@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Patut ke tulis nota mse study PSI / PQS / BA ? Ke bace buku pun dh okay?

AdeqMaelLambong’s Profile PhotoFlwrgirl
قاعدة من قواعد الحفظ وهو الضبط. لا ينافي أحد أن الضبط يعين في الحفظ وانت لا يخسر شيء؟! صح؟
Liked by: brohilm Az-Zahra Nobody

ada apa pada tarim tu sbrnya?ada satu orang muslimah kisas..(amirah syuhada x silap) pun nak ke sana.. bukan ke yaman diserang syiah skrg?

yaman luas cik abang. macam Malaysia. kalau orang kata Malaysia syiah, bukan satu Malaysia tu semua syiah.
Yaman itu besar. ada Sana'a, ada Tarim, Ada Hadhramaut dan lain-lain kawasan dia.
Memangg benar Yaman bertarung dengan syiah, tapi yang dimaksudkan di situ adalah yaman di Sana'a. Puak Syiah berperang sama sendiri. Zaidiyyah bergaduh dengan syiah lain yang bersekutu jadi satu parti politik.
di hadhramaut, tarim.. alhamdulillah tak berlaku pergaduhan antara syiah dan sunni. bahkan bumi tarim ni mendapat julukan kota sejuta wali lagi. nak rasa pengalaman jadi wali, boleh datang sana dan rasai sendiri.
tak nak cerita panjang, boleh cari satu buku cerita pasal Tarim terbitan inteam publication tak silap. wallahua'lam

Terima kasih! Moga bila saya faham bahasa al quran lebih lanjut, Allah bagi pahala kat awak juga

Amin. Insha Allah

Kalau takde basic arab, tp nk sangat sangat bljr arab, ada tak tempatnya? Saya selalu bila baca terjemahan quran mcm boleh agak word mana and maksud mana. Tapi sikit je la sbb takde kosa kata luas. Jealous tgk kalian boleh tulis arab semua :')

Erm rasa sekarang dah ada dah kursus arab yang boleh join untuk orang yang baru nak mula arab (start from 0%).
Tak silap Akademi Hud Hud nama dia. Tu untuk yang nak mula dari 0% arab.
Untuk yang dah ada basic sikit. Nak belajar arab pun mudah rasanya sekarang. Dah ada yang ana dengar pondok-pondok moden dan kuliah-kuliah yang boleh belajar bahasa arab. Antara yang ana tahu, Pondok Sabtu di Baitussaadah, Damansara area-area Segi University.
Dia ada macam pondok untuk mahasiswa/i hari sabtu dari 10-5 petang tak silap. Dalam silibus dia ada belajar bahasa arab.
Rasa banyak lagi selain dari tu.. Wallahua'lam. Harap membantu
Liked by: Adawiyah. Ku Ambak Ay.

أيّ مجال ستخصّص في الجامعة؟

إن شاء الله ستخصّص في المجال أصول الدين بإذن الله.

Kalu taqi tak dpt, dia pergi mesir tak kiranya?

Pergi. Sendiri lah. Dia takpe. Ada kemampuan nak pergi sendiri

Dkt kisas ada belaja muqaranatul adyan x?

Tak. Muqaranatul adyan secara khusus takde. Kita belajar secara tak formal melalui video-video tayangan badar ada lah sikit-sikit. Tapi rasanya tu masih tak dikira sebagai 'belajar' sebab sikit sangat.
Liked by: Hanzai.

Boleh cerita sikit pasal ibn taimiyyah dan kenapa org selalu tuduh beliau begitu dan begini ?

Al-Imam Ibn Taimiyyah rhm. merupakan seorang ulama yang besar dan banyak jasanya dalam mempertahankan Islam. Beliau merupakan imam yang juga mujtahid dan menguasai banyak bidang ilmu.
Bukan lebai-lebai kampung atau ustaz-ustaz jalanan.
Walaupun fatwa dan ijtihad beliau terdapat banyak juga yang berbeza dan setengah itu bercanggah dengan majoriti ulama, tetapi keilmuan beliau memang tidak boleh dinafikan.
Walaupun jika beliau tersilap dalam ijtihad, tetapi ijtihadnya masih punyai pahala di sisi Allah.
Semoga Allah merahmati beliau.

ما المقصود هذا الحال "كونوا كالمطر أينما يقع نفع"؟ شكرا

اينما تقع المطر، فوالله هذا المطر تنفع الارض، وايضا تنفع الناس وكل مخلوقات في ارض الله. فهذا التشبيح الصريح لأي الناس الذي ينفع غيره. هولاء الناس هو خير الناس. أنفعهم الناس.

akhi, mengapa terjemahan al-qur'an tdk dianggap sbgai al-qur'an?

Terjemahan Al-Quran masih lagi Al-Quran cuma ia bukan mushaf. Mushaf ni adalah yang mana Al-Quran (dalam maksud tulisan kalamullah tu) lebih banyak daripada tulisan lain selain Al-Quran atau yang memang semua dalamnya adalah kalamullah sahaja.
Adapun kalau tafsir, terjemahan dll, maka kalam selain Al-Quran itu lagi banyak dari kalamullah, maka ulama kata boleh sentuh jika takde wudhuk kerana ia tidak jatuh hukum mushaf.
Tapi yang terbaik adalah dengan berwudhuk. Wallahua'lam

Next

Language: English