@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Kenapa wanita mudah menangis walaupun dalam hal hal yang kecil ? kadang kadang saya rasa diri saya ni tak guna .

biasalah .
wanita ini jiwa dia memang emosi . cepat tersentuh dengan sesuatu perkara
selalu menangis untuk hilangkan stress , sedangkan tidak dapat apa pun kalau menangis melainkan kita cari cara nak selesaikan masalah kita ,
tapi tulah fitrah perempuan ,Allah jadikan semula jadi lembut dan penuh dengan kasih sayang dan sifat keibuan .
maka manfaatkan sebaiknya , mampu kawal , kawal dgn sebaiknya . insha Allah

kenapa lelaki je ada dahi hitam? prmpuan x de ke?

ada sahaja kut . tapi tak tahulah .
dahi hitam bukan petanda org tu masuk syurga atau apa-apa pun .
biar dahi kita tak hitam , tapi kita rajin beribadah dan sujud pada Allah ,
boleh jadi kita dulu masuk syurga dari org yg dahi hitam tu

ismail x nak khwin kt dunia ni ke?

ada jodohnya , insha Allah .
tapi lama lagi kut , tak mampu lagi nak bertanggungjawab jaga org lain sedang diri sendiri tak terjaga
Liked by: Aisah :)

Related users

sah tk kalau tk baca bismillahirahmanirahim smasa baca al-fatihah dalam solat??

dalam Mazhab Imam Asy-Syafi'e rhm. bismillah adalah satu ayat dari surah Al-Fatihah . maka wajib membaca bismillah kerana Al-Fatihah itu wajib dalam solat . adapun dalam mazhab Imam Malik rhm. bismillah itu bukan ayat dari surah Al-Fatihah , maka sunat baca .
kita mazhab Syafi'e , beramal dengan cara ulama Syafi'iyyah tetapkan :)

salam nk tanye ap hukumnya mndgr khutbah jumaat dalam kereta.. sbb trllu rmai org dalam masjid

boleh . syarat solat jumaat adalah dengar khutbah . faham tak wajib . tapi lebih bagus faham kerana itulah masanya untuk kita menerima pesanan dari org lain , sedang mukmin itu sangat suka diperingatkan :)

Boleh ke solat sunat secara duduk walaupun tak sakit?

KhalisZulkifli’s Profile Photo.
boleh . cuma dalam kitab kata , pahala akan berkurangan setengah drpd orang yg solat sunat berdiri , dan akan berkurangan lagi setengah kalau dia solat sunat baring . rujuk Safinatun Naja

Solat jamak berapa salam?

2 kali salam . jamak zohor-asar , zohor sekali asar sekali (ni yg wajib ya)
jamak maghrib-isyak , maghrib sekali isyak sekali
wallahua'lam
Liked by: Aisah :) hasnul

ciri zaujah?

semua manusia menginginkan pasangan yang terbaik untuk dirinya , tak terkecuali saya .
Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari hafizahullah ketika menceritakan seorang wali Allah bernama Wahid yang ingin berjumpa dengan 'pasangan syurga'nya di dunia .
Wahid ini berjumpa wanita ini dan beliau terkejut apabila tiba di rumahnya ,
kelihatan wanita ini sedang sembahyang sedangkan kambing yang dipeliharanya sedang duduk bersama dengan serigala . mereka berkawan tanpa saling mencederakan sedikitpun .
maka , selesai solat wanita ini keluar dan dia seperti sudah menjangka kedatangan Wahid lalu dia berkata ,
"Mengapa kamu datang hai wahid ?"
"Perjanjian kita bukan di sini tetapi di syurga"
Wahid pelik , bagaimana wanita ini boleh mengetahui namanya dan wanita ini sebenarnya telah terlebih dahulu tahu bahawa mereka akan bersama , tetapi tidak di dunia , tetapi di syurga . kerana mereka telah mengikat janji sewaktu di alam ruh lagi bersama .
:)

View more

Salam, boleh awk beritahu saye tk mcm mane buat solat taubat nasuha? Ade yg secara ringkas?

solat taubat nasuha ?
solat sunat taubat lah tu ya ?
memang dah ringkas dah solatnya .
gini , solat sahaja dua rakaat dengan niat "sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"
kemudian solat ,
tiada bacaan spesifik utk setiap rakaat ,
tapi kalau ana , ana prefer solat taubat rakaat pertama ana baca ayat lepas ayat puasa surah Al-Baqarah (asif takde Quran kat sebelah) .
ayat mula dia gini : واذا سالك عبادي ...
ayat tu kalau baca , faham maksud dia rasa zouq (feeling) sikit time solat smpai kadang-kadang boleh ngalir air mata kalau faham betul .
kemudian rakaat kedua ana selalu baca Surah Al-Ikhlas ,
then sampai last sujud , kalau mampu panjangkan ..
dalam taubat ini kita ada raja' atau pengharapan .
jadi , kalau masa sujud tadi kita tak buat pengharapan ,
yg mana mengharap dosa diampunkan , mengharap jauh dari neraka ,
boleh sambung dengan Syair Imam Syafi'e , 'ila hilas ...'
kemudian , doa .
waktu doa tu , merintihlah semerintih-merintihnya .
mintalah mudah-mudahan Allah pandang solat kita dan Allah dengar taubat kita lalu Allah ampunkan dosa kita .
sabda Nabi s.a.w. : "menangislah kepada Allah dan sekiranya kamu tidak mampu maka buat-buatlah menangis"
sesungguhnya Air mata kerana takutkan Allah itu adalah air yg akan memadamkan lautan api neraka , yang dikhabarkan ulama , ianya ibarat pukulan ombak , maka air mata kita biar pun sedikit akan memadamkannya .
Allahu akbar .

