@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

Macam mana nak layan orang yang kita suka? I’m not a people pleaser.

Layan dia macam mana kita suka dia layan kita. Begitulah kalau nak buat apa-apa, layan sepertimana kita nak kita dilayan kalau kita berada ditempat dia.

Buat apa sekarang?

Kerja sebagai penterjemah bawah Ruwaq Jawi. Buat masa ni, tengah dalam proses semakan kitab ulum hadis, at-Tazkirah tulisan Imam Ibnu Mulaqqin.

Assalamualaikum mail, saya nak tanya. Klau saya post gambar saya di kedai makan. Di belakang saya ada a muslim woman yg free hair. Adakah saya menanggung dosa dia?

Waalaikumussalam. hmm... memang sengaja bergambar bagi dia ada ke, or tak sengaja? Apa-apa pun, basicnya ialah kita takkan tanggung dosa sesiapa pun melainkan benda tu ada dalil dalam agama yang tetapkan. Macam tulah kaedah dia.
Jadi itu pilihan dia. Dia yang pilih untuk tidak bertudung waktu tu sedangkan dah sampai umur yang wajib dia bertudung. Tambah pulak kalau memang tak sengaja termasuk, nak buat macam mana.

Related users

da tahu dia tunangan orang .. pi kacau lgi watpe ??

orang macam ni kena tegur. tapi tegur la elok-elok. dan kalau dia tak makan tegur, cuba ingatkan dia bahawa kacau tunang orang tu berdosa. takutkan dia dengan benda tu.

Sekarang kan ada pemeran kayu sugi, ekstrak peluh Rasulullah SAW dekat Madrasah Darul Uloom, Sg Buloh. Masa saya share iklan tu, ada kawan pm saya tanya, peluh tu tak tersejat ke..? Minta maaf saya tak tahu.

Semua athar atau tinggalan nabi yang sabit setahu saya zaman ni, diorang ada silsilah penjaga dia. Maknanya athar tu dijaga dari satu generasi, ke generasi seterusnya dan semua generasi2 tu nama mereka direkod. Tapi untuk semacam yg disebut atas ni, saya tak pasti, sebab kadanag-kadang ianya cuma dakwaan tanpa bukti. Tapi kalau sangka baik kita sekalipun ianya benar peluh nabi, kenapa ia tak tersejat, boleh jadi itu sebahagian daripada keistimewaan Rasulullah yang tiada pada makhluk selain baginda. Wallahualam.

Apa yang buat Mail jatuh cinta dengan bidang hadis? (If you mind sharing).

