@IsmailAlHafiz

خويدم لطالب العلم

Ask @IsmailAlHafiz

Sort by:

LatestTop

In your opinion, what are common problems that teenagers and young 'pendakwah'(s) have nowadays? Explain.

Isti'jal dan terburu-buru untuk berdakwah sebelum punyai persediaan dari sudut ilmu dan amal. Dan ini sangat ketara dan tersebar di dalam masyarakat kita hari ini. Kata para ulama:
“من استعجل بشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه”
Yang bermaksud: “Barangsiapa yang terburu-buru dengan sesuatu perkara sebelum tiba masa dan peluangnya, ia akan diikuti padanya dengan keharaman (tidak dapat) perkara tersebut.
Maksudnya yang terburu-buru ini, takkan lama bertahan. Rasa yang dia buat itu betul tetapi hakikatnya menjadikan diri dia diharamkan dengan perkara tersebut.
Wallahua'lam. Pendakwah apa kalau perkara yang nak di dakwah kan pun dia tak tahu? Kalau yang fardhu untuk diri dia pun masih tak lepas? Kalau akhlak yang dia nak sembangkan tu pun belum jadi sebahagian dari diri dia?
Menjadikan fitnah pada apa yang didakwahkan itu lebih besar daripada membuka peluang dakwah pada orang lain.
Wallahua'lam. Maaf kalau sedikit kasar atau ada yang terasa hati.

View more

Bila ada lelaki yang segan/tak berani nak approach seorang perempuan, adakah itu tandanya perempuan itu wanita muslimah yg mahal atau lelaki tu yg tak berminat dengan perempuan tu? based pada pandangan enta sebagai lelaki. syukran.

Dua-dua ni boleh jadi betul. Bergantung pada keadaan. Dan benda tu biasa pada manusia sebab ada kala benda berharga mahal kita tak selalu guna. Tapi jika kita memang tak suka, mahal ke murah, kita tetap takkan guna. So, depends.

tips pandai arab? 🙏

Kena suka bahasa arab dulu. Hakikatnya ramai orang memahami bahasa arab sebagai nahu dan sorf sahaja. Saya juga termasuk dari kalangan orang yang berpegang dengan cara berfikir ini sewaktu belajar bahasa arab di sekolah dulu. Hasilnya, sebab saya tak tahu kenapa kena belajar nahu dan sorf (iaitu bahasa arab dalam tafsiran saya), saya jadi benci dan tak suka bahasa arab.
Semua tu berubah bila saya diterangkan bahawa bahasa arab itu lebih luas dari sekadar nahu dan i'rabnya atau sorof dan bina' nya. Ianya bahasa yang dari dia, tersingkap makna al-Quran. Ianya bahasa yang diturunkan dengannya sebesar-besar mukjizat iaitu al-Quran. Ianya bahasa yang agung yang dilafazkan oleh lidah manusia paling agung dan mulia, Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ianya kaya dengan ribuan bahkan jutaan kosa kata dan dilalat kalimahnya. Satu perkataan boleh datang dengan puluhan makna, satu huruf boleh difahami dengan puluhan maksud, satu ayat boleh difahami dengan makna sebenarnya (hakiki) atau makna abstraknya (majazi) dan begitu banyak faedah yang dari itu, saya faham... Bahasa arab bukan sekadar nahu dan sorf sehingga walaupun kamu tidak suka pada kedua ini, kamu akan cinta pada bahasa tersebut. Wallahua'lam

View more

Related users

Boleh tak terangkan secara general ttg ahl sunnah wal jamaah? Mula dr mana? Apa kaitan abu hasan as-sya'ari dgn abu mansur..

Ahlus Sunnah Wal jamaah ini adalah aqidah Nabi dan para sahabat berdalilkan عليكم بسنتي وسنة خلفاء الراشدين المهديين.
Perbahasan yang panjang dan tak muat nak cerita di sini. Kamu boleh baca kitab macam ada satu tulisan SS Mufti Wilayah tentang Asya'irah dan sejarahnya.
Cuma yang kamu kena tahu, Imam Abu Hasan al-Asy'ari mahupun Abu Mansur al-Maturidi رحمهما الله kedua-duanya bukan pengasas aqidah Ahlus sunnah kerana ianya sudah ada sebelum mereka lagi. Mereka cumalah pengumpul dan penyusun kaedah-kaedah dan hujah-hujah aqli dan menyesuaikannya dengan zaman mereka. Wallahua'lam.