View more

benarkah jika kita buat ukiran means buat corak2 pkai inai kt tngn itu slah? ana lupa apa yng x diterima. solat subuh kot. entahla... akhi tahu x perihal ni?

ia salah kalau masuk hukum tabaruj ukhti .
kalau nak buat corak-corak pakai inai gitu dalam kawasan tangan yg cuma mahram je boleh tengok takde masalah ukhti .
nak buat corak bunga apa pun , tapi dalam kawasan lengan takde masalah .
cuma berpadalah dalam berinai .
nabi suka org yg berpada-pada .
wallahua'alam
Liked by: Mimot ش Norasiah Hasan

MashaaAllah ..Tabarakallah~ ana x sngka ada juga yng mnghadapi situasi mcm ana. malu tahap over. ibu ana slalu marah sbb malu sngt. smpai tetamu dtng rumh pun, ana nyorok dlm bilik kalau ada laki muda. laki tua n perempuan ana ok je. ingtkn ana je ada masalah cmni. akhi pun mcm ni x?

ana tak lah sgt . masih cuba belajar kawal malu , sebab nak jadi org hebat , tak boleh tidak mesti professional . cuma persoalannya professional bersyariat atau tidak

apakah hukum buat perkara lagha seperti bersembang?

hukumnya harus sahaja .
tetapi waspada , jangan sampai bersembangnya bawa ke fitnah dan mengumpat .
itu jadi haram dan mesti tinggalkan sembang tu .
wallahua'lam

If ada sorang muslimat ni tanak kawen sebab dia tak yakin dgn diri dia dan tak pecaya dgn lelaki, apa pndapat enta?

ana pernah jawab soalan gini .
muslimat tu yakin ke dia takde nafsu pada lelaki . siapa tahu dengan tak kahwinnya dia maka dia akan lakukan perkara yg lagi bahaya seperti berzina ?
kahwin itu sunat , tapi ia sunat yg dituntut .
dan tak ramai yg betul hati , jiwa dan raganya hanya untuk Allah sahaja .
maka tak perlu kahwin .
fitrah manusia itu berpasang-pasangan .
Allah sendiri berfirman bahawa Dia ciptakan manusia berpasang-pasangan
maka mengikut fitrah itu normal dan melawan fitrah itu tidak normal .
lagipun wanita itu perhiasan yang berharga bagi seorang mukmin .
ia sebaik-baik perhiasan .
maka , jika kita ada simpan emas , pasti kita akan simpan dalam peti , siap mangga lagi , sebab kita nak jaga dia elok-elok .
ha , macam tu lah wanita . kena jaga elok-elok diri mereka .
dan salah satu cara nak jaga adalah dgn berkahwin
harap faham .
wallahua'lam

View more

assalamualaikum akhi, betul ka orang kata tanda hitam di dahi itu menunjukkan dia banyak beribadah/sujud?

wa'alaikumussalam .
betul . tapi itu bukan pengukurnya org tu rajin ibadah atau tak , sebab tanda hitan tu boleh dibuat .
kata guru kami yang mulia , TG Syeikh Nurunddin Marbu Al-Banjari Al-Makki , jika nak kahwin , mak dan ayah mertua tak perlu cari org yg banyak harta , yg dahinya hitam kerana dahi hitam tu menantu boleh buat dgn cara gosok batu kat dahi smpai hitam .
dan berdasarkan kajian ana pun , dahi hitam kebanyakan org tu adalah sebab salahnya dia ketika sujud . sepatutnya , dalam sujud kita bukan tekankan dahi , tapi kita letak dahi atas tempat sujud . kena faham beza letak dgn tekan .
bila tekan dahi , maka itu yg hitam dahi tu . sedangkan yg diberitahu dalam kitab itu letak sahaja .
wallahua'lam
Liked by: Mohamad Afif

saya sngt x suka apabila dpndang org especially from the opposite gender..mak saya selalu marah..n ckp nape saya malu sangat..sbb saya selalu mengelak klau nak beli brg tmbh2 si penjual lelaki..sdgkn saya dah smpurna tutup aurat,,insyaAllah..bgaimana yer akhi nak atasi masalah malu melampau nie...co

malu itulah bagus .
banyak orang zaman kita ini sudah hilang malunya .
maka itulah nak buat maksiat tak segan silu
manakan tidaknya ,
dengan manusia pun takde rasa malu .
apatah lagi dengan tuhan .
oh manusia yang selalu lupa dgn tuhannya
sedang dirinya hari-hari menagih kasih dan simpati dari tuhannya .
saat diuji , sibuk cari Tuhan .
bila dapat nikmat , lupa terus tuhan .
naudzubillah .
Sabda Rasulullah S.A.W. : " ... Malu itu sebahagian daripada iman .. "
maka bagus ukthi malu tu
tapi kena kawal sikit je malu kita .
mungkin kita tak biasa berurusan dengan orang ,
maka kita tak boleh handle sifat malu kita .
jadi nak tak nak kena cuba jugak kawal malu tu .
cadangan ana , bila beli barang contohnya ,
kalau rasa tak mampu nak pandang mata si penjual tu ,
apa kata elakkan pandangan mata dia
maksud ana , wajah masih dalam keadaan pandang dia ,
tapi anak mata kita pandang pada hidung dia ,
atau pada dahi dia .
praktiskan benda ni , boleh kurangkan sikit-sikit malu tu ,
insha Allah .
tapi jangan sampai hilang terus semua malu .
insha Allah .

View more

Next

Language: English