@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Previous

Related users

Assalamualaikum ya ukhti/akhi. Jika ada masa terluang, sila search acc ask.fm MujahidahSolehah_ dan jemputlah singgah. Hasil kerjasama 9 ukhti, alhamdulillah. Syukran :)

wa'alaikumussalam . insha Allah ana follow sudah . jawapan antunna tu tengok betul2 , jangan jawab apa yg tidak tahu . mudah-mudahan bermanfaat . Allahua'lam
Liked by: Zainida

soalan diet tadi dapat kat twitter Serban Putih tapi dia tulis dkat situ "hadis palsu" jadi macam was was pulak.kenapa dikatakan palsu?

oh , akhi IGotCastAway ya ?
kamu kena faham , Hadis Palsu ni adalah hadis yang direka oleh orang lain , kemudian disandarkan bahawa ia Rasulullah yang kata .
hadis palsu ni kata ulama , walaupun direka untuk ajak orang buat baik , tapi guna nama Rasulullah . maka haram hukumnya .
sebab Nabi S.A.W beri amaran pada kita mafhumnya :
"Barangsiapa yang berbohong (menipu) keatasku (guna nama nabi atau lain2 penipuan) , Maka dia telah menempah tempat di neraka"
jadi menyandarkan sesuatu atas nama nabi ni bukan main-main dan mengatakan sesuatu kata-kata yang mungkin nabi kata tetapi lemah kepada hadis palsu yang nabi tak kata juga tuduhan yang berat .
Kebanyakkan hadis palsu ni dibuat untuk ajak orang buat baik , ikut sunnah nabi dll , tapi caranya salah . misalnya hadis tuntutlah ilmu dari buaian smpai liang lahad : hadis ni baik mesejnya , tapi disandarkan pada nabi sedang ianya kata orang bijak pandai , bukan kata nabi .
jadi kesipmulan sini , mesej baik dalam hadis palsu andai kamu jumpa , ambil sahaja . kutip hikmahnya . Nabi juga suruh kita kutip hikmah sebab hikmah itu sukar dijumpai pada zaman kita . cuma pada menyatakan ia drpd nabi atau tidak , jangan terlalu mudah . hanya kerana kamu dgr drpd org yg bukan ahli dalam ilmu hadith kamu terus percaya , maka ingatlah janji nabi , sebuah tempat di neraka .
sebelum menyebar apa-apa hadith atau kata-kata , rujuk dgn org alim dlm bidang hadith atau ustaz2 yg tahu ilmu ulum hadith , mustolah hadith dll .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

betulkah diet Rasulullah seperti ini? jangan makan ikan + susu jangan makan ikan + daging jangan makan daging + susu jangan makan ikan + salad jangan makan susu + buah jangan makan susu + cuka

mana dapat ni
drpd apa yg ana tengok , memang banyak yg betul :)
Rasulullah memang tak suka campur makanan darat dgn laut
Rasulullah juga mmg tak suka campur cuka dgn susu
tengok dari sudut sains pun nmpk ,
darat dgn laut kalau campur dlm satu hidangan mmg boleh bawak mudharat
cuka = asid dan susu = alkali makan sekali memang akan rosakkan perut
dan Rasulullah gemar ambil cuka .
Allahumma Solli ala Muhammad
moh selawat .
drop link mana dapat
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam
Liked by: Hzmn A serenity

Betul ke kalau kita baring masa azan mayat kita akan jadi berat ? Yang ni tak sahih kan? Then kalau kita cakap-cakap masa azan nanti dibangkitkan badan kita manusia kepala kita binatang ?

wallahua'lam .
yang ni ana tak pasti lah .
tanya yg lebih alim ya .
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Ohh .. haha dekat likes ..... scroll kat sini je patut x jumpa -.- .. ok , trima kasih .. oh kiranya same laa kalau mngalunkan quran jugak ?

lebih kurang . kalau ada org lain iaitu lelaki , maka lebih baik lelaki tu yg alunkan . melainkan kalau smua prempuan , takpe lah
Liked by: syimah

saya rapat dgn chinese girl.. kalau saya penat, die suruh mnum minuman die.. xkn nk tolak? nnt die kecil hati.. cemana pulak tu?

NurFathimahAlhaura’s Profile PhotoHaura'
yg ana bagi tadi tu pendapat yg keras . ada pendapat ulama yang kata boleh , kalau dia tak makan atau minum yg haram sblum tu , atau kita bersihkan penutup botol air tu sblum minum dgn lap dgn kain dll . kalau boleh elak , maka elakkan . kalau tak , lap lah dulu tak pun basuh dgn air dulu penutupnya
Liked by: syimah Haura'

saya perempuan, akhi tau tak sapa daie perempuan kat dlm ask.fm ni yg saya boleh follow?

banyak antaranya Ustazah Izzah El Feroqia , The Hawa , Syahidah Nazirah , Officialieda , norasiah hasan , aden dll .
tanya diorang . insha Allah
Liked by: IR syimah Haura'

Apa hukum share minuman dengan non-muslim?

pendapat yang tegas kata tak boleh , sebab mulut orang kafir kita tak tahu , entah-entah dia dah makan benda haram atau minum benda haram dan air liur tu masih melekat . lebih baik elakkan minum minuman yg dah diminum org kafir sblum kita minum . tapi kalau kita minum dulu dan dia habiskan ,takde masalah
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