Hari ni.. Donald trump mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Sibuk semua nak marah. Tapi aku lihat, soalan shoutout masih penuh dengan soalan couple-break-jodoh-cinta manusia. Di mana hati kita buat ummah? Di mana kasih buat ummah? Sedih gais. Sedih :')

Apa yang Donald Trump buat itu dan apa yang jadi ni, semua cukup untuk menjadikan kita semua sebut:
“صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم“
Iaitu: “Benarlah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”
Janji-janji akhir zaman yang nabi sebutkan satu-satu kita nampak kemungkinannya untuk berlaku. Cuma tulah, baki pada kita pula sekarang, kiamat sudah dekat.... Kita sudah sedia ke?

nak tanya, apa maksud Al Iham dalam istilah ulum hadis ? dan boleh terangkan pasal al tadlis ?

Iham maksudnya rawi itu punyai wahm dari segi dhobitnya.
Tadlis adalah riwayat oleh seorang rawi yang mudallis yang diriwayatkan dengan ananah (عنعنة). Lalu riwayat tersebut diragui adakah didengar oleh rawi mudallis tersebut atau tidak dari syeikhnya. Itu secara mudah untuk tadlis isnad dan boleh dikatakan bentuk tadlis yang paling masyhur. Adapun ada bentuk tadlis lain macam tadlis syuyukh, tadlis taswiyah dan lain-lain semuanya ada dibahaskan dalam kitab-kitab besar (mutawwalat) yang lain. Wallahua'lam.

Mcam mna nak bagi gambar? Btw.. Buku tauhid darjah khas. Ayat dia gini. Menyerahkan diri kpd Allah merangkumi 4 bidang perkara secara mutlak: 1. Serahkan dlm bidang tauhid 2. " bidang ibadat khusus&umum 3. " bidang akhlak 4. " bidang perundangan

Tak faham. Mungkin boleh PM saya di Facebook kalau kamu ada Facebook. Maaf. Terlalu umum. Nak kena tengok muka suratnya.

Assalam... aku tgh baca buku ni.. Boleh aku tahu tak apa maksud "menyerahkan diri kepada Allah dalam bidang akhlak?"Ni ada dalam 4 bidang utama secra mutlak dalam penyerahan diri kepada Allah (tauhid)

Wa'alaikumussalam tak faham... Mungkin boleh bagi gambar muka surat....

Kenapa ada hamzah kecik (tak ingat apa nama dia, hamzah yg takde rumah yg duduk kat hujung perkataan tu) yg dkt perkataan utk yg jama', (cth اسماء dgn اصدقاء)ada yg boleh terima tanwin ada yg tak boleh? Cane nak tahu dia boleh atau tak boleh? Tengok mufrod dia ke cemana? ((faham tak soalan ni?))

Pertama sekali maaf kalau lambat jawab atau belum jawab. Prinsip saya disini adalah saya takkan cakap atau jawab apa yang saya tak tahu. Dan selalunya, saya hanya akan jawab bila saya sendiri faham dan ada masa untuk jawab atau selepas saya sudah buat rujukan pada para guru begitu.
Untuk soalan ini, kamu kena betul-betul faham satu perbahasan ilmu nahu yang sangat penting iaitu: ممنوع من الصرف atau pun اسم الذي لا ينصرف. Perbahasan ni banyak dalam kitab-kitab nahu dan ia asas pada ilmu nahu.
Untuk bahas tentang apa dia tajuk ni agak tidak sesuai disini, tapi sekadar nak kongsikan sikit gambaran.., di sana adanya lebih kurang 9 jenis atau bentuk perkataan atau isim yang tidak boleh disorfkan (ditanwinkan) dan pada beberapa keadaan tidak dijarkan dengan kasrah, tetapi dengan fathah.
Dan untuk jenis pada soalan kamu ni, ia adalah jenis kalimah yang punya dua illah (علتين) daripada Alif ta'nis mamdudah.
Jadi kamu jangan pelik. Ada tempat yang baris dia akan berubah. Wallahua'lam.

View more

Liked by: Adawiyah. zara

Nak Tanya. فاعل selalunya marfu' sebab feel. Tapi kalau فاعل yang ada dalam ضمير مستطير tu, kalau nak di i'rabkan, nak tulis cemana? Aha faham tak soalan ni?