Bidang hadis ni saya minat tapi biasa-biasa je. Sampai bila saya masuk stam dan antara subjek kami mustolah hadis. Alhamdulillah, saya tak tahu kenapa tapi Allah mudahkan saya faham segala istilah-istilah dia. Dan disebabkan itu, markah saya melebih markah kawan-kawan yang jauh lagi pandai dari saya. Akhirnya bila nak cari mentor untuk setiap subjek, saya jadi mentor untuk subjek tu.
Saya cuma hairan kenapa bila berkaitan dengan hadis je, seolah-olah macam saya lagi mudah faham dari orang lain. Tapi saya tak pandang tu sebagai apa-apa kelebihan pun. Dan beberapa kali jugak saya tanya diri saya, betul ke hadis ni bidang yang kau nak sambung nanti? Dan soalan tu tergantung, sampailah bila bangkit isu-isu berkaitan doktor phd bidang hadis.
Saya tertarik banyak dengan isu-isu yang beliau bangkitkan. Saya tahu ada beberapa pendapat beliau yang tidak selari dengan pendapat asatizah yang lain. Tapi saya kira tiada siapa yang mampu menjawab kritikan-kiritikan ilmiah terutama berkaitan hadis yang beliau berikan. Kalau ada yang membalas pun, saya tak nampak ianya ilmiah dan hujah yang berbalas hujah. Bila dikempenkan semak hadis pada orang awam oleh doktor berkenaan, lagi tambahkan keinginan diri saya untuk kuasai bidang ni. Biar saya yang buktikan dan sebutkan yang mana yang salah dari cara beliau.
Lalu akhirnya sebelum saya terbang ke Mesir, saya beli satu buku terjemahan Indonesia kitab Syeikh Muhammad Abu Syahbab, tentang hadis dan para muhaddisun. Saya cuba buat ianya sebagai bacaan harian saya, dan hari demi hari, makin jatuh cinta saya dalam ilmu tersebut. Saya kemudian nekad, memang saya akan sambung belajar dan mendalami hadis semampu yang saya boleh, setinggi yang saya mampu. Jika ke phd, maka phd lah ia!
Bila saya sampai ke Mesir, saya terus wajibkan diri saya hadir kelas hadis dan ulum hadis. Lalu saya dilorongkan untuk mengenali dan mulazamah dengan kelas Syeikh Abdul Wahid. Syeikh Wahid lah yang pertama ajarkan saya mustolah hadis di Mesir dan ketika itu di Pusat Pengajian Ruwaq Jawi kitab Nuzhatun Nazhor. Walaupun waktu tu saya kira kurang 10% saya faham dari kelas, tapi saya yakin yang ilmu itu bukan sekali dengar terus faham. Bukan boleh disuap, tapi perlukan usaha dari diri sendiri juga. Lalu saya cuba belajar, fahamkan, baca sebelum kelas dan lain-lain. Dan bila dah faham, baru rasa manisnya kelas. Alhamdulillah.
Dan kemudian dengan perantaraan Syeikh Sayyid Syaltut, saya berkenalan dengan Syeikh Aiman Ariff. Dan dari Syeikh Aiman lah saya belajar aplikasi segala pengetahuan dan kaedah ilmu hadis yang saya belajar pada hadis-hadis, sehinggalah ke hari ini. Jadilah dua Syeikh ini jambatan saya mengenali dan mendalami ilmu hadis.
Tetapi yang sentiasa memberikan saya inspirasi dan cinta pada ilmu hadis adalah Syeikh Ahmad Maabad. Syeikh pada muhaddis-muhaddis Mesir. Syeikh Ahmad lah Syeikh yang sentiasa membakar himmah saya untuk terus membaca, mengkaji dan mendalami ilmu hadis. Wallahualam.

View more

are you still currently in Mesir? By any chance do you know Ustaz Nizam alBanjari?

tahu dari qasidah2 beliau je. jumpa tak pernah
Liked by: ayay

Idk how to start but ive known you since 4 years ago... through askfm. I read abit of your writings on ur blog..? And some updates on fb.. كيف سأقول لك...صعب أن أقول...أستحي أن أقول... وربما عرفت قصدي ..؟؟

أي شيء تريد؟

Mail musim covid ni kat Mesir je ke tak balik Malaysia?

balik dah alhamdulillah. nak balik sana balik tak tahu bila

Ambil masa berapa lama nak masyi cakap & faham ba?

Bergantung pada kerajinan individu untuk berlatih bercakap dengan orang arab dan bergantung juga pada kesungguhan nak kuasai bahasa tu. Orang yang betul nak jadi fasih dalam bahasa arab, kena gunakan bahasa arab dalam urusan seharian dia, kalau berterusan dalam sebulan dah nampak hasilnya.
Liked by: Fik R ⛄

صعب لأقول، وخلاص كتمت سنوات...والآن سأخبرك شيء. أنت تعجبني بالعلم لديك. ما شاء الله، الله يبارك فيك......

أهنئك بالتهنئة وبارك الله فيك على محاولتك في الكتابة باللغة العربية. هذا شيء عظيم وجهد كبير في إحياء البيئة اللغة العربية لدينا فأشكرك بهذا الجهد المبارك ولو
كان هناك بعض الأخطاء في تركيبك لجملة... مثلا من خلال ما سمعتُ من كلام العرب، أنهم لا يبدأون بعد الجر بالفعل، بل لا بد أن يتبعه بالاسم... ولكن محاولتك هذه جيدة!
فأقول لك: بارك الله فيك على حسن ظنك بي. فأنا الفقير الحقير، الراجي لعفو والبركة من ربي. وما عندي شيء حتى أعطي شيء لا سيما العلم. أسأل الله أن يبارك عمورنا بالعلم ويرزقَنا علما نافعا. آمين.

Adakah abu bakar seorang literalist atau rationalist? Dan imam malik pula?

