@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

kalau balik2 fikir pasal kawin boleh effect kehidupan dan ibadah kita eh??

kalau dah sampai jadi zikir harian
effectlah ..
fokus menuntut ilmu dulu ,
nanti mereka akan datang cari kita .
insha Allah

akhi ana nk tnya, air liur kucing itu najis ka?

bukan najis kerana kucing juga bukan najis :)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Related users

ayat tu ada dalam selawat akhi .

Imam dua kiblat boleh jadi Rasulullah ,
kerana Rasulullah adalah ketua pada umat Islam sewaktu kiblat di Masjidil Aqsa
dan baginda juga merupakan Imam sewaktu Kaabah itu menjadi kiblat Umat Islam ^^

kalau kita nak berkawan dengan budak laki ni, tak ada niat lain selain berkawan boleh ke?

eh , siapa pula larang kamu nak berkawan dengan lelaki .
boleh sahaja berkawan dengan sesiapa pun .
tetapi batasan dalam berkawan ,
yang itu yang kena jaga ,
atau kamu berkawan itu sia-sia dan mengundang dosa sahaja , kan ? :)
Liked by: Adawiyah.

Tolong doakan saya agar hidup saya dan keluarga diberkati dan di permudahankan. Akhi saya mahu pergi tution tetpi ada saya halangan.beri saya nasihat dan pendapat. Semoga di balas kebaikkan akhi

Amin .
Teruskan , jangan patah dengan ujian .
kerana ujian itu mematangkan kita .
Ini bukan kata-kata kosong tetapi ianya terbukti .
Tabah .
Moga pengakhirannya manis :)
Liked by: Cik mahal.

Kita solat ikut imam pastu masa rukuk, sy terbaca bacaan sunat masa sujud pulak.. Kena sujud sahwi ke lps imam dah beri salam kedua?

kalau dah terbaca lepas tu baca balik bacaan yang betul dalam rukun yg sama , tak perlu sujud sahwi .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

lpas imam dah hbes bace alfatihah. kita kne bce alfatihah jgak kan? kne bce surah jgak ke?

kena baca Al-Fatihah jugak . tetapi perlahan sahaja suara kamu .
Surah jika imam sedang baca , maka tak perlu baca surah cuma dengarkan bacaan Imam .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

saya ada guna ketip kuku yg ditinggalkan d-loker taon lpas..sayer guna staon la..pas tu skrg dah abis skola..n dah bwak dah ketip kuku tu..tpi so sudde lupe nk letak blik kat situ..even pemiliknyer mngkin sjer waqafkan..macam mner yer..rsa mcm berhutang.^^

letakkan sahaja di tempat asalnya .
jika waktu kamu jumpa ketip kuku tu kamu dah biarkan dia berbulan-bulan tapi takde sapa yg ambik jugak , mungkin benar pemilik asalnya sudah tak nak . sebaiknya letak ditempatnya sahaja semula . tinggalkan nota jika perlu .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

macam mana ana nak perbaiki ikhtilat ana ? jaga aurat ana dgn sempurna ? ana teringin sangat nk berpurdah namun ana takut ana tak kuat :'( ana tknak nanti mujahidah lain dpt nama. .