فاعل ضمير مستتر تقديره هو kalau contoh : محمد يذهب إلى الدرس . Fail kat sini mustatir.
Liked by: husna Wafa 9

Salam akhi, ana nak tanya mcm mana biah mahasiswa/siswi pelajar mesir skrg ni ya? Dari segi semangat belajar, biah dan ikhtilat khususnya dlm berprogram. Ana ada dgr yg biah&ikhtilat di jordan makin mengecewakan. Bagaimana pula dgn mesir dari pandangan jujur dan ikhlas enta? Ana betul2 nak tahu jzkk

Waalaikumussalam. Dari segi semangat belajar..... Macam mana nak ukur ya? haha. Semangat belajar bergantung lah. Style orang melayu kita ni, rajin tu rajin lah jugak. Ada yang rajin digantung dengan kawan. Bila kawan pergi kelas, dia pergi, bila kawan tak pergi dia tak pergi... Dan macam-macam lagi lah. Biah alhamdulillah. Solehah dah cuma Biah bahasa arab dan biah menuntut ilmu macam salaf tu belum lagi. Ikhtilat tu wallahua'lam kalau dalam berprogram sebab saya tak terlibat dengan apa-apa program di Mesir ni. Masa terlalu sedikit dan kitab terlalu banyak untuk dibaca dan kelas terlalu banyak untuk dimurajaah dan dimutolaahkan.

Macam mana nak berhenti fikir pasal perempuan/crush? Dah cuba tapi masih lagi ada masalah nak berhenti.

Sibukkan diri dengan benda lain. Kalau ikutkan banyak sahaja benda lain yang boleh kita fokuskan daripada crush dan couple orang itu dan orang ini.
Contoh paling besar kalau kamu seorang pelajar, menuntut ilmu adalah fokus kamu. Maka sepatutnya kalau kamu sememangnya sibuk dengan ilmu, kamu takkan terpandang sedikitpun pada persoalan lain macam crush dan lain-lain ni. Tapi sayang, ramai penuntut ilmu yang tidak menghargai kelebihan ilmu yang Allah bagi pada dia, dan menyibukkan dirinya dengan benda lain selain ilmu....

Kalau tak perasan masa solat tu aurat ternampak, habis solat tu baru jemaah belakang kita bagitahu nampak kaki misalnya, kena qada' balik ke solat tu?

Kalau lepas solat tu terus perasan, solat balik sekali lagi dengan niat ada' (tunai) bukan qada'. Bermakna solat semula sekali lagi.
Qada' hanya diniatkan untuk solat yang diluar waktu dia.
Wallahua'lam .

Kalau kita tgh dgr khutbah jumaat, lpstu ade org dtg duduk sebelah kita.. kita patut salam dia ke atau fokus je pada khutbah dan buat dunno je?

Salam je kalau dia dah hulur tangan. Kalau tak, tak perlu salam. Fokus pada khutbah. Wallahua'lam.

Aku bermusafir dari kedah ke selangor naik flight, bila sampai je kat airport(subang jaya) dah masuk waktu zohor. Boleh tak solat jamak dan qasar sedangkan tempat yg aku nak tuju tu ialah KL yg tak jauh sgt dari situ?

Boleh Insha Allah. Wallahua'lam.

Kalau tgh smayang pastu baju ternaik sikit n nampak belakang.. sah ke solat

Tutup segera dan solat tak batal. Wallahua'lam.

apa maksud thiqah ya sebenarnya?

Dari sudut apa yang kamu pandang? Kalau daripada sudut bahasa, yang orang arab guna, ianya adalah dipercayai atau terpercaya. Tapi kalau dari segi istilahnya, ia berbeza ikut sudut pandang sesuatu kumpulan. Muhaddisin pandang Thiqah dengan maksud mereka tersendiri. Para Fuqaha' pula ada takrifan mereka sendiri, dan setengah kumpulan jemaah Islam pula punya takrifan mereka sendiri. Jadi, takrifannya bergantung pada sudut pandangan.

Buku ape paling best utk belajar arab sendiri? Syukran

Kalau nak belajar, mana boleh belajar sendiri. Tapi kalau nak ulang kaji bahasa arab (maksudnya: ulang kaji nahu sorf) maka saya cadangkan buku Mulaksoh Lughah Arabiah, cover buku ni warna biru, boleh dapatkan di Wisma Yakin tulisan Fuaad Nikmah. Banyak ada dijual di Mesir ni, tapi di Malaysia saya tak pasti. Dalam Rm50 begitu kalau tak silap harganya.

Next

Language: English