tu tahniah. lama dah tak jumpa, moga bahagia selalu.
nanti kalau pergi pantai lagi, bawak lah saya sekali.

aduh bukan. serius la hang dah kahwin? uish tak percayanya. bukan sebab takdak post ka apa tapi tak pernah perasan pun pasal walimahnya?

ok serius. tapi dia bukan perempuan lah. saya dah kahwin dengan perjuangan. kalau saya walimah jangan risau, insha Allah saya jemput. tapi tiket flight sendiri lah. jemput datang walimah di mesir. kalau Allah izinkan, insha Allah.

zaujah mesti brpurdah juga kan?

kenapa ada perkataan juga. seolah-olah saya berpurdah dan kamu kata zaujah saya 'juga' berpurdah. haha.
Liked by: ء Wali_Nikah

biar betul kau dah kawin, mail?

dah dah. kalau dah kahwin pun takde masalah ye tak. siapa je kisah kalau aku kahwin.

blh trgkan takrif, takwin, tanfiz?

taarif, takwin dan tanfiz ni semua bahagian peringkat atau tingkatan tarbiyyah. ana cadangkan kamu baca buku fiqh dakwah. disyarahkan satu-satu marhalah dgn lebih detail.
ana pun tak mahir sgt. ilmu ni cetek je. jadi boleh tanya yg lagi berilmu dlm dakwah dan tarbiyyah ni.
cuma takrif ni lebih mudah atau am nya disebut sebagai marhalah pengenalan atau peringkat taaruf yg mana marhalah ni adalah fasa perkenalan. kalau dia masuk kesekolah yg bertarbiyyah maka fasa ini adalah fasa dia mengenali sekolah barunya, biahnya, sikit sebanyak tarbiyyahnya. kalau dia seorang da'ie maka fasa ini adalah fasa dia kenal madu' nya, si madu' kenal si dai'e dll.
adapun takwin adalah fasa pembentukan yang mana waktu takwin nilah mutarabbi atau madu' diisi dan diasak dgn tarbiyyah dari macam-macam asykal (bentuk). dari tarbiyyah ruhiyyahnya, aqliyyahnya, jundiyyahnya, fikriyyahnya dll lagi. fasa ni juga fasa yg paling banyak perlu diambil teliti oleh sang murabbi.
adapun fasa tanfiz atau pemeliharaan adalah fasa mencari penyambung legasi tarbiyyah dan dakwah itu sendiri di mana dipilih mereka yang betul punyai komitmen dan kebolehan dalam tarbiyyah dan dakwah ini dan mereka ini akan dilatih untuk menjadi murabbi dan dai'e dgm latihan yg lebih terperinci dan halus demi untuk memastikan dakwah dan tarbiyyah berterusan dan tidak mati di pertengahan jalan sahaja.
lebih kurang begitulah. boleh tanya yg arif lagi bidang ni... wallahua'lam

View more

pewarna kuku tu haram ke? mohon pencerahan. thankyou 😃

kalau pakai kat rumah je ajnabi tak nampak takde masalah. boleh je. kalau pakai then upload gambar kuku berwarna tu maka tak boleh. dan wudhuk dan mandi wajib tak sah kalau tak tanggal kan.

Salam bro, this is my confession... "Sometimes, theres a moment that your heart feels empty and it needs love to be fill in it... And yeah, it give me distraction... How to manage it... Can you give an answer like man to man..?"

wa'alaikumussalam bro. sini tak private lah. tak boleh nak man to man. nak gitu PM di FB lah, whatsapp ke. amacam?

MUZIK...tolong bagi hujahnye ye...trimas

tak guna awak minta saya beri hujahnya. sbb saya bukan ulama dan perkara ni perkara khilafiyyah yang dah lama dibahas ulama dahulu. dah selesai pun perbahasannya. dah ada pun hukum fiqhnya.
muzik mengikut pendapat paling rajih dikalangan ulama adalah haram. termasuk yg haram adalah alat muzik bertali dan lain-lain selain yang diketuk berdalilkan banyak hadis Rasulullah yanga antaranya menyamakan mereka yg bermain muzik ini seperti orang mabuk selepas meminum arak dll.
adapun ulama yg terkemudian meletakkan hukum makruh pada muzik dan setengahnya membenarkan selagi mana tidak melalaikan dan menjadikan terabainya perkara yang wajib.
dan panjang lagi perbahasan para ulama berkenaan muzik, pemainnya, alatannya, majlisnya dll. adalah digalakkan kita pergilah mengaji dan menuntut ilmu dgn ramai guru dan bukan cuma bertanya dan berijtihad dlm ask.fm ini sahaja.
wallahua'lam

View more

Next

Language: English