Nak perbaiki ikhtilat , enti kena mula dari diri sendiri dulu .
Rasakan kemuliaan wanita ini dan betapa berharga dan bernilainya suara dan harga diri seorang muslimah .
Maka apabila sudah terasa kemanisan ini , kamu akan rasa hendak menjaga diri dari apa-apa perkara yang boleh membawa pada merendahkan maruah kamu .
tentang berpurdah atau berniqab .
ana rasa perlu kita fahami yang niqab itu BUKAN kesempurnaan menutup aurat .
Bukan dengan berniqab , aurat kita telah terjaga sempurna kerana banyak orang berniqab dan berpurdah hari ini yang dia berniqab tetapi di kakinya masih tiada stokin , ditangannya masih belum punyai handsock dan ini menyedihkan kerana mereka memahami niqab itu dengan cara yg salah lalu boleh menimbulkan fitnah pada niqabis yg lain2 dan satu judge umum yang negatif pada niqabis .
Pada ana , benar niqab ini sempurna menutup auratnya , tetapi hanya di kepala , bahagian yg lain juga mesti diteliti penjagaannya , barulah sempurna kemudian barulah letakkan niqab kerana once kamu berniqab , orang telah meletakkan satu point-of-view yang tinggi pada kamu dan kamu itu atos Islam . Maka andai dirimu , perangai dan tingkah laku serta lain-lainnya buruk , akan mencalarkan Islam itu sedikit sebanyak , kan ?
Maaf niqabis jika menyakiti hati mana-mana pihak , tpi itu yang ana sebagai muslimin perasan . teruskan niat baik nak tutup aurat dgn sempurna tpi jangan terlalu gopoh dan ghairaj utk terus ke purdah dan niqab . niqab hati , diri dan lain-lain dahulu sebelum mukamu .
Afwan lakum
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

akhi..syer nak tnya psal pendapat non-muslim yg pkai tdung..or mnutup aurat nie...sayer tahu..niat dia baik...nak berubah ke arah yg lebih baik..walau dia bkn islam..n seharusnyer kita sokong ..tpi akhi x rsa sperti mpersendakn agama ke klau tetiba dia pos gmbar x bertdung plak??

memang ada kemungkinan apa yg akh ckp tu berlaku .
tetapi bagi ana , kita kena lapang dada dan beri laluan dan masa pada dia .
dia mungkin secara tidak langsung membantu dakwah kita ,
di mana yang tak bertudung atau free hair ni mungkin terasa dengan kata-kata mereka sprti Felixia Yeap dll .
Kita beri mereka yg bukan Islam ini ruang lagi ....
Allah telah cuit sedikit hati mereka ,
maka kita doakan mereka juga terbuka hati memeluk Islam .
Jika smpai satu masa ia memang menghina dan mempermainkan agama kita . maka kita perlu ambil tindakan pada mereka . sebelum itu berlaku , bersangka baik sahaja dgn mereka dan doakan mereka
sama-sama dampingi ulama
wallahu'alam

Apa beza couple dengan bercinta?

Couple itu adalah suatu penterjemahan cinta yang salah dengan pemahaman pada cinta yg tidak benar .
Berbeza pula dengan cinta , cinta itu adalah fitrah setiap insani .
Soal fitrah ini memang ada tetapi ia mesti dikawal dan bagaimana ia dikawal itu bergantung pada seseorang itu .
Sesetengah manusia memukul rata semua ini sekali dgn mengatakan kedua-duanya tidak boleh .
Pada ana , yang ini agak keras kerana memang terdapat beza antara couple dan cinta .
Cinta yang merupakan fitrah insan bernama manusia ini memang perlu ada tetapi ianya mesti bijak dikawal .
Mereka yang bercouple sering menterjemahkan cinta mereka dgn mengatakan mereka bercouple itulah cinta , sedangkan matlamat cinta mereka itu tidak dihalalkan dgn cara bercouple kerana Allah tekankan dalam Al-Quran : "Dan jangan kamu menghampiri zina , sesungguhnya ianya keburukan dan jalan yang keji" . Rasulullah S.A.W tegaskan lagi pada kita dgn sabdanya : "Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bersama , maka akan ada pihak ketiga iaitu syaitan"
Allah larang kita mendekati zina , apakah akal yang wara' kita masih tidak mampu memikirkan apakah azab Allah yg akan diberi pada orang yang berzina , sedangkan mendekati juga telah dilarang , bukan ?
Jika benar cinta diekspresi dalam couple , bagaimana boleh berlaku clash bukan ? jika benar lagi , mengapa sanggup si lelaki atau yg prempuan bercouple , kerana dia tahu pasangannya akan disambar api neraka ? bukankah itu bukan cinta sejati namanya ?
sama-sama kita renungkan .
wallahua'lam

View more

Next

Language: English