Apa yang kamu maksudkan dengan literalist dan apa pula rationalist di sisi kamu? Adakah Abu Bakar disini as-Siddiq, sahabat nabi yang agung, atau siapa?

macam mana bagi seorang perempuan untuk melamar seorang lelaki tu utk jadi pembimbing dlm hidup dia? katakan dia minat pada ilmu yg lelaki tu ada.

Kalau boleh guna wali, guna lah wali untuk lamar dia. Lebih selamat dan terjamin hubungan kamu. Kalau tak boleh juga, boleh mintak tolong kawan kamu untuk sampaikan kalau malu, atau kamu boleh sampaikan terus kalau memang tak rasa malu apa semua (dan sepatutny tak payah malu pun, sebab bukan ada benda yang berdosa pun kamu buat, bahkan ini yang membawa pada yang halal). Kalau tak boleh mintak tolong kawan lelaki tu yang sampaikan pada dia. Sekarang ni mudah sangat dah sebenarnya. Wallahualam.

aku belajar sejarah dan aku dapati agama kristian & Islam ni fahaman dia cuma lain sikit mengenai Tuhan tapi persoalannya adakah cara doa agama kristian sama dengan Islam? dia gunakan perkataan "Amin" juga ke setiap kali lepas berdoa? aku tanya sebab aku received ask daripada seorang kristian

Sebelum kamu mudah-mudah kata agama Islam sama dengan agama Kristian dan lain-lain, cuba kamu buat kajian dulu apa maksud amin tu? Dah kaji lepastu baru kita bincang lain.

Crush aku sc story aku dohhhh HAHAHAHA tapi story aku psl quotes tapi aku stil happy HAHAHAHAHAHHAHAHHA then dia repost story aku HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHGAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHJSISJWEHEYIUGWUSCVSXMXIBCVSJZHVSIWUSGHS

Gembira kan kalau orang yang kita sayang balas cinta kita. Itu belum balas betul pun cinta kita, baru kita sahaja perasan cinta kita kononnya dibalas. Dan berbunga dah hati kita!
Bayangkan kalau cints kita pada Allah dan Rasul yang kita dambakan sangat ni terbalas, macam mana perasaannya pulak kan? 😍

Yg jnis mustadrak tu..hadis yg same xpi sanad dn riwayat yg lain atas syarat bukhari (misalnye)?ke hadis lain..xpi atas syarat Bukhari?

Hadis lain, dan boleh jadi hadis sama, yang penting hadis tu atas syarat kitab yang dipilih.
Liked by: Nurul Syazwani ♡
+1 answer in: “Ape beza kitab jenis المستخرجات dgn jenis المستدركات ekk..cthnye المستخرج على الصحيحين ngn المستدرك على الصحيحين...emm??..barakallah akhi...”

Apa tips mengulang quran weh? Sumpah makin hari mkin hilang hafalan 😭 mcm mna nk ulang & bila masa2 yg sesuai?

Al-Imam Khatib al-Baghdadi رحمه الله tuliskan beberapa riwayat daripada para imam-imam kita terdahulu di dalam kitab beliau, al-Jami Akhlaq ar-Rawi Wa Adabus Sami' yang boleh kita ringkaskan lebih kurang begini:
Waktu paling terbaik untuk menghafal adalah sebelum subuh, selepas subuh sehingga sebelum zohor, kemudian malam dan akhir malam.
Adapun waktu tengahari dan petang kebiasaanya para ulama kits akan menggunakannya untuk murajaah atau mutholaah atau menulis kitab.
Murajaah adalah mengulangkaji pelajaran, hafalan dll.
Mutholaah adalab membaca dan mengkaji dan mencari sumber dan maklumat tambahan untuk sesuatu bab.
Harapnya dapat membantu. Al-Quran itu penghafaznya ramai, tetapi yang menjaganya itu sedikit, yang memahaminya lebih sedikit, yang beramal dengannya tersangatlah sedikit. Mudahan kita tergolong dalam golongan yang hafaz, menjaga, memahami isi kandungannya dan beramal dengannya. Amin 😁

View more

Ape beza kitab jenis المستخرجات dgn jenis المستدركات ekk..cthnye المستخرج على الصحيحين ngn المستدرك على الصحيحين...emm??..barakallah akhi...

