@FaizIbrahim

The Faiz Ibrahim

Ask @FaizIbrahim

Sort by:

LatestTop

Related users

Ble last bce quran or beraml ibdaahh

Taknak cakap atas tujuan privasi dengan pencipta. Tapi jangan risau, saya tahu tanggungjawab saya.
Biarlah hanya Tuhan dan saya sahaja yang tahu. 🙏
Liked by: nrshfna Siti Zafira

mak sya nk saya skolah lain. katanya lebih bagus tapi saya nak ttp di sekolah saya. saya selasa disana dan mudah belajar. dan saya yakin saya boleh jadi seorang yg solehah inshaa allah. tapi mak saya betul2 nak saya bersekolah disana. saya jadi buntu.

Cuba fahamkan mak. Dan jika mak masih tak faham, ikut lah cakap mak.
Mana tahu keberkatan mak akan buatkan kita lebih berjaya di sekolah baru. 🙋♂️
Liked by: farahsensei nrshfna

Salam faiz. Nk tanya pndpt. Pasangan sy nti kawin kalau blh nk duk dgn fmly dia. Tp sy xnk sbb sy rsa xd privacy n rmai ckp bnyk mslh tmbul. Erm dia ni manja sngt dgn mak dia. Pisah kejap pun sedih over. Xlh jauh. Mmg bagus tp evrthng sy nk kna dgr ap dia and fmly dia decide mcm sy xd kptsn sndri 😳

Waalaikumussalam. Awak kena tahu, seorang lelaki itu punya tanggungjawab pada ibunya sehingga dia mati.
Kalau awak tak boleh terima cara dia atau sabar, awal-awal lagi jangan bersama untuk elakkan makan hati.
Awak kena faham, perkahwinan itu memang perlu privasi tapi perkahwinan itu juga merupakan satu tanggungjawab. Awak bukan hidup dengan dia sahaja, tapi awak akan hidup bersama ahli keluarganya sekali.
Oklah tu dia rapat dengan mak dia. Daripada dia dapat dengan perempuan lain.

Assalamualaikum hy abang Faiz. Taun ni saya sem 2 stpm.. dulu abang pun amik stpm. Kan? Mcm mana dulu abang study stpm eh? Mcm saya .saya anty betul subjek pengajian am yang ada graf tu 😂😂

Waalaikumussalam, saya ambil stpm dahulu dan Pengajian AM saya dapat A. Hahaha. #Riak #Takabur #TanahKubur
Hahaha.
Kena belajar dan cuba berulang kali. Saya dulu selalu fail, tapi akhirnya dapat A.
Ulang kaji dan ulang cuba akan buatkan awak berjaya.
Good luck 🙋♂️
Liked by: farahsensei nuratiqa

Assalammualaikum faiz.. Saya nk tanya faiz,what should I do dengan kawan yg dah lama knl mybe dh msok 10 tahun skang,n sjak akhir² nie dia buat perangai yg annoying sngat..segala pengorbanan sya untk dia mcm sia²,mcm dia dh xpndang sya lgi dh..sya cba move on dgan pa yg dia buat..mcmne ek??

Waalaikumussalam, perangai annoying itu biasa. Mungkin dia berubah sekejap atas desakan kehidupan atau perubahan sekeliling.
Keduanya, apabila kita lakukan kebaikan atau pengorbanan, tidak perlu harapkan pembalasan atau pulangan.
Ketiga, jika dia betul kawan, cuba selami dia dan terima seadanya jika mampu. Jika tidak mampu, lepaskan.
Liked by: farahsensei

Next

Language: English