Apa pendapat akhi/ukhti utk muslimah yang pakai tudung labuh di sekolah tapi kat luar tudung singkat...cano tu?

they are learning to addapt what they have learned from school
mungkin diorang tgh struggle nak pakai , tapi tak sampai lagi dan banyak lagi halangan nak pakai di luar sekolah
kita yang tak duduk sama-sama dgn dia ni ,kalau mampu tegur dia
tanya elok-elok kenapa .
kita tak boleh semberono judge umum gitu , mungkin dia punyai masyaqqah (halangan) dia sendiri
so , bincang dgn dia kalau dia kawan kita
kalau betul dia tak nak pakai sebab malu dsbnya
dekati dia dgn bagi nasihat
ceritalah apa pengalaman kita pakai tudung labuh
then cerita apa kebaikan dia
mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dia dan urusan kita
Allahumma Amin .

apa hukum wanita mengalunkan al quran depan orang ramai .. bukankah suara wanita itu aurat ? hmm

pernah jawab , tgok di profile , dekat likes , scroll bawah skit . ada soalan pasal heliza helmi . mmaf takleh nak copy link , pakai app dkt phone

ouh cmtu.. thanks.. tp sy dgr course tu ambl mse 8 thun.......lme..

yup . naam . memang lama , ada stgh tmpat 9 tahun .
nak alim mana boleh sekejap-sekejap . nanti sesat , fahaman tak betul
takde express dlm mnuntut ilmu ni
kalau rasa nak blajar hadis dan sayang hadis , mgajilah alim
Liked by: Adawiyah.

belajar alimah tu ap? ap beza alimah dgn masuk skolah ag?

alimah tak pernah dgr lah pulak
belajar ambil corse alim penah la .
course alim di tahfiz , dia hafaz quran kemudian mengaji hadis dan quran dan jadi maulana yg pling hebat
eiwah

Kenapa Allah benarkan agama lain selain Islam wujud ,lalu dianuti oleh para manusia yang dijadikanNya? Walhal hanya agama Islam yang betul sebetulnya ,bukan ?

masha Allah , tabarakallah
soalan yang baik untuk semua kita sama-sama fikirkan
kenapa Allah biarkan adanya agama lain selain Islam , sedangkan Islam sahaja agama yg benar dan yang lain tidak bukan ?
jadi agaknya kenapa dan mengapa begitu ... ?
bukankah ianya tidak adil jika begitu hukumnya .
jadi begini . kamu faham apa itu adil tidak ?
adil itu bukannya pukul sama rata .
bukan jika seorang manusia itu diberi rezeki , maka yang lain juga punyai rezeki yang sama
tetapi adil ini soal hak
meletakkan hak pada tempatnya .
misalnya , seorang yg berbadan besar , dia akan diberi makanan yang nilainya lebih banyak dari si kurus kerana saiz badannya yang memerlukan banyak itu untuk kenyang
ramai manusia salah dalam menganggap adil itu hak sama rata
tapi hakikatnya adil itu hak peribadi seseorang
dia dapat atau tidak haknya .
maka kita balik kembali pada soalan tadi , kenapa punyai agama lain selain Islam sedang Islam sahaja agama yang benar ?
ianya adalah bukti yang menunjukkan Allah itu adil
Allah tak hukum hambanya selagi sesuatu itu bukan pilihan hambanya
Allah tak hukum manusia tanpa memberi mereka ruang untuk memilih
memilih antara benar dan salah .
maka di situlah adilnya Allah
Allah beri manusia itu akal , dengan tujuan menimbang balik
menilai dan memilih yang terbaik untuk dirinya
kamu lihat orang kafir , bukan Islam tidak smpai pada mereka
Islam sampai pada mereka
bukti jelas menunjukkan mereka kebenaran yang dibawa Islam
tapi kenapa mereka masih kafir hingga ke akhir nafas mereka ?
kerana mereka diberi ruang memilih oleh Allah
dan mereka tidak mahu memilih kebenaran sedangkan sudah jelas dihadapan mereka
maka wujudnya agama selain Islam adalah untuk menguji kita dalam memilih dan menilai perjalanan hidup kita
kita yang pilih , dan pilihan kita itu adalah kehendak kita
dan kehendak kita itu menepati atau tidak kehendak hak kita .
maka sebab adilnya Allah wujudnya syurga dan neraka
wujudnya mizan , sedang Allah maha mengetahui , tak perlu mizan juga Allah sudah tahu kita di mana , tetapi Allah adakan juga neraca mizan
adilnya Allah dan Islam
"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan ?"
(Ar-Rahman)
sama-sama dampingi ulama
wallahua'lam

View more

Mati-mati ingat ismail umur dlm lingkungan 21, 22 mcmtu. Rupanya budak lepasan spm :D btw gdluck.

jangan mati pulak . manfaatkan umur muda . takde lah umur dah 18 pun , rasa tak manfaat lagi hidup ni Allahu .
Liked by: B E L L O ™

antare enta ngan syahmi haziq sape hafiz g....tp due2 mst hafiz power punye

syahmi , suara dia best . dia hafal sungguh walaupun setahu ana dia hafal tak banyak sgt . tapi lekat sungguh
ana ... Allahu ... teruk .
Liked by: fatinshyira syimah

Next

Language: English