Mudah nak faham, kitab mustakhrajat adalah contoh kamu adalah penulis kitab mustakhraj. Pertama sekali kamu kena ambil satu kitab untuk kamu jadikan asal. Contoh, kamu ambil sohih bukhari. Kemudian kamu sendiri punyai hadis yang sama dalam bukhari yang kamu dapati hadis kamu lebih a'liy (عالي) (bilangan perantara dalam sanad kamu terhadap hadis tersebut lebih sedikit daripada yang ada pada sanad imam bukhari), jadi kamu pun tulis riwayat kamu tersebut dan namakan kitab kamu mustakhraj ala sohih al-Bukhari.
Tujuan mustakhraj antaranya macam saya kata tadi: nak dapatkan sanad yang lagi aliy. Dan ada baki lapan lagi disebutkan Imam Suyuthi dalam alfiyyah beliau antaranya nak tahu ada tadlis ke tak, nak tahu ada jahalah rawi ke tak dll. Ada ulama kumpul dan tambah jadi 11 pun ada.
Baik, mustadrak pulak, sama juga, kamu jadikan satu kitab sebagai asal (sumber). Kemudian kamu buat kajian pada syarat yang diletakkan oleh pengarang asal tersebut dalam kitab dia. Lalu, kamu keluarkan hadis daripada sanad dan riwayat yang kamu ada yang kamu dapati menepati syarat penulis asal kamu itu. Maka kitab tu dipanggil mustadrak.
Antara yang famous adalah mustadrak Imam Abu Abdullah Hakim رحمه الله keatas sohihain. Mustakhraj pula banyak, antaranya mustakhraj Abu Nuaim dll.
Wallahualam. Boleh tanya lagi kalau tak faham. Saya terangkan di sini secara mudah nak faham. Nak takrif boleh buka buku.

View more

+1 answer Read more

Bagi tips pro bahasa arab. Aq nk kalau ckp arab tak sekat2

Hafal kamus. Insha Allah tak sekat dah bercakap. Sebab basic nak kuasai suatu bahasa kau kena tahu percentage yang banyak daripada vocab dia. Dan untuk bahasa arab, kau kena tahu dan paling kurang ada dalam otak kau 500-1000 kalimah, baru kau boleh lancar bercakap. So the best key is, hafal kamus!

Aku tak faham lagi dengan konsep tak halalkan ilmu dari cikgu sekolah ini. Dia dibayar untuk mengajar. Dia setuju terima gaji dari kerja dia mengajar di sekolah. Boleh ke dia tak nak halalkan ilmu tu? Soalan kbat 2020. Credit to twitter man.

Kalau kamu melihat pada gaji dan guru semata-mata, memang kamu takkan nampak macam mana boleh guru itu tak halalkan ilmu pada seseorang.
Tapi kalau kamu melihat luas lagi, kamu akan nampak, memang guru dibayar dengan gaji dan dibayar untuk mengajar. Tetapi guru tidak dibayar untuk keberkatan dan juga tidak dibayar untuk mendidik anak muridnya menjadi orang.
Jika mengajar sekadar buka buku dan habiskan silibus, ya memang guru dibayar untuk semua itu. Tetapi untuk pastikan kamu faham, didik kamu dengan akhlak yang baik, ajarkan kamu adab, korbankan masa untuk datang dan bantu kamu walaupun pada hari cuti, mendoakan kejayaan kamu dll... Semua ini tidak dibayar oleh kamu mahupun sesiapa. Tetapi ianya akan terbayar andai kamu berjaya menjadi orang yang hebat.
Oleh kerana kamu tak bayar bahagian ini, jadi ia menjadi bahagian dari guru kamu untuk halalkan atau tidak halalkan semua yang dia berikan di atas ini. Dan bila dikatakan halalkan ilmu bermakna ada keberkatan pada ilmu kamu dan ianya akan menjadikan hidup kamu bermanfaat. Adapun jika tidak dihalalkan guru kamu, ilmu itu, ianya akan menjadi sebaliknya. Nauzubillah.
Maka hargailah guru-guru kita, bahkan darjat mereka itu tidak kurang sedikitpun daripada darjat ibu bapa kamu.

View more

Next

Language: English